Monday, 25 September 2017

Pelakon Drama Popular Kini Sedang Kritikal Di ICU

Pelakon Drama Popular Kini Sedang Kritikal Di ICU


Pelakon popular sebagai 'makcik mulut laser', Noryati Taib kini berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru atau pneumonia.

Perkara ini disahkan oleh pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin yang juga anak buah kepada Noryati.

Noryati yang kini berumur 60 tahun, dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

Shahrulezad memberitahu ibu saudaranya itu diletakkan dalam keadaan koma bagi membolehkan dia berehat.

Bagaimanapun keadaannya kritikal apabila dia dimasukkan ke  Unit Penjagaan Kritikal (CCU) pada pagi Isnin sebelum dipindahkan ke Unit Penjagaan Intensif  (ICU).

Ini komen Shahrulezad:

“Sebenarnya Mak Uda (Noryati) dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lalu kerana penyakit diabetes dan dia sudah dibenarkan pulang sejak semalam (Ahad) dan keadaannya baik sahaja.

“Bagaimanapun apabila sampai ke rumah dia tiba-tiba mengalami sesak nafas sebelum bapa saudara saya membawanya kembali ke hospital dan saya dimaklumkan Mak Uda mengalami jangkitan kuman pada paru-paru,”


“Apa saya diberitahu oleh sepupu saya keadaannya masih kritikal dan saya sedang menghabiskan satu babak drama arahan saya iaitu Monalisa sebelum bergegas pulang ke Johor untuk menziarahinya.


“Noryati sepatutnya berlakon dalam drama itu tetapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan dan saya minta dia berehat.


“Saya mohon kepada semua peminat mendoakan agar kesihatan ibu saudara saya kembali pulih,”


Noryati memulakan karier lakonannya menerusi drama Sinderela arahan Shahrulezad sendiri pada 2008.

Selain drama Sinderella, Noryati berlakon dalam banyak drama bersiri dan selalunya lakonannya membawa watak seorang yang mulut laser dan garang.

Sumber: mStar
.......................................................

WHAT IS PNEUMONIA?

Pneumonia is lung inflammation caused by bacterial or viral infection.

After lung infection occur, the air sacs (alveoli) fill with pus and may become solid.

Inflammation may affect both lungs ( double pneumonia ), one lung ( single pneumonia ), or only certain lobes ( lobar pneumonia ).

Here are the symptoms: 
Cough
Fatigue
Fever
Shortness of breath
Sputum
Chest pain

After symptoms occered, Pneumonia is diagnosed based on a combination of physical signs and a chest X-ray

Lelaki Dedah Perangai Shahrol Shiro..Dah Setahun Buat-Buat Lupa Hutang

Lelaki Dedah Perangai Shahrol Shiro..Dah Setahun Buat-Buat Lupa Hutang


Sejak akhir-akhir ini pelawak Shahrol Shiro telah dikaitkan dengan beberapa kisah panas. Sebelum ini ada spekulasi tentang bergaduh dengan isterinya.

Namun Shahrol Shiro telahpun mengeluarkan kenyataan tentang hal ini.

Baca kenyataan Shahrol Shiro tentang hal ini ( DI SINI )

Kali ini Shahrol Shiro dikaitkan dengan dakwaan ada hutang dan tidak menjelaskan bayaran yang sepatutnya kepada individu tertentu.

Dakwaan ini dibuat oleh seorang lelaki bernama Elmi dengan menggunakan tweet handle @ELMIELMO di Twitter .

Ini antara tweetnya:

"Isteri dia mengamuk tak kalau tau dia masih berhutang dengan aku tapi masih buat-buat taktau padahal dia minta harini, harini kerja siap.

"Aku rasa dia koyak sebab dia nak aku kerja dengan dia tapi aku tolak mentah-mentah. Setahun juga ni. Bukannya tak mampu bayar.



Tambah Elmi lagi, Shahrol juga telah block nombornya dan dia tidak dapat menghubungi Shahrol Shiro.

Jika benar kenyataan yang dikeluarkan individu tersebut seperti yang dikongsikan di laman Twitter itu, nampaknya adalah lebih baik sekiranya Shahrol Shiro tampil memberikan penjelasan terbaik bagi memperbetulkan situasi.

Sumber: Rotikaya

Sharnaaz Mengaku Salah Tumbuk Pekerja Kelab Golf.. Didenda Mahkamah

Sharnaaz Mengaku Salah Tumbuk Pekerja Kelab Golf.. Didenda Mahkamah


Pelakon popular Sharnaaz Ahmad didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Ini kerana Sharnaaz Ahmad mengaku salah menumbuk muka seorang pekerja kelab golf.

Sharnaaz Ahmad diperintah menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret selepas Sharnaaz akhirnya mengaku bersalah sengaja mendatangkan kecederaan dengan menumbuk muka lelaki bernama Gous Ali.

Kesalahan itu dilakukan di Level 1, TPC KL di Kuala Lumpur Golf Country Club,(KLGCC) Taman Tun Dr Ismail, dekat sini jam 5.30 petang pada 22 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Farah Adila Noordin mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sharnaaz, melalui peguamnya telah merayu memberi hukuman ringan atas alasan telah insaf dan telahpun  memohon maaf kepada pekerja yang ditumbuk itu.

Suami kepada kakak Neelofa, Noor Nabila hadir sendirian ke mahkamah kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Sumber: Sinar Harian

Kerana Gambar Inilah Pelakon Kanak-Kanak Mia Sara Kena Hentam Sampai Digelar "Gedik Bodoh"

Kerana Gambar Inilah Pelakon Kanak-Kanak Mia Sara Kena Hentam


Pelakon cilik Mia Sara telah hadir ke anugerah Festival Filem Malaysia pada hari Sabtu yang lalu.

Ketika hadir di anugerah FFM29, Mia Sara telah menajdi tumpuan ramai.

Mia Sara kelihatan amat cantik dan dilihat sedang meningkat dewasa.

Namun cara pemakaian Mia Sara telah dikecam oleh netizen.

Sedang ramai memberi peringatan tentang pemakaiannya, tiba-tiba ada hater yang telah menggelarkannya 'gedik bodoh'.

Ini antara komen yang diterima Mia Sara:





Mia Sara yang kini berumur 12 tahun, pernah menajdi satu fenomena dulu dengan sering menajdi pelakon kanak-kanak yang amat popular.

Antara filem lakonannya yang popular ialah Sekali Lagi dan Papa I Love You.

Mia Sara membuat pengumuman mengenakan hijab dan mula memperlahankan karier seninya.

Kini pelakon ini fokus berniaga tudung keluarannya.

Sunday, 24 September 2017

Video Terbaru Hans Isaac Tentang Zizan Razak

Video Terbaru Hans Isaac Tentang Zizan Razak


Isu Hans Isaac dan Zizan Razak akhirnya telah selesai.

Selebriti yang juga pelakon dan pengarah popularm Hans Isaac telah membuat kenyataan mengatakan hubungannya dengan Zizan telah pulih.

Hans Isaac telah menerima permohonan maaf dari Zizan Razak tentang lawaknya yang membuat Hans terguris.

Ini kenyataan hans:

"Saya nak bagi statement apa yang berlaku antara Zizan dan saya di FFM, Zizan dah call saya dan minta maaf, saya dah terima. Kita dah bincang, dah selesai kes itu. So case closed guys.."

Ini video penuh:


Kisah ini bermula apabila Zizan Razak membuat lawak mengatakan "Dato beli" ketika anugerah Festival Filem Malaysia.

Semoga hubungan mereka baik-baik sahaja.

Sumber: IG Hans Isaac

Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia (FFM29)

Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia (FFM29)


Festival Filem Malaysia (FFM29) telah berlangsung di PWTC hari Sabtu yang lalu diacarakan oleh Zizan Razak.

Anugerah tersebut menyaksikan filem Adiwiraku dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM29 menewaskan empat buah filem saingannya iaitu Redha, Interchange, Hanyut dan Desolasi.

Berikut adalah keputusan penuh bagi kesemua anugerah yang dipertandingkan malam tadi:

FILEM BOX OFFICE
Abang Long Fadil 2 : (17.3 juta kutipan) - Skop Production / Astro Shaw
 
KOSTUM / BUSANA TERBAIK
Akma Suriati Awang - Hanyut

PENATAAN BUNYI TERBAIK
 Daniel - Hanyut

SINEMATOGRAFI TERBAIK
 Jordan Chiam - Interchange

PENYUNTING TERBAIK
 Nazim Shah - J Revolusi

PENATAAN SENI TERBAIK
 Zahirah Nakibullah - Interchange

PELAKON KANAK - KANAK TERBAIK
 Harith Haziq - Redha

PELAKON WANITA HARAPAN
 June Lojong - Redha

PELAKON LELAKI HARAPAN
 John Tan - You Mean The World To Me

PENGARAH HARAPAN
 Tunku Mona Riza - Redha

SKOR MUZIK TERBAIK
 David Koon - You Mean The World To Me

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
 Diana Danielle - Hanyut

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
 Shaheizy Sam - Interchange

CERITA ASAL TERBAIK
 Jason Chong - Adiwiraku

ANUGERAH KHAS JURI
 Desolasi  - Skop Production
 Shuttle Life  - MM2 Entertainment & More Entertainment
 Pekak  - Primework Studio Sdn Bhd

LAKON LAYAR TERBAIK
 Saw Teong Hin - You Mean The World To Me

ANUGERAH PENGGIAT BELAKANG TABIR
 Johan Arifin Ibrahim

ANUGERAH KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN
 Datuk Yusof Haslam

PELAKON WANITA TERBAIK
 Sanggeta Krishnasamy - Adiwiraku

PELAKON LELAKI TERBAIK
 Namron - Redha

PENGARAH TERBAIK
 Dain Iskandar Said - Interchange

FILEM TERBAIK
 Adiwiraku - Sol Pictures Sdn Bhd, Iceberg Design Sdn Bhd & Filmmecca Studio Sdn Bhd

Taniah kepada para pemenang!

"Dia Tak Faham..." - Respon Balas Zizan Setelah Dikritik Afdlin Shauki

"Dia Tak Faham..." - Respon Balas Zizan Setelah Dikritik Afdlin Shauki



Memang agak kontroversi ketika Zizan Razak menjadi pengacar untuk anugerah Festival Filem Malaysia Sabtu lalu.

Ini ekoran lawaknya terhadap gelaran Datuk yang diterima oleh selebriti tanah air kononnya 'dibeli'.

Antara yang terasa dan berkecil hati ialah Hans Isaac.

Namun Zizan berkata lawaknya itu tidaklah keterlaluan.

Ini respon Zizan tentang lawaknya ( BACA SINI )

Kemudian, Afdlin Shauki pula memberi kritikan kepada Zizan dengan mengatakan pelawak ini tidak sesuai memakai kaca mata hitam ketika menajdi pengacara.

Ini komen Afdlin Shauki:

"FFM29 opening dari Zizan. Pengacara pakai spek hitam, maaf itu kesalahan besar bidang pengacaraan pasal pengacara tak boleh connect dgn audience!… mungkin pasal dia superstar dia boleh buat apa saja mungkin!

Kemudian Zizan telah tampil membei respon balas terhadap kritikan Afdlin Shauki itu.

Ini komen Zizan:

"Mungkin dia (Afdlin) tak faham dan kurang pasti mengenai perjalanan acara tersebut. Saya hanya memakai cermin mata hitam pada segmen pertama. Saya hanya pakai dalam satu segmen sahaja.

"Saya pakai cermin mata hitam pun kerana saya terus membuka majlis selepas selesai membuat persembahan pembukaan FFM29. Tidak mengapa, mungkin dia tidak tahu.

"Apa-apapun, saya hormat Afdlin sebagai seorang sifu saya dalam bidang hiburan.


Sumber: Astro Gempak
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close