Thursday, 26 January 2017

PSM desak polis telus siasat kes pemandu lori dipukul


Polis dituntut menyiasat kes serangan terhadap seorang pemandu lori di Ampang, Selangor pada 14 Januari lalu, bawah peruntukan mencederakan, bukan merusuh.

Aktivis politik Khalid Ismath berhujah siasatan sekarang bawah Seksyen 147, memberikan ruang kepada pesalah bebas dan hukumannya diperuntukkan juga terlalu ringan.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di balai polis Travers hari ini.

http://www.kinitv.com/video/43847O74

Dalam kejadian 14 Januari lalu, video menunjukkan Nasrul Faiz Zulfahmi, 25, diserang empat lelaki tersebar secara meluas di Internet.

Nasrul berkata beliau dibelasah selepas lori dipandunya secara tidak sengaja melanggar kereta Mercedes-Benz yang diletakkan di situ.

Polis telah menahan beberapa individu setakat ini.


Sumber: KiniTv

No comments:

Post a Comment

loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close