Wednesday, 21 June 2017

Dihalau Isteri Baran & Ego Kerana Suami Gaji Kecil, Ini Balasan Isteri Terima !!!

Dihalau Isteri Baran & Ego Kerana Suami Gaji Kecil, Ini Balasan Isteri Terima !!! | Zaman kini memang dah biasa wanita bekerja. Malah ada yang wanita mempunyai gaji lebih besar dari suaminya.

Gambar Hiasan

Sekiranya ego berjaya dikawal dan mengetepikan status kerja dalam keluarga, selalunya boleh hidup bahagia seperti biasa, namun jika ego menguasai diri, boleh musnah rumah tangga.

Ini merupakan kisah benar seorang isteri yang amat menyesali perbuatannya terhadap suami sehingga menghalau suami dari rumah. Apa yang berlaku selepas kejadian itu tidak dapat ditarik balik.

Jom kita baca kisah ini, dan jadikanlah teladan serta pengajaran buat kita:

KISAH ISTERI EGO

Assalamualaikum readers….

Aku mintak sangat admin page ni tolong approve confession aku. Benda ni boleh dijadikan pengajaran buat isteri2 di luar sana. Moga pengalaman dan penyesalan yang aku kongsikan mungkin mampu mengelakkan rumah tangga orang lain dari kemusnahan seperti rumah tangga aku. Mintak maaf jika post aku panjang berjela. Aku ceritakan secara detail untuk difahami oleh semua.

Bismillah.

KAHWIN MUDA

Aku masih muda, 26 tahun. Berasal dari keluarga berada dan suami aku anak tunggal juga dari keluarga yang senang. Sekarang ada seorang anak. Berkahwin semasa umur 21. Salah aku sendiri aku berkahwin awal disebabkan aku terpengaruh dengan kebahagiaan dan kisah indah kawin awal orang lain. Jadi bila suami aku (esok jadi ex-suami) ajak kawin aku terus bersetuju.

Padahal aku masih muda, mentah, noob, tak prepare dan tak study pun about what its like to be a WIFE. salah aku. Memang salah aku. Salah aku sebab aku ingat berkahwin itu mudah, menjadi isteri solehah itu mudah. Sekarang aku tahu menjadi solehah tu adalah benda paling susah aku pernah buat.

Selepas berkahwin aku teruskan pengajian aku yang bebaki setahun. Belum sempat konvokesyen aku dah bekerja. Mungkin rezeki anak masa tu. Kerja aku pulak starting dah 3k. Bagi orang yang baru grad tinggi jugak la gaji aku. Suami aku pulak kerja biasa, technician. Memang gaji aku lagi tinggi daripada suami aku.

ISTERI BARAN

Mula berkahwin memang kami dah problem. Aku fikir, this is normal since we dont know each other quite well. Main kawin je konon bercinta lepas nikah. Selama kami bergaduh, suami aku yang banyak sabar. Diamkan bila aku marah. Aku yang baran. Pantang salah sikit, sampai suami aku mandi lama pun aku bising. Mula berkahwin niat nak menjadi isteri solehah sangat tebal. Aku pakai cantik depan suami, lemah lembut, layan suami macam raja. Ada la untuk 6 bulan pertama perkahwinan. Makin lama makin teruk perangai aku. Hari2 aku marah suami aku.

GAJI ISTERI TINGGI, EGO

Bila aku fikirkan balik dan muhasabah diri aku, kesalahan memang banyak pada aku. First, disebabkan gaji aku lagi tinggi dari suami aku jadi ego. Aku rasa aku boleh hidup tanpa suami.

Sewa apartment aku yang bayar semua, termasuk bil, ansurans kereta, makan, minum, susu dan lampin anak. Suami aku cuma setelkan insurans anak dan yuran taska anak aku. So aku rasa i can live without him.

Tapi aku salah. Sunyi nya hidup tanpa peneman. Walaupun suami aku tak mampu dari segi kewangan, tapi suami aku penyayang sangat. Yes i can physically live without him, tapi aku tersiksa sebab aku dah kehilangan sumber kasih sayang aku.

TAK PERCAYA SUAMI

Kesalahan aku kedua adalah i never believe in him. Suami aku ni memang suka berbisness. Tapi aku tak pernah memberi kepercayaan kepada bisness dia. Aku rasa dia buang masa dan dia takkan berjaya buat bisness. Suami aku selalu cakap yang dia berbisness bukan sebab nak kaya tapi sebab ini sunnah dan dia nak tolong orang. Bisness suami aku pulak bisness consultant. Banyak consultation dia cas rm20-50. Bagi aku nak dapat untung celah mana kalau sikit macam tu. Suami aku cakap dia nak membantu sebab tu dia cas murah. Dia pulak tak cukup capital untuk kembangkan bisness dia sebab tu bisness dia tak bekembang. Dia tak pernah mintak aku buat loan atau mintak duit aku sesen pun untuk bisness dia.

RASA SERBA CUKUP

Ketiga aku asyik rasa macam aku adalah isteri yang serba cukup. Aku asyik rasa sepatutnya suami aku bersyukur dapat aku sebagai isteri. Aku boleh la dikatakan ada rupa, kurus, berkulit cerah, kerja ok dan hari2 aku masak untuk anak n suami siap bawak bekal lagi.

Bab makan memang aku jaga. Aku masak special hari2. Sepanjang berkahwin aku tak pernah bagi suami aku makan kicap n telur sahaja. Paling lekeh pun aku akan masak masak sup ayam.

Aku lupa yang tanpa suami aku yang mudahkan kerja aku tak mungkin aku boleh masak untuk dia dan anak.

Suami aku yang basuh pingan, vacuum rumah, basuh dan sidai kain (aku cuma lipat je), buang sampah, sediakan susu anak, bangun malam2 kalau anak nak susu dan macam2 lagi.

Ya aku buta. I kept saying yang apa yang suami aku buat adalah tanggungjawab dia, memang patut dia buat apa yang dia buat. Sekarang bila dah terlambat baru aku nampak kebaikkan dia. Sumpah aku menyesal sangat sekarang.

HALAU SUAMI

Rumah tangga aku mula runtuh bila aku cek history phone suami aku, aku nampak dia google gambar lucah. Aku terus serang dia dan masa itu lah dia betul2 meletup kat aku. Semua dia luahkan sedangkan sebelum ni dia cuma bersabar dengan aku. Disebabkan ego tercabar aku pun halau dia keluar. Thats the end of us, about a year ago. Tak pernah kami tido sebumbung selepas tu.

KEMARAHAN MEMUNCAK SUAMI

Lepas aku halau dia, dia balik ke kampung. Parents suami aku pulak accident dalam perjalanan ambik suami aku dari stesen bas. Sampai saat ni aku rasa bersalah sangat pada suami aku. Kematian parents dia menjadi kemuncak kebencian dia pada aku. Sampai saat ni aku menagis bila teringat benda ni. Kalau tak kerana aku halau dia, dia takkan balik kampung dan his parents might still be alive.

Bila parents dia meningal kesemua rumah sewa, tanah, barang kemas dan duit simpanan parents dia yang warisi. Suami aku memang kuat semangat. Dia laburkan duit pusaka untuk bisness dia. Dalam masa setahun perniagaan dia bertambah maju. Aku cuba pujuk dia kembali pada aku.

Bukan disebabkan dia kaya tapi sebab aku menyesal dengan perbuatan aku. Aku rindu sangat pada suami aku. Rindu dia peluk aku setiap malam sedangkan aku selalu membelakangkan dia. Memang rindu pangilan “sayang” pada aku yang tak pernah lekang dari mulut dia walau sekali sampai lah kami berpisah. Aku rindu dia sangat2 Allah sahaja yang tahu. Tapi dia dah tak ada perasaan pada aku. Pandang aku pun tak hingin.

PESANAN BUAT ISTERI LAIN

Aku berharap kalau lah ada isteri di luar sana yang mempunyai ego sama dengan aku, baran sama dengan aku, buta hati sama dengan aku, sedarlah sebelum terlambat. Jagalah “ego” suami anda. Kalau rasa nak marah, ingatlah kembali budi dia pada anda. Macam mana kita rasa diri ini bagus, suami tetap di atas.

Esok aku ke mahkamah untuk dia lafaz cerai. Doakan aku

Kredit : BelogFadah

P.S. 1 – Sangka Ibu Bapa Tidur..Rupa-Rupanya..
P.S. 2 – Doktor PELIK Tiga Kali Mengandung Tiga Kali Keguguran,Rupa Rupanya Suami..
P.S. 3 – (VIDEO) Patutlah Nabi Larang Simpan Patung Dalam Rumah, MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Misteri Teknologi Digunakan Nabi Nuh Untuk Membina Bahtera Yang Disembunyikan USA !!!
P.S. 5 – 5 Kegunaan Gel Silika Yang Anda Tak Tahu, Lebih Baik Jangan Buang !!!

The post Dihalau Isteri Baran & Ego Kerana Suami Gaji Kecil, Ini Balasan Isteri Terima !!! appeared first on BISKUTMANIS.

"Zizie Ezette, Jangan Jahat Sangat" - Datuk Seri Bung Mokhtar

"Zizie Ezette, Jangan Jahat Sangat" - Datuk Seri Bung Mokhtar



Umum mengetahui,  Zizie Ezette merupakan isteri kepada  Datuk Seri Bung Mokhtar, ahli politik dari Sabah.

Kini nama Zizie Ezette meningkat naik apabila membuat comeback di dalam drama Hero Seorang Cinderella yang sedang ditayangkan di Astro.

Drama Hero Seorang Cinderella sedang meletup-letup ratingnya apatah lagi dengan gandingan mantap Fazura dan juga Fattah Amin.

Zizie Ezette  telah berlakon sebagai watak antagonis, atau watak jahat bernama Puan Sri Mawar yang merupakan ibu tiri kepada Fazura.

Oleh kerana watak jahatnya amat menjadi, suaminya telah memberi respon yang agak melucukan dengan mengatakn supaya Zizie Ezette jangan jadi jahat sangat.

Menurut Zizie, suaminya seperti tidak percaya kenapa dia boleh menjadi ‘sejahat’ itu dalam drama.

Ini komen dari Zizie Ezette : (Utusan)

“Setiap hari saya akan menghantar mesej pada suami bercerita mengenai penggambaran drama ini dan setiap hari jugalah dia akan cakap “jangan jahat sangat bah”. Rupa-rupanya suami saya sendiri terkejut dengan lakonan saya.

“Apa-apapun dia adalah suami yang sangat penyayang dan selalu memberi sokongan tidak berbelah bagi pada saya,”

Sememangnya hubungan Zizie Ezette dan suaminya amat mesra dan sweet sekali.

Drama Hero Seorang Cinderella kini hangat ditayangkan di Astro. JOm ramai-ramai tengok!

Takziah Diucapkan...Dugaan Buat Raja Farah, Alami Pendarahan Disahkan Keguguran Semalam

Takziah Diucapkan...Dugaan Buat Raja Farah, Disahkan Keguguran Semalam


Pelakon Raja Farah menerima berita yang menduka citakan apabila mengesahkan dirinya mengalami keguguran semalam.

Perkara berkenaan telah disedari Raja Farah selepas berbuka puasa semalam dengan usia kandungan berusia dua bulan.

Selepas disahkan gugurm Raja Farah amat bersedih dan sudah tidak terlalu memikirkan tentang hari raya.


Ini komennya:

“Emosi saya memang tidak stabil ketika berdepan ujian berkenaan. Kini saya berusaha mendapatkan semula semangat yang hilang. Maklum saja, inilah pengalaman pertama saya berdepan kesedihan sedemikian. Jika diikutkan, sejak awal kehamilan lagi saya mengalami pendarahan tanpa henti”

“Doktor turut memaklumkan, saya mungkin berdepan keguguran menerusi kehamilan kedua ini. Boleh dikatakan, saya juga seperti sudah bersedia sebenarnya. Cuma, tidak sangka pula saya mengalaminya pada ketika kita semua hendak menyambut sambutan Hari Raya tak lama lagi”

“Malam tadi, sejurus mendapat tahu keguguran, saya terpaksa menutup gerai jualan lebih awal. Selepas menghubungi doktor, beliau menyarankan saya ke hospital di Petaling Jaya untuk mendapatkan rawatan,” 


Walaupun menerima takdir dan ketentuan Allah, Raja Farah masih dalam proses bersedih.

Apapun, semoga Raja Farah dan suami tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.

Sumber: BH

Bibik Ini Menangis Terlupa Bawa Kek Dibakarnya Untuk Pulang Ke Negaranya, Bila Check Rupanya..

Bibik Ini Menangis Terlupa Bawa Kek Dibakarnya Untuk Pulang Ke Negaranya, Bila Check Rupanya.. Perkara normal bagi sesebuah keluarga untuk memiliki pembantu rumah warga asing di Malaysia ini, terutamanya daripada negara seberang. Sesetengah orang tak treat pembantu rumah macam orang gaji pun, tapi macam ahli keluarga sendiri lagi-lagi kalau pembantu rumah tu dah lama kerja dan menetap di rumah mereka.

Gambar Hiasan

Samalah macam keluarga lelaki bernama Imran Kamil ni. Pembantu rumah yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri tiba-tiba minta kebenaran untuk pulang ke negara asalnya secara mendadak. Namun, di pertengahan jalan dia tersedar bahawa dia telah tertinggal sesuatu di rumah majikannya dan bertegas mahu berpatah semula. Apa sebenarnya cerita disebalik kejadian ini?

Mahu Pulang Sebab Ibu Sakit…

1-4

Bakar Kek Sebelum Balik…

2-2

Tertinggal Kek, Menangis Nak Patah Balik!

3-1

Bila Potong Kek Baru Tahu Dalam Tu Ada..

4-1

Pencuri Barang Kemas!

5-1

Sumber : Imran Kamil

P.S. 1 – [Video] Buat 5 Ujian Ini Dan Korang Tergolong Dalam Orang “Rare” Di Dunia !!!
P.S. 2 – Selepas 25 Tahun Bandar Ini Di Tenggelami Banjir..Apa Ditemui Bila Kering Sangat MENGEJUTKAN !!!
P.S. 3 – Inilah Sebab Kenapa Ubat Tablet Ada Pelbagai Jenis Bentuk Serta Warna Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 4 – Tahukah Anda,7 Kegunaan Menarik Soda Bikarbonat Di Rumah Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – Gara-Gara Minum Air Rebusan Jagung..Doktor Terkejut Lihat Apa Jadi !!!

The post Bibik Ini Menangis Terlupa Bawa Kek Dibakarnya Untuk Pulang Ke Negaranya, Bila Check Rupanya.. appeared first on BISKUTMANIS.

Doktor Klinik Rawat Zulfarhan Dedah Perkara Sebenar, 2 Kali Tolak Surat Rujukan..Bil Pula Dibayar Oleh..

Doktor Klinik Rawat Zulfarhan Dedah Perkara Sebenar, Dua Kali Tolak Surat Rujukan..Bil Pula Dibayar Oleh..



Doktor klinik yang pernah merawat Zulfarhan Osman Zulkarnain tealh diambil kenyataannya.

Pegawai perubatan itu memberitahu pernah dua kali menawarkan surat rujukan ke hospital dan bantuan ambulans tetapi enggan diterima oleh pesakit.

Surat rujukan itu ditawarkan apabila Zulfarhan datang kali pertama.

Pada kali kedua ketika dia datang membuat rawatan cuci luka kali kedua 5 hari kemudian, sekali lagi referal letter ditawarkan untuk ke hospital namun ditolak.

Mangsa mendakwa beliau tidak ke hospital kerana menjaga reputasi sebagai tentera dalam latihan, selain keadaan luka yang semakin pulih.

Melalui laporan dari portal MalaysiaGazette, kali pertama mangsa datang untuk mendapatkan rawatan cuci luka diiringi oleh empat rakannya yang mengaku dari Kem Tentera Port Dickson.

Mangsa yang berjalan sendiri ke klinik berkenaan mendakwa beliau terkena wap panas ketika menjalani latihan dan dakwa terkena letupan.

Zulfarhan telah meminta bantuan doktor berkenaan untuk mencuci lukannya (buat dressing) bagi memudahkan pergerakan ke hospital.

Apabila ditanya, mangsa memaklumkan sudah membuat rawatan susulan di Klinik Kesihatan Port Dickson tetapi tidak ada rujukan hospital kerana protokol tentera.

Pegawai perubatan di klinik itu tiada prasangka buruk kerana mendapati luka-luka pada badan mangsa menunjukkan telah dirawat sebelum ini.

Doktor juga mahu menghubungi keluarganya tetapi dilarang Zulfarhan atas alasan ibunya sedang dirawat di hospital.

Arwah tidak mahu kesihatan ibunya terganggu nanti.

Doktor yang merawat Zulfarhan tidak mengesyaki apa-apa kerana kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh mangsa dan rakan-rakannya tidak bercanggah.

Dalam pada yang lain, kesemua bil rawatan Zulfarhan di klinik berkenaan dibayar oleh rakan-rakannya.

Tuesday, 20 June 2017

PELIK Bibik Tiba² Meroyan, Menjerit Bila Kawan Datang Rumah DEDAH Siapa Bibik Sebenarnya !!!

PELIK Bibik Tiba² Meroyan, Menjerit Bila Kawan Datang Rumah DEDAH Siapa Bibik Sebenarnya !!! | Kes bibik Dato’ Aliff Syukri, saya dah melaluinya. Mungkin tak sampai beratus ribu, tetapi merasalah juga pengalaman terkena itu.

Gambar Hiasan

Siap satu keluarga saya disantau. Bukan itu sahaja, kemaluan suami saya pun tak boleh ‘dipakai’ sebulan. Jadi sayur masin, pagi-pagi tak ada rasa apa-apa. Bukan sehari, bukan seminggu, tetapi sebulan. Sampai dia down. Punyalah dia nak santau suami saya sebab dia cemburu melihat saya dengan suami.

Saya jadi apa? Jadi bodoh berbulan-bulan. Kerja saya, makan, tidur, mengantuk siang malam pagi petang. Rumah tunggang langgang tetapi saya nampak semuanya elok. Sehinggalah sahabat saya ‘Brave Bella’ datang ke rumah sedarkan saya.

Pada mulanya saya tak percaya. Bila dia menyakinkan saya, baru saya nampak satu persatu. Bibik masa itu meroyan menjerit bagaikan orang gila dan suruh kawan saya balik. Kau rasa?

Boleh nampak bibik tak senang duduk. Kejap-kejap masuk bilik beritahu saya jangan percaya dengan kata-kata kawan saya itu.

Patutlah selama ini dia tak nak tidur di bilik bawah. Dia sanggup tidur sebilik dengan anak-anak saya yang dah besar. Rupa-rupanya dia nak pantau apa yang saya buat dengan suami. Bila saya bersama dengan suami, bila saya tak bersama, semua dia tahu.

Dia tak makan dengan kami. Ajaklah macam mana pun, dia cuma makan telur rebus setiap hari. Saya tak syak apa-apa sebab dia solat lima waktu penuh. Mengaji bila malam Jumaat, tetapi rupa-rupanya itulah muslihat dia.

Bila saya pergi berubat, dia kepanasan di rumah. Pernah satu hari saya tergerak hati nak pergi tengok anak-anak di taman permainan. Nak ambil Piya dengan Iki. Tahu apa jadi? Di depan mata saya Piya dihumban ke tanah dengan kejam. Disengguk-sengguk kepala ke tanah. Patutlah selama ini badan dia banyak lebam-lebam. Bila ditanya, katanya jatuh sebab bermain dengan kawan.

Masa itu rasa luruh jantung saya. Anak yang saya kandung dibelasah orang lain. Bukan setakat itu saja. Segala tangkal mula muncul bila dia dah tak ada. Di bawah tilam, di atas pintu rumah, di tanah kedua belah pagar, patung-patung dicucuk dengan jarum bagai semua itu keluar sendiri. Tak payah susah-susah nak cari.

Barang kemas Piya, setiap hari hilang satu persatu. Paling terkesan bila dah kantoi, sayaa tanya dia.

“Bibik suka dengan suami saya ke?”

Dua kali dia menjawab ‘Iye”. MasyaAllah. Rasa nak terkam dan taboh dia kaw-kaw. Saya punyalah baik sanggup pergi ke kampung halaman dia dan habiskan duit beribu-ribu enjoy bersama keluarga dia. Gaji pula tak pernah terlambat bayar. Siap bagi lebih kadang-kadang.

Sikit pun bibik tak ada rasa kasihan pada kami. Selama ini saya menganggap dia sebagai keluarga saya sendiri. Siap bawa naak saudara dia tinggal di rumah kami dan beri pekerjaan kepadanya. Malangnya, itulah balasan yang kami dapat selama setahun lebih dia bekerja.

Bila dah berubat, baru nampak semua yang asli. Rambut kusut masai penuh dengan kutu. Kuku tangan dan kaki hitam berdakit. Badan dia busuk yang amat. Mulut dia lagilah busuk.

Lantai rumah saya pun hitam. Entah apa bomoh yang dia gunakan, memang terbaik. Sampai ustaz tempat kami berubat ini pun cakap simple saja.

“Dahlah balik ni, kemas kain baju keluar dari rumah. Jangan ganggu rumahtangga orang.”

Saya rasa pelik, apa hala pula suruh kemas baju? Saya kan tuan rumah?

Rupa-rupanya bila balik ke rumah, dia menjerit-jerit marahkan saya.

“Kenapa pergi berubat??”

Dia pusing satu rumah tak senang duduk. Saya pun takut tengok dan terus menghubungi kawan saya untuk datang ke rumah. Sampai saja Bella di pagar, dia halau macam orang gila. Masa itulah saya tahu memang dia yang dimaksudkan oleh ustaz.

Apa lagi, halaulah dari rumah. Tetapi suami saya kasihan dan uruskan bibik pulang ke Indonesia. Hantar dia dengan cara yang baik walau apa pun yang dia buat pada kami sekeluarga. Hanya Allah saja yang tahu macam mana.

Apa jadi dengan suami saya? Selepas berubat, dia beransur pulih. Kami ikhtiar cara moden dan tradisional. Makan masa juga dan saya terpaksa berlakon menjadi Mari@ 0z@wa, beli lingerie untuk kembalikan nafsu suami tercinta. Tak mudah tetapi usaha.

Anak-anak habis berkutu, besar pula saiz kutunya. Termasuklah suami pun ada kutu, kecuali saya tak ada sebab kepala saya jenis berminyak.

Kalau ada yang cakap saya nak aibkan dia, katakanlah apa yang korang suka. Korang tak berada di tempat saya.

Oh ya, selama saya disihir, saya tiada nafsu pada suami. Nafsu saya seperti tidur. Dunia saya hanya tidur makan bangun dan begitulah setiap hari. Anak-anak? Tak ambil tahu sebab bibik itu yang jaga.

Yang mana ada bibik itu, berhati-hatilah. Yang datang ke sini semua bermasalah di sana. Contoh seperti pinjam duit orang tapi tak bayar. Ada terlibat dalam kes mencuri dan sebagainya.

Tak serik lagi selepas kes ini, saya ambil pula dua orang bibik, pasangan suami isteri. Yang ini lagi dahsyat.

Sumber : Amy Shima Ramlan via TheReporter

P.S. 1 – Sangka Ibu Bapa Tidur..Rupa-Rupanya..
P.S. 2 – Doktor PELIK Tiga Kali Mengandung Tiga Kali Keguguran,Rupa Rupanya Suami..
P.S. 3 – (VIDEO) Patutlah Nabi Larang Simpan Patung Dalam Rumah, MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Misteri Teknologi Digunakan Nabi Nuh Untuk Membina Bahtera Yang Disembunyikan USA !!!
P.S. 5 – 5 Kegunaan Gel Silika Yang Anda Tak Tahu, Lebih Baik Jangan Buang !!!

The post PELIK Bibik Tiba² Meroyan, Menjerit Bila Kawan Datang Rumah DEDAH Siapa Bibik Sebenarnya !!! appeared first on BISKUTMANIS.

Ini Respon Dari Bekas Suami, Jejai Apabila Fasha Sandha Luah Rasa Terkilan Anak Perempuannya Luka

"Jejai Akui Kesilapan, Cui Ketika Jaga Anak..Kau Mind Your Own Business.." - Fasha Sandha


Semalam kecoh apabila pelakon popular Fasha Sandha mendedahkan anak perempuannya luka di sebelah mata.

Luka itu dialami anaknya ketika dalam jagaan bekas suaminya Jejai.

Ternyata Fasha Sandha kecewa apabila anaknya dapat luka bahkan badannya juga ada lebam-lebam.

Baca luahan kekecewaan Fasha Sandha DISINI.

Hari ini, Fasha Sandha ada membuat insta story mengatakan bekas suaminya iaitu Jejai akui kesilapan ketika menjaga anaknya itu.

Ini tulis Fasha di laman insta story:

"Bekas suami aku pun mengaku kesilapan dia cuai, dia terlepas pandang ketika jaga anak-anak aku.."

Sementara itu Fasha Sandha menyelar pihak yang menyibuk dengan urusannya itu. Fasha menyaran orang itu supaya mind your own business.

Ini tulis Fasha Sandha

"Kau yang tiada kena mengena dalam isu aku, nak masuk campur apa hal?

"Mind Your own business"

Sumber: IG Fasha Sandha
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close