Sunday, 28 May 2017

"Ia Disebar Pihak Tertentu.." Nabil Ahmad, Lisa Surihani Terima Dugaan..Jom Baca Pendedahan Nabil

"Ia Disebar Pihak Tertentu.." Nabil Ahmad, Lisa Surihani Terima Dugaan..Jom Baca Pendedahan Nabil



Pelawak popular Nabil Ahmad telah diduga ketika ini.

Nabil yang kini hebat sebagai pengacara telah diceroboh privasinya.

Dia selalu menerima panggilan dan gangguan daripada individu tidak dikenali melalui telefonnya.

Akhirnya mengambil keputusan untuk menukar nombor telefon peribadinya.

Menurut Nabil, nombor telefonnya serta beberapa rakan artis lain telah disebarkan oleh pihak tertentu di internet.

Antara selebriti lain yang turut terkena ialah Lisa Surihani.

Nabil berkata, dia sudah memaklumkan nombor telefon abrunya kepada semua klien dan rakan media secara peribadi. 

Ini pendedahan dari Nabil:

"Saya syak nombor telefon saya sudah diketahui umum dan ia disebarkan oleh pihak tertentu di internet sejak beberapa bulan lalu.

"Saya sayang untuk tukar kerana ia adalah nombor telefon untuk kerja dan semua klien saya tahu nombor ini. Dalam pada itu, saya juga tidak tahan sering menerima panggilan daripada kanak-kanak.


"Mereka juga masukkan saya dalam grup WhatsApp tertentu, bukan saya sahaja, ada beberapa artis lain termasuk Lisa Surihani juga mengalami perkara sama,"


"Saya sudah hantar mesej kepada semua kenalan saya dan beritahu tentang nombor yang baru ini. Saya harap kerja saya berjalan lancar.


"Kalau tidak tukar macam-macam gangguan datang terutamanya pada waktu malam,"


Kesian Nabil dan rakan artis lain. Memang teruk perangai orang yang dedah nombor selebriti ni.

Ibu Bapa Akhirnya Setuju, Restu Hubungan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Ibu Bapa Akhirnya Setuju, Restu Hubungan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi


Hubungan antara Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy bukan lagi perkara baru. Semua peminat dan penggiat tahu ada hubungan yang mesra antara mereka berdua.


Apatah lagi mereka berdua meraikan hari lahir pasangan masing-masing. Sudah tentu ramai beranggapan hubungan lebih dari sekadar rakan sahaja.

Yang terbaru, kedua dua mereka memberitahu bahawa keluarga amsing-masing merestui hubungan mereka.

Namun apabila ditanya lebih lanjut, kedua-duanya berat hendak berbicara tentang cinta, masing-masing belum declare bahwa mereka sedang di fasa percintaan, katanya sekadar teman rapat.

Sufian akui hubungan dengan Elfira Loy mendapat perhatian kerana kedua-dua adalah artis.


Ini kata Sufian:

“Bukan hanya peminat, media juga turut memperkatakan mengenai hubungan kami. Saya pula memang jenis tidak pernah hendak menunjuk atau menguar-uarkan mengenai cerita peribadi.

“Cuma kali ini hubungan kami mendapat perhatian dan saya pula tidak mahu berselindung. Andai ada yang bertanya, saya akan menjelaskan kedudukan sebenar,”


Sebelum ini timbul kontroversi mengatakan Sufian Suhaimi sanggup meninggalkan kekasih kerana mahu mengejar cinta Elfira Loy.

Memang teruk Sufan Suhaimi dikecam orang ramai. Berkata tentang hal ini, Elfira Loy mempertahankan Sufian.

Ini komen Elfira:

TENTANG SUFIAN TINGGALKAN KEKASIH

“Bagaimanapun, mereka tetap memperkatakan mengenainya. Bagi saya mereka memperkatakan mengenainya bukan kerana membenci atau mahu memburukkan Sufian mahupun saya tetapi lebih kepada mahu bercerita yang kononnya mereka juga tahu,”



Elfira Loy akui hanya mahu mengatakan hubungan mereka atas nama persahabatan dan bukan membabitkan soal cinta.

Dia tidak mahu mengtakan bahawa mereka sedang bercinta kerana ia akan meletakkan tekanan terhadap mereka berdua.


Ini komen Elfira Loy:

TENTANG HUBUNGAN DENGAN SUFIAN, TAKUT DECLARE

“Bukan saja takut tetapi saya kurang yakin. Situasi persahabatan saya dengan Sufian pula berbeza kerana keluarga kami memberi restu. Malah adik-beradik saya sendiri baik dengan Sufian.

“Sufian sendiri datang dengan cara baik untuk bertemu dengan ibu dan ayah. Melihat situasi itu, ibu sendiri berasa positif dengan sikapnya dan membenarkan kami berkawan.

“Pada saya, kalau ibu dan ayah memberi restu membuatkan saya ada keyakinan dengan hubungan kami,”

“Saya senang andai kami membiarkan hubungan ini sendiri menentukan apa yang akan berlaku selepas ini. Bayangkan kalau hari ini kami kata kami sedang bercinta, pastinya selepas ini antara kami akan cuba mendesak apakah keputusan yang mahu diambil selepas itu.

“Sebab itu saya sendiri berasakan biarlah kami terus berkawan saja kerana apabila kami berada dalam situasi begini, apa yang berlaku kita akan lebih ikhlas.

“Kalau kami akui kami sedang bercinta, bimbang kalau apa yang diharapkan tidak menjadi kelak, apa yang berlaku akan membuatkan hubungan kami berada dalam situasi yang buruk.

“Macam sekarang, kalau ia tidak menjadi seperti apa yang diharapkan kami masih lagi berkawan baik sampai bila-bila,”


Sumber: HarianMetro

Shahz Jaszle Akui Malu Bila Gemuk

Shahz Jaszle Akui Malu Jadi Gemuk


Pelakon Shah Jaszle sebelum ini pernah tampil dnegan bentuk badan yang agak gempal.

Dikatakan dia mula naik berat badan apabila telah berkahwin beberapa tahun yang lalu.

Shahz Jaszle langsung tidak menjaga makan dan tidak bersenam ketika itu.

Ini komennya:

"Saya beritahu isteri, kalau saya bukan selebriti, saya pasti seronok kerana tidak perlu berfikir mengenai penjagaan makanan atau senaman. 

"Bahagia sungguh apabila dapat menikmati segala jenis makanan yang ada. Sehinggakan berat badan naik mendadak,"

Kini pelakon ini berusaha menurunkan berat badan apabila perlu kurus untuk menjadi watak utama.

Malah dalam masa yang sama, dia turut ditegur pengarah dan penerbit kerana bentuk fizikal yang agak gempal.

Ini komennya:

“Satu sebab (kurus) memang nak diet dan satu sebab lagi everytime kalau pergi event, first word yang akan keluar dari mulut orang – gemuk eh sekarang. Aduh. Kalau dah 40 orang cakap macam tu?”

“Memang nak kurus sebab watak dan juga permintaan penerbit yang nak offer saya job, mereka mahukan saya kurus. Ambil masa juga nak kurus dalam setahun lebih, tak makan nasi,”


Shahz Jasle akui turut malu dan segan untuk melihat kembali babak lakonannya ketika gemuk.

Ini anatar sebab Shah Jaszle mengambil keputusan untuk mendapatkan bentuk badan sihat.

Tertekan Dengan Isu Masalah Rumah Tangga Goyah, Kini Ezlynn Jatuh Sakit

Tertekan Dengan Isu Masalah Rumah Tangga Goyah, Kini Ezlynn Jatuh Sakit


Penyanyi terkenal, Ezlynn kini sedang dirawat di hospital kerana jatuh sakit.

Akibat demam yang teruk, Ezlynn menjalani pemeriksaan rapi dan doktor telah mengesahkan dia dijangkiti demam virus.

Tambah Ezlynn, badannya menjadi tidak bermaya setelah pulang mendaki Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia bersama rakan-rakannya.

Ditambah dengan kisah peribadi kegoyahan rumah tangga, dia menjadi lebih tertekan dan akhirnya jatuh sakit.

Ini komennya:

KISAH DEMAM VIRUS

“Sehari sebelum itu, badan saya rasa lemah dan demam. Memandangkan saya alah dengan ubat penahan sakit, jadi saya tak berani ambil. Bila sudah tak terdaya, saya minta kakak hantarkan saya ke hospital.

“Di hospital, doktor buat pemeriksaan dan mendapati saya dijangkiti demam virus dan pada waktu yang sama asma saya datang balik. Sejak pagi semalam, sudah lima botol air dimasukkan ke dalam badan saya. Tak pasti pula bila boleh keluar,”

“Tiga daripada rakan yang pergi ke Lombok sebelum ini sudah demam dan mungkin ini waktu saya pula. Bila sudah masuk wad ni, pelbagai penyakit pula dikesan. Ditambah pula dengan cerita yang saya tak jangka ini, jadi selain badan lemah, fikirannya tertekan.

KISAH PERIBADI, MASALAH RUMAH TANGGA

"Setakat ini saya tidak akan memberi sebarang komen tentang perkara itu. Apa-apa tanya pengurus saya, Poji Samad. Saya tak mahu bercerita tentang peribadi kerana itu bukan perkara yang elok untuk diuar-uarkan,” 

"Saya tidak mahu komen tentang itu, ia akan buat saya lebih tertekan. 

"Saya mahu fokus kepada kesihatan saya dahulu. Apa-apa boleh hubungi pengurus saya untuk yang lain. 

"Saya harap awak dapat memahami keadaan saya," 

"Kalah juga akhirnya, tak sangka, my body and my mind terperanjat, too stressful with what happened last night.

"Thanks atas doa semua dan kekuatan yang diberikan. InsyaAllah semuanyer akan okey

Ezlynn dan suami, Adam Fahmy mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata. 

Ini Punca Sebenar Shaheizy Sam Tak Dedah Wajah dan Nama Anaknya

Ini Punca Sebenar Shaheizy Sam Tak Dedah Wajah dan Nama Anaknya


Pelakon popular Shaheizy Sam dan isteri Syatilla Melvin selamat menimang cahaya mata sulung mereka awal bulan ini.

Walaupun sudah beberap minggu menimang anak, namun ramai masih belum melihat wajah bayi tersebut.

Malahan, nama anak Shaheizy Sam itu juga tidak didedahkan oleh kedua ibu bapanya kepada umum.

Apabila ditanya kepada Shaheizy Sam, dia akui masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah dan nama anak lelakinya itu.

Shaheizy hanya berkata nama anaknya itu tetap mengekalkan 'Sam' seperti mana namanya.

tambahnya lagi, dia tidak mendedahkan nama kerana ikut 'nasihat orang-orang tua'.


Ini komennya:

"Rasanya belum tiba masa saya umumkan namanya selepas mendengar nasihat orang tua-tua. Insya-Allah apabila tiba masa sesuai saya akan beritahu."

"Tetapi apa yang boleh saya dedahkan saya mengekalkan 'Sam' seperti mana nama saya,"


Isteri Shaheizy Sam, Syatilla kini berada di sebuah pusat jagaan berpantang bagi memastikan dia dan anaknya dijaga baik.

Pelakon Polis Evo in berkata, bayinya itu mendapat banyak hadiah bersempena kelahirannya.

Malahan hadiah diberikan lebih daripada mencukupi utnuk keperluan anaknya. Itulah namanya rezeki.


Saturday, 27 May 2017

TAHNIAH!! Ramona Zam Zam Buat Pengumuman, Kini Sedang Hamil

TAHNIAH!! Ramona Zam Zam Buat Pengumuman, Kini Sedang Hamil


Pelakon Ramona Zam Zam telah membuat pengumuman satu berita yang baik pada bulan Ramadhan kali ini.

Setelah setahun berkahwin dengan warga Palestine, Rami Alashkar, kini Ramona Zam Zam akhirnya mengesahkan dirinya sudah hamil.

Di laman media Instagram, Ramona Zam Zam memuatnaik gambar ultrasound scan baby nya dan mengesahkan kini sedang hamil anak pertama.

Dari komen Ramona, dia kini sedang hamil 14 minggu.

Yang menariknya, Ramona menyamakan baby di dalam perutnya itu seperti 'teddy bear'.

Ini komen Ramona:

I feel bad for the comparison (teddy bear) but i cannot contain this excitement anymore and whaaaaaaaat am I having a baby cartoon growing up in me. Yeppp it is official now, hello second trimester, selamat berbuka and salam ramadhan everyone ❤️ #14weekspregnant 

Setelah membuat pengumuman itu, ramai para peminat dan follower mengucapkan ucapan tahniah kepada Ramona Zam Zam dan suami.

Ternyata ramai yang tak sabar nak lihat anak Ramona nanti.

Tahniah diucapkan kepada Ramona Zam Zam dan suaminya. Semoga segala urusan dipermudahkan.






Kerana Anak, Sharifah Sakinah Mengamuk..Apa Yang Berlaku Memang Dah Melampau!!

Kerana Anak, Sharifah Sakinah Mengamuk


Pelakon Sharifah Sakinah baru sahaja menimang cahaya mata pertamanya baru-baru ini.

Sharifah Sakinah telah menjalani pembedahan kerana anaknya overdue selama 2 minggu dari tarikh dijangka bersalin.

Anaknya dilahirkan selamat selepas menjalani pembedahan Caesarean pada 9 pagi dengan berat 3 kg.

Selepas selang beberapa hari anaknya bersalin, Sharifah Sakinah meluahkan rasa marah tentang apa yang berlaku kepada anaknya.

Ternyata, nama anaknya telah menjadi mangsa akaun palsu di Instagram.

Sehingga kini sudah ada 3-4 akaun palsu di atas nama anak Sharifah Sakinah ini iaitu Anais Adha.

Ibu mana yang tak marah kalau anak jadi mangsa manipulasi pihak tak bertanggungjawab kan.

Oleh itu, Sharifah Sakinah telah membuat akaun official anaknya itu.

Akaun yang rasmi ialah Anais.Adha dan yang lain disahkan oleh Sharifah Sakinah sebagai fake akaun. 

Semoga Sharifah Sakinah dan suami bersabar dengan apa yang berlaku.

Apapun selamat menjadi ibu bapa kepada Sharifah Sakinah dan suaminya, selamat berbahagia bersama kehadiran ahli keluarga baru.





loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close