Sunday, 13 May 2018

Tekanan Hebat Dari BN, Saya Menyesal Dan Mohon Maaf - Tony Fernandes



Hari ini, Tan Sri Tony Fernandes telah memuatnaik respon nya terhadap pelbagai isu yang melanda dirinya dan juga Air Asia.

Tony Fernandes telah mendedahkan bahawa dia terpaksa berdepan tekanan yang hebat sepanjang tempoh kempen PRU14 kali ini.

Ini semata-mata untuk menjamin masa depan kakitangan dan syarikatnya, selain memikirkan tanggungjawab terhadap rakyat serta negara.

Ini tulis Tony Fernandes di laman media Facebook miliknya petang tadi.

"Dear Malaysians, this is the awaited reply from me. This video explains why I made one of the toughest decisions ever for me. I’d also like to thank everyone who has continued to support me which meant so so much to me. AirAsia will continue to do its best to make millions of dreams come true."

Love, Tony

Ini videonya:



Ini antara intipati video dari video Tony itu.

ISU RAFIDAH AZIZ

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia itu mengakui ada kalanya terpaksa mengetepikan perasaan itu apabila diminta kerajaan Barisan Nasional supaya bertindak melakukan sesuatu yang dianggapnya sebagai tidak betul.

Contoh ada satu isu yang mana, beliau diminta supaya memecat Tan Sri Rafidah Aziz sebagai pengerusi AirAsia X kerana berkempen untuk Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, kata Tony, beliau tidak mengendahkan desakan tersebut kerana menganggap ia tindakan yang salah.

Ini penjelasannya:

"Saya amat tertekan tetapi saya simpan. Jadi saya beritahu anda apa yang saya rasa bersandarkan kepada keputusan-keputusan ini. 

"AirAsia adalah industri di mana setiap perkara perlu mendapat kelulusan kerajaan dari penerbangan ke cukai lapangan terbang sehinggalah ke laluan penerbangan. Jadi tidak mudah untuk mengendalikan syarikat penerbangan.

"Sebuah syarikat penerbangan mesti sentiasa menyokong kerajaan memerintah. Apabila Tan Sri Rafidah terlibat dalam ceramah Pakatan Harapan saya diminta untuk memecatnya. Saya tolak kerana ia salah.

"Apabila impak dan populariti Tan Sri Rafidah meningkat, tekanan semakin memuncak. Ia semakin sukar dengan campur tangan dari Pejabat Perdana Menteri,".

ISU TAMBANG MURAH KETIKA PILIHANRAYA

Tekanan terhadap Tony Fernandes semakin memuncak apabila beliau diarahkan supaya membatalkan penerbangan selepas tawaran tambang murah kepada rakyat diketahui kerajaan BN.

Tambang murah sebenarnya akan meningkat jumlah pengundi untuk balik ke kampung masing-masing dan membuang undi.

Namun beliau berkata, keputusan menawarkan tambang murah itu dibuat atas tanggungjawab kepada rakyat.

Ini jelasnya:

"Rakyat gembira tetapi malangnya kami terus tertekan apabila kerajaan mengetahui bahawa kami membawa lebih ramai pengundi untuk balik mengundi.

"Dalam masa 24 jam kami telah dipanggil oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan diarahkan supaya membatalkan semua penerbangan tersebut. Ia sekali lagi memberikan tekanan hebat kepada kami,"

"Saya rasa sebagai syarikat penerbangan kita perlu berkhidmat kepada rakyat. Orang ramai mahu balik mengundi. Pada pilihan raya umum terdahulu, AirAsia bukan syarikat penerbangan besar tetapi kita boleh buat perubahan.

"Jadi kita tambah 120 penerbangan yang boleh membawa 26,000 penumpang, tambahan kepada penerbangan biasa. Kami juga mengurangkan tambang kepada RM99 bagi laluan domestik dan RM129 antara Semenanjung dan Sarawak," 


GAMBAR DENGAN DS NAJIB RAZAK

Pada masa sama, Tony turut memohon maaf di atas tindakannya bergambar bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan kapal terbang AirAsia menggunakan logo BN.

"Tanpa berfikir panjang saya berfikir dengan membuat video ini yang saya rasakan agak neutral, berfakta dan pesawat dari Kota Kinabalu itu akan menyenangkan kerajaan serta melindungi pekerja kami dan yang lebih penting, intipati yang membolehkan lebih daripada 80 juta orang terbang setiap tahun dengan tambang murah.

"Mendapat tekanan hebat, saya terpaksa akur. Ia tidak betul, saya akan sentiasa menyesalinya...Saya memohon maaf sekali lagi kerana menyebabkan kedukaan dan kelukaan ini,".

Tony berpendapat langkah yang diambil itu boleh menyenangkan hati kerajaan yang memberi tekanan terhadap dirinya.

Meskipun terpaksa berbuat demikian, beliau berkata pendiriannya tetap sama seperti rakyat Malaysia yang mahukan pembaharuan untuk negara ini.

"Pendirian saya sama dengan anda semua. Saya percaya dengan Malaysia baharu ini dan akan terus berusaha untuk memastikan AirAsia dapat memenuhi mimpi semua rakyat Malaysia"

Ini video penuh Tony:


Sebelum ini, Tony Fernandes telah dikecam hebat oleh netizen apabila dilihat seolah-olah menyokong kempen BN ketika Najib menaiki pesawat penerbangan bertemakan manifesto 'Hebatkan Negaraku'.

PENJELASAN SYED SADDIQ

Bagaimanapun pada 11 Mei lalu, Ahli Parlimen PH Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menyifatkan jutawan tersebut sebagai wira.

Ini kerana, Syed Saddiq menjelaskan, Tony tidak boleh disifatkan sebagai pengkhianat kerana tindakan AirAsia yang telah menawarkan diskaun tambang penerbangan dan menambah penerbangan ketika tempoh pilihan raya.

Sumber: mStar

Video: Rumah Mewah Digeledah, Polis Kawal Kediaman DS Najib Razak


Ini satu berita yang diterima melalui laporan dari portal Sinar Harian, Bernama dan juga Kini TV.

Melalui portal Bernama dikatakan polis ada mengawal di luar kediaman bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Ini kenyataan dari pertal itu:

"Police have begun cordoning off the exit to and from the private residence of former prime minister Najib Abdul Razak at Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur today.

Deputy Sentul police chief Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa, when contacted by Bernama, said officers from the Sentul police station had been stationed there for security monitoring."

Pihak polis hari ini mula mengawal laluan keluar masuk ke kediaman peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata ia dilakukan bagi mengawal keselamatan kediaman terbabit.

Ini komennya: "Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah ditempatkan untuk mengawal keselamatan,"

Tinjauan dari pihak Bernama mendapati lima anggota polis ditempatkan di simpang masuk ke kediaman bekas perdana menteri itu.

Polis turut menempatkan balai polis bergerak selain membuat pemeriksaan ke atas setiap individu mahupun kenderaan yang ingin masuk ke laluan itu.

Difahamkan arahan kawalan keselamatan itu dikeluarkan mulai malam tadi.

Ini videonya:



Sementara itu, Reuters melaporkan, dikhabarkan pihak polis telah menyerbu sebuah apartmen mewah di Kuala Lumpur dipercayai milik keluarga Datuk Seri Najib Razak.

Kenyataan awal mengatakan ianay bertujuan untuk mencari beberapa dokumen penting berkaitan 1Malaysia Development Bhd.

Tindakan itu dibuat susulan arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melarang bekas perdana menteri itu meninggalkan Malaysia selepas disyaki terlibat dalam salah laku skandal.

Polis bertindak sedemikian selepas menerima aduan bahawa terdapat kenderaan milik kerajaan yang menghantar puluhan kotak dipercayai koleksi beg tangan berjenama dan barangan lain milik isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke apartmen berkenaan.

Bagaimanapun, jurucakap bekas perdana menteri itu tidak dapat dihubungi untuk sebarang komen.

Agensi berita itu berkata, terlihat kira-kira 20 pegawai polis memasuki lobi apartmen di Pavilion Residences ketika Tun Mahathir sedang mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan anggota Kabinetnya.

Turut kelihatan di apartmen berkenaan ialah kakitangan keselamatan dari bangunan itu. Ini komen dari seorang pegawai kanan:

"Kami sedang mencari dokumen kerajaan yang mungkin telah diambil secara haram kerana kerajaan bimbang ia adalah bukti penting dan bimbang dilarikan ke luar negara,"

Semalam, Pemuda Bersatu, Ben Ali menyatakan memang benar beliau telah membuat laporan polis kira-kira jam 1.30 pagi tadi berkenaan pemindahan barangan berjenama peribadi didakwa milik Rosmah Mansor.

Syed Saddiq Tak Setuju Keputusan Menteri Besar Johor



Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat kenyataan dengan menyatakan beliau tidak bersetuju dengan keputusan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang tidak akan memberikan sebarang peruntukan kepada pembangkang (BN) di negeri itu.

Ahli Parlimen Muar yang baru ini berkata, demi memastikan demokrasi di negara ini terus berkembang maju, pembangkang yang kuat dan berwibawa perlu ada bagi memastikan kerajaan negeri sentiasa menjadi pihak yang bertanggungjawab.

Kenyataan dari Syed Saddiq ini dibuat melalui laman media Fb miliknya semalam.

Ini penjelasan dari Syed Saddiq:

"Saya dengan rendah hati tidak bersetuju. Saya berkongsi pandangan itu dengan parti. Kami akan merangka dasar mengenai perkara ini,"

"Berikan peruntukan kepada mereka bukan sebab mereka adalah pembangkang tetapi mereka akan akan menjadi semak dan imbang,"

"I humbly disagree. I’ve shared my views with the team. We will draft a policy on this. For Malaysian democracy to thrive, we need a strong and credible opposition to hold us accountable. Fund them, not because they are our opponents, but because they are the check and balance. 

Video Syed Saddiq:



Semalam Osman memberitahu bahawa tiada peruntukan kecil pembangunan akan diberikan kepada pembangkang negeri itu iaitu pihak BN kerana ia adalah hak kerajaan memerintah.

Katanya, perkara sama turut dilakukan Umno dan BN terhadap para pembangkang ketika BN memerintah.

Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor tidak mengiktiraf ketua pembangkang negeri itu dan tidak memberi peruntukan untuk tujuan pembangunan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan pihak pembangkang.

Kali ini, tindakan sama dilakukan Menteri Besar Johor yang baharu, Datuk Osman Sapian terhadap Adun BN yang telahpun tewas.

Bagaimanapun, pendirian itu tidak dipersetujui Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Jadi, sekarang mereka tidak dapatlah. Kenapa perlu saya beri mereka, ia seolah-olah memberikan mereka peluru untuk tembak kita semula" itulah antara kata-kata dari Menteri Besar Johor yang baru.

Datuk Osman Sapian mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di Istana Bukit Serene, Johor pada petang Sabtu.

Majlis angkat sumpah itu dilakukan di Balai Mengadap Istana dihadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Datuk Osman yang berumur 67 tahun, dilantik menjadi Menteri Besar yang ke-16 menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu, Osman menang majoriti 9,178 undi mengalahkan dua calon lain, Datuk Ramli Bohani (Barisan Nasional) dan Dzulkifli Suleiman (PAS).

Sumber: mStar / FB Syed Saddiq

Saturday, 12 May 2018

Tak Sangka! Komen Fathia Latiff Kepada Bekas Perdana Menteri, Najib Razak


Pelakon cantik jelita Fathia Latiff dikenali sebagai antaar penyokong kuat Tun Mahathir sejak sekian lama lagi.

Pernah Fathia Latiff menemubual Tun Mahathir secara live dan pelakon ini sememangnya menjadikan Tun Mahathir sebagai salah seorang idola untuk dirinya.

Fathia Latiff juga seringkali meluahkan pandanagannya dengan lantang tentang kerajaan terdahulu sehingga mencetuskan respon panas dari Dira Abu Zahar di persidangan Umno tak lama dulu.

Namun setelah pihak Pakatan Harapan memenangi pilihanraya pada kali ini, Fathia Latiff membuat tindakan yang dipuji ramai.

Ini apabila pelakon ini menulis komen khas buat bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Najib Razak.

Fathia Latiff mengungkapkan ucapan terima kasih buat Najib Razak di atas segala yang dilakukan kepada negara ini.

Ini komennya: "Assalamualaikum. Dear Dato Sri Najib Razak. I want to take this opportunity to say Thank You for all the beautiful things you've done to Malaysia. I represent the whole nation would like to say Sorry for the bad things we've said. You've been a great leader and we really appreciate what you've done for us"

Terjemahan: "Assalamualaikum. Kehadapan Dato Seri Najib Razak, Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas segala perkara terbaik yang telah anda lakukan buat Malaysia. Saya mewakili seluruh negara ingin menyatakan rasa minta maaf di atas perkara buruj yang kami luahkan. Anda telahpun menjadi pemimpin  yang hebat dan kami benar-benar menghargai segala yang telah anda lakukan untuk kami."




Sementara itu, Fathia Latiff turut memuatnaik video ucapan Tun Mahathir buatnya satu masa dulu.

Ini videonya:


Lihat Video DISINI

Apapun memang amat terpuji tindakan Fathia Latiff ini yang membuat ucapan khas buat bekas Perdana Menteri Najib Razak. Rata-rata menyukai nya dan mengatakan ucapan Fathia Latiff ini amat hebat dan penuh berani.

 Sumber: Ig Fathia Latiff

Friday, 11 May 2018

Pelakon Puteri Balqis Rupanya Sedang Terlantar Sakit



Pelakon kanak-kanak yang popular, Puteri Balqis yang dikenali dengan gaya lakonannya yang amat mantap dan bertenaga.

Namanya terus meningkat naik dan pernah memenangi Anugerah Pelakon Terbaik tak lama dulu. Satu pencapaian yang amat mengagumkan, apatah lagi dalam usianya yang masih muda.

Ini perkembangan terkini terntang pelakon berumur 11 tahun ini.

Menerusi satu perkongsian di laman media Instagram miliknya, Puteri Balqis dikatakan sedang terlantar sakit sekaligus membuatkan ramai para peminatnya tertanya-tanya apa yang terjadi.

IG Puteri Balqis telah memuatnaik foto pelakon ini sedang sakit dengan caption seperti berikut:

"Alhamdulillah sakit Aqish (Putri Balqis) semakin kurang. I'm still waiting for her next treatment. Terima kasih buat semua fans yg tak henti2 Direct Mesej (DM) dan WhatsApp bertanya khabar Aqish.

"Buat sesiapa yang anak mereka mengalami sakit jantung/lemah jantung atau cancer, beli mcm-mcm supplement tapi tak membantu, boleh try parsley atau Basil tea.

"Sebelum ni, Aqish asyik muntah darah dan pengsan. I almost lost her. Mcm-mcm supplement yg Aqish cuba tapi tak membantu.Selepas Aqish minum Basil tea, dan kunyah daun Basil tu setiap pagi dan malam, sakit Aqish beransur pulih. Doakan yang terbaik buat Puteri. Love u guys. Terima Kasih

Diruangan komen ramai para followernya yang tertanya-tanay apa yang berlaku kepada pelakon ini.

Ramai juga yang mendoakan agar pelakon ini kembali sihat dan pulih seperti sedia kala.


Ini antara komennya:

June_zunaidah: "Semoga aqish cepat sembuh. Aamiin

Gafar27: "sayang Aqis

Hamizamichii: "GWS aqish

Aku_baqawali: "Get well soon adik aqish..sis doakn adik cpt sembuh

Edayah84: "aqish kenapa, moga cepat chat tau....

Faieziliana: "Semoga cepat sembuh aqish

Ray_laila75: "sakit ape yer....GWS ..

Honey_yna: "robby yassir walatuasir,robby tammim bil khoir birohmatika ya arhamarrohimiin

Marziahmohdzin: "Moga cpt sembuh aqish..

Shida_ra: "Moga cepat sembuh

Faroukhussain1967: "Get well soon my dear... Doa uncle moga ALLAH SWT kembalikan kesihatan seperti sediakala... Ameen.

Semoga Puteri Balqis sentiasa ceria selalu dan kembali pulih sepenuhnya.

Monday, 7 May 2018

"Saya Tidak Okey" - Uqasha Senrose Akhirnya Tampil Beri Kenyataan





Pelakon Uqasha Senrose sekali lagi terjebak dalam satu kontroversi. kali ini perkara ini amat serius yang mana pelakon jelita ini dikaitkan dengan aktiviti terlibat dengan bahan terlarang.

Kakak kepada Nelydia Senrose ini telah ditahan pihak polis kerana membawa pil yang mengandungi bahan terlarang di dalam beg tangannya semalam.

Pihak polis telah mengesahkan perkara ini dan menyatakan Uqasha dibebaskan kerana ujian air kencingnya adalah negatif.

Seteah menjadi viral, akhirnya pelakon ini tampil memberi kenyataan melalui satu laporan portal Harian Metro.

Uqasha menjawab dakwaan orang ramai tentang dia sedang berkhayal ketika melanggar kereta orang dan juga adanya pil terbabit di dalam beg nya.

Ini kenyataan dari Uqasha Senrose:

"SAYA tidak lalok (khayal) langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif,"

"Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini,"


Pelakon jelita Uqasha Senrose berkata demikian setelah ditahan polis kerana disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil bahan terlarang.

Uqasha yang dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpanya namun tidak menolak wujud unsur sabotaj dalam kejadian itu.

Pil itu ditemui apabila pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 pagi, semalam.

Apapun kita tunggu siasatan dari pihak polis dan keterangan lanjut dari pihak Uqasha Senrose lagi nanti.

Sumber: Harian Metro


Sunday, 6 May 2018

Kronologi Dan Laporan Polis Penuh: Uqasha Senrose Dilepaskan


Memang agak memeranjatkan apabila ada pelakon ditahan polis kerana bahan terlarang. Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.



Dikatakan seorang pelakon wanita popular telah ditahan bersama dengan 53 pil bahan terlarang bernilai RM600 adalah Uqasha Senrose.

Bagaimanapun, ujian air kencing yang dijalankan terhadap Uqasha Senrose atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen didapati negatif dan kemudian dilepaskan selepas keterangannya direkodkan.

Ini kenyataan pihak polis tentang kes melibatkan pelakon berumur 26 tahun itu:

"Polis akan menghantar 53 pil disyaki dadah eramin 5 ke Jabatan Kimia, manakala kertas siasatan berkaitan kemalangan dan penemuan dadah dalam beg pelakon itu akan dihantar kepada Jabatan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,"

Kes berkaitan penemuan dadah itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta  1952.




KRONOLOGI KES:

Sebelum ini, Uqasha Senrose yang memandu kereta Range Rover terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Honda BRV yang dipandu seorang lelaki.

Kemalangan berlaku di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail pagi tadi.

Susulan kemalangan itu, polis bertindak menahan Uqasha Senrose yang berada dalam keadaan mencurigakan dan dibawa ke balai untuk siasatan.

Pemeriksaan rapi ke atas pelakon itu menemukan enam keping aluminium foil berwarna merah yang kesemuanya mempunyai 53 biji pil bahan terlarang dalam beg tangan Chanel miliknya.

Lebih mengejutkan, Uqasha didakwa dalam keadaan khayal.

LAPORAN POLIS PENUH:

FAKTA KES

-PADA 06.05.218 JAM LEBIH KURANG 1145HRS SEMASA SAYA BERSAMA KONST** BERTUGAS RONDA MCPV SEKTOR 4

-TELAH TERIMA ARAHAN DARIPADA PUSAT KAWALAN BALAI TAMAN TUN DR ISMAIL BERLAKU KEMALANGAN DI HADAPAN RUMAH NO ** JALAN BURHANUDDIN HELMI TAMAN TUN DR ISMAIL KUALA LUMPUR.

-SAMPAI DI LOKASI SEKTOR 4 TELAH BERTEMU DENGAN (1) LELAKI CINA DAN MEMBERITAHU BAHAWA ADA SEBUAH M/KAR JENIS RANGE ROVER WARNA PUTIH NO PENDAFTARAN ** **** * YANG DIPANDU OLEH (1) PEREMPUAN MELAYU TELAH MELANGGAR KERETA BELIAU JENIS HONDA BRV NO PENDAFTARAN: V** ***3.

-SEMASA DI TEMPAT KEJADIAN SAYA DAPATI (1) PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT DISYAKI DALAM KEADAAN KHAYAL.

-KONST/** TELAH MEMANDU KERETA DAN PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT DUDUK DI BAHAGIAN PENUMPANG HADAPAN SEBELAH KIRI BALIK KE BALAI POLIS TAMAN TUN DR.ISMAIL.

-SEMASA DI BALAI POLIS TAMAN TUN DR ISMAIL DAN SAYA ARAHKAN L/KPL ** MEMBUAT PEMERIKSAAN KE ATAS TUBUH DAN BEG TANGAN PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT TELAH MENJUMPAI (6) KEPING ALUMANIUM FOIL BERWARNA MERAH DISYAKI DADAH JENIS ERIMIN 5 (53 BIJI) (AB: 14.74) DIDALAM BEG TANGAN MILIK BELIAU BERWARNA-WARNI JENAMA CHANEL.

-SAYA RAMPAS DAN TANGKAP PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT UNTUK TINDAKAN LANJUT.

Butir-butir Tangkapan :

No : 1
Nama : NIK ZARIS UQASHA BINTI NIK SEN
No. K/P Baru : **

Umur : 25
Jantina : Perempuan
Warganegara : Malaysia
Keturunan : Melayu
Alamat : ** SUBANG JAYA SELANGOR
Sektor Pekerjaan : Bekerja
Keputusan Ujian Saringan Awal Polis : Tiada Saringan
No Botol Saringan : Tiada Botol Saringan 


Itulah kisahnya yang melanda Uqasha Senrose. Pelakon ini kemudian telah dilepaskan setelah ujian air kencing didapati negatif.

Sumber: KOSMO / Media Hiburan / The Reporter
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close