Sunday, 29 October 2017

(KENYATAAN RASMI) Hans Isaac Umum Tak Jadi Kahwini Aileen Gabriella Robinson



Datuk Hans Isaac telah membuat satu pengumuman yang menduka cita kan pada hari ini.

Pelakon, pengarah dan penerbit kacak ini mengumumkan bahawa dia tidak jadi berkahwin dengan tunangnya iaitu Aileen Gabriella Robinson.

Pengumuman itu dibuat melalui laman IG miliknya sebentar tadi dan ternyata mengejutkan ramai pihak.

Ini foto yang dibuat naik oleh Hans Isaac:



Melalui portal mStar pula Hans Isaac ada memberi sedikit komen tentang keputusannya itu.

Ini komennya:

"Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang pada 29 Februari awal tahun ini, terpaksa dibatalkan.

"Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang susulan daripada pertunangan tersebut,"

Datuk Hans Isaac dan model yang juga bekas ratu, Aileen Gabriella Robinson telah bertunang Februari yang lalu dan merancang untuk berkahwin pada bulan Julai.

Kemudian mereka berdua telah bersetuju untuk menunda tarikh perkahwinan mereka kerana dikatakan ada masalah dengan kehadiran keluarga.

Ketika itu pelbagai spekulasi timbul apabila Aileen Gabriella Robinson dilihat membuang semua foto foto Datuk Hans Isaac di laamn media sosial IG miliknya.

Akhirnya hari ini satu kenyataan rasmi dibuat oleh Datuk Hans Isaac yang merungkai segalanya. Mereka tak jadi kahwin.

Melalui ruang komen, ramai yang memberi semangat kepada Datuk Hans Isaac supaya kuat / stay strong dengan dugaan yang menimpanya  ini.


Saturday, 28 October 2017

WOW! Ini Pesanan Padu Zizan Razak Kepada Kamal Adli, Emma Maembong



Hari Jumaat yang lalu, Zizan telah datang ke pusingan akhir Super Spontan Superstar 2017.

Setelah sekian lama, Zizan dan Kamal Adli bertentang mata malah bermain permainan Super Spontan di atas pentas.

Malah mereka berdua dengan selamba menjadikan isu semasa yang sedang melanda Kamal Adli sebagai bahan jenaka.

Video Zizan bertembung dengan Kamal Adli di atas pentas itu telah menjadi viral dan ramai yang suka dengan gelagat kedua-dua mereka.

Setelah tamat rancangan tersebut, Kamal Adli dinobatkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017.

Keesokan harinya, Zizan Razak telah muncul secara live di laman media sosial miliknya, dan mengulas apa yang berlaku di Super Spontan Superstar.

Zizan bertanya adakah para peminat suka dengan kehadiran Jozan di pentas itu.

Kata Zizan dia hadir ke Super Spontan Superstar itu khas buat para peminatnya yang sememangnya merindukan telatah Jozan.

Kemudian Zizan ada megulas kemenangan Kamal Adli.

Ini komennya:

"Yang menang Kamal Adli, all the best untuk Kamal Adli, tahniah! Kahwin la apa tunggu lagi. Kena kecam ke tak kena kecam ke tapi Allah bantu. See dia dapat menang, dapat duit. Kahwin la tuhan bantu tu. Ya Terbaik!

"Saya nak memberitahu, pemikiran harus diubah, ada kata bagaimana pelakon boleh menang. Sebenarnya stage tu bukan untuk pelawak. Stage itu untuk orang yang pandai main Super Spontan.

"Kalau Kamal Adli menang maknanya Kamal pelakon yang baik dan tahu nak bawa watak lawak tu.."

Ini video nya:

(VIDEO) Ozlynn Buat Muka Nak Muntah Apabila Emma Maembong Salam, Cium Tangan Kamal Adli



Pada hari Jumaat yang lalu, rancangan final Super Spontan Superstar 2017 telah berlangsung.

Peringkat akhir Super Spontan Superstar 2017 itu berjalan dengan meriah dan lancar sekali.

Setelah berlaku pertarungan yang sengit, Kamal Adli telah dinobat sebagai juara Super Spontan Superstar 2017.

Ramai juga yang tak sangka Kamal Adli mampu menewaskan pelawak pelawak hebat yang lain.

Nama Kamal Adli kini memang sedang hangat menjadi topik bualan apabila isunya pitus cinta dengan Emma Maembong tersebar.

Namun pada malam itu, Emma Maembong telah hadir ke Super Spontan Superstar 2017 utnutk memberi sokongan kepada Kamal Adli.

Emma Maembong berada di belakang pentas dan telah memuatnaik beberapa keping gambar ketika di belakang pentas.

Selepas Kamal Adli dinobatkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017, di belakang pentas, Emma Maembong dilihat amat teruja.

Emma Maembong telah bersalam dan cium tangan Kamal Adli yang ketika baru sahaja diumumkan sebagai juara.

Turut berada di situ ialah isteri kepada Johan iaitu Ozlynn. Ozlynn dilihat membuat muka nak muntah apabila Emma Maembong mencium tangan Kamal Adli.

Apapun Ozlynn hanya bergurau sahaja tu.

Jom layan videonya:

Ini Punca Sebenar Kenapa Emma Maembong Hadiri Final Super Spontan Superstar



Semalam telah berlangsung rancangan final Super Spontan Superstar 2017 ayng melibatkan pelakon sedang dilanda kontroversi iaitu Kamal Adli.

Antara yang menjadi perhatian pada malam itu ialah kehadiran  pelakon yang  dikaitkan dengan Kamal Adli iaitu Emma Maembong.

Ramai yang tertanya-tanya, adakah pasangan in telah kembali bersama dan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih kembali bertaut?

Akhirnya Emma Maembong tampil memberi penjelasan dan punca sebenar dia hadir ke final Super Spontan Superstar 2017.

PUNCA DATANG SEBAB PERNAH BERJANJI

Emma Maembong telah menegaskan, kehadirannya pada kemuncak program realiti, Super Spontan Supertar malam tadi, sekadar memberi sokongan dan bukan bermakna kembali menjalin cinta dengan bekas kekasihnya, Kamal Adli.

Pelakon jelita itu mendedahkan, sebenarnya dia datang kerana dia pernah berjanji dengan Kamal Adli dan kini memenuhi janji tersebut walaupun telah berpisah.

Emma Maembong berkata, kehadirannya itu juga sebagai memenuhi janjinya kepada Kamal untuk memberikan semangat sekiranya dia berjaya melangkah ke final pertandingan itu.


Jom baca kenyataan dari Emma Maembong:

"Saya pernah berjanji dengan Kamal untuk hadir memberikan sokongan sekiranya dia layak ke peringkat akhir. Saya hanya mengotakan janji yang pernah dibuat dulu. Jadi, jangan gaduh-gaduh kerana kami masih berkawan.

"Salahkah kami berkawan biarpun tidak mempunyai hubungan istimewa lagi? Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kita tidak tahu siapa jodoh kita. Memandangkan saya masih solo, tiada salah jika saya berkawan dengan sesiapa saja,"

Sememangnya kehadiran Emma Maembong pada pusingan akhir program realiti itu mencetuskan spekulasi bahawa dia dan Kamal Adli kini telah kembali bersama sebagai pasangan kekasih.

Emma Maembong dilihat telah muatnaik gambar bersama Kamal Adli di Instagram sebanyak dua kali, satu untuk memberi sokongan dan foto undian, sementara satu lagi gambar setelah Kamal Adli muncul menjadi juara dengan ucapan tahniah.






TAK PERNAH MUSUHI BEKAS KEKASIH

Selain itu, Emma Maembong turut memuat naik gambar bersama bekas kekasihnya terdahulu iaitu Zizan Razak.

Gambar ini membuktikan dia tidak pernah bermusuh dengan mana-mana bekas teman lelakinya.



Ini komen Emma Maembong:

"Adakah anda jenis yang akan bermusuh bertahun-tahun dengan bekas kekasih dan saling menyekat antara satu sama lain di media sosial? Salahkah kami berkawan biarpun tidak mempunyai hubungan istimewa?,"

Sebelum ini agak kecoh apabila Emma Maembong membuat kenyataan hubungan cintanya lebih tiga tahun bersama Kamal Adli telah putus.

Hubungan mereka turut mengaitkan orang ketiga iaitu pelakon, Zahirah Macwilson yang bergandingan dengan Kamal Adli dalam drama rantaian, Duda Pujaan Dara.

Bagaimanapun, Emma maembong akui membuat kenyataan itu ketika dia sedang marah dan sakit hati.

Emma Maembong juga tidak berani mengesahkan bahawa dia tidak akan kembali semula bersama Kamal kerana soal jodoh adalah ketentuan-Nya.

Friday, 27 October 2017

(VIDEO) Aksi Panas Kamal Adli Dan Zizan Razak Bertembung Di Final Super Spontan



Semalam telah berlangsung rangcangan yang dinanti ramai iaitu pentas akhir Super Spontan Superstar 2017.

Finalis yang terlibat ialah Kamal Adli, Fad, Achey, Ozlynn, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Shuk dan juga Sharif dari kumpulan Zero.

Seteah ahmpir dua jam bertarung, akhirnya Kamal Adli diumumkan sebagai Juara Super Spontan Superstar 2017.

Ini keputusan penuh:

1.) Kamal Adli
2.) Fad Bocey
3.) Achey Bocey
4.) Ozlynn
5.) Shuk SYJ
6.) Mamak Puteh
7.) Shahrol Shiro
8.) Sharif Zero


Pada malam final ini, antara yang mencuri perhatian ialah kehadiran kumpulan Jozan iaitu Johan dan juga Zizan Razak.

Malah telah berlaku pertembungan antara Kamal Adli dan juga Zizan Razak di atas pentas ketika permainan pertama.

Datuk AC Mizal membuat pengumuman bahawa Zizan merupakan presiden bekas kekasih Emma Maembong dan Kamal Adli adalah salah seorang ahlinya.

Kemudiannya, permainan pertama bermula dan menjadi amat 'panas'.

Permainan pertama merupakan 'BEKU' yang mana Zizan Razak dan Johan telah memulakan permainan. Selepas itu, Kamal Adli telah masuk ke atas pentas untuk beraksi dengan Zizan.

Mereka dengan selamba menjadikan lawak peribadi sebagai bahan bersenda. Ternyata aksi spontan itu mendapat tepukan dan sorakan gemuruh dari para penonton Super Spontan Superstar 2017.

Jom layan aksi Zizan dan Kamal Adli di pentas final:

Ini video nya:

Kamal Adli Juara Super Spontan! Sempat Bertembung Dengan Zizan, Emma Maembong Hadir Beri Sokongan



Kamal Adli mengejutkan para pelawak yang lain apabila dinobatkan juara Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017).

Pelakon ini yang merupakan anggota kumpulan King Musang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 dan trofi.

Naib juara menjadi milik Fad Bocey sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Di tempat ketiga adalah milik Achey Bocey. beliau membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi.

Sementara itu, finalis lain iaitu Ozlynn, Shuk , Mamak Puteh, Shahrol Shiro dan Sharif Zero terpaksa berpuas hati berada di tempat keempat, kelima, keenam, ketujuh dan kelapan serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 setiap seorang.



Tiada lagi kumpulan King Musang dan Tenggiling Taiko ketika di pentas akhir SSS2017  apabila semua  peserta bersaing secara individu untuk meraih gelaran juara.

Super Spontan Superstar diacarakan oleh Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai pengacara sambilan yang tugasnya mewancara para peserta dengan soalan panas!

Minggu pentas final Super Spontan Superstar, Datuk Chef Wan telah dijemput sebagai komentator jemputan bersama komentator tetap, Datuk Afdlin Shauki.

Pentas akhir Super Spontan Superstar  turut gamat dengan kemunculan istimewa Jozan (Johan dan juga Zizan) sebagai pemain jemputan.

Pentas menjadi panas bermula dengan permainan pertama apabila Kamal Adli telah bertembung dengan Zizan.


Selain itu, wanita yang pernah menjadi kekasih Kamal Adli dan juga Zizan iaitu Emma Maembong dilihat hadir ke program ini untuk memberi sokongan.


Melalui laman IG miliknya, jelas Emma Maembong membri sokongan padu kepada Kamal Adli.


Super Spontan Superstar  telah bersiaran secara langsung dari Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Jumaat bermula jam 10 malam dan ditayangkan serentak menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134).

"Zahirah Macwilson Perangkap Saya" - Kamal Adli Buat Pendedahan, Zahirah Sangat Biadap, Putar Belit



Ini satu lagi kisah tentang isu kontroversi panas yang melanda Kamal Adli, Emma Maembong dan juga Zahirah Macwilson.

Sebelum ini Zahirah Macwilson membuat satu pendedahan mengejutkan apabila memuat naik perbualan whatsapp antaranya dengan Kamal Adli.

Zahirah Macwilson berkata dia telah menajdi badut dalam perselisihan antara Kamal Adli dan juga Emma Maembong.

Berbicara tentang perbuatan Zahirah Macwilson itu, Kamal Adli mendakwa pelakon yang juga kekasih Zul Ariffin itu telah memutarbelitkan kenyataan.


Kata Kamal Adli lagi dia buat seperti itu seolah-olah mahu membunuh kerjaya dan menghancurkan hubungan dia dengan Emma Maembong.

Kamal Adli mendakwa Zahirah Macwilson telah memerangkap dirinya menerusi mesej perbualan dan memuatnaik paparan skrin berkenaan di laman Instagramnya.

Zahirah Macwilson yang merupakan pelakon utama dan gandingan Kamal Adli dalam drama Duda Pujaan Dara dikatakan terlalu banyak cerita yang diputarbelitkan hingga menyebabkan dia kelihatan seperti lelaki mata keranjang.


Ini pendedahan Kamal Adli:

"Saya kecewa dengan sikap Zahirah yang memusing cerita. Zahirah memerangkap saya dengan menghantar mesej pada malam Selasa lalu. Saya tidak menyangka perbualan kami dijadikan perangkap untuk dimuatnaik di laman Instagramnya.

"Apa yang Zahirah mahukan? Tindakan Zahirah sangat biadap. Menghantar mesej untuk memerangkap saya, adakah itu (tindakan) bijak?"

Walaubagaimanapun, Kamal Adli akui hanya sekali memetik nama Zahirah dalam mesej yang pernah dibaca Emma Maembong.

Walaubagaimanapun, Kamal sudah pun meminta maaf tentang hal itu. Malah, Kamal selalu mempertahankan Zahirah dan tidak pernah memburukkannya sebelum ini.


Ini komen Kamal Adli lagi:

"Saya sering mempertahankannya kerana saya tahu, Zahirah tidak mahu kehilangan kekasihnya, Zul Ariffin. Saya bermati-matian mempertahankannya di hadapan Zul.

"Dalam mana-mana program hiburan atau akhbar, pernahkah saya muncul dengan memetik nama atau memburukkan Zahirah?"

Bagi Kamal Adli, sepatutnya Zahirah Macwilson perlu berdiam diri dan tidak bersikap menangguk di air yang keruh, semata-mata untuk meraih perhatian.


Ini jelas Kamal:

"Kami semua pernah tiga kali bersemuka dan pada pertemuan terakhir, Zahirah memberitahu Emma, saya terhegeh-hegeh mendekatinya.

"Saya terkejut dengan kata-katanya, sedangkan sebelum itu, saya sudah berpesan kepada Zahirah jangan memutarbelitkan perkara sebenar.

"Saya menyelamatkan hubungannya dengan Zul dan saya harap, dia juga menyelamatkan hubungan saya dengan Emma.

"Saya mahu dia jujur, tetapi Zahirah tidak langsung mempertahankan saya. Saya bergaduh besar dengan Emma hingga dia minta putus,"

Itulah pendedahan terbaru dari Kamal Adli tentang isu yang melandanya ketika ini.
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close