Thursday, 24 August 2017

Pengarah JAIS Pula Tampil Beri Komen Isu Rumah Tangga Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa

Pengarah JAIS Pula Tampil Beri Komen Isu Rumah Tangga Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa



Pasangan  Hafiz Hamidun dan Joy Revfa mula mencuri tumpuan pihak JAIS apabila isu rumah tangga merek menjadi buah mulut orang ramai.

Ramai tanya kenapa pihak jabatan agama memberi kebenaran bernikah kepada Hafiz Hamidun dan juga Joy Revfa? Ini jawapan yang dinantikan orang ramai.

Sebenarnya pasangan ini memperoleh kebenaran bernikah oleh pihak JAIS selepas bekas suami Joy Revfa, Datuk Ray mengemukakan surat pengakuan mereka sudah bercerai pada tahun 2015.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, berkata isu mula timbul apabila bekas suami Joy, Ray Imran, tidak mengemukakan sijil cerai dari pejabat agama Islam di Songkhla.


Ini kenyataan dari pengarah JAIS:

"Bekas suami Joy mengemukakan surat pengakuan menyatakan dia sudah bercerai dengan wanita itu kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling.

"Dengan niat suci dan tanpa prejudis, oleh kerana ada pengakuan bekas suami Joy yang dia sudah bercerai, PAID Petaling membenarkan pernikahan itu.

"Tetapi sijil nikah tidak dikeluarkan selagi tiada surat cerai dari Songkhla. Joy berjanji akan mengemukakan sijil cerai selepas pernikahan.

"Bagaimanapun, apabila mereka pergi ke pejabat agama Islam di Songkhla, sijil perceraian tidak dapat dikeluarkan.

"Ini kerana pihak yang membuat permohonan adalah Joy, bukannya bekas suami," 



"PAID Petaling sudah menasihatkan bekas suami Joy mendapatkan surat cerai dari Songkhla. Apa yang menyebabkan Hafiz tidak berpuas hati adalah surat cerai taklik bertarikh 13 Julai.

"Kalau surat cerai berkuat kuasa pada 2015 mungkin kes ini tidak menjadi isu. Apa pun yang penting, bekas suami Joy sudah mengaku yang dia memang sudah menceraikan wanita itu,"


"Tetapi pendaftar berpuas hati dengan dokumen yang dikemukakan dan berniat baik, selain bekas suami Joy sendiri memberi kerjasama yang baik. Selalunya bekas suami tak nak campur tangan dalam urusan pernikahan bekas isteri,"


Untuk makluman,  jika Datuk Ray yang mendaftarkan perceraian di Songkhla, tarikhnya adalah mengikut hari beliau melafazkan talak iaitu pada 2015.

Tetapi oleh kerana Joy yang pergi ke Thailand, hanya surat cerai taklik dikeluarkan dan tarikhnya ialah bulan Julai 2017.

Imam Besar Tampil Menegur Perbuatan Hafiz Hamidun

Ini Teguran Imam Besar Tentang Apa Yang Hafiz Hamidun Lakukan


Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya iaitu Ustaz Hazaruddin Baharuddin telah memberi komen menegur tindakan Hafiz Hamidun.

Katanya, penyanyi Hafiz Hamidun sepatutnya mengambil tindakan segera selepas berasa curiga terhadap perkahwinannya dengan Joy Revfa tanpa perlu menunggu masa lebih tiga bulan.

Tindakan Hafiz Hamidun memohon faraq apabila perkahwinan berkenaan sudah separuh jalan adalah tidak wajar.

Apabila ditanya tentang sama ada betul atau tidak tindakan Hafiz meninggalkan isterinya,  Ustaz Hazaruddin berkata, tempoh masa yang agak lama diambil oleh penyanyi itu juga tidak adil buat isterinya.

Ini kenyataannya:

"Faraq bermaksud perkahwinan yang dibubarkan melalui talak atau selain daripadanya, namun dalam sistem perundangan Islam di Malaysia, faraq merujuk kepada pembubaran bukan melalui talak.


"Faraq hanya diputuskan oleh mahkamah apabila terbukti sesuatu perkahwinan tidak sah, apa yang dimaksudkan tidak sah ialah hilang salah satu syarat sah nikah.


"Dalam kes Hafiz Hamidun, dia seharusnya mengambil tindakan itu sejurus selepas timbul rasa was-was terhadap perkahwinan bukan sudah separuh jalan sehingga timbul pertikaian baru nak bertindak," 


"Dia seorang selebriti, apa yang dia lakukan akan menjadi ikutan masyarakat. Apa yang kita bimbang perkara seperti ini menjadi ikutan oleh orang lain yang ingin bercerai cara mudah,"

Ustaz Hazaruddin Baharuddin mengulas tentang kemelut rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa yang dikatakan tidak sah.

Dakwaan tidak sah ini timbul apabila Joy Revfa gagal memberikan surat cerai perkahwinan pertamanya.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.


Sumber: mStar

Wednesday, 23 August 2017

(FOTO) Baju Jarang Sampai Nampak Dalam Jadi Tumpuan, Puteri Aishah Tak Perasan..Tiada Cermin

Fesyen Jarang Jadi Tumpuan, Puteri Aishah Tak Perasan..Tiada Cermin


Pelakon baru Puteri Aishah akui dia tidak perasan baju yang dipakainya jarang sampai nampak pakaian dalamnya.

Puteri Aishah mengenakan fesyen terbarunya di pertunjukan fesyen sempena Kuala Lumpur Fashion Week 2017 (KLFW) di pusat beli-belah terkemuka baru-baru ini.

Gambarnya memakai baju itu menjadi viral di laman sosial dan pelakon ini telah dikecam hebat oleh netizen.

Oleh kerana Puteri Aishah menerima kecaman yang agak teruk, Puteri Aishah juga terpaksa menutup ruangan komen di Instagram.

Puteri Aishah ketika di hubungi wartawan Harian Metro mengatakan dia tidak perasan baju itu jarang ketika mencubanya di belakang pentas pada hari pertunjukan berkenaan.


Ini komennya:

"Saya juga menukar baju itu belakang pentas dan memang tiada cermin disediakan di situ.

"Namun, apabila jurugambar merakam gambar saya ketika di pentas, baju itu nampak jarang kerana terkena cahaya dan lampu,"


Untuk pengetahuan, Puteri Aishah merupakan bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2015/2016.

Sumber: Harian Metro

"Itu Bukan Saya!" Jelas Adik Aliff Aziz, Aisyah Aziz

"Itu Bukan Saya!" Jelas Adik Aliff Aziz, Aisyah Aziz 



Aisyah Aziz merupakan adik kepada Aliff Aziz yang pernah menyertai Akademi Fantasia.

Baru-baru ini Aisyah Aziz terpalit kontroversi apabila ada pihak salah guna namanya/

Ternyata penyanyi tinggi lampai ini berang apabila ada pihak yang menggunakan namanya sebagai cara memperdayakan orang ramai.

Aisyah dikatakan akan memperkenalkan mereka yang mempunyai minat berlakon yang mahu mencuba nasib dalam industri seni tanah air.

Aisyah Aziz mendapat aduan daripada peminat yang terpedaya dengan penipuan itu.


Ini jelas Aisyah:

"Itu bukan saya!, saya juga terkejut dan marah apabila ada individu yang guna nama saya di aplikasi Wechat menawarkan peluang berlakon yang mana kononnya saya ada mencari pelakon baru.

"Saya dapat tahu bila ada peminat yang bertanya tentang perkara itu betul atau tidak daripada saya," 


"Peminat tolonglah jangan mudah percaya dengan nama-nama artis di laman sosial, lebih-lebih lagi yang menawarkan pelbagai perkara melibatkan wang.

"Sesiapa pun boleh menggunakan nama artis yang mereka mahu di laman sosial dan perkara itu sukar untuk dikawal,"


Tambah Aisyah lagi, dia juga tidak pernah berdaftar dan mempunyai aplikasi We Chat yang digunakan penipu terbabit.

Ini kali kedua namanya disalahguna oleh penipu sejak Aisyah Aziz bergelar artis.

Aisyah berharap peminat tidak mudah percaya dengan perkara dengan pengguna laman sosial yang menggunakan nama artis.

Sumber: mStar

Selepas Bercerai, Ini Komen Erma Fatima Tentang Bekas Suaminya, Bade Azmi

Selepas Bercerai, Ini Komen Erma Fatima Tentang Bekas Suaminya, Bade



Erma Fatima kini telahpun sah bercerai dengan Bade Azmi pada 17 Ogos lalu.

Bade melafazkan cerai talak satu terhadap Erma Fatima di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang.

Tanpa angin dan ribut, tiba-tiba sahaja mereka bercerai. Ramai tertanya-tanya apa yang berlaku selepas mereka berkahwin selama 26 tahun.

Erma Fatima menyatakan bahawa hubungan dia dan Bade masih lagi baik.

Malah dia mengatakan Bade lelaki terbaik baginya.

Ini komennya:

"Pada 17 Ogos saya dah tutup buku lama dan 18 Ogos buka buku baru. Jadi saya tak nak cerita tentang buku yang lepas.

"Hubungan saya dan dia masih baik, dia masih balik. Saya tak ada masalah dengan dia dan kami tidak pernah bergaduh.

"Biarpun kami sudah berpisah, dia tetap menjadi lelaki terbaik dalam hidup saya. Cumanya, jodoh kami sampai disini sahaja,"


Tentang anak-anaknya pula, memang mereka ada bertanya tentang perihal perceraiannya dan Erma telah menjelaskan perkara yang sebenar.

Ini komen Erma:

"Mestilah mereka tahu, itukan ayahnya. Setiap anak akan bertanya. Mungkin mereka sudah memahami saya.

"Bila saya katakan sesuatu, mereka harus menerimanya. Saya selalu pesan pada anak-anak, jika awak sayangkan seseorang, awak perlu melepaskannya,"


Pasangan ini mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 24, Ahmad Arir, 22, Ahmad Aifin, 20, Citra, 15, dan Nurain, 11.

Pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida dan  dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: mStar

Tuesday, 22 August 2017

Datin Red Disahkan Hamil, Tapi Terkilan Datuk Red Sibuk Dengan Skandal Wanita Lain

Datin Red Disahkan Hamil, Tapi Terkilan Datuk Red Sibuk Dengan Skandal Wanita Lain


Kini nama Datuk Red kembali jadi sebutan ramai. Suami Adira ini dikatakan memunyai hubungan dengan seorang pelakon bernama "N".

Namun hubungan dengan pelakon itu kini telah putusa setelah Adira mengetahuinya.

Kemudian Datuk Red mengesahkan sedang serius mencari calon isteri ketiga.

Tidak dinafikan Datuk Red ini sangat dikenali dengan sikap jujurnya terhadap wanita.

Adira sendiri mengakui bahawa suaminya itu sukakan publisiti murahan.

Dalam perkembangan terbaru, dikhabarkan isteri pertama Datuk Red kini disahkan hamil namun merasa sedikit sedih di atas sikap suami yang diketahui ketika ini sedang dalam usaha mencari isteri yang ketiga.

Melalui laporan Rotikaya, individu berkenaan menyatakan bahawa isteri pertama Datuk Red ternyata terkilan dengan apa yang berlaku.

Namun disebalik kesedihan itu sudah pasti raami mengucapkan ucapan tahniah kepada Datuk Red kerana bakal menimang seorang lagi cahaya mata baru.

"Saya akan dedahkan segala bukti.." - Ini Respon Balas Joy Revfa Selepas Hafiz Hamidun Buat Sidang Media

Ini Respon Balas Joy Revfa Selepas Hafiz Hamidun Buat Sidang Media



Isteri Hafiz Hamidun, Joy Revfa telah meluahkan rasa kecewa selepas suaminya membuat sidang media semalam.

Joy Revfa kecewa apabila dokumen permohonan cerai faraq atau pembubaran nikah yang diserahkan ke pejabat agama pada 18 Ogos lalu dipertikai oleh Hafiz Hamidun.


Kata Hafiz Hamidun di sidang media, sepatutnya Hafiz yang akan failkan permohonan faraq dan jika Joy yakin pernikahan mereka sah, mengapa Joy pula tiba-tiba perlu buat permohonan faraq.

Komen Hafiz ini ternyata membuat Joy kecewa, ini komennya:

"Saya kecewa apabila dokumen yang dibawa bertemu pihak media semalam dipertikai.

"Buat masa sekarang peguam menasihati saya supaya tidak memberikan sebarang komen kerana prosiding belum selesai. Saya tak nak timbul isu lain pula seperti kerja kotor dan penyebaran fitnah,"

"Cukuplah! Berhenti berkata yang bukan-bukan. Ini hal perkahwinan dan membabitkan maruah saya. Ia tidak ada kaitan dengan pemasaran perniagaan atau sengaja mencetus sensasi.

"Tunggu saja 14 September nanti. Saya akan dedahkan segala bukti dan maklumat yang ada. Di mahkamah nanti saya akan cerita lebih lanjut siapa yang salah memberikan nasihat, siap bersama saya dan kenapa dokuman ini dibuat,”


Selain itu, Joy menafikan segala tindakannya itu sebahagian daripada strategi pemasaran produknya.

Joy mendakwa telah dimanipulasi pihak tertentu.

Di laman media sosial miliknya, ini pula tulis Joy Revfa:

"Mungkin Allah swt sedang meletakkan dirimu di busurnya, menarik mu jauh ke belakang.. Agar disaat kau dilepaskan, kau memiliki daya dorong yang kuat mencapai sasaran.. #bersabar #janjiallahitupasti #baiknyaallah

"Sabarlah teman2 semua.. Biar lah mahkamah yg tentukan keputusan nanti.. Biar yg lebih Arif menjalankan tugas mereka.. Apa2 pun, terima kasih kpd yg mendoakan yg baik2. Saya juga doa yg terbaik utk anda

Apapun semoga baik-baik sahaja semuanya. Kita tunggu keputusan pihak mahkamah pada bulan September nanti tentang isu ini.
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close