Tuesday, 31 January 2017

Ramai Tak Tahu Ada Banyak Cara Nak Keluarkan Wang KWSP, Berikut Adalah 16 Cara Pengeluaran KWSP Yang Wajib Anda Tahu


Ramai antara kita tertanya-tanya boleh keluarkankah duit KWSP kita? adakah hanya untuk belian rumah dan selepas umur 55 tahun semata-mata.

Sebenarnya terdapat banyak cara untuk anda keluarkan wang berkenaan dengan walaupun belum mencapai umur yang ditetapkan.

Berikut adalah 16 cara pengeluaran wang KWSP anda yang perlu anda ketahui.

















Sumber: Zadaar Academy

Siakapkeli.my

Bekas Suami Tiada Respon, Tak Hadir Majlis Aqiqah Anak - Elly Mazlein

Bekas Suami Tiada Respon, Tak Hadir Majlis Aqiqah Anak - Elly Mazlein


Elly Mazlein telah mengadakan majlis aqiqah untuk anak perempuannya, Putri Sara Sefhia dan ianya berlangsung dengan meriah sekali.

Namun yang mencuri perhatian adalah apabila bekas suaminya yang juga ayah kepada anak perempuan tersebut iaitu Azmi Hatta alngsung tidak kelihatan.

Elly tampil menjelaskan hasrat untuk mengadakan majlis tersebut dirancang oleh bekas suaminya namun sehingga anaknya yang kini sudah berusia 11 bulan, tiada perkembangan atau respon mengenai rancangan itu.

Dikatakan, Elly menguruskan majlis tersebut bersendirian denagn bantuan dari ramai pihak.

Penyanyi dan pelakon ini ada maklumkan kepada bekas suaminya melalui laman sosial Instagram namun tiada respon yang diterima.

Ini komennya:

“Dia sendiri tidak menghadirkan diri di majlis ini. Saya sudah memaklumkan menerusi laman sosial Instagram. Sepatutnya dia tahu mengenai perkara ini tetapi tiada sebarang respon dari bekas suami,”

Menerusi perkongsian di laman Instagram, majlis aqiqah tersebut diraikan dalam keadaan meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan beberapa rakan artis.

Saya keguguran kerana mahu belajar 'menguruskan' suami


Oleh Zainab

Nama saya Zainab Mai Pampo, 26 tahun. Saya ingin berkongsi diari perceraian saya dengan anda semua. 

Saya berkahwin dengan sepupu jauh saya, Abdul Samad, ketika tahun pertama saya berada di universiti. Secara jujur, saya tidak begitu mengenalinya. Kami dipadukan oleh ibu bapa kami. Ramai yang kata saya bertuah dan dia merupakan seorang lelaki yang baik, soleh dan tinggi pengetahuan agamanya. Selain itu, dia juga mempunyai pendidikan yang tinggi dan kerjaya yang bagus di industri minyak dan gas. 

Sebelum ini, dia pernah berhasrat mengahwini gadis pilihannya sendiri, namun ditentang oleh keluarga. Si ibu mahu anak tunggalnya itu berkahwin dengan perempuan dari keturunan yang baik dan menolak hasrat Abdul untuk berkahwin dengan gadis pilihannya. 

Disebabkan itu juga, ibunya keluar mencari perempuan yang sesuai untuk dijadikan sebagai isteri kepada anaknya dan begitulah ceritanya saya dipilih menjadi isteri kepada Abdul Samad. 

Saya tidak tahu yang ibu Abdul dengan ibu saya telah bersetuju untuk menyatukan kami. Saya sendiri tidak tahu yang saya akan bertunang dengannya.

Sebelum itu, saya pulang ke kampung untuk menziarahi datuk dan nenek di Macina. Bila saya pulang, keluarga saya telah menerima pinangan dari keluarga Abdul tanpa pengetahuan saya. Dan begitulah ceritanya saya bertunang dengan lelaki itu. 

Tarikh pernikahan kami ditetapkan enam bulan kemudian bermula dari tarikh kami bertunang. Dan dalam tempoh itu juga kami diberi peluang untuk mengenali hati budi masing-masing. 

Saya benar-benar terkejut dengan sikap Abdul yang sebenarnya seorang lelaki panas baran. Pernah beberapa kali saya mengadu perkara itu kepada ibu saudara saya tetapi mereka semua berkata, 

"Bila awak jadi isteri dia kelak, awak akan mampu mengubah perangainya. Dia akan berubah demi awak." atau,

"Bersabar sajalah dan dia pasti akan berubah selepas berkahwin." 

Selepas berkahwin, saya sedar bahawa suami saya bukanlah seperti yang dikatakan sebelum ini. Selepas berkahwin, dia paksa saya berhenti dari universiti. Ibu bapa saya tahu akan perkara ini sebab saya memberitahu mereka tetapi mereka nasihatkan saya akur dan hormat pada kehendak suami. Saya akhirnya terpaksa akur, lagipun syurga di bawah telapak kaki suami. 

Abdul berhenti sembahyang, malah sebelum kahwin lagi dia sering mengingatkan saya agar jangan tinggalkan lima waktu. Tetapi dia sendiri benci bersembahyang. 

Kami pernah bergaduh sebab saya kejutkan dia untuk bangun solat subuh. Dia sangat marah kerana saya kejutkan dia untuk bangun sehingga saya ditampar dua kali dan diberi amaran agar tidak mengulanginya lagi. Saya menggigil ketakutan. Saya tak pernah ditampar di muka sejak dari kecil, walaupun ibu bapa saya sendiri. 

Sejak dari hari itu, suami saya kerap memukul, menampar dan menendang saya. Pada mulanya saya menyangka dia mempunyai masalah di tempat kerja sehingga menyebabkan dia menghadapi tekanan. Tetapi bulan berganti bulan sehinggalah setahun dia kerap membelasah saya dengan lebih teruk dan ganas. 

Adakalanya dia akan memukul saya menggunakan tangan sahaja. Jika dia tiada mood, dia akan gunakan tali pinggang, alat pengecas dan lampu untuk memukul saya. 

Dia seolah-olah begitu benci melihat saya. Tidak cukup dengan menyeksa saya, dia akan kerap memuji kelebihan bekas kekasihnya di depan muka saya. Adakalanya dia akan berbual dengan perempuan itu dan sengaja membiarkan saya mendengar perbualan mereka. 

Tidak cukup dengan itu, dia juga mengkritik yang badan saya tidak setanding dengan bekas teman wanitanya.

"Awak ni hodoh macam babi, pergunakan ibu bapa saya untuk mendapatkan saya. Menjijikkan!" kata Abdul pada saya. 

Satu hari, saya mengadu pada ibunya dan menyangka wanita itu akan melindungi saya tetapi saya silap besar. Ibu mertua saya hanya ketawa dan berkata,

"Awak ini betul-betul perempuan degil. Macam mana dia tak pukul awak kalau awak tak provok dia? Isteri yang bijak akan tahu bagaimana menangani mood suami mereka. Atau awak sebenarnya suka dipukul oleh dia?" kata ibu mertua. 

Saya terdiam dan tidak percaya yang ibu mertua berkata sedemikian. 

"Kalau awak nak hubungan rumah tangga awak berjaya, awak perlu belajar menguruskan suami awak, jadi tiadalah perempuan lain yang akan datang menghampirinya. 

"Awak juga perlu bijak menjaga imej suami. Jika awak beritahu kepada orang lain mengenai apa yang awak beritahu pada saya, awak fikir orang lain akan hormat pada suami awak terutamanya ahli keluarga dan kawan-kawan?" katanya lagi. 

Saya termenung seketika, apakah betul apa yang diperkatakan oleh ibu mertua? Saya dibelasah sebab saya tidak pandai menguruskan suami? Mungkin saya perlu belajar menjadi isteri yang lebih baik. 

Jadi, saya berubah dengan memasak makanan yang sedap, kerap senyum dan elakkan diri dari mendengar perbualan dia dengan bekas kekasihnya. Saya cuba untuk banyak berdiam diri ketika di rumah hampir seminggu dan berjaya. Tetapi, dia sekali lagi memukul saya dengan lebih teruk. Parut di badan bertambah-tambah. 

Sejak awal perkahwinan, kami tidur di bilik berasingan dan dia sudah mula memecahkan pintu bilik saya pada waktu malam untuk memaksa saya .... dan adakalanya dia akan merayu pada saya. Saya tidak dapat berbuat apa atau berkata apa, saya rasa sungguh tidak berdaya. 

Pernah cuba untuk melawan dan keluar dari rumah tetapi kerap teringat kata-kata ibu mertua yang mahukan saya menelan segala kepahitan itu. Saya mahu menjadi isteri yang baik, yang boleh dibanggakan oleh suami. Saya cuba berusaha tetapi keadaan menjadi semakin buruk. 

Satu hari, saya dibelasah dengan teruk dan hampir mati kerana dia berang makanan yang dihidangkan telah basi. Saya baru mahu memohon maaf tetapi ditampar dan terjatuh ke lantai, sebelum ditendang dan dipukul bertubi-tubi. 

Pada masa itu, saya baru mengandung beberapa bulan. Saya gunakan seluruh kekuatan yang ada untuk melindungi kandungan ini menyebabkan dia semakin galak menendang saya. 

Saya sudah puas mengalami keguguran. Saya takkan biarkan dia bunuh kandungan ini. Tidak sama sekali! Tiba-tiba saya kumpulkan seluruh tenaga dan menolak badannya. Dia terkejut dan tergamam seketika. Saya terus berlari keluar dari rumah menuju ke jalan besar seperti orang gila dengan keadaan rambut terurai, pakaian terkoyak  sehingga menampakkan baju dalam, muka lebam, mata lebam. 

Orang ramai hanya memandang saya dan tiada seorang pun yang menegur saya melainkan memandang sahaja. Saya lari sejauh yang mungkin tanpa sebarang hala tuju. Saya hanya ingin mati dan mengakhiri segala penderitaan ini dan bebas dari Abdul Samad. Saya lari dan lari sehinggalah sampai di pintu hospital dan pengsan. 

Beberapa jam kemudian, saya tersedar di katil hospital. Saya dimaklumkan saya mengalami keguguran. Saya sedih, saya keguguran kerana saya mahu belajar 'menguruskan' suami saya.

Saya berada di hospital selama 10 hari dan suami saya langsung tidak datang melawat. Hanya ibu mertua yang datang melawat pada hari ketujuh dan membawa surat perceraian anak lelakinya itu. 

"Saya ceraikan awak dengan talak satu kerana tidak balik ke rumah dan keluar dari rumah tanpa kebenaran.

"Saya akan menerima awak kembali jika awak mengaku menyesal dengan perbuatan awak dan meminta kemaafan dari saya dan ibu saya," tulisnya dalam surat tersebut. 

Saya hampir tergelak membaca ayat terakhir itu. Boleh bayangkan? 

Ibu mertua bayar kos perubatan dan memberi saya sedikit wang untuk pulang ke rumah ibu bapa saya. Ibu bapa saya pada awalnya menyangka saya yang bersalah dalam hal ini dan memberi teguran pada saya. Namun selepas 8 bulan, Abdul atau keluarganya langsung tidak menunjukkan sebarang bayangan untuk datang dan barulah ibu bapa saya sedar dan mula percaya dengan apa yang saya beritahu mereka selama ini. 

Ahli keluarga yang lain masih menyalahkan saya di atas perceraian itu. Parut masih berbekas di badan dan mengingatkan saya akan penderitaan yang lalu setiap kali melihatnya. 

Saya bersyukur pada Allah yang membawa saya keluar dari perkahwinan itu. Meninggalkan lelaki itu adalah satu perasaan lega yang tidak terkata. 

Kepada mana-mana wanita yang membaca diari saya ini dan jika anda berada di situasi yang sama, tolong selamatkan diri anda. Tiada gunanya bertahan kerana lelaki seperti itu tidak menghormati anda dan dia tidak akan berhenti melakukan perbuatan ganas tersebut. Lebih baik bercerai dari mati secara perlahan-lahan dipukul oleh lelaki seperti itu. 

Terima kasih kerana sudi baca diari saya.

Ikan Yg Beku Dimasukkan Ke Dalam Besen, Sesuatu Terjadi Selepas Tu Amat Sukar DIPERCAYAI !!!

Kecoh Van Putih Cuba Culik Kanak² Di Banting Semalam..Cara Mangsa Lepaskan Diri Buat Ramai TAKJUB !!!

Kecoh Van Putih Cuba Culik Kanak² Di Banting Semalam..Cara Mangsa Lepaskan Diri Buat Ramai TAKJUB !!! |Polis siasat laporan mengenai budak lelaki berusia 11 tahun yang mendakwa cuba diculik sekumpulan lelaki menaiki van putih di Kampung Endah, Banting, awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata, keluarga mangsa sudah membuat laporan polis selepas kanak-kanak itu pulang ke rumah 1.30 pagi tadi dan dia masih diambil keterangan pegawai penyiasat.

Katanya, berdasarkan keterangan awal, mangsa mendakwa cuba diculik sekumpulan tiga lelaki bertopeng yang menaiki van putih sebelum dia berjaya melarikan diri.

“Kanak-kanak itu tidak cedera dan kini sedang diambil keterangan oleh polis berhubung kejadian itu.

“Polis polis juga ingin meminta orang ramai tidak menimbulkan sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai,” katanya.

Kejadian itu tular di media sosial dan berdasarkan apa yang tersebar, mangsa baru pulang dari masjid dengan menunggang basikal ke rumahnya di Kampung Endah, Banting, kira-kira 9.30 malam.

Mangsa kemudiannya dihampiri sekumpulan penjenayah namun dapat melepaskan diri daripada diculik selepas menggigit tangan mereka sebelum melarikan diri dari van berkenaan.

P.S. 1 – Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 – Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 – Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 – PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda… Ini Akibatnya……

The post Kecoh Van Putih Cuba Culik Kanak² Di Banting Semalam..Cara Mangsa Lepaskan Diri Buat Ramai TAKJUB !!! appeared first on BISKUTMANIS.

Inilah 5 Gambar Fesyen "Terlajak Sendat" Fathia Latiff Yang Dikecam Ramai

Inilah 5 Gambar Fesyen Terlajak Ketat Fathia Latiff Yang Dikecam Ramai


Pelakon jelita Fathia Latiff kini telah berhijrah memakai tudung.

Memang ramai memuji Fathia setelah berhijrah dan peminat memberi sokongan padu kepadanya.

Namun baru-baru ini, dilihat ramai yang mengecamnya kerana pakaiannya yang terlalu sendat.

Baju yang dikenakan di satu majlis oleh Fathia amat ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya.

Ramai yang mengkritik cara pemakaian pelakon jelita ini.

Turut bersama Fathia di majlis itu ialah rakannya, Uqasha Senrose.

Jom layan gambarnya tu:


Kisah Kehidupan Sayu Ujang Samudera Sebelum Meninggal Buat Ramai SEBAK !!!

Kisah Kehidupan Sayu Ujang Samudera Sebelum Meninggal Buat Ramai SEBAK !!! |Berita meninggalnya Ujang vokalis band samudera telah meninggalkan sejuta kenangan kepada rakyat malaysia pada umumnya. beliau ditemui meninggal di rumahnya di Felda Palong Timur, Segamat, Johor kira-kira pukul 12 tengah hari selasa selepas 6 hari tidak ditemui.

Lebih mengejutkan apabila ujang nama sebenarnya Sarfen Husin dikatakan sudah meninggal dunia sejak tiga hari lalu sebelum ditemukan.

Kehidupan  Ujang Samudera Sebelum Meninggal

Untuk pengetahuan umum,sudah lama ujang yang sudah tidak aktif lagi dalam dunia musik papan atas, terakhir kali diketahui beliau bekerja di sebuah kilang sawit di Felda Palong Timur, Segamat johor.

Beliau juga sering menjadi penyanyi undangan dalam persembahan kugiran orang kahwin sekitar Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.Ujang masih belum berkahwin dan  tinggal di Felda  seorang diri.
Kumpulan Samudera merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi rock 80-an[1] yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Kumpulan ini muncul sekitar awal 1990-an. Sebelum Ujang dan Jimmy menganggotai Kumpulan Samudera mereka pernah menganggotai Kumpulan Axthara. Pada 1993, Samudera mengeluarkan Album yang berjudul Titian Hasrat, Pada tahun 1994 Samudera sekali lagi mengeluarkan album yang berjudul Terminal Cinta.

Bagaimanapun kumpulan ini paling dikenali pada tahun 1995 dengan lagu Salam Sejahtera. Pada 1997 Vokalist kumpulan ini, Ujang telah menyertai sebuah kumpulan yang diberi nama X-Ray dengan album yang berjudul Sungguh Tak Ku Sangka, yang popular dengan lagu Sungguh Tak Ku Sangka,Airmata Dewiku,Mekar Dijiwa dan Lembayung Senja. Kredit EBerita

P.S. 1 – Murid Kanan Bruce Lee Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dato’ Meor Tumpaskan Bruce Lee !!!
P.S. 2 – 3 Pulau Ini Muncul Semula Setelah Hilang 10 Tahun Semasa Tsunami 2004, Lihat Apa Yang Ditemui Di Pulau Itu Pasti MEMERANJATKAN !!!
P.S. 3 – Ini Tips Paling Mudah Check Harga Flight Murah, Confirm Senang Nak Rancang Holiday !!!
P.S. 4 – Selfie Ini Nampak Biasa Bila Sekali Pandang. Tunggu Sehingga Anda Lihat Kali Kedua !!!
P.S. 5 – Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!

The post Kisah Kehidupan Sayu Ujang Samudera Sebelum Meninggal Buat Ramai SEBAK !!! appeared first on BISKUTMANIS.

Bayi maut terjatuh dari eskalator tingkat 4


UZBEKISTAN - Seorang ibu muda tersandung di eskalator menyebabkan bayinya maut selepas terjatuh dalam ketinggian 40 kaki. 

Dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah O'zbegim, bandar Andijan, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita berkenaan yang memakai pakaian panjangs sedang menuruni eskalator dengan mendukung bayinya di tangan kanan dan tangan kiri memegang seorang lagi anaknya. 

Pakaian wanita itu dipercayai tersangkut di eskalator menyebabkan dia tersandung ketika menuruni tangga sehingga menyebabkan anaknya terjatuh dari tangannya. 

Pasukan penyelamat yang dikejarkan ke tempat kejadian bagaimanapun gagal menyelamatkan nyawa mangsa. 


Video kejadian itu telah dimuat naik ke media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ada segelintir yang menyalahkan wanita berkenaan sebagai punca kematian mangsa, selain menyalahkan pemilihan pakaian yang dipakai oleh wanita itu. - The Reporter

'Kesian dengan graduan under PTPTN, tak bayar kena block' - Ahmad Idham


Ahad lalu, pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 43, berkongsikan pandangannya mengenai tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mengenakan sekatan keluar negara terhadap peminjamnya yang dianggap sebagai satu tindakan yang tidak wajar. 

Tweet Ahmad Idham itu mendapat banyak reaksi dari netizen yang rata-ratanya menyokong pandangannya. 

"Kasihan saya dengan graduan under PTPTN. Tak bayar, kena block. Nak bayar macam mana kalau peluang pekerjaan pun susah sekarang ni? Adik ke (tindakan seperti ini) pada mereka? Terfikir, kenapa sampai nak kena block Imigresen? Kerajaan dah tak percaya pada rakyat sendiri ke? Bukan ke rakyat yang pilih kerajaan?

"Kalau yang baru kerja, gaji pun cukup-cukup nak bayar keperluan asas saja, kan. Kos saraan hidup kini tinggi, beban hutang belajar lagi, nak tanggung tu. Bukan ke lagi bijak bukakan peluang untuk mereka bekerja di luar negara. Bolehlah mereka menjana pendapatan untuk bayar hutang belajar. Ini (tidak) terus hukum, bukan bagi solution. 

"Maaf, saya bersuara sebab saya risaukan masa depan generasi muda kita. Peluang pekerjaan semakin sukar. Syarikat sudah banyak ditutup. Syarikat besar pun buang pekerja. Jadi?

"Saya sering tertanya-tanya, adakah dengan dijatuhkan sekatan Imigresen pada graduan ini merupakan satu bentuk 'hukuman untuk mendidik' atau untuk menekan? Dikatakan belia adalah masa depan negara, adakah ini salah satu pelan mendidik remaja untuk persiapkan mereka di masa depan? Terus terang saya amat risau akan modul mendidik jika inilah caranya," katanya. 

Sementara itu, segelintir netizen berpendapat bahawa mereka juga bimbang dengan masa depan anak-anak mereka di masa depan jika tidak mendapat pinjaman PTPTN hanya disebabkan oleh peminjam terdahulu enggan membayar balik pinjaman.

Selain itu, netizen juga menjelaskan PTPTN tidak akan mengenakan sekatan sesuka hati terhadap peminjamnya.

"PTPTN hanya akan block peminjamnya yang sudah lama tidak membuat beryaran atau tunggakan lama. Bukannya baru grad dah diblock. Hutang tetap hutang, larilah macam mana pun, hidup akan rasa tak tenang," kata Ayumi. - The Reporter

Suami pelik kerja kuat tapi duit tidak pernah cukup, sehinggalah…

Otak Bayi 10-minggu Membengkak, Meninggal Dunia Selepas Ibu Bapanya Berulang Kali memberi Susu Badan Bercampur dgn Air

"Sy betul-betul tak tahu susu ibu tak boleh campur dgn air biasa..kalau sy tahu dari awal, Marie mesti masih hidup..sy menyesal..ibu bapa di luar, tolong sebarkan..jgn jadi seperti sy, syg anak-anak anda..mereka bayi, mereka tak mampu bercakap tapi anda mampu bertindak..tolong viralkan secepat mungkin.."

Otak Bayi 10-minggu Membengkak, Meninggal Dunia Selepas Ibu Bapanya Berulang Kali memberi Susu Badan Bercampur dgn Air


Bayi yang hanya berumur 10-minggu Nevaeh Marie Landell meninggal dunia selepas ibu bapanya berulang kali memberi susu badan bercampur dengan air. Susu ibu yang dicampurkan dengan air telah mengakibatkan penurunan dalam tahap elektrolit dan natrium Nevaeh dan menyebabkan otaknya membengkak.
Menurut pendakwa raya, Herbert George Landell dan Lauren Heather Fristed didakwa enggan memberi rawatan perubatan apabila anak mereka jatuh sakit, alasan yang diberikan adalah kerana kepercayaan agama mereka. Apabila mereka akhirnya membawa bayi mereka ke hospital, ia sudah terlambat.
Landell telah didakwa dengan jenayah pembunuhan dan penyeksaan. Fristed didakwa dengan jenyah penyeksaan yang teruk dan kekejaman terhadap anak-anak. Laporan berita US menyatakan bahawa kedua-duanya berada dalam penjara tanpa diikat jamin.
Ia sentiasa tragis untuk mendengar cerita seperti ini, terutama apabila ia agak jelas bahawa Nevaeh mungkin masih hidup jika ibu bapanya lebih berpendidikan mengenai penjagaan dan pemakanan bayi mereka yang masih kecil.
Apakah peraturan mengenai pemberian air kepada bayi yang masih diberi susu ibu di bawah umur enam bulan? Adakah bayi sekecil ini memerlukan susu badan dan dan juga air kosong? Atau adakah susu ibu menyediakan penghidratan yang mencukupi?
Adakah bayi yang diberi susu ibu memerlukan air?
Pakar-pakar laktasi daripada organisasi seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan La Leche League International (LLLI) bersetuju bahawa bayi yang disusui ibu secara eksklusif tidak memerlukan air tambahan. Ini kerana susu ibu terdiri daripada 88% air – terutamanya “susu hadapan” yang datang dengan setiap makanan – oleh itu ia memenuhi semua keperluan penghidratan bayi anda.
Apa yang diperlukan untuk bayi yang baru lahir supaya sentiasa hidrat hanyalah kolostrum.
Mengapa anda tidak perlu memberi air kepada bayi yang menyusu susu ibu yang berumur di bawah enam bulan?
-Nasihat pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Academy of Breastfeeding Medicine, American Academy of Pediatrics dan KellyMom.com menyerlahkan fakta-fakta berikut mengenai risiko memberikan air kepada bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif di bawah usia enam bulan:
-Memberi air boleh mengganggu frekuensi normal penyusuan susu ibu dan boleh menyebabkan kekeliruan puting apabila air diberikan dari botol.
-Memberi makanan tambahan seperti air atau air glukosa kepada bayi yang baru lahir boleh meletakkan beliau pada risiko yang tinggi untuk peningkatan bilirubin (yang boleh menyebabkan penyakit kuning). Bermakna bayi terpaksa berada di hospital lebih lama.
-Ia boleh menyebabkan keracunan air, tanda-tandanya adalah pening, kekeliruan, mengantuk, bergerak-gerak dan sawan. Pakar perubatan professional mengatakan bahawa minum terlalu banyak air terutama pada kanak-kanak di bawah umur satu tahun boleh mencairkan tahap natrium normal bayi dan boleh menyebabkan sawan, koma, kerosakan otak dan juga kematian.
-Air tidak mengandungi kalori, yang bermaksud memberikan air kepada bayi anda membuatkan dia kenyang tanpa menambah kalori. Ini boleh menyebabkan kenaikan atau penurunan berat badan.
Memberi air kepada bayi: Bilakah masa yang sesuai?
Walaupun cuaca di luar sangat panas, bayi susuan ibu sepenuhnya masih tidak memerlukan air tambahan. Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu meningkatkan kekerapan menyusukannya untuk memastikan si manja anda kekal terhidrat.
Jadi, bilakah masa yang sesuai untuk memberikan air kepada anak saya?
Apabila bayi anda berumur enam bulan dan telah belajar untuk menggunakan cawan. Pakar mengatakan ia adalah baik untuk memberinya bayi anda menghirup air beberapa kali sehari, tetapi tidak lebih daripada dua auns setiap 24 jam. Juga, apabila si manja anda memulakan makanan pepejal, nasihat profesional adalah anda boleh menawarkan kepadanya beberapa hirup susu atau air dengan makanan pepejal beliau untuk mengelakkan sembelit.
Untuk bayi yang lebih tua dan juga kanak-kanak, anda boleh terus menyusukan dan memberikan air secara sederhana. Jika anda terus menyusukan bayi di luar setahun, perlu diingatkan bahawa ia masih menyediakan banyak penghidratan untuk anak anda kerana dia dibenarkan untuk menyusu tanpa batas.

Terbukti!! Cara Mudah Kuatkan Signal WiFi Guna Botol Dan Aluminium Foil (9 Gambar)


Bahan – bahan yang diperlukan.
  1. Botol kosong 1.5L
  2. Aluminium foil
  3. Gunting
  4. Marker


Selepas menyediakan barang – barang tersebut, korang boleh follow cara nak buat kat bawah ni step by step.

1. Cabut 1 antena daripada router.


Pastikan tangan korang kering. Ada pulak yang kene kejutan electrik nanti, cara nak cabut antena cuma perlu putarkan antena sampai ia longgar dan boleh dicabut.

2. Guntingkan botol menjadi corong mengikut panjang antena.


3. Pastikan bahagian belakang ‘perisai’ dipotong lebih tinggi sedikit daripada ketinggian antena, tetapi bahagian depan haruslah dipotong rendah.


4. Sudah selesai potong botol ikut bentuk seperti yang ditunjukkan, potong kertas aluminium untuk balut bahagian dalam belakang botol.


5. Tandakan tutup botol dengan simbol X dan potong dengan pisau mengikut garisan X.


6. Masukkan antena seperti ini.


7. Sambung antena dan ‘perisai’ pada modem semula. Ini saya tunjuk sebelah je, boleh buat perisai untuk kedua-dua antena.


Siap! Tu lah cara nak kuatkan wifi, siapa yang ada masalah signal lemah kat rumah boleh buat cara ni ok! Selamat mencuba.

Sumber: Lina Maharon
Kredit: http://ift.tt/2fPQZsP

SIAPA SANGKA!! Masih ingat wajah comel Adi Putra “Genius Matematik Malaysia” yang dulu, namun cuba lihat 6 gambar wajah terbarunya betul-betul memeranjatkan kami!!!


Kira-kira sedekad yang lalu negara dihebahkan dengan kemunculan seorang kanak-kanak genius yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik seperti algebra, indeks dan trigonometri. 

Ketika berusia hanya enam tahun pada ketika itu, Adi Putra Abdul Ghani mengakui bahawa kepintaran luar biasa yang dimilikinya itu adalah pemberian Allah untuknya. 

Kepintarannya dalam bidang matematik mendapat perhatian banyak pihak khususnya mengenai bantuan dan bimbingan yang wajar diberikan kepadanya bagi memastikan kebolehannya digilap dengan sebaik mungkin. 

Bagaimanapun beberapa tahun selepas itu ramai pihak mula melahirkan kebimbangan apabila Adi Putra mengambil keputusan untuk berhenti belajar di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak selepas menyifatkan sistem pendidikan sedia ada tidak sesuai dengannya. 

Malah masih teringat kata-katanya ketika itu apabila beliau mengumpamakan dirinya seperti kereta Ferrari yang dipandu seperti kereta Kancil. 

Selepas 10 tahun, mStar Online kembali menjejaki Adi Putra, 16, bagi mengetahui perkembangan terkini genius matematik itu yang seakan menyepi daripada sebarang publisiti. 

Menurut Adi Putra, beliau kini banyak menghabiskan masa memenuhi undangan daripada sekolah, universiti mahupun kumpulan tertentu untuk mengajar ilmu matematik luar biasa yang dimilikinya sejak lebih 10 tahun lalu. 

Bukan itu sahaja, anak kepada pasangan suami isteri, Abdul Ghani Abdul Wahid dan Serihana Elias ini turut menerima jemputan untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti di Brunei Darussalam. 

Namun di kala remaja seusia dengannya sedang giat mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, Adi Putra pada ketika ini masih belum memiliki sebarang kelayakan akademik secara bertulis. 

Malangnya, remaja yang berasal dari Bagan Serai, Perak ini juga tidak mempunyai sijil sah pengajian di peringkat A-level yang diikutinya di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) beberapa tahun lalu. 

Dakwa Adi Putra, beliau berjaya menghabiskan kursus yang diikutinya selama dua tahun di UIA, namun pembelajarannya tidak diiktiraf atas faktor usia. 

''Adi nak cakap lebih pun tak tahu sangat, tapi Adi memang sudah habis belajar selama dua tahun di UIA. Tapi Adi tak pernah dapat sijil. Senang cerita Adi pergi belajar, bukan untuk dapatkan apa-apa. 

''Adi belajar lima subjek iaitu fizik, kimia, biologi, matematik dan matematik tambahan, tapi memang Adi tak ada kelayakan bertulis, alasan yang diberitahu masa itu ialah sebab Adi bawah umur,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada mStar Online ketika ditemui sewaktu mengadakan program matematik bersama kanak-kanak di Subang baru-baru ini. 

Ditanya bagaimana beliau mampu meneruskan kehidupannya dengan menjadi tenaga pengajar walaupun tanpa kelulusan akademik, Adi berkata beliau hanya bersandarkan kepada nama dan popularitinya sebelum ini. 

''Memang tak ada kelayakan tapi orang kenal Adi kerana nama Adi Putra. Orang tahu sejarah dan latar belakang Adi,'' ujarnya. 

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini, Adi Putra bagaimanapun melahirkan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. 

Ujarnya, cita-cita sejak kecil untuk menjadi seorang profesor matematik Islam tidak pernah terpadam daripada sasaran hidupnya. 

''Memang niat Adi pun insyaAllah kalau ada dana dan ada masa, Adi nak juga sambung belajar.
Sasaran Adi ingin belajar di Monash University, Australia. Memang dari dulu lagi Adi nak ke sana sebab mereka ada modul (pembelajaran) untuk kanak-kanak seperti Adi. Malah mereka ada dana untuk Adi buat kajian dan sebagainya,'' katanya. 

Bagaimanapun menurut Adi Putra, beliau berhadapan masalah dana bagi membantunya melanjutkan pengajian dalam bidang sains dan matematik yang diminatinya. 

''Masalahnya ialah dana Adi perlu cari sendiri. Dari dulu sampai sekarang memang tak dapat sokongan atau dana dari mana-mana pihak. 

''Semuanya Adi kena bergerak sendiri. Buat masa sekarang Adi masih tak boleh tinggalkan Malaysia dan tak boleh tinggalkan keluarga,'' katanya.

Bercerita mengenai projek terbaharunya pada ketika ini, Adi Putra berkata, beliau kini sedang menumpukan perhatian kepada Kelab Inovasi Matematik hasil inisiatifnya sendiri.Cerita Adi Putra, kelab berkenaan bertujuan melatih golongan pelajar untuk mencipta formula matematik terkini mengikut kreativiti masing-masing. 

“Selalunya kita biasa dengar inovasi dalam bidang sains. Sejak dari dulu tak banyak kita dengar orang cipta formula baharu dalam matematik. 

“Formula yang kita belajar di sekolah adalah formula lama. Tapi Adi cuba dan menggalakkan pelajar untuk mencipta cara baharu. Banyak sebenarnya formula baharu yang boleh dicipta,” katanya. 

Setakat ini, menurut Adi Putra kelab berkenaan berjaya ditubuhkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai, Kelantan.”Sekarang pun Adi sendiri sudah cipta sebanyak 286 formula. Mungkin ramai lagi orang di luar sana yang boleh mencipta formula-formula baharu dalam matematik. 

“Setakat ini permintaan pun Alhamdulillah. Ada lagi sekolah-sekolah yang mahu Adi tubuhkan Kelab Inovasi Matematik ini di sekolah mereka.

“Adi sudah siapkan modul untuk sekolah menengah. Pada peringkat awal ini Adi sendiri yang akan mengajar bersama guru bimbingan kelab itu nanti,” katanya. 










Sumber: mstar online 

Sumber: selebritishiro 

loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close