Tuesday, 2 January 2018

"Oh..Fattah Amin Is So Hot!..." - Fazura Bahagia Bangun Tidur Lihat Fattah Amin Di Sisi


FattZura merupakan gabungan nama suami isteri paling popular di Malaysia iaitu Fattah Amin dan juga Fazura.

Pasangan ini mencetuskan fenomena apabila bernikah secara tertutup pada 27 November 2017 di sebuah hotel terkemuka.

Dengan hanya sekali lafaz pada jam 9:50 malam, fazura dengan pasangannya, Fattah Amin selamat diijabkabulkan.

Perkahwinan mereka hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat tanpa kehadiran petugas media.

Melalui majalah InTrend, Fazura telah ditemubual selepas bergelar isteri kepada Fattah Amin.

Jom baca sedikit tembual ini:

Soalan: Berubah selepas bergelar isteri?

"Adalah juga teman-teman bilang Faz lebih calm selepas berkahwin, I do feel it too, I am so much happier now. Dahulu Faz memang gembira, namun bila bertemu seorang companion yang sayangkan Faz dan mahu grow older bersama, makes me happy to have him by my side.

Soalan: Sebaik bangkit tidur dan melihat Fattah di sisi, bagaimana rasanya?

"Waking up to him makes me say, oh he is so hot! Hahaha... Kini, Faz mulakan hari bersamanya di sisi, rasanya bahagia sekali kerana kami sudah halal. Dialah imam Faz, penjaga dan dialah suami Faz.

"Semuanya bikin diri mahu jadi isteri yang baik untuknya. Small things like making his breakfast dan segala taklik yang dibaca selepas bernikah itu sudah menjadi realiti. I have to take good care of him and I know he will do also.

"Siapa percaya Faz kini bikin semua tanggungjawab itu, siapkan pakai, cuci baju, kemas rumah. Hangatkan makanan untuknya walaupun pulang lewat malam, tanggungjawab ini semua makes me so happy. I can’t wait to spend my whole life with him, insya-Allah.

Soalan: Apa seterusnya perancangan FattZura?

"Jadual kerjaya masih padat dengan obligations dan komitmen kerja yang perlu disudahkan. Selain itu kami mahu kembara bersama sebagai suami dan isteri. Tiada perancangan untuk cahaya mata kala ini kerana ini adalah masa untuk kami bermanja berduaan, namun jika ada rezeki tentunya kami tidak menolak, semuanya ketentuan Ilahi bukan?

Soalan: Bagaimana dengan majlis resepsi? Tiada perancangan atau tajaan?

"Resepsi kami dicadangkan pada Februari tahun 2018 nanti, sebelum itu bakal berbulan madu ke Eropah hujung tahun ini dan just relax.

"Fattah dan Faz tinggalkan segala perancangan kepada team yang telah kami upah, bertuah amat kerana dikelilingi teman-teman dan pengurusan yang kreatif dan bekerja keras untuk menyudahkan majlis kami nanti.

"Mahu jadikan majlis itu nanti satu hadiah dan keraian untuk semua keluarga, teman-teman dan tetamu yang dijemput. Selepas itu kami akan adakan sebuah majlis resepsi khas untuk peminat-peminat yang sentiasa menyokong.

Itulah sedikit tembual eksklusif Fazura tentang kehidupannya yang terkini.

Memang romantik pasangan ini. Pihak Berita Memey ucapkan semoga bahagia selalu.

Sumber: Majalah InTrend

Alaaa Sweetnya.. Kekasih Sifatkan Afifah Nasir Satu Dalam Sejuta, Syukur Ada Kekasih Seperti Afifah



Pada tahun lepas, nama Afifah Nasir menjadi panas setelah terlibat dalam satu kontroversi bersama rakan pelakon Aliff Aziz.

Kontroversi mereka berdua tercetus apabila isteri Aliff Aziz, Bella Astillah, dilaporkan menemui Afifah Nasir dan Aliff Aziz di sebuah pusat karaoke di Cheras.

Kemudian, pergelutan dikatakan berlaku antara suami isteri itu, yang menyebabkan Bella Astillah membuat laporan polis.

Kisah ini merupakan antara kontroversi paling hangat pada tahun 2017.

Walapun terpalit dengan kontroversi, kekasih kepada Afifah Nasir, Wan Ariff Wan Azhar, tetap menyokong Afifah sepenuh hatinya.

Kata Wan Ariff, dia telah menyifatkan aktres itu seorang yang cukup istimewa dan tiada wanita lain seperti dirinya.

Menyambut ulang tahun ketiga percintaan mereka, baru-baru ini, Wan Ariff telah meluahkan rasa cinta dan syukur kerana memiliki Afifah sebagai kekasih walaupun pelbagai dugaan ditempuh tahun lepas.

Ini tulis Wan Ariff:


"Tahun 2017 terlalu mencabar buat kami berdua. Seperti perhubungan pasangan lain, kami melakukan kesilapan, tetapi saling memaafkan dan memberi semangat antara satu sama lain.

"Sepanjang perhubungan ini, dia (Afifah) menunjukkan sisi dirinya yang tidak dapat dilihat orang lain di luar sana.

"Dialah wanita satu dalam sejuta dan saya bersyukur memanggilnya sebagai pasangan saya,"

Luahan ini ditulsi oleh Wan Ariff di laman Instagram miliknya.

Walaupun tidak pandai menunjukkan rasa cintanya kepada pelakon berkenaan, namun jauh di sudut hati, Wan Ariff sebenarnya terlalu mencintai Afifah Nasir.

Menerusi entri terbabit juga, Wan Ariff memuat naik foto bersama Afifah ketika mereka menikmati makan malam meraikan detik indah itu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Kemudiannya, Afifah Nasir turut berkongsi kisah cintanya dengan Wan Ariff dan menyifatkan jejaka itu terlalu istimewa buat dirinya.

Ini tulis Afifah Nasir:

"Dia seorang insan yang penuh kejutan. Selalu berahsia setiap kali membawa saya keluar makan malam. Terima kasih kerana mempercayai saya dan sentiasa membuatkan diri ini berasa terlalu istimewa.

"Kita berkongsi hampir setiap perkara dan tiada sekali pun saya meragui dirimu.

"Awak sangat matang dalam menguruskan sesuatu perkara. Saya takkan meminta pasangan yang lebih baik daripada dirimu. Terima kasih atas pemberian bunga ini,"

Romantik betul kedua pasangan ini. Semoga mereka berdua merancang untuk bersatu sebagai suami isteri. Dah boleh dah tu.

Sumber: mStar

Monday, 1 January 2018

"Dari kau sibuk tegur Azwan Ali.. Helo mufti, boleh tak kau..." - Diva Azwan Ali


Azwan Ali memang satu nama yang cukup sinonim dan terkenal dengan mulutnya yang tidak teragak-agak melafazkan perkataan pedas.

Diva AA nama yang sering dikaitkan dengannya, Azwan Ali boleh dikatakan seorang selebriti yang amat lantang dalam menyuarakan pendapatnya.

Disebabkan kelantangannya itu juga Azwan didatangi beberapa pihak untuk memberikan nasihat kepadanya agar menjaga adab sebagai seorang beragama Islam.


Apabila ada pihak yang menegur, Azwan Ali telah memberi respon balas, termasuk kepada seorang mufti.

Kata Azwan dia selalu ditegur oleh mufti yang didakwanya memberi label kepadanya dengan istilah Islam.

Melalui laporan portal MalaysiaKini, Azwan Ali telah member respon tentang hal ini, ini komennya:

"Nak panggil mufti pula nasihatkan aku, kesian. Saya belum depress (tertekan), boleh periksa mental saya, saya OK. Kau yang sakit,"

"Helo mufti, boleh tak kau memperbetulkan 1,001 permasalahan orang Islam di Malaysia daripada kau sibuk nak tegur Azwan Ali?

"Bak kata lagu siapa tu... (Alif Syukri) abang nak tegur, abang nak tegur... Jadi, tak payah tegurlah buang masa saja,"

Azwan berkata demikian sambil menyanyikan lagu nyanyian Datuk Seri Alif Syukri bersama Nur Sajat, "Abang Nak Tegur" yang menjadi viral ketika ini.

Bagaimanapun di sebalik kemarahannya itu Azwan Ali berkata dia sudah maafkan mufti terbabit.

"Saya maafkan mufti itu," kata Azwan Ali lagi.

Untuk pengetahuan, Azwan Ali bukan calang-calang orangnya. Dia merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya.

Azwan Ali dilahirkan dan menetap di Kampung Klang Gate, Hulu Kelang Selangor.

Anggota keluarganya memang dikenali ramai.

Abang Azwan ialah Datuk Seri Azmin Ali yang kini menjadi menteri besar Selangor, serta Umi Hafilda (terlibat dalam politik) dan Arpah Ali (pakar motivasi).

Berbanding dengan adik-beradik  yang lain Azwan Ali lebih dulu dikenali ramai kerana pembabitannya dalam dunia hiburan sebagai hos program TV.


Antara program yang pernah dikendalikan ialah Muzik-Muzik, Juara Lagu, Cit Cat Bersama Azwan Ali, Propaganza dan banyak lagi.

Ketika ini, Azwan Ali sedang berusaha untuk menentang abangnya sendiri, Azmin Ali sebagai ahli parlimen Bukit Antarabangsa.

Sumber: MalaysiaKini

(GAMBAR) Ucapan Bung Muktar Timang Anak Kembar Bersama Zizie Izette

 
Jutaan tahniah kepada pasangan Bung Muktar Radin dan isterinya pelakon popular Zizie Izette.

Pasangan ini telahpun selamat melahirkan cahaya mata kembar beberapa hari yang lalu.

Isteri Bung Muktar, Zizie Ezette selamat melahirkan bayi kembar lelaki kira-kira 5.48 dan 5.50 pagi, Jumaat lalu (29 Disember) di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Zizie yang kini berumur 39 tahun telah melahirkan bayi kembar berkenaan secara pembedahan dengan berat masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram.

Berita gembira ini dikongsikan oleh Zizie di laman Instagram miliknya. Pelakon ini telah meluahkan rasa teruja apabila kedua-dua bayi itu lahir sehari sebelum hari lahirnya pada Sabtu (30 Disember).

Kemudiannya ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Muktar radin telah memuatnaik foto di laman IG miliknya dalam keadaan sedang memegang salah seorang anak kembarnya itu.

Ini captionnya:

Alhamdulillah keluarga ini telah dianugerah Allah tambahan dua orang putra, semoga kehadiran orang baru dalam keluarga ini, in shaa allah pasti akan membawa kebahagiaan kepada kami semua, kami sentiasa berdoa semoga kesemua dalam keluarga ini akan terus diberkati dan mendapat keredhaan Allah hendaknya


Bung Muktar memanjat kesyukuran di atas kelahiran anak kembar bersama Zizie Izette.

Ini merupakan anak kandung pertama Zizie Izette. Sebelum ini pasanagn ini ada mengambil seorang anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang berusia 3 tahun.

Untuk pengtahuan, Datuk Bung Muktar berkahwin dengan Zizie Izette yang juga merupakan kakak kepada Shaheizy Sam pada tahun 2009.

Bung Muktar pernah berkahwin dengan isteri pertama selama 19 tahun, dan telah dikurniakan empat orang anak iaitu Mohd Khairulnizam, Mohd Kurniawan Naim, Nor Khairunisah dan Nur Safurah.

Sumber: IG Bung Muktar

Akui Tak Ada Undangan Sejak Masuk Politik, Adakah Aishah Akan Bertanding Di PRU14?

 
Penyanyi legenda, Aishah merupakan juara rancangan realiti Gegar Vaganza musim keempat beberapa minggu yang lalu.

Sejak menjuari pertandingan Gegar Vaganza ini, namanya mula kembali gah di dalam industri seni tanah air setelah selama ini seperti dilupakan.

Namun beberapa tahun lepas, penyanyi ini pernah menggemparkan industri setelah bertanding di pilihan raya.

Namun, Aishah telah tewas dalam pilihan raya terbabit.

Jadi persoalannya, adakah penyanyi ini akan kembali bertanding di dalam pilihan raya yang akan datang? Jom baca jawapan dari Aishah.

Ini komennya:

"Itu soalan cepu emas, saya pun tak tahu jawapan itu, kita tengok dulu. Saya sebenarnya tidak pernah sejak bergelar sebagai aktivis untuk menjadi ahli politik.

"Perumpamaannya adalah seperti ini, ke mana-mana sahaja saya pergi semua orang minta saya ke hadapan, walaupun saya lebih suka duduk dibelakang, dan begitulah... jadi, bagi saya sokong apa yang  dipandang dan lihat sendiri maka tak semestinya jadi ahli politik,"

Itulah kata-kata Aishah ketika dalam wawancara khas Live Facebook bersama Sinar Harian baru-baru ini. Bercerita lanjut mengenai dunia politik Aishah pada asalnya beliau sendiri tidak berminat untuk menceburi bidang politik.

Aishah yang baru bergelar Juara Gegar Vaganza Musim keempat baru-baru ini turut mendedahkan bahawa menyertai arena politik ada banyak liku dan cabarannya.

Dia berkata, sejak menjadi aktivis politik, beliau sudah tidak lagi menerima sebarangan undangan nyanyian.

Biarpun tidak mengetahui sama ada dia disenarai hitam atau tidak, namun perkara itu benar-benar berlaku kepadanya.

Ini pendedahan dari Aishah lagi:

"Misalnya selepas penyertaan saya ke dalam Pas, jemputan untuk menyanyi memang tak datang selepas itu. Memang saya tak nampak secara fizikal, tapi undangan tak ada,"


"Saya tak tau ia apa, tetapi memang tak ada lagi jemputan. Perkara ini saya tak nampak secara fizikal mengenai larangan itu.

"Nanti saya cakap, kata tak wujud pula perkara begitu. Tapi, memang saya tak terima undangan sejak daripada itulah (aktif politik)"

Aishah yang kini telah beralih arah kepada Amanah bagaimanapun berkata, nasibnya mula berubah selepas beliau memenangi GV4.

Ini komennya lagi:

"Saya tak pernah kata saya keluar politik. Kini saya sangat gembira apabila artis macam saya sebagai aktivis politik diberi peluang masih berada dalam kelompok seni dapat keluar TV.

"Itu adalah perjuangan saya, bagi saya kita boleh berkarier tanpa ideologi,  saya ada bakat jadi perlu diberi ruang untuk berkarya,"

Katanya, peluang dan ruang dengan menyertai Gegar Vaganza dipenuhi sebaiknya untuk terus berkarya.

"Saya sangat terharu kerana sudah ada medium yang boleh golongan artis seperti saya gunakan untuk kembangkan kerjaya"

Untuk pengetahuan semua, sebelum ini, Aishah menyertai parti politik Pas sejak PRU13 lalu dan pernah menjadi calon untuk bertanding di Parlimen Jempol.

Selepas mendapati Pas sudah tidak sama perjuangannya, Aishah kini telah bertukar ke parti Amanah.

Sumber: Sinar Harian

Hubungan Dengan Alvin Chong, Ini Penjelasan Lanjut Emma Maembong


Pelakon Emma Maembong amat serasi dengan Alvin Chong sehingga ada yang mahu meeka bercinta terutama para peminat Emma dan juga Alvin.

Ini bermula menerusi gandingan mereka berdua dalam drama bersiri berjudul Awak Suka Saya Tak.

Ternyata lakonan mereka berdua mempunyai aura yang kuat dan amat serasi sehingga para peminat mahu melihat mereka terus bersama.

Melihat perkara ni berlaku, Emma Maembong terpanggil memberi penjelasan.

Emma Maembong memberitahu, dia menganggap keserasiannya dengan pelakon Alvin Chong ketika di dalam atau luar set penggambaran tidak melebihi sebagai kawan baik sahaja.

Pelakon jelita berumur 25 tahun ini berkata, dia amat selesa bekerjasama dengan Alvin namun langsung tiada timbul perasaan cinta ketika berada di set penggambaran.

Ini penjelasan Emma Maembong:

"Masa di set penggambaran memang kami memang kawan baik. Tiada nak sayang-sayang atau ada sesi luahan perasaan.

"Bila kita berlakon itu, nak lakukan babak lempang ke apa, jadi tak segan sebab kita kawan. Tak ada perasaan kekok. Kalau kita tangkap cinta, dah rasa malu-malu.

"Saya dah Alvin saling menyokong satu sama lain tetapi apabila orang kata suka gandingan kami ini, kira Alhamdulillah keserasian kami berjaya,"

Emma Maembong memberi respon tersebut kepada peminat yang sukakan gandingan mereka berdua.

Ada yang terlalu fanatik sehingga mahu percintaan dalam drama itu menjadi kenyataan. malah ada yang mewujudkan profil Instagram untuk berkongsi aktiviti mereka berdua.

Menurut Emma, dia mengakui setiap pelakon akan melalui saat itu apabila penonton terlalu setia dan menyokong sesebuah drama.

Baginya, perkara tersebut tidak salah namun soal percintaan tidak timbul kerana dia lebih selesa berkawan dengan Alvin.

Ini komen Emma lagi:

"Keadaan ini sama macam gandingan saya dengan Aiman Hakim. Dulu orang nak sangat saya dengan dia. Sebenarnya benda itu dah terlalu banyak kali jadi.

"Bila kita dah terlalu setia dan sokong drama itu, kita terbawa-bawa. Untuk perkara ini, saya rasa semua pelakon mesti akan lalui saat itu.

"Bukan saya je, pelakon lain yang mereka minat pun akan buat macam itu. Bagi saya tak salah, cuma soal percintaan tidak timbul.

"Saya selesa untuk berkawan sahaja. Dengan cara itu saya senang untuk bekerja dengan pelakon yang digandingkan,"

Aiman Hakim dan Emma Maembong banyak digandingkan menerusi drama sebelum ini dan kesemuanya menjadi hit.

Antaranya ialah Projek Memikat Suami dan Isteri Separuh Masa serta filem Kimchi Untuk Awak.

Sumber: mStar

"Percikan darah dan air ketuban aku tengok..." - Fizo Omar menangis cerita detik Mawar dibedah

 
Pelakon popular Fizo Omar dan isterinya Mawar kini selamat menimang anak pertama. Tahniah diucapkan buat Fizo Omar dan juga Mawar Fareeda.

Pasangan ini selamat bergelar ibu bapa selepas Mawar selamat menjalani pembedahan dan anak perempuan dengan berat 2.78kg selamat dilahirkan.

Mawar yang merupakan pengusaha tudung jenama popular Fareeda, telah menjalani pembedahan yang dibuat oleh Dr Hamid Arshat di Hospital Pantai Bangsar.

Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, Fizo Omar telah berkongsi pengalaman melihat sendiri pembedahan yang dibuat ke atas isterinya.

Pembedahan ini dinamakan Caserean Section.

Ini pengalaman dari Fizo Omar, jom baca:

"AKU TGK BABY AKU KELUAR!!!.

"Tak tahu mcm mne aku nk cakap perasaan aku masa tu bila aku lihat sendiri Dr Hamid Arshat dan assistant nya ‘memotong’ perut mawar secara live depan mata aku dan keluar kan zuriat aku dan mawar yang 4 tahun aku menunggu baby ni.

"Syukur Alhamdulillah aku diizinkan oleh NYA utk merasai nikmat mempunyai zuriat walaupun mengharungi satu tempoh yang agak lama pada aku dan juga pelbagai cabaran untuk mawar nak hamil dulu.

"Dan aku juga diberi peluang utk masuk ke dalam bilik bedah mengharungi setiap saat getir mawar bertarung nyawa utk melahirkan baby pertama kami. 

"Percikan darah dan air ketuban yang aku tengok tu macam tak percaya yang aku boleh masih lagi berdiri dan terus melihat ‘magic moment’ tu.

"Dalam kepala aku bukan la nk memikirkan psl darah atau perut bini aku ‘ditebuk’ tapi yang aku fikirkan dan risaukan adalah bagaimana keadaan anak aku, dan aku tidak sabar nak tengok zuriat aku sendiri.

"Ye lah mana tak nya, bukan sahaja 4 tahun aku menunggu, malah sejak dari bujang lagi aku memang tak sabar nak ada anak sendiri.mempunyai anak adalah salah satu GOAL utama dalam hidup aku.

"Masa aku tengok Dr Hamid menarik kepala anak aku keluar,tiba-tiba air mata aku mengalir dengan sendiri dan aku tak terkata apa terpaku kat situ.

"Subhanallah aku mcm tak percaya. WEHHHHH. Aku dah jadi daddy!!!..itu lah yang bermain di kepala aku.

"Aku sampai tak ade kekuatan untuk nak pegang baby tu masa tu dan aku hanya mampu tengok dan layan je apa yang nurse sedang buat kat anak aku.

"Dia orang tepuk tapak kaki dan baby terus nangis, lagi kuat baby nangis, lagi kuat air mata aku mengalir keluar, Ya ALLAH.. syukur kepada mu ya Allah.

"Tibalah saat yang paling aku nantikan AZAN seorang bapa.. nanti aku sambung lagi cerita aku.

Itulah perkongsian dari Fizo Omar. Memang satu pengalaman yang amat mengagumkan apabila seorang suami berada disisi dan menyaksikan sendiri proses kelahiran anak.

Sekali lagi jutaan tahniah diucapkan buat Fizo sekeluarga dari pihak Berita Memey.

Semoga segala urusan penjagaan anak berjalan dengan baik. Selamat menjalani kehidupan sebagai ibu bapa!

Untuk pengetahuan, Fizo Omar dan Mawar telah berkahwin pda November 2013.

Majlis pernikahan Fizo Omar dan Mawar Abd Karim yang dihadiri kira-kira 300 tetamu telah dijalankan di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang.

Pelbagai usaha telah dibuat untuk mendapat cahaya mata namun tidak berhasil. Kemudian mereka menjalani rawatan kesuburan di hospital.

Setelah 4 tahun berkahwin, dan menjalani rawatan, Fizo Omar mengumumkan berita gembira bahawa isterinya, Mawar telahpun berjaya hamil.

Inilah yang dinamakan usaha, doa dan tawakal, barulah mendapat keredhaan Tuhan. Sekian lama menunggu, akhirnya tercapai hajat Fizo untuk bergelar bapa.

Sumber: IG Fizo
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close