Thursday, 17 May 2018

Apa ada dalam peti besi di rumah Datuk Seri Najib Razak?


Ini merupakan satu berita tentang kes polis menyerbu kediaman bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Dikatakan sebuah peti besi ditemui anggota polis dari Bukit Aman di tingkat satu rumah Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi laporan portal Malaysia Kini, peti itu masih gagal dibuka walaupun diusahakan sejak pagi tadi.

Ianya disahkan oleh peguam kepada Datuk Seri Najib, Datuk Harpal Singh Grewal.

Kata Harpal Singh, anak guamnya (Najib Razak) tidak memiliki kunci kepada peti besi berkenaan dan ia tidak dibuka-buka sejak 20 tahun lalu.

Ini kenyataan peguam Najib Razak:

"Pada kira-kira jam 8.30 pagi, beberapa anggota polis memasuki sebuah bilik di tingkat satu dan memutuskan untuk menggerudi sebuah peti besi yang terkunci selama dua dekat apabila anak kuncinya tersalah letak.

"Penggerudian berlanjutan walaupun sekarang sudah lebih jam 5 petang dan memang tidak ada ketenangan di kediaman beliau (Najib),"

Ini videonya:



Menjelaskan perkembangan siasatan di kediaman bekas perdana menteri itu Harpal Singh memberitahu seramai 50 hingga 60 anggota serta pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman tiba di kediaman Najib kira-kira jam 10 malam semalam.

Mereka kemudian mengawal persekitaran premis itu serta memaklumkan mahu melakukan penggeledahan.

Katanya Dato Seri Najib bersetuju memberi kerjasama penuh dan membenarkan polis menjalankan kerja mereka.

"Anggota polis itu berpecah kepada beberapa kumpulan dan melakukan pemeriksaan di seluruh kediaman anak guam saya dan membuka beberapa kotak mengandungi barangan peribadi yang kemudian dibungkus dan dibawa dari kediaman rasminya.

"Pencarian itu berterusan sehingga kira-kira jam 5 pagi apabila tiga kotak berisi barangan peribadi serta beg tangan serta pakaian dibungkus dalam beberapa kotak sebelum dibawa pergi oleh polis," 

Harpal Singh menjelaskan polis memberitahu mereka akan beredar dari rumah itu selepas siap membungkus kotak terakhir.

Kira-kira jam 5 pagi kata peguam itu masih ada beberapa anggota polis di luar rumah Najib sehingga beberapa jam kemudian.

Selepas itulah katanya mereka menemui peti besi berkenaan.

Menurut Harpal Singh ketika ini Najib keletihan, terganggu dan sedang berehat.

"Bagaimanapun polis tidak menyoal siasat beliau," katanya lagi.

Sementara itu pihak polis tidak menemui sebarang bahan yang penting dan tiada dokumen diambil.

Harpal Singh juga menyatakan bahawa waran penggeledahan yang diperolehi oleh pihak polis adalah tentang dengan isu antipengubahan wang haram.

Penggeledahan yang dilakukan di premis terbabit serta pelbagai barang yang dirampas dan penggerudian peti besi lama mungkin menyebabkan gangguan kepada Najib, keluarganya serta penghuni lain di kawasan berkenaan.

Katanya ia juga memberikan imej buruk kepada Najib.

"Lebih penting serbuan dijalankan itu berlaku pada bulan Ramadan dan Najib, keluarga serta kakitangannya dinafikan daripada hak mereka untuk beribadat menjelang berbuka pada hari pertama puasa," 

Menurut Harpal Singh lagi Najib sudah menyatakan kesanggupannya memberikan kerjasama penuh kepada pihak yang berkenaan namun berlaku gangguan berterusan selama hampir 18 jam ini serta tiada hasil yang bermakna,.

Sumber: Malaysia Kini

"Perkahwinan Saya Dan Bella Dally Telah Berakhir" - Nazim Othman


Sejak kebelakangan ini, ada desas desus mengatakan hubungan rumahtangga antara pelakon Nazim Othman dan Bella Dally sedang dalam keadaan goyah.

Namun, Nazim ketika ditanya wartawan mStar Online mengatakan hubungan mereka baik-baik sahaja.

Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram, pelakon Nazim Othman telah mengesahkan bahawa perkahwinan mereka telah berakhir.



Ini perkongsiannya:

"Saya dengan rasa berat hati dan dikacita ingin memaklumkan bahawa, di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella Dally telah berakhir.

"Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas doa yang baik untuk kai selama ini.


Ternyata ini satu pengumuman yang amat mengejutkan ramai. Para peminat dilihat memberi ucapan takziah dan bersedih di atas berita ini.

Pasangan ini telah bernikah  pada bulan September 2016 di Hotel Promanade, Kota Kinabalu, Sabah

Apapun takziah diucapkan buat kedua-dua selebriti ini. Semoa terus move on dengan kehiduan masing-masing selepas ini.

Wednesday, 16 May 2018

Respon Balas Jep Sepahtu Tentang Tindakan Datuk Seri Wan Azizah


Telah pun rasmi bahawa Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah pun diberi mandat untuk memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia selepas kemenangan di Pilihan Raya Umum 14 baru-baru ini.

Sememangnya isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ini mencatatkan sejarah sebagai Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama yang dilantik di negara ini.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah sebenarnya amat aktif di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan juga Twitter.

Yang menarikanya, melalui satu laporan Sinar FM, di laman media Instagram, rupanya Datuk Seri Dr. Wan Azizah hanya follow seorang sahaja artis di Malaysia.

Selebriti yang Datuk Seri Dr. Wan Azizah follow ialah pelawak popular Jep Sepahtu.

Jep Sepahtu merupakan antara satu-satunya selebriti di Malaysia yang Datuk Seri Dr. Wan Azizah ikuti menerusi laman sosial, Instagram.

Jika anda lihat di bahagian ‘Following’ Instagram Timbalan Perdana Menteri Malaysia kita, hanya 46 akaun Instagram yang beliau ikuti dan rata-ratanya hanyalah tokoh-tokoh politik.

Memang tak sangka Datuk Seri Dr. Wan Azizah merupakan peminat Jep Sepahtu.

Ini respon Jep Sepahtu tentang hal ini:

"Alhamdulillah saya sangat-sangat gembira. Cuma macam tak percaya takut Timbalan Perdana Menteri Malaysia tertekan follow (tak sengaja). Apatah lagi saya sangat mengagumi ketabahan dan kesabaran yang dimiliki oleh beliau"

Selain itu, Jep Sepahtu turut meluahkan rasa gembira di atas pembebasan suami kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini.

Ini tulis Jep:

"Izinkan kami tumpang kegembiraan ini. Syukur Ya Allah. Air mata gembira. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Teruskan berdoa untuk Malaysia yang lebih baik."

Ini videonya:





Semoga segalanya dipermudahkan untuk mereka yang memimpin kerajaan baru ini.

Tahniah buat Datuk Seri Dr. Wan Azizah!

TAHNIAH! Adira Sah Hamil Anak Kedua, Dah Nampak Baby Bump


Tahniah diucapkan kepada penyanyi Adira Suhaimi diatas satu berita yang cukup menggembirakan.

Adira telah disahkan hamil lagi untuk anak kedua selepas lebih setahun melahirkan anak pertama.

Suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra disapa Dato Red telah mengesahkan isterinya itu hamil lima bulan.

Ahli perniagaan ini membuat kenyataan setelah satu gambar Adira yang dimuatnaik olehnya jelas kelihatan baby bump.

Ini fotonya:


Dato Red berkata, penyanyi berkenaan dijangka akan melahirkan bayi tersebut pada September tahun ini.

Ini komen Dato Red:

"Alhamdulillah, rezeki Allah... Adira hamil lima bulan anak kedua kami. Kalau ikutkan anak ke lapan sayalah.

"Kira tahun ini saya dapat dua cahaya mata daripada isteri pertama dan kedua," 

Dalam pada itu, Dato red ada menyatakan hasrat mempunyai ramai anak itu mengakui menyasarkan 20 cahaya mata.

Ini pendedahannya:

"Saya suka anak ramai sekarang hendak masuk lapan orang, lagi 12 oranglah kalau diberi rezeki," 

Tentang kegiatan seni Adira, Dato Red menyatakan, dia tidak melarang selagi ia tidak memudaratkan kesihatan Adira.

"Dia masih boleh terus bekerja jika ia tidak menjejaskan kesihatannya," 



Adira berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017.

Dato Red mempunyai isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali Datin Red mempunyai empat orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20-an dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 19 tahun dan 14 tahun.

Ini anak-anak Dato Red:

- Bekas isteri (dah cerai) : 2 orang
- Datin Red : 4 orang
- Adira : 1 orang

Apapun semoga urusan Adira mengandungkan anak pertama ini sentiasa dipermudahkan.

Tuesday, 15 May 2018

Nabil Ahmad Panggil Syed Saddiq Dengan Nama 'Sadiq Segaraga' (Watak 3 Abdul)



YB muda dari parlimen Muar iaitu Syed Saddiq, 25 tahun kini menjadi viral dan begitu popular terutama di kalangan para remaja.

Kehebatannya menjadi pemimpin dan memperjuangkan misi nya telah membuatkan ramai melahirkan rasa kagum terhadap anak muda ini.

Sememangnya Syed Saddqi boleh diangkat sebagai idola terbaru untuk para belia di luar sana.

Populariti yang diraih oleh Syed Saddiq membuatkan dia dijemput tampil di program hiburan MeleTop yang diacarakan oleh Neelofa dan juga Nabil Ahmad.

Ketika di awal kemunculannya, Nabil Ahmad ada bergurau dengan YB Syed Saddiq dengan mengatakan ad yang memanggilnya dengan nama Sadiq Segaraga.

Lawak Nabil ini disambuat dengan gelak tawa dari para penonton dan juga Syed Saddiq sendiri.

Jika anda tak ingat, Sadiq Segaraga ialah nama watak dalam filem P.Ramlee iaitu 3 Abdul.

Watak ini dilakonkan oleh Ahmad Nisfu dan amat popular.

Ini videonya:



Menerusi video ini, Syed Saddiq ada berbicara tentang matlamat dan visi orang muda di Malaysia.

Selain itu Syed Saddiq juga berbicara tentang Tun Mahathir dan katanya Tun M amat aktif dan baginya Tun M umpama seseorang yang baru berumur 30 tahun lebih sahaja.

Tun Mahathir sebenarnya seorang yang kelakar dan juga amat aktif dengan sering menunggang kuda.

Sememangnya Syed Saddiq adalah orang muda yang dicari-cari untuk menjadi pemimpin belia yang baru dan semoga segala urusannya dilancarkan.

Sedikit imbasan tentang beliau yang menjadi viral baru-baru ini, sebelum ini, ada isu melanda Syed Saddiq yang mana dia dikatakan sudah berpunya namun pemimpin berasal dari Johor ini mnafikannya.

Syed Saddiq akui masih single dan ada berseloroh segala urusan teman wanita harus mendapat restu dari ibunya terlebih dahulu.

Bentuk Badan Almy Nadia 'Besar', Ini Respon Fizz Fairuz


Pelakon popular Datuk Fizz Fairuz diminta megulas tentang ada sesetengah pihak yang sering mengata bentuk badan isterinya Almy Nadia.

Fizz dikatakan enggan mengambil peduli kata-kata netizen mengenai bentuk badan isterinya.

Pelakon ini juga berkata dia mahu isterinya itu mengamalkan sebarang diet dengan cara yang betul.

"Badan Amy memang naik sebab rangka dia besar. Sebelum kahwin berat dia dalam 52 kilogram dan masa pertama kali hamil berat dia jadi 98 kilogram.

"Bila nak turun tu ambil masa. Dia pernah mencuba kurus tapi saya kata tak payahlah. Kalau nak diet tu dengan cara yang betul.

"Kalau makan pil boleh kurus tapi nanti lemak berkumpul di jantung jadi bahaya. Biarlah macam ni, orang nak cakap apa pun janji dia sihat," 

Fizz atau namanya Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 39 tahun, dia tidak akan mendesak Almy Nadia untuk menguruskan badannya kerana amat faham bahawa isteri tercinta itu  sibuk menguruskan anak-anak.

Malah kini Almy juga sedang hamil anak ketiga.

"Kalau kita desak, nanti dia pula tertekan. Nak jaga anak lagi, masa tak cukup. Saya nak mengambil pembantu rumah, dia tak nak.

"Takut orang pukul ke buat apa-apa ke. Dia nak jaga sendiri. Masa dia pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari menguruskan rumah. Selepas itu bersama anak-anak.

"Kalau dia nak turunkan berat badan, tunggu bayi ketiga lahir dahulu dan anak-anak dah besar sikit,"

Berbicara tentang kehamilan terbaru isterinya, Fizz memberitahu isterinya mengalami alahan kehamilan awal yang berbeza daripada sebelum ini.

Kali ini, Almy menjadi seorang yang pemalas untuk berhias dan bersiap.

"Kehamilan kali ini memang berbeza daripada sebelum. Dia jadi malas nak bersiap dan berhias.

"Kalau sebelum ini, dia suka nak bersolek. Mungkin perubahan awal sebab kandungannya dia pun baru masuk enam minggu,"

Fizz dan Almy mengumumkan bakal menimang anak ketiga menerusi laman Instagramnya pada 2 Mei lalu.

Pasangan selebriti ini telah berkahwin pada 26 April 2014.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 3 tahun dan Nur Aurora, 2 tahun.

Ini Kenyataan Penuh Ziana Zain, Anggap Rumah Umpama Neraka


Perkahwinan Ziana Zain dan suami kini sedang dilanda badai.

Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya penyanyi ini mula bercerita tentang masalah rumah tangganya.

Ziana ditemui selepas sebutan kes perceraiannya dengan suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, di Mahkamah Syariah Shah Alam, hari ini.

ARMIN TAK MENGAKU SALAH

Pada sesi berasingan pada sebelah pagi, Armin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini atas pertuduhan pindaan sengaja menyebabkan luka dan lebam pada anak lelaki mereka, Februari lalu.

Armin membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan pindaan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan luka dan lebam ke atas anak lelaki berusia sembilan tahun dengan menggunakan rotan di bahagian tangan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, antara jam 8 malam hingga 10.30 malam 24 Februari lalu.

ANAK TRAUMA

Mendirikan rumah tangga pada Mei 1998, Armin dan Ziana dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Pada 3 April lalu, Ziana memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam selepas Armin dikatakan enggan melepaskannya secara baik.

Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zin mengaku sedih apabila anak-anak meluahkan perasaan termasuk gembira tidak lagi tinggal serumah dengan bapa mereka.

Trauma dan tertekan dengan kemelut rumah tangga dihadapi ibu bapa, semua anak penghibur terkenal, Ziana Zain mengikuti rawatan psikiatri.

Mendedahkan perkara itu, Ziana berkata, dia membawa keempat-empat anaknya mendapatkan rawatan psikiatri atas nasihat doktor selepas melihat mereka murung dan tertekan.

Tambah Ziana, anak-anak menjadi takut sehingga enggan makan sekali selain bimbang dimaki termasuk ketika berada di khalayak ramai.

"Salah seorang anak terpaksa mendapat rawatan dan dirujuk ke psikitri selepas menghidapi simptom kemurungan sejak umur 14 tahun," 

"Anak-anak ada yang suka berdiam dan bersendirian... Mereka trauma dengan apa yang dilalui.

"Saya sentiasa bertanya mereka. Syukur apabila anak-anak berkongsi, baru kita tahu mereka pendam perasaan selama ini... Mereka diam kerana takut,"

"Bayangkan anak sulung dan kedua saya enggan diajak makan di luar. Ini kerana tidak sanggup dimarah dan diherdik sesuka hati.

"Malah, mereka mengaku tidak sanggup lihat saya dimarahi tanpa sebab dan punca," 

"Mereka (anak-anak) tanya sampai bila terpaksa menanggung dan menyatakan tindakan Armin tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang bergelar suami atau bapa.

"Mereka beritahu saya, Ma don't died,"

Pelakon dan penyanyi popular ini mendakwa perbuatan keras yang dilakukan suaminya meninggalkan kesan mendalam terhadap anak-anak.




TEKAD BERPISAH

Bercerita lanjut, Ziana berkata, dia nekad berpisah kerana tidak dapat terus mempertahankan tembok kesabaran diri.

Tambah Ziana, rasa perit itu dissembunyikan kerana enggan orang luar menghidu apa yang dilaluinya termasuk keluarga.

"Bayangkan, selama 20 tahun saya pendam rapat dan kemas dalam hati. Saya tidak berkongsi derita yang saya tangguh meskipun melalui pelbagai dugaan sejak fasa awal perkahwinan.

"Saya dididik bapa supaya pertahankan perkahwinan dan menjaga rumah tangga serta jangan bercerita kepada sesiapa,"

"Tiada siapa tahu kerana saya diajar ibu bapa agar tidak menceritakan hal rumahtangga,"

HIDUP MENDERITA, UMPAMA NERAKA

Ziana mengaku hidupnya menderita hingga menangis setiap kali tiba di pagar rumah dengan hati meronta ketika melangkah masuk serta berdepan suami.

Menurutnya, setiap kali selesai bekerja, dia seolah- olah trauma untuk pulang ke rumah.

Ziana berkata, netizen dan masyarakat boleh bercakap apa saja kerana mereka tidak melalui apa yang dihadapinya selama dua dekad.

"Katalah apa saja... Saya doakan anda tidak melalui apa yang saya hadapi kerana ia bukan satu liku hidup yang mudah.

"Bayangkan saya simpan semuanya dalam diri kerana sayangkan keluarga, namun semua itu tidak dihargai. Demi hidup yang lebih tenang untuk saya dan anak-anak, maka saya bertindak (memohon cerai)," 

"Melihat pagar pun saya dah meraung. Kalau orang lain rumahku syurgaku, tetapi bagi saya dan anak- anak, rumahku nerakaku," 

TAHAP KESABARAN SUDAH MAKSIMUM

Menurut artis berkenaan, dia  tidak menyangka  penderaan mental dihadapinya itu meleret sehingga perkahwinan mereka berusia 20 tahun.

Tambah Ziana, dia tidak percaya dirinya mampu  bersabar sehingga kemuncaknya. Kata Ziana, ibu dan bapa saudara Armin juga seolah-olah tidak menyangka dengan tahap kesabarannya.

"Bayangkan bagaimana saya menghadapinya. Tahap kesabaran saya sudah maksima,"

"Saya manusia paling sabar kalau orang lain anak pertama boleh cerai, saya boleh tunggu lagi dengan apa yang dia buat kepada saya,"

"Kalau mak saudara cakap, Kau boleh sabar Rozie? Sabar betul kau Rozie?

"Jadi maksudnya apa?" 



ARMIN TAK KERJA, TAK BERTANGGUNGJAWAB

Menurutnya, sejak tidak lagi berkhidmat dengan Malaysia Airlines (MAS) tiga tahun lalu, Armin tidak mempunyai inisiatif untuk mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Semua perbelanjaaan ditanggung oleh Ziana Zain.

"20 tahun saya berbakti kepadanya. Beri yang terbaik untuk dia. Walaupun bekerja, saya tetap memasak untuknya dan anak- anak.

"Jangan dia cakap saya tidak menjalankan tanggungjawab, tanya diri dia, apa tanggungjawab dia terhadap saya dan keluarga,"

"Saya anggap ini rezeki, namun apabila dia buat saya macam ini, saya tidak akan tunggu lagi," katanya.

"Semuanya saya. Dia duduk rumah hisap rokok dan ambil anak sekolah sahaja,"

ARMIN TANYA SOAL ANAK

Pada sebutan kes perceraian pasangan itu, Armin membangkitkan soal penjagaan anak.

Mengulas perkara itu, Ziana berkata, dia tidak membenarkan anak-anak berjumpa Armin kerana mereka adalah saksi kes penderaan suaminya yang sedang dalam prosiding.

Sumber: BH / Sinar

loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close