Wednesday, 30 May 2018

Akhirnya Ini Respon Keluarga Syafiq Kyle


Pelakon popular Syafiq Kyle kini sedang diduga dengan kontroversi di bulan Ramadhan ini.

Penyebaran video itu bernar-benar membuat kan nama Syafiq Kyle menjadi buruan orang ramai.

Kini Syafiq telahpun memberi kenyataan tentang perkara itu yang mana dia tidak mahu terus membincangkan video berkenaan secara terus dan mahu ianya ditamatkan segera.

Isu ini yang hanya boleh menjejaskan tumpuannya dalam bidang lakonan.

Menerusi satu sidang media khas yang diadakan semalam bersama rakan media, pelakon ini memilih untuk tidak mengulas secara terperinci isu kontroversi yang melanda.

Pihak pengurusan Syafiq akan membantunya untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara profesional.

Kisah ini bukan sahaja memberi impak kepada dirinya, malah ianya turut memberi kesan buat keluarga.

Melalui Media Hiburan, Syafiq akui perkara ini bukan satu benda yang bagus dan sememangnya keluarga akan turut terkesan.

Ini kenyataan Syafiq Kyle:


"Apa pun benda tersebut, ia adalah benda yang tidak elok. Kenyataan yang keluar mengenai anak mereka misalnya saya berlakon, dapat terlibat dalam drama yang bagus dan sebagainya. Dan kemudian, kenyataan yang sama keluar menerusi medium sama tetapi ia sesuatu benda yang buruk pula.

"Sudah tentu sebelum mereka jatuh, saya sudah jatuh dulu. Apa yang berlaku adalah di luar pengetahuan mereka pun. Jadi tentunya mereka perlukan penjelasan daripada saya sendiri"

Namun, walaupun perlara ini berlaku, Syafiq meluahkan rasa syukur dan bangga kerana dia mempunyai keluarga yang banyak memberikan semangat di waktu susah sebegini.

"Saya bangga kerana ada keluarga yang sokong, sayangkan anaknya. Mereka merupakan support system saya yang ‘paling A’ ketika ini. Kalaulah tidak ada mereka, rasanya saya sendiri tidak akan hadir di sidang media."

"Rasa tiada semangat untuk datang" 

"Tapi tipu kalau saya tak cakap benda ni akan memberi kesan kepada live mereka. Jadi saya kenalah bangun untuk tunjuk kepada mereka mengenai perkara yang lebih baik daripada ini. Sekurang-kurangnya sesuatu yang bagus"

Ditanya adakah keluarga terutama ibu bapanya menangis apabila mengetahui isu tersebut mulai diperkatakan, pelakon berusia 26 tahun ini menjawab;

"Rasanya dia (keluarga) menangis dulu sebelum dia jumpa saya…"

Semoga Syafiq Kyle sekeluarga tabah dengan dugaan di bulan Ramadhan ini. Mungkin ada hikmahnya.

Tak Ada Etika, Sharifah Sakinah



Nama sebagai seorang artis sudah tentu banyak pengaruhnya. Pengaruh yang kuat ini mempu menarik publisiti dan juga membolehkan seseorang artis itu untuk mempromosikan sesuatu.

Tetapi kadangkala, populariti yang di raih oleh seseorang artis itu boleh disalah gunakan oleh sesetengah pihak yang suka mengambil kesempatan.

Ini yang berlaku kepada pelakon popular Sharifah Sakinah.

Semalam menerusi satu entry di laman IG miliknya, pelakon ini telah meluahkan perasaan menyatakan rasa tak puas hati dengan ada pihak yang menyalah ertikan perkongsiannya.

Sharifah Sakinah terkilan apabila ada agen penapis air Cuckoo yang mencuri gambarnya untuk mempromosikan produk berkenaan.

Ini luahan dari Sharifah Sakinah:





Hello Semua!

In my previous video, if you guys noticed I was in sister's house for iftar and I just happened to stand beside a Cuckoo machine to explained the importance of drinking 8 glasses per day. That's all. I repeat, I just happened to stand beside a Cuckoo machine. It's not my house, I'm not using it nor promoting it.

So please to all agents of Cuckoo stop abusing and stealing my video/pic and claimed that I'm promoting your product. Just stop please. It's unethical. Thank you.

"Dalam video sebelum ini, kalau kalian perasan, saya berada di rumah kakak saya untuk berbuka dan kebetulan saya berada di sebelah mesin Cuckoo untuk menjelaskan kepentingan minum 8 gelas sehari. Itu sahaja. itu bukan rumah saya dan bukan gunakannya untuk promosi.

"Jadi diharap semua ajen Cuckoo hentikan curi video dan gambar saya dan buat clain mengatakan saya promosikan produk anda. Itu tiada etika. Terima kasih.



Sharifah Sakinah meminta semua agen yang menggunakan nama dan gambar nya untuk berhenti berbuat demikian.

Katanya, dia hanya prmosikan kepentinganminum air dan bukannya produk tersebut.

Tuesday, 29 May 2018

Terkilan Digelar Mandul, Achey Dan Isteri Buat Ujian


Anak merupakan anugerah untuk pasangan suami isteri. Kehadiran anak kecil sudah pasti menggamatkan suasana buat pasangan suami isteri.

Memang akan bertambah ceria dan meriah apabila kehadiran si kecil di dalam perubungan pasangan yang telahpun berkahwin.

Menerusi perkongsian terbaru, oleh kerana 8 tahun sudah tidak mendapat anak, pasangan pelawak Achey dan isteri kini membuat ujian dan mencari ikhtiar untuk mendapatkan anak.

Pernah meluahkan rasa terkilan apabila dia dan isteri dikatakan mandul kerana belum dikurniakan anak, Achey dan isteri kini lebih positif berhadapan isu berkenaan.

Pelawak berumur 32 tahun ini akui sudah menjalani ujian makmal bersama isterinya bagi menentukan tahap kesuburan masing-masing.

Ini videonya:



"ada angin mengatakan kami berdua mandul"

"Kami masih menunggu keputusan, kami juga sudah positifkan diri jika salah seorang daripada kami mengalami masalah.

"Kami terima seadanya, banyak lagi cara lain dan teknologi yang wujud masa kini"

"Cahaya mata ni penyambung warisan, saya sudah berumur 32 tahun, takan nak sekolahkan anak di usia 42 tahun."

"Jadi usaha tetap ada, kalau tak dapat anak sendiri, mungkin anak angkat . Janji ada pelengkap dan penyeri dalam hidup kami Insyaallah"

Hubungan Achey dan isteri sering dilihat amat akrab di laman media sosial. Ada sahaja sakat menyakat antara kedua dua pasangan suami isteri ini.

Achey dan isterinya Anne atau Nor Hasanah Yahaya baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan ke lapan pada Isnin.

Apapun, semoga segalanya dipermudahkan buat Achey dan isteri.

Monday, 28 May 2018

Jurusolek Ini Dikatakan 'Mira' Dalam Video Syafiq Kyle.. Baca Kenyataannya


Video viral yang menunjukkan individu mirip wajah pelakon Syafiq Kyle dan seroang individu bernama Mira terus menjadi bualan ramai.

Ramai tertanya-tanya adakah benar video itu merupakan Syafiq Kyle. Malah ada juga yang tertanya siapakah individu bernama Mira itu.

Para peminat dilihat mahu penjelasan daripada pelakon itu sendiri dan nak tahu siapakah gerangan individu bernama 'Mira' itu.

Ramai yang mengandaikan indvidu itu seorang maknyah kerana suaranya yang seperti 'terkepit' dibuat-buat.

Namun secara tiba-tiba ada seorang juru solek yang dikaitkan sebagai Mira.

Jurusolek artis bernama Aizat Abdul Razak turut terkena tempias dikatakan merupakan Mira dalam video itu.



Bagaimanapun, Aizat menafikan dirinya adalah individu bernama Mira dan orang yang bertanggungjawab menyebarkan video itu.

Menurutnya, tindakan segelintir pihak yang menuduhnya adalah fitnah kerana dia masih waras untuk melakukan perkara tidak berfaedah itu.

Ini tulis Aizat di laman IG miliknya:

"Mengaku je la awak dalam video tu".. Ape kejadah saya pulak yg dipersoal. 

"Stop la tanya soalan bukan-bukan. Suara kepit pondan semua lebih kurang sama. Tapi kalau nak diikutkan. Memang suara saya kepit pon lain sikit. Aiyooooo apa masalah mereka-mereka yang cakap saya pulak.

"Mentang la kebelakangan ni saya rajin live IG dan ada “drama yg terselit”. Semakin hari semakin ramai penonton drama saya tapi ingin saya tegaskan BUKAN SAYA yang rakam atau sebarkan video tu. Kalau tak percaya buat la Voice Tracker/Test. Lain suara kepit saya. 

"Video tu saya dah tengok lama dah. Cuma saya tak penah simpan dan sebarkan sebab kita tak tahu kesahihan. Kalau saya la orangnya dah kenapa la saya nak aibkan diri sendiri. Gila ke apa. Orang zaman sekarang ni suka tuding jari. Benda tak sahih pon nak kongsi.

"HARAP FAHAM. Jangan libatkan saya. Biar la orang yang selayaknya siasat jangan la burukkan keadaan. Semua DM saya tanya-tanya. Minta video. Saya tak ada kene mengena apatah lagi dalam penyebaran video tersebut kat twitter sebab saya tak pandai main twitter. 

"Bulan baik ni tak baik fitnah. Astaghfirullah. 

"Issue gambar parodi pon bukan saya yang plan. Itu fans account yang buat and saya cuma repost je sebab bagi saya tu cuma gurauan dan kebetulan je sebab artis tu tengah viral. Saya pon kenal camtu je pernah terserempak beberapa kali je.

"Saya harap saya dah jelaskan issue ni dan pls la bukan cara camni nk jatuhkan seseorang. Stop fitnah saya tak ada kaitan

Aizat memuat naik penjelasan tersebut menerusi laman Instagramnya dan berharap netizen berhenti menuduh dirinya sebagai dalang di sebalik penyebaran video itu.

Jurusolek popular ini turut menegaskan agar netizen berhenti melibatkannya dan biar pihak yang sepatutnya menyiasat perkara itu.

Sehingga kini Syafiq Kyle masih tidak ada membuat sebarang kenyataan.

Sunday, 27 May 2018

Setepek Kena... Syed Saddiq Pula Perli Dira Abu Zahar


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil membalas komen dari pelakon Dira Abu Zahar.

Syed Saddiq telah tampil memberi respon balas dan membidas komen dari pelakon Dira Abu Zahar yang telah melabelkan nya sebagai Yang Budak-Budak.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) itu dilihat telah menyindir Exco Puteri Umno itu sebagai 'lurus' kerana terlalu serius terhadap kenyataannya sebelum ini yang merupakan satu gurauan tentang penjaga gol Liverpool yang menajdi punca kekalahan pasukan itu di final Champions League.

Ini sindiran dari Syed Saddiq: "Sis ni pembaris ke? Lurus sangat. Mohon jadi pembaris juga bila menegakkan keadilan" 

Memang ramai yang suka dengan balasan dari Syed Saddiq terhadap Dira Abu Zahar itu.


Namun kemudian, Dira telah membalas kembali komen Syed Saddiq di Twitter, dengan mengakui dirinya seorang yang 'lurus' dan berharap Syed Saddiq tidak bengkok.

Ini komen balas Dira: "Sis memang 'lurus'. Sis doakan awak pun lurus, jangan 'bengkok' ya".



Sebelum ini kecoh, pelakon Dira Abu Zahar telah menegur status yang dimuat naik Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila meminta penjaga gol Liverpool disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas pasukan itu kalah menentang Real Madrid di Liga Juara-Juara Eropah pagi Ahad.

Dira Abu Zahar telah mempersoalkan sama ada status itu wajar ditulis oleh seseorang bergelar Yang Berhormat (YB).

"Yang Berhormat? atau lebih kepada Yang Budak-budak" 

Tindakan Dira ini telah menerima kecaman netizen yang rata-rata menganggap status yang dimuat naik Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu hanyalah satu gurauan.

Netizen turut mempersoalkan adakah jika seseorang itu seorang bergelar 'YB' perlu bersikap serius tanpa rasa jenaka sepanjang masa.

Saturday, 26 May 2018

Siti Saleha Nak Manja Puas-Puas


Pelakon cantik jelita Siti Saleha bercerita bahawa dia langsung tidak tertekan apabila bercerita soal cahaya mata.

Ini  kerana Siti Saleha dan suaminya iaitu Ahmad Lutfi Azhar masih dalam suasana honey moon sejak mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini telah berkahwin pada bulan Julai tahun lepas.



Menurut Siti Saleha dirinya juga mahu bermanja sepuas-puasnya dengan suami sebelum menerima kehadiran orang baru yang selalunya dikatakan pasti menambahkan lagi seri mahligai cinta mereka.

Ini komennya:

"Apabila saya melihat abang dan adik saya yang sudah mempunyai anak, kehidupan mereka bagai berubah sepenuhnya. 

Tumpuan dan perhatian kini perlu diberikan kepada bayi masing-masing. Bagaimanapun, kami bukanlah merancang kerana soal anak bergantung kepada rezeki.

"Cuma bagi saya, sekarang kami masih lagi dalam suasana bulan madu. Malah, kami dalam perancangan untuk bercuti ke Mauritius. Berilah saya peluang untuk bermanja puas-puas dengan suami dulu," 

Bercerita mengenai kehadiran bulan puasa pula, Siti Saleha berkata, dia berasa amat teruja apabila kali pertama menyambut bulan penuh keberkatan itu sebagai seorang isteri.

Seperti wanita sudah berkahwin yang lain, walaupun sibuk, Saleha tetap akan ke dapur menyediakan hidangan untuk suami.

"Suami saya tidak begitu cerewet dalam soal makanan. Dia suka makan daging goreng kunyit, manakala saya pula gemarkan salmon panggang sebab ia senang untuk dimasak.

"Janganlah ingat saya tidak mahir di dapur hanya kerana saya seorang artis. Saya juga boleh memasak kerana sejak dulu saya seorang yang berdikari. Cuma, saya tidak menayangkannya di media sosial,"

Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga, Sit iSaleha yang juga kakak kepada Sam Bunkface akan muncul dalam dua drama baharu di kaca televisyen.

Drama 'Bulan Bintang Dan Sayang' akan menemui penonton ntv7, manakala Bila Aidil Ada Fitri pula ditayangkan menerusi saluran Astro Oasis.

[UPDATE] Kes remaja dibunuh setelah keluar dengan bekas kekasih, bertengkar sebab vape...


Pergaduhan berkaitan tabiat suspek menghisap vape dipercayai antara faktor menyebabkan lelaki itu berang sebelum mencekik Nur Alya Damia Hairi sehingga maut, malam kelmarin.

Sumber memberitahu, mangsa dan bekas teman lelakinya yang berusia 19 tahun itu, dipercayai baru berpisah beberapa minggu lalu.

Dikatakan pada malam kejadian, mereka bertemu semula pada malam itu untuk berbincang tentang hubungan mereka.

Namun kedua remaja ini telah bertengkar sehingga bekas kekasihnya itu bertindak di luar batasan.

"Ketika bertengkar di dalam kereta, mangsa dikatakan mengugut suspek untuk memberitahu ibu bapa lelaki itu mengenai perhubungan mereka, selain tabiatnya menghisap vape tanpa pengetahuan orang tuanya.

"Suspek yang marah kemudian hilang kawalan lalu mencekik leher mangsa selama beberapa minit sebelum menyedari hidung mangsa berdarah dan dia sudah tidak sedarkan diri.

"Lelaki itu dipercayai panik dan kemudian menolak mangsa keluar dari keretanya dan terus pulang ke rumah sewa"

Ini videonya:



Kejadian yang berlaku sekitar jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya Damia yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui seorang penduduk di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di sini, sebelum dia menghubungi polis.

Dalam tempoh 15 minit, polis telah mengesan dan menahan suspek utama yang juga penuntut KVPD di rumah sewanya di Taman PD Idaman, kira-kira satu kilometer dari lokasi mayat mangsa ditemui.

Suspek kini telah direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dari siasatan polis, mangsa keluar dari rumah sewanya di Taman Selasih selepas dijemput suspek dengan menaiki kereta Wira dan mereka dikatakan ke satu lokasi berdekatan perumahan itu sebelum pertengkaran tercetus.

Pihak polis menyiasat kes berkenaan merangkumi semua aspek dan dalam proses melengkapkan kertas siasatan.
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close