PADAH Warnakan Sendiri Rambut Dirumah, Apa Berlaku 15 Minit Kemudian Sgt MENAKUTKAN !!! | Kirsty Weston, 29, dari St Albans, Hertfordshire yang merupakan seorang ibu tunggal telah menderita kesakitan akibat luka daripada bahan kimia yang serius dan menyebabkan sebahagian kepalanya botak.
Kejadian ini berlaku selepas dia menggunakan sendiri perkakas pewarna rambut yang dibeli dengan harga RM26 dari sebuah kedai yang bertujuan untuk menerangkan rambut coklat gelapnya.
Kirsty mahu mengikuti gaya fesyen terkini di mana rambut dicelupkan ke dalam warna pastel yang menyerupai unicorn. Namun daripada kelihatan seperti makhluk mitos, dia menderita kecederaan parah dan memerlukan pembedahan kulit yang diambil daripada paha kanannya untuk memperbaiki kerosakan di kepalanya.
Secara keseluruhan, sejak kejadian itu, dia telah menjalani enam pembedahan dan menghabiskan masa selama tiga minggu di hospital St Andrews, Chelmsford, Essex.
Kirsty membeli set pewarna rambut yang merangkumi sepaket serbuk peluntur yang mengandungi hanya beberapa kilogram sahaja. Peluntur itu perlu dicampur dengan peroxide yang tidak disediakan dalam set tersebut dan mesti dibeli secara berasingan.
Kemudian, Kirsty membeli 40 paket 12 peratus peroxide yang dijual di tepi jalan dan bercadang untuk mewarnakan rambutnya dengan sembilan warna.
Kirsty mendakwa dia menggunakan pewarna rambut tersebut mengikut arahan yang disediakan. Namun selepas 15 minit menggunakannya, dia mula berasa terbakar di bahagian atas kepala.
Dia berkata, “dalam masa 15 minit, rambut saya seperti berasap. Saya mula berasa pening dan rasa hendak pengsan kesan sakit yang sangat kuat. Ia berlaku secara tiba-tiba. Saya dapat merasakan bahawa ia agak hangat, tetapi ia menjadi teruk dengan cepat. Saya segera pergi untuk membasuh kepala saya tetapi saya fikir ia sudah pun masuk ke kulit kepala saya.”
Walaupun dia bergegas untuk membilas peluntur itu, dia merasakan kesakitan yang teruk di kepalanya dan keesokan harinya mukanya mula membengkak.
Menurutnya lagi, “saya fikir ia adalah tindak balas daripada peluntur itu. Keesokan harinya, saya pergi ke hospital kerana saya tidak dapat membuka mata kiri saya. Ia menjadi sangat menyakitkan.”
Beginilah keadaan wajah Kirsty yang membengkak yang disangka tindak balas daripada peluntur itu. Dia juga tidak dapat membuka mata kirinya dan berasa sangat sakit.
Kirsty dirawat di bawah kumpulan tindak balas alergi dan antibiotik yang ditetapkan dan sepanjang minggu berikutnya, dia terus mengalami kesakitan dan ketidakselesaan.
Para doktor menyedari dia menderita luka bakar yang teruk dan bukannya tindak balas alergi seperti yang difikirkannya pada asalnya.
Dia menjelaskan, “pakar bedah plastik datang untuk melihat saya dan ketika mereka mengangkat rambut saya, kebanyakan kulit kepala saya tercabut sekali. Saya seperti hilang semangat selepas mendengar berita itu. Mereka memberitahu saya bahawa saya perlu menjalani pembedahan pada keesokan harinya. Mereka meletakkan pembalut di sekeliling kepala dan saya tidak boleh memberi tekanan kepadanya, jadi saya terpaksa tidur duduk.”
Kirsty kemudiannya dipindahkan ke Royal Free Hospital yang terletak di barat daya London dan pada keesokan harinya, mereka mencukur rambutnya dan membersihkan luka sebelum dia menjalani pembedahan.
Selepas pembedahan, dia dipindahkan ke St Andrews Centre untuk pembedahan plastik dan terbakar di Chelmsford, Essex untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Dia ditahan selama tiga minggu dan mempunyai lima pembedahan lanjutan termasuk pemindahan kulit di mana doktor mengambil kulit daripada pahanya untuk menggantikan kulit yang telah hilang di kepalanya.
Kirsty terpaksa menghadapi kenyataan bahawa rambutnya tidak mungkin akan tumbuh lagi kerana kulit baru itu tidak mengandungi folikel rambut yang sama. Walaupun dia ditawarkan dua rawatan lain namun kedua-duanya melibatkan pembedahan lanjutan dan mungkin tidak berjaya.
Balutan di kepalanya dibuka buat pertama kali selepas pembedahan pemindahan kulit yang diambil daripada bahagian peha untuk menampal kulit kepala yang tercabut itu.
Menurut doktor yang merawatnya, bahagian kepalanya ini tidak akan tumbuh rambut sampai bila-bila kerana kulit baru tidak ada folikel yang sama seperti dahulu.
Selepas mengalami kejadian buruk itu, Kirsty memberi amaran kepada orang lain supaya berhati-hati mewarnakan rambut sendiri di rumah.
Dia berkata, “saya akan memberitahu orang lain supaya mendapatkan khidmat professional kerana hanya mereka yang lebih pakar tentang pewarnaan rambut. Saya cuba menjimatkan wang tetapi peluntur adalah barangan berbahaya. Saya tidak melakukan ujian patch terlebih dahulu dan saya tahu saya perlu, tetapi ini adalah kebakaran dan bukan tindak balas alahan.”
“Saya bimbang tentang penjualan ini kepada orang yang tidak tahu apa yang mereka lakukan. Walaupun set pewarna rambut yang saya beli telah diuji dan memenuhi semua piawaian keselamatan, tetapi saya fikir kekuatan peluntur ini harus dihadkan kepada penggunaan profesional sahaja,” ujarnya menutup bicara.
Inilah gaya rambut unicorn yang menjadi trend fesyen ketika ini. Namun hajat Kirsty tidak kesampaian apabila sebahagian daripada rambutnya tertanggal selepas menggunakan sendiri pewarna rambut di rumah.
Kredit : Era Baru
P.S. 1 – Sangka Ibu Bapa Tidur..Rupa-Rupanya..
P.S. 2 – Doktor PELIK Tiga Kali Mengandung Tiga Kali Keguguran,Rupa Rupanya Suami..
P.S. 3 – (VIDEO) Patutlah Nabi Larang Simpan Patung Dalam Rumah, MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Misteri Teknologi Digunakan Nabi Nuh Untuk Membina Bahtera Yang Disembunyikan USA !!!
P.S. 5 – 5 Kegunaan Gel Silika Yang Anda Tak Tahu, Lebih Baik Jangan Buang !!!
The post PADAH Warnakan Sendiri Rambut Dirumah, Apa Berlaku 15 Minit Kemudian Sgt MENAKUTKAN !!! appeared first on BISKUTMANIS.
No comments:
Post a Comment