Tuesday, 31 January 2017

Gadis Ini Sesat 4 Jam Di Parkir Kereta Midvalley. Selepas Jumpa 'Security' Rupa²nya Ramai Pernah Kena. SERAM !!!

Kisah aku bermula pada hari Rabu lepas, aku merupakan pelajar tahun akhir di Akademi Pengajian Melayu di sebuah Universiti Malaya. Sekarang merupakan cuti semester dan aku tidak pulang kerana bekerja secara sambilan di sebuah pasaraya dan menetap di kolej kediaman di dalam kampus(rahsia). Aku tinggal bersama seorang lagi teman sebilik yang turut sama tidak pulang kerana bekerja( Model kot, hari2 dia shooting). Aku yang tak berapa lawa ni jadilah promoter je.


Hari Rabu lepas adalah hari cuti “Off Day” aku sehingga Khamis, maka aku berseorangan di bilik, sedangkan kawan aku sibuk dengan modellingnya. Bila aku whatsapp dia kata dia balik awal pagi nanti. Disebabkan aku seharian duduk di bilik, aku ambil keputusan untuk menonton wayang di GSC Midvalley. Maka bersungguhlah aku bukak laptop (line Ya Ampun Lajunya) dan tengok waktu tayangan. Jam menunjukkan jam 8 malam. Cerita yang aku nak tengok pulak ada jam 9, 11 dan 12 malam lebih kurang macam tulah. Aku dengan beria nak tengok tempat duduk, tup tup yang pukul 12 malam je ada tempat duduk yang logik (sape yang biasa tengok wayang akan faham). Sape pulak nak patah tengkuk duduk depan-depan. Maka aku belilah tiket wayang jam 12 malam.

Selesai solat Isyak dan layan movie sebiji dua, aku turun ke parkir kereta dan menghidupkan enjin dan meluncur laju ke arah Midvalley. Jam dah 11.40 kalau tak silap,a ku terus masuk parking atas yang searas dengan GSC supaya tak jauh nak berjalan ke wayang. Aku pon sampai dan layanlah cerita tu walaupun takdelah best mana trailer je A, hahaha. Selesai wayang aku keluar dan ke toilet (sejuk kot wayang tadi). Kat sini wayang aku pulak bermula. Aku ke toilet atas sebelah tempat bowling semua tu.

Masa aku masuk, memang aku sorang je sebab pintu tandas semua memang terbukak (tak rapat aku assumelah takde orang). Bila aku keluar nak ke sinki, ada satu bunyi dari tandas sebelah yang aku guna. Mulanya aku ingat aku salah dengar, tapi bila aku pasang telinga, sah! Memang ada bunyi. Bunyinya macam lelaki tengah bercakap seolah-olah bercakap dalam telefon (bermonolog). Dalam keadaan takut campur geram aku pon pergi dan tolak pintu tandas tu. Tapi takde orang dan suara tu hilang. Aku pelik dan mulalah perasan yang aku sorang-sorang rupanya dalam tandas pukul 2 pagi! Aku keluar dari tandas dan terus ke tempat parkir. Masa ni peluh dia takyah cakaplah, memang takut.

Dalam kereta aku mula fikir pasal kejadian tu. Menyumpah betul bila aku berani tolak pintu tandas tu. Buatnya ada pompuan rambut panjang kenyit mata ke gelak mengilai baru padan muka. Aku hidupkan enjin dan mula bergerak keluar. Dari tingkat aku parkir aku turun dan ikut jalan KELUAR. Satu persatu tingkat aku turun. Aku hidupkan radio tapi signal dia macam hidup segan mati takmau je. Biasalah parkir kan. Aku terus menekan pedal berselang seli dengan brek apabila nak membelok. Sedang syok pusing stering baru aku sedar, dah berapa tingkat aku turun kenapa tak jumpa-jumpa pintu nak bayar tiket. Masa tu aku rilek lagi. Ingatkan aku mamai sebab fikir kes kat tandas tu. Aku mula kira tingkat yang aku turun. 1….2….3….4…5..

Gila! Setahu aku, aku naik 4 tingkat je masa nak parkir tadi. Kenapa aku tak jumpa-jumpa jalan keluar? Masa ni aku panik dah. Aku amek telefon dan menyumpah-nyumpah sebab betul2 ada 1% dan takde powerbank dan takde line. Aku tak berhenti sebab aku takut. Aku terus bergerak ikut tanda KELUAR. Masa tu aku baru perasan yang takde sebuah kereta pon ada sekali. Bayangkan parkir semua kosong macam cerita Desolasi. Aku mula menangis, aku takut yang teramat sangat. Aku panggil nama mak ayah aku. Keretaku masih bergerak dan aku cuba cari jalan keluar, aku cuba patah balik ke atas dengan harapan dapat jumpa semula pintu wayang yang aku masuk tadi. Misteri sangat bila aku naik ke atas pon sama. Aku macam naik 50 tingkat tapi semua benda sama pada setiap tingkat. Bayangkan perasaan aku. Aku turun pun sama, naik pon tetap sama.

Dalam masa gelabah tu jugaklah aku ada perasan kat cermin belakang, ada macam lembaga berwarna merah kat hujung jalan kat arah belakang kereta aku. Lembaga tu seolah-olah macam manusia berbadan kurus, ada janggut yang pnjang sampai ke bawah, tak pakai pape dan kedua tangannya ke atas. Aku nak toleh harap maaflah ye. Aku cuma tengok cermin belakang dengan hujung-hujung mata sebab masa tu hanya Allah swt yang tahu betapa takutnya bila nampak, aku siap doa supaya aku pengsan.

Tapi aku tetap meluncur naik dan turun cuba mencari jalan keluar. Aku dalam takut-takut tu sempat juga tengok cermin, setiap kali 1 tingkat akan ada makhluk yang berwarna merah tu kat hujung setiap tingkat. Aku tak kira dah berapa tingkat aku turun naik sebab aku tau nak keluar ASAP! Padanlah takde CD Alquran dalam kereta yang aku kira boleh membantu masa saat-saat genting macam ni, nak baca surah pon tergagap sebab memandu dalam keadaan macam ni. Bukan jalan lurus tapi kau kene membelok setiap kali turun naik tingkat. Kira boleh buat drift macam tu (myvi boleh ye?)

Saat menakutkan ni berakhir secara tiba-tiba ada guard tengah jalan kat 1 tingkat. Aku hon dan dia respon. Masa tu aku bersyukur sangat-sangat, Allah je yang tahu leganya bila berjumpa “manusia” lain. Aku panggil dia dan bagitau apa yang jadi walaupun dia tak faham, hahaha Nepal kot. Aku mintak dia tunjuk jalan, dia setuju dan aku ikut je dengan kereta perlahan-lahan. Aku turun 1 tingkat je terus ada tempat bayar untuk keluar dan ada sorang akak je kat dalam tu. Peliknya aku turun naik macam orang gila tak jumpa apa pon. Aku terus hulurkan tiket dan akak tu buat muka pelik. “Adik baru turun ke? Dah pukul 6 ni”, tanya akak tiket tu. Baru aku sedar yang dekat 4 jam aku bergelut cari jalan keluar. Fuhh. Keluar je dari parking aku berhenti depan hentian teksi dan jumpa dengan sorang “security” Melayu yang duduk kat tepi pintu.

Aku cerita segalanya kat brother tu dari A-Z. Brother tu panggil sorang lagi kawan dia dan diorang tanya aku soalan macam2. Rupanya bukan aku je pernah jadi macam tu. Pernah ada kes yang sama, tapi dia dekat dalam Midvalley lepas keluar wayang tak jumpa jalan keluar sampailah waktu tengahari, itupun guard jumpa kat dalam bilik servis kalau tak silap. Aku bersyukur aku tak jadi pape, Allah masih pelihara dan lindungi. Aku balik terus ke kolej lepas tu dan tak boleh tidur. Aku tunggu roommate aku bangun dan cerita segalanya. Aku dok teringat suara dan lembaga merah tu sampailah sekarang, aku bukanlah orang yang percaya kat benda-benda sebegini dan kisah yang aku alami ni memang merubah aku. Nasihat aku terutama yang perempuan berhati-hatilah tak kira mana korang berada. Selalu minta perlindunganNya.

Semoga cerita aku dijadikan iktibar- RYTCI

Subhanallah, lelaki Ini Tetap Meneruskan Solatnya Meskipun Dibakar Hidup-Hidup. Lihatlah Keteguhan Iman Dia Kepada Yang Maha Kuasa

Subhanallah, lelaki Ini Tetap Meneruskan Solatnya Meskipun Dibakar Hidup-Hidup. Lihatlah Keteguhan Iman Dia Kepada Yang Maha Kuasa


Subhanallah! Sebuah foto menjadi viral didunia maya. Tentu bagi kita tidak bisa membayangkan rasanya dibakar, kita saja terkena sulut api yang kecil saja, sudah merasakan sakit yang luar biasa. Namun berbeda dengan pria ini, dia menahan rasa sakitnya demi melanjutkan shalat nya.
Tampak seorang lelaki ini memiliki keimanan dan ketaqwaan yang begitu tinggi. Beliau terlihat sedang shalat  dalam keadaan terbakar hidup-hidup.
Entah dirinya terbakar atau sengaja dibakar, namun yang pasti dari gambar menunjukkan beliau tetap meneruskan shalat nya sampai selesai meskipun kondisi tubuhnya dalam keadaan dilalap api.
Belum diketahui secara pasti atau penjelasan lebih rinci kapan waktu dimana peristiwa ini terjadi, namun apabila dilihat dari ciri warna kulitnya kelihatannya peristiwa ini terjadi di Afrika atau di CAR.
***
Kisah diatas sangat mirip dengan kisah salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, Yaitu  Abbad bin Bisyr ditembus beberapa anak panah, ketika sedang khusyuk shalat tahajud. Anehnya, ia tidak merasakan sakit sama sekali. Dalam keadaan shalat, ia mencabut beberapa anak panah lantas melanjutkan shalatnya hingga malam usai.
Abbad bin Bisyr turut berperang bersama Rasulullah SAW dalam tiap peperangan yang beliau pimpin. Dalam peperangan-peperangan itu, dia bertugas sebagai pemabawa Al Qur’an.
Ketika Rasulullah SAW kembali dari perang Dzatur Riqa’, beliau beristirahat dengan seluruh pasukan muslim di lereng sebuah bukit. Setibanya di tempat peristirahatan di atas bukit, Rasulullah SAW bertanya,
“Siapa yang bertugas jaga malam ini?”
“Kami ya Rasulullah,” kata Abbad bin Bisyr dan Amar bin Yasir seraya berdiri.
Saat Terkena Anak Panah
Rasululah SAW telah menjadikan keduanya bersaudara ketika kaum Muhajirin baru tiba di Madinah. Ketika keduanya keluar ke pos penjagaan, Abbad bertanya kepada Ammar,
“Siapa di antara kita yang berjaga terlebih dahulu?”
“Aku yang tidur lebih dahulu,” jawab Ammar yang bersiap untuk berbaring tak jauh dari tempat penjagaan.
Dalam suasana malam yang tenang dan hening, Abbad shalat malam dan larut dalam manisnya ayat-ayat Al Qur’an yang dibacanya. Dalam shalat itu ia membaca surat Al Kahfi dengan suara memilukan bagi siapa saja yang mendengarnya.
Ketika Abbad tenggelam dalam kekhusyukan shalat Tahajud, seorang musuh datang menyelinap. Musuh itu yakin bahwa Rasulullah SAW ada di tempat itu dan orang yang sedang shalat itu adalah pengawal yang bertugas jaga.
Dalam Kondisi terkena Panah Enggan Menghentikan Shalat
Orang itu menyiapkan anak panah dan memanah Abbad dengan tepat mengenai tubuhnya. Abbad mencabut anak panah yang bersarang di tubuhnya sambil meneruskan bacaan dan tenggelam dalam shalat. Orang itu memanah lagi dan mengenai tubuh Abbad dengan jitu lagi. Abbad kembali mencabut anak panah dari tubuhnya dan kembali meneruskan ibadahnya.
Kemudian orang itu memanah lagi dan Abbad mencabut lagi anak panahnya seperti dua anak panah sebelumnya.
Kini giliran jaga diemban oleh Ammar bin Yasir pun tiba, Abbad merangkak ke dekat saudaranya yang tidur lalu membangunkannya seraya berkata,
“Bangunlah saudaraku, aku terluka parah dan lemas,” kata Abbad.
Sementara itu, si pemanah tadi yang mengetahui melihat pasangan saudara itu, buru-buru melarikan diri. Ammar menoleh ke arah Abbad dan melihat darah bercucuran dari tiga luka di tubuhnya.
‘Subhanallah, mengapa engkau tidak membangunkan aku ketika panah pertama mengenai tubuhmu saudaraku?” kata Ammar.
“Aku sedang membaca Al Qur’an dalam shalat. Aku tidak ingin memutuskan bacaanku hingga selesai. Demi Allah, kalaulah tidak karena takut akan menyia-nyiakan tugas jaga yang dibebankan oleh Rasulullah SAW untuk menjaga pos perkemahan kaum muslimin, biarlah tubuhku putus daripada harus menghentikan bacaan Al Qur’an dalam shalat,” jawab Abbad.
Inilah salah satu kisah heroik dari sahabat yang bernama Abbad bin Bisyr dan ini merupakan salah satu dari karomah yang Allah SWT berikan kepadanya. Demikian pula dengan kisah seorang yang dibakar tetap melanjutkan shalatnya, semoga Allah tempatkan mereka di sisi terbaik.
Semoga kita bisa mengambil pelajaran dari kisah 2 manusia luar biasa diatas, Aamiin

Kisah sayu seorang murid : “mak malas hendak basuh baju sekolah sebab itu baju saya kotor” : Sedih

1.jpg

Tabiat malas adalah salah satu ‘penyakit’ yang susah untuk diubati, itulah perkataan selalu kita dengar kerana dikatakan memang susah untuk buat kerja bila malas.

Tersiar dilaman sosial hari ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Najihah Rahman yang dipercayai seorang guru di mana dia menceritakan kisah anak muridnya yang sentiasa pergi ke sekolah dengan baju yang lusuh dan kotor.

Beliau telah bertanya kepada anak muridnya itu kenapa dia suka pakai baju terlalu kotor ke sekolah, adakah ibu tidak membasuh baju anaknya itu.

Berikut adalah cerita berkenaan.

Something for us especially parents to ponder.

I have a boy in my class who usually wears a dirty uniform since early morning. Even if its on Monday (first day of the week). I felt sorry for him and did question him yesterday about the uniform.

“Mak saya malas basuh.”

I did not make any judgement of his mother, probably she is sick. “Mak awak sakit ke?”
“Tak. sihat je”.

We chatted about how to dress properly in school.

“Tak boleh la macam ni. Cakap dengan mak elok elok. Suruh mak basuh jugak baju. Kotor sangat ni. Awak nak belajar pun tak selesa. Pesan dekat mak ye?”

And today I see him wearing quite a nice and clean shirt. I keep praising him that he looks better in that kind of shirt. He smiled.

“Baju dah bersih tapi berkedut tak gosok ni”

“Saya tak pandai gosok baju. Ini pun semalam balik saya basuh sendiri baju. “
I tried not to believe. Probably he is making another story.

“Ye ke? Cakap dengan mak tak apa yang teacher pesan? Kalau awak basuh baju sendiri, macamana awak cuci?”

“Dah bagitau mak tak nak basuh. Ambik sabun, letak kat baju. Kat rumah pakai sabun debu. Gosok gosok gosok. Basuh dengan air. Jemur. Ni tak gosok terus pakai”.

That sincere look he gave, I do not have guts to say anything further. Anything that can break his heart. Or anything that allow him to judge his mother. I keep avoiding words such mak awak ni pemalas betul, ade anak tak nak jaga. I won’t hurt his pure heart.
I pat him on his shoulder.

“Job well done. Bagus, pandai basuh sendiri. Janji awak datang sekolah”.
Even my heart cried. He is just eight.

Please parents, fullfil their rights. Rights of not being insulted by others for dressing improperly. Rights of not being offended by others because they smell so wrong. Please. – Siakapkeli.my

Mohon Share..Petua buang angin, tanda-tanda angin banyak dalam badan

berli.jpg

Screenshot_6.png
Screenshot_7.png



HUKUM MENJUAL SUSU IBU


Soalan:
Apakah hukumnya seorang perempuan menjual susunya?

Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Persoalan mengenai hukum menjual susu manusia ini menjadi khilaf di kalangan para ulama. Kami nukilkan di sini pendapat-pendapat para fuqaha terhadap permasalahan ini:

Pendapat Fuqaha
  1. Dibolehkan secara mutlak: Ini merupakan pendapat dari kalangan al-Malikiyyah, al-Syafi’eyyah[1] dan ianya juga merupakan satu pendapat di dalam mazhab al-Hanabilah[2]. Dibolehkan secara mutlak untuk menjual susu ibu di sini bermaksud sama ada susu itu dari perempuan yang merdeka ataupun dari kalangan hamba.
  1. Tidak dibolehkan secara mutlak: Ini merupakan pendapat al-Hanafiah dan Abu al-Qasim al-Anmati dari kalangan al-Syafi’eyyah. Ianya juga adalah pendapat kedua dari mazhab al-Hanabilah.
  1. Makruh: Ini merupakan pendapat al-Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah.
  1. Dibolehkan hanya untuk susu dari kalangan hamba perempuan: Ini merupakan pendapat al-Qadhi Abu Yusuf dari kalangan al-Hanafiah dan ianya juga merupakan pendapat sebahagian al-Hanabilah.

Kaedah Pendalilan
  1. Pendapat yang mengatakan susu ibu boleh dijual menggunakan dalil dan alasan seperti berikut:
  • Susu ibu adalah bersih dan boleh di ambil manfaat daripadanya lebih-lebih lagi ketika darurat ingin menyusukan bayi.
  • Islam membenarkan untuk diberikan upah kepada orang yang menyusukan bayi. Firman Allah SWT:
فَإِنۡ أَرۡضَعۡنَ لَكُمۡ فَ‍َٔاتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ
Maksudnya: …kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya.
(Al-Talaaq: 6)
  • Susu ibu adalah bersih dan halal untuk dijual qiyas ke atas menjual minuman-minuman yang bersih dan manfaat yang lain seperti susu kambing.

  1. Pendapat yang mengatakan tidak boleh untuk susu ibu dijual menggunakan dalil dan alasan seperti berikut:
  • Susu ibu bukanlah seperti harta yang boleh diambil kira, bahkan ianya adalah sejuzuk daripada manusia itu sendiri dan manusia itu keseluruhannya dihormati dan dimuliakan.
  • Abu al-Qasim al-Anmati menambah lagi bahawa susu ibu tidak boleh dijual kerana ianya najis[3].
  • Susu adalah cecair yang keluar dari tubuh badan manusia dan tidak boleh untuk menjualnya seperti mana peluh.

  1. Pendapat yang mengatakan hukumnya adalah makruh seperti al-Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah berdalilkan apa yang digunakan sebagai dalil dari kalangan pendapat yang mengatakan tidak boleh untuk susu ibu dijual. Namun, terdapat tafsiran terhadap larangan tersebut yang mana larangan tersebut tidaklah sampai ke tahap haram namun hanyalah makruh sahaja. Ini seperti mana yang dinukilkan oleh Ibn Qudamah al-Maqdisi di dalam kitabnya al-Mughni.[4]
  1. Pendapat yang membolehkan susu ibu dijual hanya dari kalangan hamba mengguna pakai dalil pendapat yang membolehkan susu ibu dijual secara mutlak. Wallahu a’lam.

Kesimpulan
Melihat kepada pendapat-pendapat sedia ada dan setelah penelitian dijalankan terhadapnya, kami lebih cenderung mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk susu ibu dijual. Kami nukilkan di sini dalil serta alasan bagi menyokong pendapat kami:
  1. Sesungguhnya manusia itu dimuliakan oleh syarak dan tidak ada seorang pun yang mengingkarinya baik dari kalangan ulama yang membolehkan susu ibu dijual mahupun yang menghalangnya.
  2. Manusia bukanlah seperti harta yang mana boleh dijual beli. Manusia juga tidak boleh dijadikan pemberian dan juga disedekahkan. Ini juga telah disepakati oleh para ulama dan disebabkan itu, manusia tidak boleh diperlakukan seperti harta.
  3. Pendapat yang mengatakan dibenarkan untuk menjual susu ibu kerana ianya bersih dan bermanfaat diqiyaskan dengan menjual minuman-minuman yang bersih dan bermanfaat, maka kita katakan di sini bahawa susu ibu adalah minuman yang menjadi kemestian (darurat) buat bayi. Minuman-minuman yang lain tidak dapat menggantikan kedudukan susu ibu terhadap bayi meskipun ianya boleh diminum. Maka qiyas ini kami katakan tidak berapa tepat.
  4. Pendapat yang mengatakan boleh dijual susu ibu dengan qiyas ke atas keharusan menjual susu kambing adalah qiyas ma’a al-faariq. Ini kerana manusia adalah pemilik kepada kambing manakala kambing pula dimiliki dan keduanya mempunyai perbezaan. Daging manusia haram untuk dimakan manakala daging kambing boleh dimakan. Manusia pula dimuliakan oleh syara ketika hidup ataupun setelah matinya manakala kambing, syara membenarkan untuk diambil manfaat darinya. Lebih dari itu lagi, susu ibu terkait padanya hukum-hakam terperinci yang tidak terdapat pada susu kambing seperti haram berkahwin dengan saudara sesusuan. Oleh itu qiyas sebegini tidak diambil kira.
  1. Pendapat yang mengatakan segala sesuatu yang bermanfaat maka boleh dijual adalah pendapat yang secara mutlaknya tidaklah tepat. Jika diperhatikan, segala yang diharamkan oleh syara tidaklah menafikan manfaat yang ada padanya. Sebagai contoh, arak secara saintifiknya terdapat manfaat padanya namun syara tidak membenarkan untuk ianya dijual. Oleh itu, syarat bagi sesuatu untuk dibolehkan kegunaannya mestilah sesuatu itu halal dan dibolehkan pada zatnya. Jika padanya terdapat manfaat walaupun sedikit, maka dibolehkan untuk kegunaannya tetapi itu adalah untuk mereka yang mempunyai pemilikan asal terhadap sesuatu itu.

Namun persoalannya, adakah insan ini menjadi pemilik kepada dirinya? dan adakah insan ini menjadi pemilik kepada insan yang lain sehingga boleh kita katakan dibenarkan untuk menjual manusia atau juzuk daripadanya? Jawapannya adalah tidak kerana seorang yang merdeka, tidak dimiliki dan haram untuk menceroboh kepadanya secara keseluruhan ataupun sebahagian kecuali dengan hak dan ianya sesuatu yang diketahui dan telah diputuskan.
  1. Penjualan susu ibu yang berleluasa tanpa adanya sistem yang mengawalnya boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram sebagai contoh seseorang tidak dapat mengenal pasti siapa saudara sesusuannya dan boleh juga terjadi perkahwinan sesama saudara susuan yang mana jelas pengharamannya di dalam Islam. Ini menjadi penguat kepada tidak dibenarkan untuk susu manusia dijual kerana melihat kepada maqasid al-syar’iyyah iaitu hifz al-nasl (menjaga keturunan) dan juga sebagai sad al-Zari’ah.

Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

1 Disember 2016 bersamaan 1 Rabi’ al-Awwal 1438 H


[1] Namun terdapat juga sebahagian al-Syafi’eyyah mengatakan bahawa tidak boleh dijual susu ibu. Antaranya ialah al-Mawardi, al-Saasyi dan al-Ruyaani. Lihat Al-Majmu’ (9/254).
[2] Al-Imam al-Nawawi. Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab. Dar al-Fikr, (9/254). Lihat juga Al-Mughni (4/196) karangan Ibn Qudamah al-Maqdisi.
[3] Al-Imam al-Nawawi menukilkan bahawa pendapat ini adalah pendapat yang syaz (ganjil). Lihat Al-Majmu’ (9/254)
[4] Ibn Qudamah al-Maqdisi. al-Mughni. Maktabah al-Qaherah, (4/196).


via Bin Usrah

HUKUM LELAKI MEMAKAI INAI


Soalan:
Apakah hukumnya bagi lelaki memakai inai? Kita lihat ketika majlis perkahwinan, selalunya pengantin lelaki akan diinaikan jarinya.

Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Inai adalah perhiasan bagi wanita bukannya untuk lelaki. Dalam sebuah hadith, diriwayatkan daripada ‘Aisyah R.Anha:
أَوْمَتِ امْرَأَةٌ مِنْ وَرَاءِ سِتْرٍ بِيَدِهَا كِتَابٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَبَضَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَدَهُ فَقَالَ: ‏ مَا أَدْرِي أَيَدُ رَجُلٍ أَمْ يَدُ امْرَأَةٍ‏.‏ قَالَتْ بَلِ امْرَأَةٌ ‏.‏ قَالَ: لَوْ كُنْتِ امْرَأَةً لَغَيَّرْتِ أَظْفَارَكِ.‏ يَعْنِي بِالْحِنَّاءِ.
Maksudnya: Seorang wanita memberikan isyarat dari belakang tabir bagi menunjukkan pada tangannya ada surat untuk diberikan kepada Rasulullah SAW. Maka Nabi SAW menggenggam menutup tangannya lalu berkata: “Aku tidak tahu adakah ini tangan lelaki ataupun tangan perempuan?”. Jawab perempuan tersebut: “Perempuan”. Lalu Baginda berkata: “Jikalau kamu ini perempuan, nescaya akan lakukan perubahan pada kuku-kuku kamu (iaitu dengan inai)”.
Riwayat Abu Daud (4166), al-Nasa’ie di dalam al-Kubra (9311) & Ahmad di dalam Musnadnya (26258). Al-Albaani menilainya Hasan.

Di dalam ‘Aun al-Ma’bud disebutkan bahawa hadith di atas menunjukkan kepada tersangat digalakkan bagi wanita untuk mengenakan inai.[1] Al-Sanadi mula menyebutkan bahawa yang disebutkan dengan (لَوْ كُنْتِ امْرَأَةًitu membawa makna: “Sekiranya kamu meraikan syiar bagi wanita, nescaya kamu akan mengenakan inai pada tanganmu”.
Setelah mengetahui bahawa inai itu adalah perhiasan bagi wanita, maka dalam sebuah hadith yang lain terdapat larangan bagi menyerupai wanita. Sabda Nabi SAW daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Maksudnya: Rasulullah SAW telah melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan golongan wanita yang menyerupai lelaki.
Riwayat Al-Bukhari (5885)

Al-Imam Ibn Battal Rahimahullah menyebutkan bahawa al-Tabari Rahimahullah mengatakan bahawa pada hadith di atas terdapat fiqhnya iaitu tidak boleh bagi lelaki menyerupai wanita pada sudut pakaian, perhiasan yang dikhususkan buat wanita.[2]
Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah SAW pernah membuang daerah lelaki mukhannas yang mengenakan inai pada kedua tangan dan kakinya. Daripada Abu Hurairah RA:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أُتِيَ بِمُخَنَّثٍ قَدْ خَضَبَ يَدَيْهِ وَرِجْلَيْهِ بِالْحِنَّاءِ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم:  مَا بَالُ هَذَا‏.‏ فَقِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ يَتَشَبَّهُ بِالنِّسَاءِ.‏ فَأُمِرَ بِهِ فَنُفِيَ إِلَى النَّقِيعِ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلاَ نَقْتُلُهُ فَقَالَ:‏ إِنِّي نُهِيتُ عَنْ قَتْلِ الْمُصَلِّينَ.
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW telah didatangkan kepada Baginda seorang mukhannas[3] yang mana telah menginai kedua tangan dan kakinya. Maka berkata Nabi SAW: “Apa halnya dengan lelaki ini?”. Maka dikatakan: “Ya Rasulullah, lelaki ini menyerupai wanita”. Lalu Rasulullah SAW mengarahkan agar lelaki tersebut di buang daerah ke al-Naqii’. Maka mereka berkata: “Ya Rasulullah, mengapa kita tidak membunuhnya?”. Maka jawab Baginda: “Sesungguhnya aku dilarang untuk membunuh orang yang solat”.
Riwayat Abu Daud (4928). Al-Arnout mengatakan sanadnya dhoif (lemah).

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan di dalam al-Majmu’:
أَمَّا خِضَابُ الْيَدَيْنِ وَالرِّجْلَيْنِ بِالْحِنَّاءِ فَمُسْتَحَبٌّ لِلْمُتَزَوِّجَةِ مِنْ النِّسَاءِ: لِلْأَحَادِيثِ الْمَشْهُورَةِ فِيهِ وَهُوَ حَرَامٌ عَلَى الرِّجَالِ إلَّا لِحَاجَةِ التَّدَاوِي
Maksudnya: Adapun mewarnakan kedua tangan dan kaki dengan inai, maka digalakkan bagi yang berkahwin dikalangan perempuan berdasarkan hadith-hadith masyhur padanya dan haram ke atas lelaki-lelaki (memakai inai) kecuali untuk berubat.
[Lihat al-Majmu’. Dar al-Fikr, 1/294]

Begitu juga al-Imam al-Syarwani Rahimahullah di dalam hasyiahnya bagi kitab Tuhfah al-Muhtaj karangan Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah turut menyatakan perkara yang sama iaitu digalakkan bagi wanita yang telah berkahwin untuk berinai dan haram ke atas lelaki.[4]

Kesimpulan
Berdasarkan kenyataan di atas. Kami cenderung mengatakan bahawa tidak dibenarkan bagi lelaki untuk mengenakan inai pada kedua tangan atau kaki mereka dan digalakkan bagi perempuan yang telah berkahwin untuk berinai bagi tujuan berhias. Ini kerana berinai itu termasuk di dalam perhiasan wanita.
Oleh itu, tidak boleh bagi lelaki untuk berinai samaada bagi tujuan perkahwinan ataupun selainnya atas dasar berhias, agar nampak cantik dan sebagainya melainkan untuk tujuan berubat yang mana dengan berinai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu.
Adapaun bagi lelaki untuk mengenakan inai pada rambut, maka hal yang demikian itu tiada masalah. Ini kerana terdapat hadith yang membenarkannya. Wallahu a’lam.


Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

14 Disember 2016 bersamaan 14 Rabi’ al-Awwal 1438 H.


[1] Lihat ‘Aun al-Ma’bud. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, (11/149).
[2] Lihat Syarh Sahih al-Bukhari li Ibn Battal. Maktabah al-Rusyd, (9/140).
[3] Mukhannas adalah golongan lelaki yang meniru wanita dari sudut akhlak, percakapan dan juga pergerakan yang mana pada asal penciptaannya bukanlah begitu. Ianya dibuat-buat agar nampak seperti wanita.
[4] Lihat Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj li al-Syarwani. Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, (4/59).


via Bin Usrah

HUKUM SELAWAT KE ATAS NABI SAW SEBELUM AZAN DAN IQAMAH


Soalan:
Saya selalu mendengar di masjid-masjid ataupun surau ketika mana telah masuk waktu solat dan muazzin ingin melaungkan azan, maka kebanyakannya akan berselawat dahulu dan barulah memulakan azan. Adakah perbuatan ini ada padanya petunjuk dari Nabi SAW?

Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Dikalangan mutaakhirin al-Syafi’eyyah ada yang mengatakan selawat sebelum azan dan iqamah adalah sunat. Antara yang menyebutkannya adalah al-Imam Zain al-Din al-Malibari Rahimahullah di dalam kitabnya Fath al-Mu’in dan ianya dinisbahkan kepada al-Imam al-Nawawi di dalam syarah al-Wasit.[1] Al-Dimyati Rahimahullah juga menukilkan perkara yang sama di dalam kitabnya I’anah al-Talibin.[2]
Namun terdapat juga sanggahan yang mengatakan pendapat di atas dinisbahkan kepada al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di kalangan mutaakhirin al-Syafi’eyyah, iaitu al-Imam al-Syabramallisi Rahimahullah. Beliau menyebutkan di dalam Hasyiahnya bahawa telah berlaku kesilapan dalam menulis (sabqu qalam) di dalam syarah al-Wasit dan sebenarnya yang ma’ruf dan warid adalah selepas iqamah dan bukan sebelumnya sepertimana yang terdapat di dalam hadith dan diamalkan kelebihannya.[3]
Berdasarkan sesetengah pendapat yang mengatakan disunatkan untuk berselawat sebelum iqamah adalah berdasarkan sebuah hadith riwayat Abu Hurairah RA:
كَانَ بِلَالٌ إِذَا أَرَادَ أَنْ يُقِيمَ الصَّلَاةَ قَالَ: السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، الصَّلَاةَ رَحِمَكَ اللَّهُ
Maksudnya: Adalah Bilal ketika beliau hendak mendirikan solat, maka beliau berkata: al-Salam ‘alaika ayyuha al-Nabiy wa Rahmatullahi wa Barakatuh, al-Solah rahimaka Allah.
Riwayat al-Tabarani di dalam al-Awsat (8910)

Al-Imam al-Tabarani Rahmahullah di akhir hadith tersebut seakan-akan mengisyaratkan akan lemahnya hadith di atas dengan mengatakan: “Tidak diriwayatkan hadith ini daripada Kamil kecuali Abdullah bin Muhammad al-Mughirah”.
Apabila merujuk kepada terjemah Abdullah bin Muhammad al-Mughirah di dalam kitab-kitab al-Tabaqat[4], kami senaraikan pendapat-pendapat para ulama’ hadith terhadap beliau:
  • Abu Hatim mengatakannya : “Laisa bi Qawiyy” (tidak kuat; lemah).
  • Ibn Yunus mengatakannya : “Munkar al-Hadith” (hadithnya munkar).
  • Al-Daraqutni mengatakannya: “Dho’if” (lemah).
  • Al-‘Uqaili di dalam al-Dhu’afa’ mengatakannya meriwayatkan sesuatu yang tiada asalnya.
Disebabkan oleh itu, terdapat muhaddith yang mengatakan bahawa hadith di atas terlalu lemah dan ada juga yang mengatakannya palsu dan tidak boleh dijadikan dalil untuk berhujah bagi isu ini.

Al-Imam Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah apabila ditanyakan mengenai adakah disunatkan untuk mengucapkan selawat di awal (sebelum) iqamah? Jawab al-Imam Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah di dalam kitabnya al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra:
لَمْ أَرَ مَنْ قَالَ بِنَدْبِ الصَّلَاةِ وَالسَّلَامِ أَوَّلَ الْإِقَامَةِ، وَإِنَّمَا الَّذِي ذَكَرَهُ أَئِمَّتُنَا أَنَّهُمَا سُنَّتَانِ عَقِبَ الْإِقَامَةِ كَالْأَذَانِ، ثُمَّ بَعْدَهُمَا: اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ. .. إلَخْ[5]
Maksudnya: Tidaklah aku berpendapat  bagi siapa yang mengatakan dengan sunatnya selawat dan salam pada awal iqamah, dan apa yang disebutkan oleh imam-imam kami bahawa keduanya (azan dan iqamah) sunat dibacakan selawat selepas iqamah sepertimana azan, kemudian selepas itu dibaca:  اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ sehingga akhir.

Selawat Ke Atas Nabi SAW Selepas Azan
Adapun selawat ke atas Nabi SAW selepas azan, telah sepakat para ulama’ mengatakan ianya adalah sesuatu yang disunatkan berdasarkan hadith Nabi SAW daripada Abdullah bin ‘Amr al-‘As R.Anhuma:
إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِي إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِيَ الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ
Maksudnya: Sekiranya kalian mendengar muazzin melaungkan azan, maka sebutkanlah sepertimana yang dilaungkan oleh muezzin. Kemudian berselawatlah ke atasku dan barang siapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat keatasnya dengan 10 kali. Kemudian mohonlah wasilah bagiku dan wasilah itu adalah satu kedudukan di syurga yang hanya disediakan untuk seorang sahaja dari kalangan hamba Allah dan aku mengharapkan agar aku dikurniakan kedudukan tersebut. Barang siapa yang memohon bagiku wasilah, maka halallah baginya syafaatku.
Riwayat Muslim (384)
Di dalam al-Mu’tamad di sebutkan bahawa disunatkan bagi setiap muazzin dan juga mereka yang mendengarnya dan bagi mereka yang hendak mendirikan solat untuk berselawat ke atas Nabi SAW dengan suara yang rendah dan kemudian mohon kepada Allah al-Wasilah buat Nabi Muhammad SAW selepas selesainya azan iaitu selepas beberapa ketika sehingga tidaklah menjadi selawat itu sebahagian daripada azan.[6]

Kesimpulan
Melihat kepada kenyataan-kenyataan di atas, yang thabit melalui hadith Nabi SAW adalah berselawat ke atas Baginda SAW selepas azan. Adapun pendapat yang mengatakan adanya selawat sebelum azan dan iqamah dengan disandarkan pendapat tersebut kepada al-Imam al-Nawawi, maka ianya telah dijawab oleh ulama’ yang lain seperti yang telah kami nyatakan di atas dan tambahan pula hadith yang dikatakan menjadi dalil bagi isu ini juga dalam keadaan yang tersangatlah lemahnya.
Begitu juga apabila melihatkan fatwa al-Imam Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah yang mana turut berpendapat bahawa tiadanya selawat sebelum azan dan juga iqamah bahkan yang thabitnya adalah selepas azan dan iqamah.
Berdasarkan kenyataan-kenyataan tersebut, kami cenderung untuk mengatakan bahawa selawat yang sahih dan waridnya adalah selepas azan dilaungkan selepas beberapa ketika untuk membezakan di antara azan dan juga selawat. Ianya juga diqiyaskan buat iqamah kerana di dalam hadith disebutkan juga iqamah itu dengan azan iaitu:
بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ
Maksudnya: Diantara setiap dua azan (iaitu azan dan iqamah) itu terdapatnya solat (solat sunat).
Riwayat Al-Bukhari (627) & Muslim (838)

Oleh itu, sunat untuk membaca selawat selepas azan dilaungkan berdasarkan hadith yang sahih maka sunat juga selepas daripada iqamah berdasarkan qiyas kepada azan kerana kebiasaannya (taghliban), iqamah juga disebutkan sebagai azan  berdasarkan hadith yang sahih seperti yang telah disebutkan sebelum ini.
Meskipun perbuatan selawat itu adalah sesuatu yang baik, namun mengikuti nas hadith (selawat di baca selepas azan) adalah lebih utama dan ianya juga adalah sebagai langkah berhati-hati dalam beramal kerana terdapatnya hadith yang sahih dalam permasalahan ini.
Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

19 Disember 2016 bersamaan 19 Rabi’ al-Awwal 1438 H.

[1] Lihat Fath al-Mu’in. Dar Ibn Hazm, hlm. 157.
[2] Lihat I’anah al-Talibin. Dar al-Fikr, (1/280).
[3] Lihat Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj. Dar al-Fikr, (1/423).
[4] Lihat Lisan al-Mizan. Dar al-Basyair al-Islamiyyah, (4/554).
[5] Lihat al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, (1/129).
[6] Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e. Dar al-Qalam, (1/191)


via Bin Usrah
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close