Wednesday, 30 August 2017

LHDN Bagi Masa Tempoh 6 Bulan Kepada Shaheizy Sam Selesaikan Cukai Tertunggak

LHDN Bagi Masa Tempoh 6 Bulan Kepada Shaheizy Sam Selesaikan Cukai Tertunggak



Shaheizy Sam terpalit kontroversi apabila diberi notis bankrupsi baru-baru ini.

Pelakon ini diberi peluang hingga 15 Februari tahun 2018 untuk menyelesaikan cukai tertungak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengarah Eksekutif Komunikasi dan Multimedia Korporat LHDN berkata Shaheizy perlu bertindak segera agar notis kebankrapan yang dikeluarkan sebelum ini boleh ditarik balik.

Ini pendedahan:

"Semalam [kelmarin] mahkamah menetapkan 15 Februari tahun depan untuk kes difailkan.

"Sebenarnya dalam tempoh enam bulan ini adalah masa untuk beliau menyelesaikan cukai tertunggak.

“Buat apa yang patut dan jangan berlengah lagi,"


Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan sehingga 15 Februari depan bagi LHDN meneruskan prosiding kes bankrap terhadap Shaheizy.

Untuk pengetahuan, suami kepada Syatilla Melvin itu dikenakan notis muflis kerana mempunyai cukai pendapatan tertunggak RM300,000.

(FOTO) Baby Bump Mawar Fareeda, Isteri Fizo Omar Kini Kelihatan..Dipuji Semakin Jelita Berseri

(FOTO) Baby Bump Mawar Fareeda, Isteri Fizo Omar Kini Kelihatan..Dipuji Semakin Jelita Berseri



Isteri kepada pelakon popular Fizo Omar, Mawar Fareeda kini sedang hamil 5 bulan.

Sebelum ini, Fizo ada berkongsi perubahan yang melanda Mawar fareeda setelah disahkan hamil beberapa bulan yang lalu.

Baca perkongsian Fizo Omar (DI SINI)

Yang terkini melalui perkongsian gambar terbarunya, sudah kelihatan baby bump Mawar Fareeda.

Kini Mawar Fareeda telah dipuji semakin cantik dan berseri-seri selepas disahkan hamil pada penghujung Mei lalu.

Hampir memasuki terimesta yang kedua, 'baby bump' bayi pertama pasangan ini semakin membesar dan jelas kelihatan.

Ini perkongsian foto terkini Mawar Fareeda:


“Sampai ja harus la cari nasi kandaq. Sapa kat sini dah balik kampung? (Adoi kat perot tu tali seluaq ok jangan kecam na.),”

Di ruang  komen, para follower Mawar mula meluahkan rasa excited apabila melihat baby bump Mawar Fareeda.

Kebanyakkan mendoakan agar urusan Mawar mengadung bayi pertama ini dipermudahkan selalu dan sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Semoga pasangan ini berbahagia dan dipermudahkan urusan.

Program MeleTOP, Luahan Hati Neelofa Yang Menyentuh Perasaan

Program MeleTOP, Luahan Hati Neelofa Yang Menyentuh Perasaan



Pengacara sensasi Neelofa telah membuat satu luahan perasaan yang menyentuh hati tentang program MeleTOP.

Luahan ini dibuat di laman media Instagram pada malam Selasa mengundang perhatian ramai para peminatnya.

Tulisan dari Neelofa itu membuatkan ramai menyangka Neelofa memberi bayangan dia akan meninggalkan program itu selepas lima tahun bertindak sebagai hos.

Neelofa dmelahirkan rasa bertuah dapat menjadi ahli keluarga besar MeleTOP dan rancangan itu akan sentiasa berada di dalam hatinya.

Ini antara kata kata Neelofa:

"Lima tahun bersama progrm itu dan saya membesar bersama MeleTOP (saya mula mengacara program itu ketika berusia 23 tahun) di tambah dengan krew yang terbaik dan tidak ketinggalan rakan pengacara, Nabil yang banyak saya kutip ilmu daripadanya.

"Saya cukup bertuah dapat menjadi hos sebuah program dengan rating tertinggi dan paling lama bertahan dalam industri.

"MeleTOP akan sentiasa ada tempat di hati saya dan studio ini membuatkan saya rasa seperti di rumah sendiri," tulisnya.

"Di sinilah saya berpeluang bertemu orang ramai dari pelbagai latar belakang termasuk selebriti, ahli politik dan atlet di mana mereka berkongsi pengalaman dan pandangan bersama penonton.

"Lebih penting semua peminat saya dari dekat atau pun jauh datang untuk berjumpa dengan saya,"

Ini luahan hati penuh dari Neelofa di IG miliknya:

#MeleTOP , this is my pitstop every Tuesday, for the past 5 years, where i have met people from all walks of life, from celebrities to politicians to sportsmen, where they have shared their experiences and views with the audience and most importantly, where all my fans, from near and far have come to see me in person. 5 years with the show, i basically grow up with @Meletop ( i started hosting the show when i was only 23  ), with the fantastic team and my forever crazy co-host Nabil I have learnt so many things. I feel very lucky and blessed to be able to host one of the highest rated and longest running weekly shows in the this industry! #MeleTOP will always have a special, special spot in my heart because this studio will always feel like home. 



Sementara itu, para peminat  Neelofa memohon agar pelakon popular itu terus kekal mengendalikan rancangan MeleTOP.

Banyak komen-komen yang mahu Neelofa terus menajdi hos rancangan itu. Katanya, MeleTOP tidak akan sama tanpa kehadirannya kerana Neelofa.

Tuesday, 29 August 2017

Ini Respon Penjaga Gol Malaysia, Haziq Nadzli Setelah Jaring Gol Ke Gawang Sendiri

Ini Respon Penjaga Gol Malaysia, Haziq Nadzli Setelah Jaring Gol Ke Gawang Sendiri



Semalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea telah berlangsung di Stadium Shah Alam antara Malaysia dan Thailand.

Sebelum perlawanan memang kecoh tentang isu tiket yang kehabisan dalam sekelip mata dan menjadi rebutan macam pisang goreng panas.

Setelah 90 minit berlangsung, akhirnya pasukan Malaysia tewas kepada Thailand dengan keputusan penuh 0-1.

Namun yang menjadi buah mulut ialah gol Thailand dijaringkan oleh penjaga gol Malaysia iaitu Haziq Nadzli.

Haziq Nadzli telah menumbuk gol dari sepakan penjuru Thailand ke arah gol sendiri.

Gol jaringan sendiri ini merupakan satu-satunya gol pada malam itu.

Walaupun mencuba dengan sebaik mungkin namun pasukan Malaysia tetap gagal juga mencari gol.

Apabila tamat permainan, Malaysia tewas dan mendapat pingat perak.

Oleh kerana telah menjaringkan gol sendiri, penjaga gol ini telah memberi respon di laman sosial.

Ini respon dari Haziq Nadzli:


Semoga pasukan Malaysia bangkit semula selepas ini.

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini  



Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua.

Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri.

Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi.

Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian.

Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan.

Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau.

Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz.

Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi.

Tidak lama kemudian, Hafidz ada memuat naik status memerli tindakan individu terbabit dengan hashtag #tegurcarabaik.

Ini gambarnya:

Shuib Sepahtu Akhirnya Akur Terpaksa Tegur Perbuatan Isterinya Siti Sarah

Shuib Sepahtu Akhirnya Akur Terpaksa Tegur Isterinya Siti Sarah



Jika dilihat di laman media sosial, Siti Sarah sering merakam aksi romantik spontan bersma suaminya Shuib Sepahtu.

Oleh kerana terlalu kerap, ada follower yang mula 'rimas' dan memberi komen negatif tentang perkara tersebut.

Akhirnya, Shuib terpaksa menasihatkan kelakuan Siti Sarah itu supaya tidak keterlaluan menunjukkan kemesraan mereka di laman media sosial.

Namun begitu, Shuib mengatakan kemesraan dirinya dan Sarah bukan dibuat-buat dan dia kadang-kadang tidak perasan dirakam oleh Siti Sarah.


Ini komennya:

"Saya tahu ada pihak kurang senang dengan kemesraan kami. Saya ada menegur Sarah untuk tidak memuat naik video atau gambar yang keterlaluan di media sosial.

"Sebenarnya, saya tidak tahu koleksi video yang tersimpan dalam telefon bimbit Sarah. Ini kerana apa yang dimuat naik sebelum ini pun saya tidak sedar dia merakamkan momen spontan itu,"

"Ini adalah sikap kami sejak dulu lagi, ...keluarga serta rakan-rakan sudah lali.

"Mungkin dengan adanya media sosial, ia menjadi lebih meluas lagi,"


Apapun semoga Shuib dan Siti Sarah sentiasa berbahagia selalu bersama keluarga dan juga anak-anak.

Sumber: Berita Harian

Selepas Imam Besar Dan Pengarah JAIS, Kini Giliran Mufti Pula Beri Kenyataan

Selepas Imam Besar Dan Pengarah JAIS, Kini Giliran Mufti Pula Beri Kenyataan


Pergolakan rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa mendapat ;perhatian umum apatah lagi melibatkan satu perkara yang amat sensitif iaiu melibatkan sah pernikahan.

Isu ini mendapat perhatian ramai pihak termasuk Imam Besar dan juga pengarah JAIS.

Terbaru, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Haji Zulkifli turut tampil memberikan pendapatnya.

Antara point yang diberi ialah:

-Mendaftarkan perkahwinan dan penceraian mengikut saluran sah
-Membuka aib tidak menyelesaikan masalah
-Elakkan menulis sangkaan belum pasti
-Elakkan memberi komen di media sosial 

Ini kenyataan penuh daru Mufti Wilayah Persekutuan:

Melihat kepada fenomena yang tidak sihat berlaku dalam masyarakat tentang isu perceraian ini, kami tujukan nasihat ini kepada pihak-pihak berikut:

Nasihat Kepada Pasangan Suami dan Isteri

Islam mengajar umatnya agar memelihara hubungan perkahwinan dengan cara yang baik dan pembubaran juga dengan cara yang baik. Ini jelas seperti mana maksud ayat dalam Surah al-Baqarah, “Talaq (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik.”

Imam al-Maraghi menyebut dalam Tafsir-nya (1/488) terhadap maksud “menceraikan dengan cara yang baik”:

“Sewajarnya si suami tidak menceritakan keburukan dan kehormatan diri bekas isterinya kepada orang lain, sehingga orang lain menjauhi (bekas isteri), jika dia mahu berkahwin lagi dengan lelaki lain. Sikap menceritakan keburukan bekas isteri merupakan satu kesilapan besar dalam ikatan yang pernah berlaku di antara mereka berdua.

Penentuan agama secara bertahap dalam masalah talak ini menunjukkan kasih sayang Islam menangani persoalan kemasyarakatan yang memberi hasil kebaikan keluarga dan pendidikan anak-anak, membimbing fikiran dan kehidupan yang stabil. Oleh itu, dapat mewujudkan kerjasama ibu bapa dalam membetulkan kesilapan dan memaklumkan kepada mereka tentang perhatian orang tua sebaik-baiknya, setiap ibu bapa melaksanakan tugas sesuai pada tempatnya.”

Dalam konteks hari ini, cara ihsan itu termasuklah dengan mendaftarkan perkahwinan dan perceraian mengikut saluran yang sah lagi menjaga maslahat dan menolak mudarat pasangan khususnya pihak wanita. Ini termasuklah proses dokumentasi. Ini kerana kaum wanita perlu memerhatikan waktu iddah, tidak boleh menerima lamaran dan diharamkan untuk berkahwin dengan orang lain dalam tempoh tersebut. Kegagalan pasangan khususnya bekas suami untuk mendaftarkan perceraian dan mendapatkan dokumen pengesahan mempunyai risiko mudarat bagi pihak bekas isteri jika dia ingin berkahwin dengan orang lain selepas iddah tamat.

Nasihat Keluarga Pasangan

Kepada keluarga pihak-pihak yang berselisih, seperti mertua, saudara lelaki dan perempuan, kami nasihatkan seperti berikut:-

“Pensyariatan hukum talaq dan natijahnya menurut Islam merupakan lambang kemuliaan syariat Islam. Ia juga merupakan dalil yang unggul, bahawa peraturan syariat Islam amat bersesuaian dengan fitrah manusia dan keperluan semula jadinya.

Hakikat ini jelas apabila kelihatan umat-umat yang lain mundur kembali, iaitu daripada pegangan mereka yang mengharamkan talaq dan menganggap perkahwinan sebagai penjara yang kekal abadi, yang dihuni oleh suami isteri sama ada mereka suka atau tidak.

Hal ini selepas mereka melihat pegangan tersebut akan menimbulkan natijah yang amat buruk dan jenayah yang amat berbahaya. Mereka telah sedar bahawa hubungan suami isteri tidak mungkin berlaku dengan paksaan. Jika dipaksa, akan timbul kecelakaan kepada seluruh keluarga, bahkan ia umpama gunung berapi yang membawa kebinasaan, pembunuhan dan kerosakkan. Syariat Islam amat mementingkan usaha mewujudkan persefahaman antara suami isteri berkasih sayang dan hidup bersama yang berkekalan.

Walaupun begitu, usaha ini tidak sekadar mengikat hasad kedua-dua suami isteri itu semata-mata, bahkan ia dilakukan dengan peringatan dan panduan ke arah mewujudkan pelbagai jaminan yang positif bagi menyuburkan kasih sayang dan persefahaman antara mereka.

Dengan cara ini, menjauhkan mereka daripada unsur perselisihan dan kebencian. Antara faktor terpenting yang dianjurkan oleh Islam adalah dengan wujudnya pegangan agama yang sahih di kalangan suami isteri, melaksanakan semua kewajipan yang ditentukan serta sentiasa berakhlak mulia, sebagaimana yang diaturkan oleh syariat Allah SWT.

Inilah faktor yang memelihara rumahtangga daripada keruntuhan dan juga mewujudkan syariat sebagai undang-undang yang dirujuk jika perlu, iaitu jika pasangan tersebut cuai daripada melaksanakan adab-adab yang telah disyariatkan oleh Allah bagi memelihara kehidupan rumahtangga dan perasaan cinta dan kasih sayang antara mereka.

Berdasarkan keadaan rumahtangga dan keluarga yang harmoni dan berpegang teguh kepada hukum-hukum Islam dan adab-adabnya, didapati kes-kes penceraian hampir tidak berlaku.

Apabila yang dilihat atau yang didengar ialah kebanyakan penceraian yang berlaku dalam keluarga yang bebas daripada ikatan Islam dan terkeluar daripada peraturan-peraturan dan adab-adabnya.”

Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (edisi terjemahan) (2/10-11)

Justeru, janganlah keluarga mana-mana pihak membuat kenyataan di media sosial kerana menyerahkan urusan ini kepada mereka yang tidak ada kuasa dan autoriti untuk menyelesaikan masalah hanyalah satu dosa dan kezaliman, membuka aib dan tidak menyelesaikan masalah. Sebaiknya, berikanlah bantuan perlindungan dan kos-kos terbabit untuk penyelesaian kes yang lebih cermat dan berkesan.

Nasihat Kepada Para Wartawan

Kami susunkan nasihat kepada rakan-rakan wartawan yang membuat liputan isu ini, termasulah penulis-penulis akhbar, blog dan lain-lain, untuk memerhatikan perkara-perkara berikut:

Elakkan mengapi-api dan mensensasikan suasana kerana ini merupakan keaiban seorang Muslim.

Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW pernah bersabda di atas mimbar:

Maksudnya: “Wahai para pemuda yang telah Islam dengan lidahnya, tetapi iman belum lagi masuk dalam hatinya. Janganlah kalian menyakiti orang-orang Islam, mengejek dan menghina mereka, mengintip-ngintip keaiban mereka, kerana Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.”
Riwayat Muslim (2032)

Berpeganglah dengan fiqh al-tabayyun untuk mendapatkan berita yang sahih daripada badan berautoriti yakni mahkamah.
 
Elakkan menulis sangkaan-sangkaan yang tidak pasti.

Firman Allah Taala:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Surah al-Hujurat: 49)

Elakkan menyubur kebencian

Nasihat Kepada Masyarakat Awam

Kepada masyarakat awam, kami nasihatkan sama seperti nasihat-nasihat di atas, dengan tambahan bahawa elakkan diri daripada memberi komen di media sosial yang tidak berdasarkan ilmu sebaliknya sangkaan semata-mata. Ini adalah sebahagian daripada kesempurnaan Islam. Renungilah nas-nas di berikut;

Daripada Abu Hurairah RA, Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Antara kemurniaan Islam seseorang adalah apabila dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.”
-Riwayat al-Tirmidzi (2317).

Apabila seseorang Muslim menyedari kewajipan dan tanggungjawabnya maka dia akan sibuk dengan dirinya dan memberi perhatian kepada perkara yang akan memberikan manfaat di dunia dan di akhirat. Dia akan menjauhi perkara yang sia-sia, menjauhkan dirinya daripada perkara keji dan memberi perhatian kepada perkara yang berkaita dengannya. Rujuk al-Kafi Syarah Hadis 40 (hal. 132)

Daripada Hudzaifah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang mengadu-domba.”
-Riwayat al-Bukhari (6056)

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan golongan penipu. Pendusta menjadi orang terpercaya, manakala orang yang jujur pula didustai. Pengkhianat diberikan amanah manakala orang yang amanah pula dikhianati, dan Ruwaibidhah pula dibenarkan untuk bercakap.” Para sahabat bertanya, “Siapakah Ruwaibidhah itu.” Nabi menjawab: “Individu yang lemah lagi bodoh tetapi bercakap urusan umum.”
-Riwayat Ibn Majah (4036)

Semoga dengan pesanan-pesanan di atas dapat menghentikan budaya fitnah dan mengumpat yang melanda, memperbaiki hubungan kekeluargaan, dan penyelesaian yang menenangkan dapat diperolehi dalam kalangan pihak yang bertelingkah. InsyaAllah.

Akhukum fillah,

Sahibus Samahah Datuk Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad al-Bakri,
Mufti Wilayah Persekutuan,
24 Ogos 2017 bersamaan 2 Zulhijjah 1438H.

Monday, 28 August 2017

Masalah Rumah Tangga Sampai Masuk Hospital, Isteri Unfollow IG, Ini Pendedahan Keith Foo

Masalah Rumah Tangga, Ini Penjelasan Keith Foo


Selebriti sering menjadi tumpuan orang ramai terutama melibatkan masalah rumah tangga.

Yang terbaru pasangan selebriti Keith Foo dan Kim Raymond pula menjadi topik bualan.

Akhir-akhir ini jarang melihat gambar Keith Foo bersama isteri dimuatnaik ke media sosial sehingga ada gosip mengatakan rumah tangga pasangan ini bergolak.

Lebih menguatkan gosip itu apabila isterinya tidak mengikut Instagram Keith lagi. Namun Keith menafikan dakwaan terbabit, dan menjelaskan hubungan mereka suami isteri masih bahagia.

Ada juga buah mulut mengatakan Keith Foodimasukkan ke hospital berikutan masalah rumah tangga yang dihadapinya dengan isteri.

Keith sekali lagi menafikan perkara itu dan menegaskan insiden beliau dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan ketika bersenam hingga menyebabkan kepalanya terhantuk.

Ini komennya:

"Kami juga ketika ini sedang sibuk membuat persiapan untuk berpindah ke rumah baharu. Semuanya baik-baik saja dan kami pun baru saja dapat anak perempuan. 

"Dalam soal tidak mengikutinya di Instagram, saya sendiri pun tak sedar akan hal terbabit. Anak buah saya gemar melihat gambar di akaun suami saya. Mungkin dia tersalah tekan”

"Cerita kononnya rumah tangga kami bermasalah itu tidak benar sama sekali. Malah, kehidupan kami macam biasa saja. 

"Baru-baru ini, memang saya dimasukkan ke hospital, tetapi disebabkan kecederaan dialami ketika bersenam. Kepala saya terhantuk pada objek keras. Jadi, dua malam juga saya terpaksa bermalam di hospital,”

Keith Foo mengatakan hubungan dengan Kim Raymond kini masih bahagia.

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2015 dan baru sahaja menimang anak pertama.

Sumber: Rotikaya

Ini Kata-Kata "Bongkak" Kapten Pasukan Bola Sepak Thailand

Ini Kata-Kata Bongkak Kapten Pasukan Bola Sepak Thailand



Ketua pasukan Thailand, Chenrop Samphaodi mengatakan ‘poketnya’ penuh dengan rahsia cara merobek kubu skuad bola sepak Malaysia di final Sukan Sea.

Jika dilihat rekod tiga pertemuan terkini kedua-dua pasukan, ini, Chenrop sering berjaya membolosi gawang Malaysia tanpa mampu dihalang Adib Zainudin mahupun Irfan Zakaria.

Dalam tiga aksi itu, Malaysia tewas dalam semua pertemuan iaitu :
~ 1-2 di final Piala Negara-Negara
~ 0-4 di Kejohanan Piala Dubai
~ 0-3 di Kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia B-23


Malah Chenrop selalunya menjadi penjaring gol ketika bertemu dengan pasukan Malaysia.


Ini komennya:

“Setiap perlawanan dengan Malaysia sebelum ini saya berjaya menjaringkan gol. Ketika di final Piala Negara-negara, saya menjaringkan satu gol, begitu juga di Dubai.

“Di Bangkok bulan lalu, saya jaringkan dua gol dan untuk sekali lagi melakukannya di final Sukan SEA, bukan mustahil.

“Saya dah banyak kali melakukannya (jaringkan gol), malah pertahanan Malaysia juga pemain sama. Saya yakin boleh meraih gol,”


Disebalik keyakinan dan kata kata yang agak bongkak itu, Chenrop telah mengingatkan rakan sepasukannya supaya jangan terlalu pandang mudah apatah lagi skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu bakal mendapat sokongan padu penyokong tempatan.


Ini komennya lagi:

“Aksi final bagi saya cukup berbeza berbanding perlawanan lalu dan sesiapa saja boleh meraih kemenangan.

“Kami kena pastikan momentum dikekalkan, dan paling penting setiap peluang harus dimanfaatkan sebaiknya.

“Saya harap pemain kekal fokus sehingga penghujung perlawanan serta mengelak melakukan kesilapan mudah,” 


Dua tahun yang lalu, Chenrop membantu Thailand memenangi pingat emas di Sukan SEA Singapura.

(FOTO) Isu Berkasih Dengan Dato Red, Pelakon "N" Ini Tampil Beri Kenyataan..Nak Tahu Siapa? Jom Baca

Pelakon Ini Tampil Beri Kenyataan Apabila Didakwa Kekasih Dato Red


Sebelum ini Dato Red pernah memberi kenyataan ada bercinta dan menjalin hubungan dengan seorang pelakon baru.

Antara hint yang diberikan ialah namanya bermula dengan "N" , berasal dari Sabah dan merupakan bekas peserta realiti hiburan.

~Baca pendedahan dari Dato Red (DISINI)

Apabila dilihat dari hint yang diberi, rata rata mengatakan ianya seperti Nonny yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia.

Apabila nama dikaitkan dengan Dato Red, Nonny AF telah tampil memberi kenyataan tentang hal ini.

Ini kenyataan dari Nonny:

"Sumpah demi Allah, saya tak pernah berjumpa, berhubung atau menjalinkan hubungan cinta dengan Datuk Red.


"Saya tidak pernah memberikan nombor telefon kepadanya dan tidak tahu dari mana dia dapat,"

"Perkara ini saya dapat tahu pun dua hari lalu dan agak terkejut juga tiba-tiba pengurus hantar keratan artikel tentang pengakuan dia tu.


"Saya tidak mahu memberi kenyataan lebih-lebih sebab semua yang dikatakan itu tidak benar,"

"Kalau boleh saya tak mahu panjangkan perkara ini sebab hormat isteri Adnan termasuk Adira, keluarga saya dan keluarga bakal mertua.


"Lagipun, saya dan teman lelaki sudah lapan tahun bersama. Kami pun ada perancangan untuk berkahwin.


"Saya tidak mahu disebabkan perkara ini hubungan saya dan teman lelaki berantakan,"

"Saya harap semua orang berhenti sebarkan benda yang tidak betul. Kalau nak buat gosip pasal kerjaya saya tak kisah.


"Tapi rasanya tak perlu melibatkan gosip cinta,"


Nonny mengaku gosip tersebut telah membuatkan dia dan teman lelakinya bergaduh.

Kata Nonny lagi, dia sudah mempunyai teman lelaki dan percintaan mereka sudah pun memasuki tahun kelapan dan merancang untuk berkahwin.

Sumber: mStar

"Saya tak perlu susah payah cari jurulatih peribadi jika bekas suami ada.." Anak Rita Rudaini Wakili Sekolah Bola Sepak

"Saya tidak perlu susah payah cari jurulatih peribadi jika bekas suami ada.." Anak Rita Rudaini Wakili Sekolah Bola Sepak



Rita Rudaini mendedahkan anaknya Rayyan kini meminati bidang bola sepak.

Pelakon ini tidak pernah menghalang anak sulungnya untuk bergiat aktif dalam sukan bola sepak sebagaimana anggapan segelintir pihak ekoran kisah perceraiannya dengan bekas suami, Aidil Zafuan.

Rita Rudaini memberitahu Airit Rayyan Rizqin yang kini berumur 8 tahun telah terpilih untuk mewakili pasukan bola sepak sekolahnya.

Ini pendedahan Rita Rudaini:

"Apabila gurunya di sekolah meminta kebenaran untuk Rayyan terbabit dalam pasukan bola sepak sekolah, saya tidak keberatan asalkan dia berminat.

"Saya pun bertanya kepada Rayyan dan dia berminat. Jadi buat apa saya nak halang,"


Demi anaknya itu yang berbakat dalam bidang bola sepak, Rita berkata, dia telah mendapatkan khidmat jurulatih peribadi untuk anaknya.

Ini komen Rita Rudaini:

"Saya tidak perlu bersusah payah cari jurulatih peribadi sekiranya bekas suami ada. Sedikit sebanyak dia boleh membantu menyediakan kelengkapan sukan dan melatih Rayyan tetapi sekarang saya kena buat sendiri dan bertanya kepada orang lain.

Pertama kali melihat Rayyan bermain bola sepak, Rita Rudaini akui ketawa besar kerana anaknya itu tidak biasa dengan sukan di padang.

Ini dedahnya:

"Saya tergelak apabila melihat keadaannya yang tidak selesa dengan aktiviti di padang. Dia tidak selesa apabila pakaiannya kotor dan berpeluh.

"Jika sebelum ini minatnya lebih ke arah sukan catur atau bermain pemainan Lego, tetapi kini saya beritahu dia perlu membiasakan diri dengan bola sepak," 


Sumber: Harian Metro

Sunday, 27 August 2017

Lelaki 'Keras' Lihat Farah Ann - Komen PU Rahmat Tentang Farah Ann Dikecam Netizen

Lelaki 'Keras' Lihat Farah Ann - Komen PU Rahmat Tentang Farah Ann Dikecam Netizen


Kini sedang hanta berlangsungnya sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Antara atlet yang menajdi tumpuan ialah atlet keturunan Sultan Brunei iaitu Putera Mateendan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.


Atlet wanita yang menjadi sebutan ramai pula sudah tentu dari gimnastik iaitu Farah Ann yang menrangkul emas.

Begitu juga dengan skuad bola sepak Malaysia yang sudah layak ke peringkat final.

Kini memang sedang 'trending' isu Sukan Sea dan semua orang sedang berbicara tentang event ini.

Oleh kerana isu Sukan Sea sedang menjadi trending, ada pendakwah yang cuba berdakwah menggunakan elemen suka Sea ini.

Antaranya ialah peserta Pencetus Ummah musim pertama iaitu PU Rahmat yang telah membuat satu tweet yang akhirnya menjadi viral.


Ini tulis PU Rahmat:


"Yang perempuan bergetar melihat Putera Mateen
"Yang lelaki keras melihat Farah Ann

Ramai netizen yang terkejut dan terkesan dengan tweet PU Rahmat kerana seperti tidak sesuai dan seakan mencari publisiti dengan cara tweetnya yang berbaur 1ucah.


Namun maksud sebenar dari PU Rahmat ialah untuk mengatakan bahawa sebagai orang Islam, kita seharusnya menjaga pandangan mata.

Ternyata ramai yang menegur dan memberi pandangan mereka tentang tweet dari PU Rahmat ini.

Jom baca:

"Berlagak Kaya, Membazir" - Tayang Foto Percutian Mewah, Hairul Azreen Dan Hanis Zalikah Dikecam Secara Berjemaah

"Berlagak Kaya" - Tayang Foto Percutian Mewah, Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha Dikecam Secara Berjemaah


Pasangan suami isteri Hairul Azreen dan juga Hanis Zalikha kini sedang bercuti di Maldives bersama anak sulungnya.

Mereka berdua ada berkongsi foto kenang-kenangan di laman media sosial sepanjang percutian mereka.

Jika dilihat dari foto, hotel penginapan pasangan ini di Maldives  memang mewah habis.

Apabila tersebar gambar percutian Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mula tersebar dan menjadi viral, sudah tentu ada mulut mulut yang memberi komen negatif.

Ramai juga yang mengkritik pasangan ini bercuti degan mewah di luar negara dan ada yang menyindir mereka.

Antara komen yang diberi mengatakan mereka berdua hanya berlagak dan show off.

Ada juga mempertikai mereka ini tidak membawa ibu bapa bercuti bersama.

Dan rata-rata mengatakan pasangan ini telah membazir dan boros kerana bercuti terlalu mewah.

Ada yang memberi nasihat supaya artis lebih baik simpan duit untuk masa depan.

Jom baca komen komen dari haters:








Suami Fail Saman, Sharifah Shahirah Tak Takut Kena Gam Dengan Stesen TV

Suami Fail Saman, Sharifah Shahirah Tak Takut Kena Gam Dengan Stesen TV


Beberapa hari yang lalu, industri hiburan dikejutkan apabila suami kepada Sharifah Shahirah iaitu Ijoy menfailkan saman terhadap stesen TV.

Sharifah Shahirah telah memberi sokongan penuh tindakan suaminya, Ijoy yang menfailkan saman terhadap stesen TV AlHijrah Khamis lalu.

Pelakon dan pengacara ini tidak takut sekiranya namanya digam oleh stesen TV terbabit kerana tindakan suaminya itu.

Menurut Shira, dia belum pernah terfikir tentang "akan kena gam" namun jika perkaran berkenaan benar-benar terjadi, dia tidak takut kerana percaya rezeki ada dimana-mana.


Ini komennya:

“Saya tidak terfikir langsung soal nama akan digam atau tidak. Namun sekiranya perkara itu berlaku kepada saya, tidak mengapa. Bagi saya rezeki ada di mana-mana. Jadi saya tak perlu takut pun. Kalau mereka tak nak tawarkan saya pekerjaan, saya okey saja. Cuma sebagai isteri saya tetap mempertahankan tindakan suami”

“Ada sebab kenapa dia berbuat sedemikian. Orang kata berani kerana benar. Suami hanya menuntut haknya. Adakah itu salah. Disebabkan sudah tiada cara lain, jadi suami mengambil keputusan membawa ia ke peringkat undang-undang. Bukannya suka-suka nak saman,”


Sharifah Shahira yang juga kakak kepada Sharifah Sakinah ini telah menjelaskan tindakan suaminya memfailkan saman adalah untuk menuntut hak atas kerja yang sudah dijalankan sebelum ini.

Dikhabarkan syarikat pengambaran milik Ijoy telah menfailkan saman terhadap AlHijrah Media Corporation (AlHijrah), menuntut pembayaran kerja produksi yang tertunggak sebanyak RM265,600.

Sumber: HarianMetro

Saturday, 26 August 2017

Inilah Pendedahan Mengejutkan Mesej WhatsApp Dato Ray Ketika Ceraikan Joy Revfa

(PENDEDAHAN) Ini Mesej Penceraian Dato Ray Ketika Ceraikan Joy Revfa



Menerusi portal My Nation News dan Beautiful Nara, ada pendedahan mesej yang dibuat oleh Datuk Ray ke atas Joy Revfa pada tahun 2015.

Mesej tersebut amat ringkas iaitu “Aku akan ceraikan kau esok.

Portal My Nation News juga ada mendedahkan butiran yang dikatakan fakta sebenar yang berlaku.

Berikut adalah fakta sebenar melibatkan isu pernikahan penyanyi Hafiz Hamidun dan Siti Arifah:

-Siti Arifah bernikah dengan Mohd Rayos pada 11 Januari 2013 di Songkhla, Thailand.

-Pasangan ini tidak pernah mendaftar pernikahan mereka di mana-mana pejabat agama di Malaysia.
-Mendakwa diceraikan pada 13 Januari 2015.


-Tiada lafaz sebagaimana didakwa sebaliknya hanya mesej ringkas di aplikasi Whatsapp berbunyi “Aku akan ceraikan kau esok.”


-Menerima kebenaran bernikah pada 27 April 2017 dari Pejabat Agama Islam Daerah Petaling 

selepas Siti Arifah mendakwa surat perceraian sedang dalam proses (ia sebenarnya belum diproses kerana tiada permohonan dibuat).

-Bernikah dengan Hafiz pada 1 Mei iaitu tiga hari selepas kelulusan pernikahan diterima secara bersyarat.


-Pejabat Agama Islam Daerah Petaling memberi syarat, surat perakuan cerai perlu dikemukakan segera.


-Siti Arifah mengaku kepada Pejabat Agama Islam Daerah Petaling bekas suami enggan menguruskan perceraian di Songkhla.


-Hafiz melalui sidang media dua hari lalu, mendedahkan dia terpaksa membawa Siti Arifah ke Songkhla bagi menguruskan permohonan perceraian berikutan keengganan Mohd Rayos menguruskan perceraian.


-Permohonan taklik dari Siti Arifah dibuat pada 1 Jun 2017.


-Surat bertarikh 1 Jun 2017 dikeluarkan kepada Mohd Rayos untuk hadir di Pejabat Agama Islam Songkhla pada 6 Julai 2017.


-Mohd Rayos gagal hadir dan Pejabat Agama Islam Songkhla mengeluarkan surat perakuan cerai berdasarkan permohonan taklik Siti Arifah.


-Siti Arifah menerima pengesahan bercerai dengan satu talak pada 13 Julai 2017.
-
MNN


tentang isu rumahtangga mereka, Hakim Syarie akan menentukan sama ada pernikahan mereka sah pada 14 September ini semasa sebutan semula kes.

Sumber: BeautifulNara / MNN

Seorang Lagi Produser Popular Dedah Sikap Aliff Aziz Di Set Penggambaran Ketika Berlakon Dengan Mira Filzah


Seorang Lagi Produser Popular Dedah Sikap Aliff Aziz Di Set Penggambaran Ketika Berlakon Dengan Mira Filzah


Nama Aliff Aziz kini amat popular dan terus sinonim dengan gelaran 'bad boy' kerana pelbagai kontroversi yang melanda.

Kini seorang lagi produser mendedahakan sisi lain dari Aliff Aziz.

Walaupun Aliff Aziz sering dikritik kerana pernah dikatakan tidak berdisiplin, produser Zeel Production pula memuji sikap artis itu.

Pemilik syarikat itu iaitu Fadzil Teh berkata, Aliff Aziz menunjukkan disiplin yang baik sepanjang penggambaran drama terbitannya iaitu "Meh Sandar Lagi" lakonan bersama Mira Filzah.

Drama ini  akan ditayangkan di TV3 bermula 28 Ogos ini.

Ini pendedahan dari Fadzil Teh yang lebih mesra disapa Hj Zil:

"Pengalaman bekerja dengannya sangat menyenangkan dan paling penting Aliff bersikap profesional ketika berada di set dan saya juga berpuas hati dengan disiplin ditunjukkan.

"Aliff mempunyai bakat besar sebagai pelakon dan sayang sekiranya bakat itu disia-siakan hanya kerana kesalahan dilakukannya," 


"Sebelum ini ada juga orang menyampaikan cerita kurang enak tentangnya tetapi saya tetap mengambilnya berlakon dan Alhamdulillah dia bukan seperti dikatakan.

"Dia tidak sempurna dan ada kelemahan tetapi secara keseluruhannya dia tunjuk usaha memperbaiki diri dan paling penting dia tidak timbulkan masalah,"


"Sepatutnya Aliff kembali ke set Meh Sandar Lagi lebih awal tetapi isu yang melanda dirinya membuatkan proses penggambaran tergendala seketika. Pihak kami memberi peluang kepadanya untuk selesaikan masalah,"

Meh Sandar Lagi turut menampilkan barisan pelakon seperti Mira Filzah, Haliza Misbun, Aisyah Ilias, Asyraff Aley, Nada Syuhada dan Alicia Amin.

Ia akan disiarkan menerusi slot Akasia pada setiap Isnin hingga Khamis, 7 malam.

Sumber: mStar

Friday, 25 August 2017

"Romantik Bagai, Takkan Tidur Asing? Pergi Honeymoon Kata Tak Sah..Pening, Memang Pening ” - Ibu Joy Revfa Perli Hafiz Hamidun

"Romantik Bagai, Takkan Tidur Asing? Pergi Honeymoon Kata Tak Sah..Pening, Memang Pening ” - Ibu Joy Revfa Perli Hafiz Hamidun



Nampaknya ibu Joy Revfa dilihat telah memuatnaik status di media sosial tentang isu perkahwinan anaknya.

Beberapa status ditulis oleh wanita ini mempersoalkan dan seakan menyindir Hafiz Hamidun.


Antara kata-katanya ialah bagaimana boleh honeymoon dan tidur sebilik tetapi meragui hubungan pernikahan.

Ini komen ibu Joy revfa:

Sementara itu banyak lagi status yang dimuatnaik oleh ibu Joy Revfa ini. Yelah ibu mestilah sedih dan tak senang hati melihat anaknya dilanda dugaan seperti yang dialami oleh Joy Revfa.

Ini antara status lain dari ibu Joy Revfa:

1) Saya mengucapkan ribuan tkasih kpd pihak JAIS kerana dapat memberi kenyataan serta penjelasan dan kebenaran kpd media tentang lulus @ sah perkahwin Joy Revfa Sofia dan Hafis Hamidun serta telah mendpt pengakuan yg jelas dari bekas suami.

Saya juga dgn rendah hati memohon pihak media serta rakan2 menghentikan cerita2 yg boleh membawa fitnah kedua2 pihak.


Saya mendoakan agar pekara ini dapat diselesaikan dgn segera dan dgn cara yg baik agar anak saya dapat menjalani kehidupan seperti biasa tanpa suami dan saya mengharap di suatu hari nanti Allah temukan insan yg benar2 dapat membahagiakan serta yg beragama agar dapat membimbing beliau hingga jannah..



2) Anakku insan terpilih yg sering diberi dugaan perkhawinan...ibu doakan supaya suatu hati Allah temukan Insan yg baik serta beragama.


3) Kesabaran syg amat ibu hargai....kalau lah arwah ayah ada...pasti ia rasa gembira kerana arwah ayah joy seorg penyabar.

4) Lapuran JAIS, Joy Revfa
Lulus nikah selepas bekas suami mengaku telah bercerai

Usah persendakan agama lagi


5)Wanita Paling Malang Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami.
- Prof Muhaya.


6)Kita jgn jadi org yg tidak bermaruah...kalau kita bergaduh dgn org tidak bermaruah...kita pun sama


7) Yg banyak cakap ni yg sebenarnya nk tutup kelemahan, banyak cakap
banyak silap

"Kenyataan Mengelirukan Orang Ramai" - Hafiz Hamidun Minta Joy Revfa Berhenti Manipulasi

"Kenyataan Mengelirukan Orang Ramai" - Hafiz Hamidun Minta Joy Revfa Berhenti Manipulasi 



Hafiz Hamidun sekali lagi tampil memberi respon apabila pengarah JAIS tampil memberi komen.

Penyanyi ini mengatakan orang ramai dilihat keliru dengan tajuk berita tentang kenyataan Datuk Haris Kasim tentang status pernikahannya dengan Joy Revfa.

Selepas berita tentang kenyataan pengarah JAIS itu keluar di Berita Harian, Joy Revfa juga ada memberi komen tentang hal itu.

Kenyataan dikeluarkan itu memang benar di mana permohonan pernikahan pada 1 Mei diluluskan dan bukan memutuskan pernikahan itu sah atau seperti didakwa Joy.


Joy Revfa didakwa oleh Hafiz Hamidun telah memanipulasi kenyataan yang ada.

Oleh itu, Hafiz meminta Joy Revfa berhenti mengeluarkan komen-komen yang dikatakan boleh megelirukan orang ramai.



Dalam masa sama, Hafiz tidak marah dengan komen negatif yang dilemparkan kepadanyadari netizen kerana mengatakan mereka tidak tahu situasi sebenar.

Ini komen Hafiz Hamidun:

"Kenyataan JAIS itu sama seperti apa yang saya jelaskan dalam sidang media Selasa lalu. 

"Kalau dibaca dengan teliti tidak ada apa yang mengelirukan, cuma orang kita keliru dengan tajuk berita itu.

"Disebabkan itu saya dihentam pengguna laman sosial. Pada masa sama, Joy tidak sepatutnya memuat naik status dengan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai,"


"Joy tidak boleh menganggap pernikahan kami sah menerusi kenyataan JAIS itu. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini yang mana pernikahan kami tidak sah berdasarkan beberapa fakta kukuh.

"Jangan manipulasi kenyataan yang ada. Isu sekarang bukan lagi membabitkan pernikahan sah atau tidak, sebaliknya kembali kepada tuntutan Joy iaitu faraq nikah atau pembubaran nikah,"

"Bagi yang faham apa berlaku, tidak ada masalah. Cuma yang tidak faham saja yang main cakap dan hentam.

"Saya sudah penat dengan isu ini. Kalau boleh saya nak habiskan cepat. Banyak lagi perkara lain saya nak buat. Sehinggakan kalau saya muat naik gambar orang tetap komen yang bukan-bukan,"


Sumber: Harian Metro

Selepas Pengarah JAIS Beri Kenyataan, Ini Respon Balas Hafiz Hamidun

Selepas Pengarah JAIS Beri Kenyataan, Ini Respon Balas Hafiz Hamidun




Pihak JAIS telahpun memberi kenyataan kenapa memberi pelepasan dan kebenaran pernikahan kepada pasangan Hafiz Hamidun dan juga Joy Revfa.


Baca kenyataan penuh dari JAIS (BACA SINI)


Hafiz Hamidun menerusi laman media sosialnya telah memebri respon balas tentang kenyataan dari pihak JAIS ini.

Kata Hafiz Hamidun, kenyataan dari pengarah JAIS itu amatlah adil dan tepat.

Namun Hafiz ada memberi 8 poin tentang isu ini dan mengatakan akan menunggu keputusan mahkamah pada 14 September nanti.

Ini respon balas Hafiz Hamidun:

1) Kenyataan yang sangat adil dan tepat untuk kes ini.

2) Pihak Joy telah memfailkan terlebih dahulu permohonan untuk membubarkan pernikahan di Mahkamah Syariah Shah Alam.

3) Tarikh kes 14 Sept

4) JAIS beri kelulusan saya dan Joy bernikah pada 1 Mei.

5) Kegagalan pihak Joy serahkan surat cerai menyebabkan saya perlu asingkan diri.

6) Isu ini sebenarnya telah setuju dua-dua pihak untuk diselesaikan secara dalaman & senyap saja. Tapi pihak Joy telah membuat sidang media

7) Saya mengambil keputusan mengasingkan diri dan tak tinggal sebumbung selagi masalah ini belum selesai. Semua demi mengikut syariat Islam.

8) Saya tak mahu persoalkan kenapa. Tapi itulah yang jadi, Joy yang failkan pembubaran pernikahan. Ok kita tunggu keputusan Mahkamah ye. TQ.



Hafiz Hamidun menulis 8 point ini di media sosial selepas Berita Harian menyiarkan kenyataan dari pengarah JAIS tentang isu rumah tangga Hafiz hamidun dan Joy Revfa.

Jadi sama-sama kita tunggu keputusan mahkamah tentang permohonan faraq tersebut pada bulan September nanti.

Thursday, 24 August 2017

(TERKINI) Joy Revfa Akhirnya Dedah Bukti Bahawa Hafiz Hamidun Yang Buka Aib Terlebih Dahulu

(TERKINI) Joy Revfa Akhirnya Dedah Bukti Bahawa Hafiz Hamidun Yang Buka Aib Terlebih Dahulu



Pengarah JAIS akhirnya bersuara dan memberi kenyataan tentang kemelut rumah tangga Hafiz Hamidun dan juga Joy Revfa.

Ternyata pihak JAIS memberi kebenaran bahawa pernikahan pasangan ini telah diberi kebenaran kerana bekas suami Joy sendiri akui telah menceraikan Joy Revfa.

Baca kenyataan penuh dari pengarah JAIS (BACA SINI).

Melalui laman media sosial miliknya, Joy Revfa meluahkan rasa syukur kerana pengarah JAIS seperti mengiyakan penceraian telah berlaku kepada nya dan juga bekas suami Datuk Ray.

Selain itu, Joy Revfa juga menegaskan bahawa dia telah diabaikan dan dibiarkan oleh Hafiz Hamidun.

Malah Joy Revfa juga mendedahkan bahawa Hafiz Hamidun yang terlebih dahulu membuka aib dan memberi kenyataan menyebabkan ruamh tangga mereka diketahui mempunyai masalah.

Ini komen penuh dari Joy Revfa:

Syukur alhamdulilah.. Sembah syukur kpd Allah swt.. 

Terima kasih Tuan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim. Ternyata NIKAH ini adalah sah dan saya telah diabaikan & digantung tanpa tali sejak 23 Mei 2017 yg lalu.

Tolong hentikan hinaan & cacian anda terhadap saya bahwa saya masih lagi isteri orang apabila berkahwin dgn dia... Kepada yg menghina saya pe!acur & anak saya adalah anak haram itu, saya maafkan... dan saya doakan anda semua mendapat keluarga Sakinah, Mawaddah & Warahmah seperti apa yg selalu saya impikan..

Selama ini saya cuba bertahan.. Saya tak salahkan keluarga kerana wajar keluarga saya bersuara & turut campur tangan kerana hanya mereka melihat penderitaan & mendengar tangisan saya selama ini..


Di mahkamah nanti akan saya maklumkan siapa yang salah menasihati saya untuk buat takliq, dan akhirnya digunakan mengatakan saya diragui. Doakan saya menegakkan keadilan & maruah sebagai seorang wanita.


[ Utk Pengetahuan Semua ]


Jika anda mengatakan saya yang terlebih dahulu membuka aib.. ternyata anda silap, dia yg terlebih dahulu mengaibkan saya pada media.


Artikal awal yang membuat netizen terbau tentang pergolakkan kisah kami :


4 July 2017


- Apabila wartawan MSTAR Online bertanya apa respon dia tentang gambar billboard saya yang terlihat agak s3ksi, dia sendiri memberitahu pada media yang saya telah "block" account IG nya sedangkan itu tidak benar.. sumpah saya tak block IG dia..   


Lalu media telah sebarkan berita itu yang keluar dari mulutnya sehingga saya dikecam teruk dikatakan isteri derhaka.. Allah.. (Sudahlah sedih diabaikan & kena kecam pulak dahh..!) Bukan kah sepatutnya dia sebagai suami harus mempertahankan saya & bukan memfitnah/mengaibkan saya terlebih dahulu.. Allah..

10 Ogos 2017


- Dia telah memadam semua gambar saya dari acc instagram nya. Ini membuat ramai yg membuat andaian negatif & blogger mula menulis tentang kontroversi & pergolakan ini.


Tapi, tak mengapa lah, saya tak salahkan dia.. Saya yang sentiasa percaya dengan Qada' & Qadar .. kerana saya yakin, apa pun yang terjadi tidak ada yang KEBETULAN, semua yang terjadi adalah KETENTUAN dari Allah swt.. Pasti akan hadir hikmah terindah nanti... #allahmahamengetahui


Itulah penjelasan dari pihak Joy Revfa tentang siapa yang mulakan membuka aib dan cerita kepada pihak media.
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close