Friday, 24 November 2017

Akhirnya.. Uqasha Senrose Bersuara Tentang Gambar Edit Nak Nampak Kurus



Pelakon Uqasha Senrose memang sering terlibat dengan isu isu hangat. Ada sahaja kisah panas tentang dirinya.

Sejak akhir-akhir ini, Uqasha Senrose menjadi sebutan ekoran percintaan dengan pengacara Muzik-Muzik iaitu Hefny Sahad.


Pasangan ini akhirnya akui sedang bercinta setelah mengenal hati budi selama setahun dan akui kini sedang serius bersama.


Kemudiannya, Uqasha Senrose menjadi sebutan kerana bentuk badannya yang dikatakan sudah 'berisi' dan sehingga ada menggelarnya dengan panggilan yang tidak elok di laman media sosial.

Yang terbaru, ekoran teruk dikritik kerana sudah berisi, beberapa hari lepas dengan kisah yang tersebar apabila Uqasha dikatakan telah menyunting atau mengedit salah satu gambar di laman Instagram miliknya hanya untuk kelihatan lebih ramping.


Yang menjadi bahan bualan ialah cara Uqasha Senrose edit gambar itu amat jelas kerana pintu dilatar belakangnya kelihatan bengkok.

Memang teruk Uqasha Senrose kecam lagi. Namun ada juga yang mula menyalahkan orang ramai keran mengecam bentuk bdannya sehingga Uqasha terpaksa mengambil keputusan untuk edit gambar supaya tidak kelihatan berisi.

Akhirnya pelakon jelita ini telah tampil bagi memberi jawapan terhadap segala cemuhan yang diterima.

Akhirnya Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, mengakui bahawa dia memang ada mengedit gambar berkenaan untuk kelihatan ramping.

Uqasha Senrose berbuat sedemikian kerana dirinya sering dilabel 'gemuk' dan 'berisi' oleh segelintir netizen.


Ini komen Uqasha Senrose tentang hal ini:

"Kita kan ada yang panggil gemuk jadi saya edit sikit je pun untuk bagi nampak ramping.

"Kalau nak diikutkan, gambar sebelum dengan selepas tidaklah banyak beza mana. Bukan nak kurus macam tiang dinding pun

Kemudian ada individu yang menyunting semula gambar berkenaan dengan menunjukkan gambar sebenar Uqasha Senrose.

Ini foto sebelum dan selepas yang menjadi viral:



Ujarnya, dia tidak ambil pusing dan sudah masak dengan perangai netizen terutama haters yang suka sangat mencari kesalahan selebriti dan tidak ambil kisah berhubung perkara berkenaan.


Ini jelas Uqasha lagi:

"Yang buat before dan after tu pun gigih. Macam tiada kerja lain. Apa pun, saya okay sahaja sebab haters gonna hate always. Ada sahaja kesalahan yang akan dicari

Walaupun sering dilanda kontroversi, sebenarnya rezeki Uqasha Senrose kini mencurah-curah.

Uqasha dikatakan sedang sibuk dengan penggambaran telefilem bertajuk Pulangkan Kasihnya selepas tamat penggambaran filem Hantu Kak Limah.

Ini komennya:

"Selepas selesai jalani penggambaran filem Hantu Kak Limah Balik Rumah 2 bersama Dato’ Awie, kini saya sedang sibuk di set drama Pulangkan Kasihnya. Akan datang, Insya-Allah selepas ini saya akan terlibat dalam sebuah filem seram pula,"

Sumber: Media Hiburan / MynewsHub

"Lebih menyedihkan, kami pula bergaduh suami-isteri," - Luahan Jue Aziz

 
Pelakon Jue Aziz telah tampil membuat pendedahan terkini tentang dirinya.

Yang seingat BeritaMemey, kali terakhir pelakon ini muncul di kaca TV adalah menerusi drama cerekarama di TV3 berjudul  Dosa Terlindung pada awal November lalu bergandingan bersama Zamarul Hisham, best cerita tu.

Selain itu, Jue Aziz pernah muncul dalam drama sedih ketika hari raya yang lalu, lakonan bersama Wan Maimunah dalam drama Air Zam Zam Untuk Emak.

Walaupun kurang aktif dalam dunia lakonan dan wajahnya memang sudah jarang kelihatan di kaca televisyen, Jue Aziz masih lagi aktif sebagai duta produk.

Antaranya Jue Aziz telah dilantik menjadi duta kepada satu produk kecantikkan pada hujung tahun lalu.

Namun baru-baru ini Jue Aziz telah meluahkan rasa terkilan apabila kontraknya sebagai duta sebuah produk kecantikan itu telah ditamatkan secara serta merta tanpa sebab munasabah.

Jue Aziz yang kini berumur 34 tahun, berkata lebih menyedihkan, nama suaminya, Bayu Daniels, turut terkena tempias apabila dituduh dengan perkara yang bukan-bukan.

Ini menyebabkan dia dan suami pernah bergaduh.

Baca pendedahan dari Jue Aziz tentang hal ini:

"Saya menandatangani kontrak selama setahun bersama pengeluar produk berkenaan, bermula November tahun lalu. Tetapi, kontrak itu ditamatkan dengan serta-merta tanpa sebab.

"Sukar untuk saya menjelaskan perkara itu secara terperinci, namun saya sedih apabila kerjasama ini diakhiri dengan cara tidak baik.

"Lebih menyedihkan, suami juga turut terkena tempiasnya, sehingga kami pula bergaduh suami-isteri,"

Menurut Jue, yang membuatkannya lebih rasa tidak berpuas hati adalah apabila wajahnya masih digunakan pengeluar produk berkenaan meskipun tidak lagi terbabit dengan jenama itu.

Ditanya adakah Jue sudah serik untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat kecantikan selepas apa yang berlaku, pelakon itu akui ada berasa sedikit terganggu dengan kejadian itu.

Ini komennya:

"Meskipun begitu, saya percaya ramai lagi pengasas produk yang bersikap jujur di negara ini. Malah, saya takkan berputus asa apabila gagal dalam melakukan sesuatu perkara.

"Diakui, pada awalnya, memang saya berasa serik. Namun apabila difikirkan semula, ia adalah lumrah jatuh bangun sesebuah perniagaan.

"Apa yang penting, saya mahu membersihkan nama yang sudah tercalar, akibat masalah bersama syarikat produk saya wakili sebelum ini,"

Semoga Jue Aziz tabah dengan dugaan yang melanda. Semoga kerjaya Jue Aziz sebagai pelakon kembali bersinar seperti dulu kala. Bakat Jue Aziz memang hebat dan mempunyai ramai peminat tersendiri.

Jue Aziz berkahwin dengan pemuzik dari negara seberang Indonesia, Bayu Daniels telah mempunyai seorang anak angkat Darwish yang kini berusia empat tahun.

Sumber: BeritaHarian

Thursday, 23 November 2017

"Dia sendiri perlulah ingat statusnya sebagai bapa dan suami..." Syatilla Melvin



Pelakon popular Syatilla Melvin kini sedang sibuk menjaga anaknya bernama Syeriv.

Sedang sibuk menjaga anak pertama, Syatilla memberikan sepenuh kebebasan untuk suaminya, Shaheizy Sam berkarya.

Ketika ini memang banyak isu cinta lokasi, dan Sytailla Melvin tampil mengulas isu pelakon yang terjebak dengan cinta lokasi bersama rakan gandingan, sehingga ada kala timbulnya kontroversi apabila ia turut membabitkan mereka yang sudah berkeluarga.

Syatilla mengingatkan suaminya, Shaheizy Sam perlu mengingati status diri sebagai suami dan bapa ketika berlakon dalam sesuatu drama atau filem.

Namun, Syatilla akan memberikan kepercayaan yang tidak berbelah-bahagi kepada suami dan dan kalau boleh tidak mahu mengganggu dan mencampuri kerjaya suaminya itu.

Ini komen Syatilla Melvin:

"Tipulah kalau dikatakan tidak timbul sekelumit pun rasa cemburu, namun saya tidak mahu terlalu mengikut perasaan hingga mengganggu kerja Sam.

"Biasanya, dia juga takkan berkongsi perkara yang boleh membuatkan saya tidak senang hati. Begitupun, ia bukan bermakna dia menyorokkan sesuatu daripada saya.

"Lumrah wanita memang suka berfikir, jadi rasanya tidak wajiblah untuk dia bercerita mengenai perkara yang dirasakan tak perlu. Ada masanya, Sam akan berkongsi juga peristiwa yang berlaku di lokasi penggambaran dan sebagainya, namun lebih berkisar mengenai dirinya saja.

"Saya pula memang memberikan kebebasan kepada Sam untuk bekerja, namun dia sendiri perlulah ingat statusnya sebagai bapa dan suami. Itu saja yang penting,"

Syatilla Melvin berkata demikina ketika turun dan hadir di  majlis tayangan filem terbaru lakonan Shaheizy Sam dan Ayda Jebat, Pinjamkan Hatiku.

Filem Pinjamkan Hatiku akan mula menemui penonton mulai 30 November ini dan akan menampilkan bintang hebat seperti Shaheiz Sam, Ayda Jebat, Farid Kamil, Lia Natalia, Normah Damanhuri, Azizah Mahzan, Sharifah Haslinda.

Filem Pinjamkan Hatiku ini diarahkan oleh pengarah hebat Osman Ali.

Bercerita tentang perkembangan kerjaya seninya pula, Syatilla Melvin akui mula rindu untuk kembali aktif berlakon.

Namun ketika ini, Syatilla akui mengorbankan seketika minatnya demi anak mereka, Syeriv Samheizy, yang kini berusia enam bulan.

Ini jelasnya:

"Anak masih kecil lagi, malah saya juga tidak percaya orang luar untuk menjaganya. Tunggulah sehingga dia besar sedikit, barulah saya akan menerima tawaran bersesuaian,"

Beliau dan Sam sah bergelar suami isteri pada 8 Februari tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Sumber: Berita Harian

"Suami Saya Yang Tak Bagi" - Pendedahan Anzalna


Pelakon jelita, Anzalna Nasir mendedahkan suaminya tidak pernah campur tangan dalam urusan penampilan dan penjagaan kecantikannya.

Namun begitu ada satu perkara yang suaminya, Hanif Zaki telah larang Anzalna daripada buat.

Kata Anzalna, dia mendedahkan bahawa suaminya itu tidak membenarkannya untuk memotong rambut pendek.

Kali terakhir Anzalna berambut pendek adalah semasa zaman Anzalna masih belajar dan menuntut di kolej.



Ini pendedahan Anzalna:

"Suami saya tak bagi potong rambut. Saya pernah potong juga tapi sekadar buang hujung rambut yang rosak.

"Kali terakhir saya berambut pendek ketika belajar di kolej dan itu kali terakhir. Tapi tidaklah terlalu pendek"

Menyentuh tentang anak, Anzalna berkata dia dan suami langsung tidak berasa tertekan walaupun emmang amat ramai yang sering bertanyakan perkara tersebut.

Kedua-dua belah keluarga mereka juga menggalakkan untuk menghabiskan masa berdua terlebih dahulu.


Ini komen Anzalna:

"Saya baru sahaja kahwin dan kedua-dua belah keluarga ada cakap ini adalah waktu untuk berseronok dulu.

"Nak melancong, pergilah. Sebenarnya keluarga yang banyak mendorong pergi bercuti selagi belum ada anak.

"Tapi bila ada anak nanti pun boleh pergi lagi cuma waktu ini untuk kami berdua bersama"

Untuk pengetahuan ramai, pasangan Anzalna dan Hanif berkahwin pada 21 Februari 2016 di Hotel Seri Pacific selepas berkenalan lebih 10 tahun.

Dalam perkembangan lain, Anzalna baru melancarkan produk penjagaan wajah Bye Bye Zits berkolaborasi dengan produser Global Station Sdn Bhd, Adila dan Alia Ramly.


Sebelum ini, Anzalna juga ada mengeluarkan produk penjagaan rambutnya sendiri.

Semoga Anzalna terus sukses dalam bidang lakonan dan juga prniagaan.

"Tak Beretika, Tak Hormat Keluarga Kami!" Fazura Berang Dengan Wartawan Dedah Foto Rumah Neneknya



Petang tadi telah berlangsung press conference Fazura dan juga Fattah Amin yang menerangkan perkara sebenar yang berlaku.

Sidang media ini sememangnya dinantikan oleh orang ramai terutama para peminat setia Fazura dan juga Fattah Amin.

Akhirnya spekulasi terjawab dan sahlah bahawa Fattah Amin dan juga Fazura kini telahpun bertunang pada 13 November yang lalu di rumah nenek Fazura.

Namun ketika membuat sidang media itu, Fazura dilihat berang dan tidak suka dengan sikap sesetengah wartawan yang tiada etika ketika membuat liputan.

Fazura menyelar tindakan akhbar yang memuatnaik gambar foto rumah keluarganya untuk tatapan orang ramai sekaligus memulakan spekulasi hubungannya dengan Fattah Amin.

Bagi Fazura ini satu tindakan tidak bagus, tidak beretika dan tidak menghormati keluarganya.

Ini luahan hati Fazura tentang hal ini.

"First of all saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan media. The past two weeks has been very colorful eh..

"Saya nak ucap terima kasih kepada semua rakan media yang memilih untuk tunggu sehingga tarikh ini 23hb November untuk sidang media ini. Tetapi saya juga ingin luahkan rasa sedikit kesal dengan segelintir anda yang agak terlebih ketika membuat laporan..

"Pergi ke rumah sesebuah keluarga, ambil gambar dan publish gambar itu untuk satu negara lihat, saya rasa adalah tidak beretika dan menceroboh privasi dan tidak hormat kepada keluarga kami dan human rights.

"Kita masih berada di Malaysia, bukan di negara luar, dan saya percaya kita masih ada adab, budaya dan rasa hormat antara satu sama lain.

"Saya juga kesal dengan berita tidak benar dan pelbagai spekulasi yang anda tulis hampir setiap hari seterusnya mengelirukan peminat kami, seterusnya menimbulkan pelbagai fitnah sewaktu kami beribadat di Tanah Suci.

"Ingin saya ingatkan bahawa keluarga saya berhak untuk memilih privasi dan berhak dihormati, bukan dicerobohi dan dipermainkan oleh segelintir pihak yang mahu menjadi sumber berita utama

Itulah komen panjang lebar dari Fazura tentang isu ini. Fazura kemudian mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak media yang tidak membuat spekulasi dan bersabar menunggu tarikh 23 November untuk sidang media ini.

Bagi Fazura, para media yang menghormati mereka adalah sahabat mereka dan amat menghargainya.

Imbas sekali sidang media petang tadi, Fattah Amin telah mengesahkan mereka berdua telahpun bertunang pada 13 November.

Fattah Amin menegaskan bahawa mereka belum lagi bernikah seperti yang didakwa oleh segelintir pihak pada 14 November lalu kononnya ada majlis pernikahan seperti yang menjadi viral.

Ini penjelasan Fattah apa yang berlaku pada malam 14 November itu:

"Pada 14 November lalu hanya ada majlis kesyukuran dan doa selamat sempena kami bakal mengerjakan umrah. 

"Tidak ada majlis pernikahan yang seperti dihebohkan ramai"

Fattah dan Fazura merancang untuk melansungkan perkahwinan mereka dalam masa terdekat namun resepsi akan diadakan pada tahun depan.

Namun masih tiada tarikh yang tepat telah dipilih oleh pasangan ini.

Mereka juga merancang untuk mengadakan majlis nikah secara tertutup namun tetamu lain termasuk pihak media akan diundang pada majlis resepsi.

Fattah Amin dan Fazura telah terbang ke Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga masing-masing dan berlepas pada pagi 15 November lalu.

Untuk pengetahuan, hubungan cinta Fattah Amin dan Fazura mula timbul semenjak pasangan ini ditemukan dalam drama Hero Seorang Cinderella pada penghujung Mei lalu.

Sejak cinta lokasi itulah, akhirnya kini Fattah Amin dan Fazura telahpun bertunang. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.

Tak sabar nak tunggu mereka bernikah dan seterusnya mengadakan weding if the year!
 
Teks ditulis oleh "Berita Memey"

Isi Kandungan Penuh Sidang Media Fattah Amin Dan Fazura, Umum Dah Bertunang!



Satu majlis sidang media dari Fazura dan juga Fattah Amin di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Majlis sidang media ini amat dinanti orang ramai dan dibuat khas kerana untuk menjawab banyak spekulasi yang timbul tentang status hubungan Fattah Amin dan juga Fazura.

Press Conference bertujuan untuk menjelas isu samaada mereka bertunang atau mereka dah bernikah atau tiada apa yang berlaku.

Sidang media ini pada mulanya dirancang pada pukul 5 tetapi ditunda pada pukul 6 petang. Pihak wartawan dari Berita Harian, Harian Metro, mStar, Media Hiburan dan banyak lagi telah berkumpul di sidang media seawal jam 5 lebih.

Untuk pengetahuan, Fattah Amin dan Fazura serta keluarganya, baru sahaja tiba dari Mekah di Malaysia pada jam 4 lebih tadi.

Akhirnya pada jam 6, pasangan ini kelura dan bersedia membuat pengumuman khas.

Ini komen Fattah Amin:

"Terima semua yang hadir pada sidang media ini. Kami dah selesai jalani Umrah dengan keluarga. Kami minta maaf kerana lewat kerana flight delay selama 3 Jam.

"Saya nak berkongsi beruita gembira dengan rakan media dan peminat kami. Pada 13 November 2017, keluarga saya telah hantar rombongan untuk merisik dan bertunang ke ruamh keluarga Fazura. Alhamdulillah perjalanan majlis merisik dan bertunang telah selamat berjalan.

"Punca kami tak berkongsi kerana kami sepakat untuk berkongsi hanya selepas pulang dari Umrah. Kami nak fokus untuk umrah.

"Tapi ketika kami berada di Mekah dan Madinah banyak spekulasi yang diterima. Patutnya berita ini dikongsi oleh keluarga kami sahaja. Tapi telah tersebar

"Apa yang saya nak tegaskan di sini. Kami tidak bernikah di Mekah dan kami belum bernikah, belum ada perbincangan tentang resepsi atau pernikahan"

"Apa yang kami rancang adalah kami nak lalui proses pernikahan seperti orang lain juga, seperti kursus kahwin dan juga proses permohonan kahwin"

"Saya nak tekankan di atas permintaan keluarga kami untuk minta sedikit ruang privasi untuk adakan majlis pernikahan secara tertutup dan insyaAllah majlis resepsi nanti kami ajak semua media dan peminat"

"Ini tanda kami hargai kepada media dan juga peminat kami"

Itulah komen panjang lebar dari Fattah Amin tentang isu ini.

Sumber: Press Conference Fattah Amin

"Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-4 Diberikan Lagu Sendu" - Datuk Seri Vida


Rancangan realiti paling popular di Malaysia ketika ini iaitu Gegar Vaganza sedang hangat dipertandingkan.

Gegar Vaganza musim ke-4 kini sedang berlangsung dengan sengit. Telahpun berlalu 4 konsert dan tiga peserta tersingkir.

Antara yang tersingkir ialah Ferhad, Raja Azura dan yang terbaru Haida.

Seperti biasa, penaja utama rancangan Gegar Vaganza ialah Datuk Seri Vida, pengasas produk Pamoga.

Pada musim baru ini, Dato Seri Vida telah meluahkan rasa hatinya yang mengatakan lagu para peserta pada tahun ini agak sendu.

Ini komen Dato Seri Vida:

"Macam mana sayang?
Saya sebagai penaja.. rasa
Bagi lagu macam nak nyanyi di pasar malam
Bukan bermaksud lagu asal tak best.. tapi
Sepatutnya..
Semakin bertambah minggu ni, semakin mencabar lagu

"Saya tengok juri pun macam tak tahu nak komen
Sebab penyanyi nyanyi dah baik..
Cuma lagu macam sendu je

"Ada penyanyi dapat lagu best..
Tapi banyak jugak buat penyanyi tak boleh berkarya.. ke sayang rasa macam?
Cuba komen..

Itulah pendapat dari Datuk Seri Vida sebagai penaja utama.

Di ruang komen, ada juga yang bersetuju dengan Datuk Seri Vida dan mahu peserta di beri lagu yang benar-benar menguji kehebatan sebagai penyanyi.

Ada juga yang sempat menyindir Datuk Seri Vida sebagai memandai-mandai kata sesuatu lagu itu sendu dan memerli lagunya I Am Me.

Sempat juga para follower yang memberi pelbagai cadangan yang bernas di ruang komen itu antaranya mahu peserta membuat lagu "mashup" dalam satu minggu.

Ada juga mahu kesemua peserta menyanyi lagu antarabangsa dalam satu minggu.

Memang banyak pendapat diberikan setelah DS Vida menyuarakan padangannya. Apa komen korang pula?

Sumber: IG DS Vida
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close