Saturday, 2 December 2017

Komen Chef Wan Tentang Pernikahan Tertutup Fattah Amin Dan Fazura, Habis Kena Bebel!

Minggu lepas pasangan paling popular dan sensasi di Malysia iaitu Fattah Amin dan Fazura selamat diijab kabulkan.

Mereka berdua bernikah dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja.

Majlis ini diadakan secara tertutup kerana permintaan dari ahli keluarga kedua dua pengantin ini.

Upacara ijab kabul berlangsung disebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Selebriti popular Chef Wan telah tampil memberi komen tentang pernikahan Fattah Amin dan Fazura ini.

Untuk pengetahuan, Fattah Amin dan Fazura merupakan pelakon kegemaran Chef Wan.

Ada dua entry ucapan dari Chef Wan kepada Fattah Amin dan juga Fazura.

Dalam ucapan pertama, chef terkemuka ini mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru dan tidak sabar melihat mereka bersanding.

Kemudian, dalam ucapan kedua pula, Chef Wan telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan orang ramai yang memberi komen negatif kepada Fattah Amin dan Fazura.

Chef Wan menempelak sikap kurang ajar dari orang ramai yang telah mengkritik pasangan ini.

Bagi Chef Wan mereka ini mempunyai hati yang busuk! Habis membebel Chef Wan tentang perangai orang ramai ini.

Jom baca komen dan teguran dari Chef Wan:

UCAPAN PERTAMA

"Alhamdulilah 2 of my favorite pelakon sudah pun bertunang dan membina masjid mereka. So happy to hear this. Kita doa lah yg terbaik untuk mereka semuga ke jinjang pelamin dan beranak cucu-cucu yang comel macam mereka juga.
"To Fazura dan Fattah a big hug and congratulations to you both okey.
We always want the best for u both. Have a great and fabulous life.
Cant wait to see mereka bersanding. Yeah!

UCAPAN KEDUA

"Wishing Fazura dan Fattah selamat Pengantin baru semoga sentiasa bahagia, dipanjang kan jodoh sehingga ke anak cucu kami semua yang hati jujur dan baik-baik cuba doakan for both of u.

"At the same time so sad to see some Malaysian yang hati mereka sangat hitam would use their poisonous mouth out of jealousy etc to get back at both of u to the point reading some of their ugly comments is so disgusting as indeed is a reflection of their hati yang busuk!

"Dah la cannot doa kan yg baik-baik dari segi pakaian sampai la make up mereka pun dikutuk habis, adoi gila kan. These people bila comment tak terfikir ke segala isi hati dan perangai mereka yang jijik ini lagi la terserlah hitamnya? Cerdik ke tu?

"Yang pasti after teguran ini ramai lagi yg akan caci saya macam-macam lagi kerana that is how these people have been brought up pun tiada sifat2 belas kasihan.
Shame on them!

"Kita yg cerdik sudah pasti akan membeza kan apabila orang tua-tua menasihat mereka dgn baik dan bukan kritikan mau pun penghinaan.

"In fact mereka-mereka ini terlebih dahulu sudah hina kan diri mereka sendiri kerana pertama kali tidak padai nak respect diri mereka to begin with malahan bersikap biadap dan kurang ajar melampaui batas.

"Entah la what is to become with our Malay societies today with this kind of behavior jika berterusan.
Worst bila kita orang tua-tua pun turut serta mengumpat dan mengata sama serta menunjuk kan contoh tauladan yg buruk to the public.2×5 aja! These days apa yang kita lihat dan baca its the true behaviour and uglyness of these manusia juga.

"Now some of u out there akan tahu nak jadi celebrity ini bukan senang its a world of phd, over-judging despite the glamorous lifestyle.
Yang hati lemah dan hipocrite selalu tak payah la masuk pun dunia ini. Cuma yang jujur dan always with great talent, strong will power and determination to over come all this shit out there will survive in the end of it all.

"Actually i am so happy instead of feeling disappointed or depressed at such an ugly behaviour being staged by all this people who cannot be happy for others kerana ini la yg sebenar benarnya sikap buruk manusia yg Allah nak tonton kan di atas dunia untuk mencelik kan biji mata kita dan belajar from all this. Alhamduliah.

Itulah teguran panjang lebar kepada puak-puak yang menghentam pernikahan antara Fattah Amin dan Fazura.

Ada betul juga kata kata Chef Wan ini. Semoga mereka yang kuat mengkritik ini insaflah ye.

Sumber: IG Chef Wan

Ini Komen Izreen Azminda Tentang Madunya Intan Liana, Sedia Berjumpa Dengannya

Pelakon Izreen Azminda nampaknya teruk dikecam orang ramai terutama di laman media sosial setelah pelakon ini berkahwin dengan suami orang sebagai isteri pertama.

Izreen Azminda merupakan isteri kedua kepada pemuzik bernama Ude yang mempunyai isteri pertama bernama Intan Liana.

Pelakon berasal dari Perlis ini mengakui berat baginya berdepan cemuhan masyarakat yang melabelnya sebagai perampas kebahagiaan insan lain.

Namun bagi Izreen Azminda,  dia terpaksa akur dengan kenyataan dan komen negatif yang dilemparkan apabila memilih untuk hidup bermadu sebagai isteri kedua.

Sebagai wanita yang pernah berkahwin sebelum ini, Izreen Azminda juga tidak rela menghancurkan hati wanita lain.

Walaubagaimanapun, takdir telah ditulis bahawa Izreen Azminda akan berkahwin dengan suami orang dan berkongsi kasih seorang suami.

Izreen Azminda memberitahu dia sudah bersedia sebagai isteri kedua dan akan beralah dalam banyak hal terutama melibatkan isteri pertama.

Malah Izreen tidak akan sesekali membenarkan suaminya meninggalkan dan mengabaikan isteri pertama.

Ini komen Izreen:

"Saya sekadar menumpang kasih dan tidak pernah sesekali berhasrat merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama.

"Saya tidak sekejam itu, malah tidak akan membenarkan suami meninggalkan isteri pertama semata-mata untuk bersama saya.

"Saya kecewa dengan cemuhan yang dilemparkan netizen. Mereka menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar. Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar kedudukan diri,"

Sebagai isteri kedua, Izreen berkata dia akan sentiasa mengingatkan diri supaya tidak menuntut berlebihan.

Ini komen Izreen Azminda lagi:

"Saya faham perasaan seorang isteri apabila mengetahui suaminya berkahwin lain. Saya harap suami akan mempertahankan perkahwinan pertamanya kerana saya tidak mahu berlaku perkara tidak diingini berlaku susulan pernikahan kami.

Untuk pengetahuan, Izreen Azminda dan Ude bernikahdi Damansara, Petaling Jaya pada 8 Ogos yang lalu berwalikan bapa pelakon ini iaitu Mohd Aznam Mohd Noor.

Dengan sekali lafaz Izreen sah menjadi isteri kedua kepada Ude sekitar jam 10 pagi.

Izreen telahpun meminta maaf kerana tidak memaklumkan pernikahan itu dan katanya dia menunggu waktu yang sesuai untuk menjelaskan segalanya.

Ini penjelasan dari Izreen Azminda:

"Saya minta maaf dan tidak bermaksud mahu menimbulkan spekulasi mengenai status perkahwinan kami sebelum ini. Ramai yang bertanya tetapi saya terpaksa mendiamkan diri kerana menanti masa yang tepat untuk menjelaskan segala-galanya,"

Tentang madunya, pelakon popular ini  juga akui lega apabila mengetahui isteri pertama Ude, Intan Liana sudi menerimanya sebagai madunya.

Ini komen Izreen Azminda tentang Intan Liana:

"Alhamdulillah, saya lega apabila mengetahui Intan Liana sudi menerima saya sebagai madunya. Saya berharap kami dapat berkongsi hidup seperti satu keluarga. Saya juga bersedia bersemuka dengannya untuk menjalin hubungan baik,"

Satu majlis doa selamat yang dijadualkan berlangsung pada 7 Disember ini sempena perkahwinan Izreen Azminda dan juga Ude.

Kini Izreen dan suaminya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini dan berharap mereka dapat hidup sebagai pasangan suami isteri dengan bahagia seperti pasangan yang lain.

Selamat pengantin baru buat Izreen dan Ude. Semoga berbagia selalu hendaknya.

Sumber: Berita Harian

Ini Komen Izreen Aminda Tentang Madunya Intan Liana, Sedia Berjumpa Dengannya

(8 FOTO) Sekitar Majlis Pernikahan Izreen Azminda Dan Suaminya, Ude

Pelakon popular Izreen Azminda kini sah bergelar isteri kedua kepada Muhammad Radzi Abdul Wahid atau nama panggilannya Ude.

Ude merupakan seorang pemuzik berumur 29 tahun dan bekerja dengan rancangan realiti hiburan popular Gegar Vaganza sebagai keyboardist.

Izreen Azmin merupakan isteri kedua Ude manakala isteri pertama Ude bernama Intan Liana Saleh yang berumur 32 tahun.

Ude dan Intan Liana mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan mereka, yang sulung berumur 3 tahun manakala yang bongsu berumur 11 bulan.

Izreen Azminda dan Ude yang juga pemuzik bebas, melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

Hanya dengan sekali lafaz, Izreen Azminda sah menjadi isteri Ude pada jam 10 pagi.

Izreen Azminda telah berkongsi gambar sekitar majlis pernikahannya dengan Ude yangberlangsung dua bulan yang lalu.

Pasangan pengantin baru ini memakai baju sedondon berwarna kelabu manakala keluarga Izreen termasuk ayah dan anaknya memakai baju melayu berwarna merah.

Ini koleksi gambar sekitar majlis pernikahan Izreen Azminda dan Ude:

Izreen Azminda mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu. Anaknya bernama Muhammad Adrian Umar yang kini berumur 4 tahun.

Kisah pernikahan Izreen Azminda dan suaminya itu mula menjadi buah mulut apabila portal Utusan menemu ramah isteri pertama Ude iaitu Intan Liana.

Intan Liana dikatakan baru sahaja mengetahui perkahwinan tersebut dua minggu yang lalu. dan akhirnya redha bahawa suaminya berkahwin seorang lagi.

Kisah ini menjadi hangat dan bualan orang ramai.

Sumber Foto: BH

.................................

"Copyright Berita Memey, Dilarang Copy Paste Artikel Ini Secara Bulat-bulat. Sila Tulis Semula Dan Edit Feature Picture Sendiri. Sekiranya Berlaku Sebarang Masalah Copyright Dari Pihak Facebook, Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terutama Jika Instant Artikel Atau Akau Fanpage Ada Disekat Pihak Facebook"

Friday, 1 December 2017

"Jangan Buat Drama!!" - Bekas Isteri Raf Yaacob Tampil Buka Mulut

Semalam, 1 Disember 2017, telah berlangsung satu majlis resepsi antara adik Fazley Yaacob, Raf Yaacob dan juga isterinya, pelakon baru Mawar Rashid.

Majlis resepsi ini telah diadakan  di Sime Derby Convention dan berlangsung dengan amat meriah.

Banyak juga rakan artis yang hadir ke majlis tersebut dengan status Mawar Rashid sebagai artis dan bekas peserta Dewi Remaja yang popular.

Untuk pengetahuan, Raf Yaacob merupakan seorang duda sebelum bernikah dengan Mawar Rashid.

Raf Yaacob mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Namun semalam kedua-dua anaknya langsung tidak kelihatan di majlis resepsi pasangan pengantin baru ini.

Melalui laman IG milik Raf Yaacob, dia menjelaskan anaknya tidak dapat hadir kerana bersama ibu kandungnya iaitu bekas isterinya.

Dalam tulisannya, dia menjelas ada baju yang telah disiapkan untuk anak-anaknya namun mereka tidak dapat hadir dan pakaian itu tidak dipakai dan hanya akan tergantung.

Raf Yaacob berkata ada pihak yang kejam dan selfish yang membuatkan anaknya tidak dapat bersama pada malam di majlis resepsi itu.

Ini tulis Raf Yaacob:

These were tailor-made especially for the both of you to wear this evening as your Mummy Rose & Papa walk down the aisle. Now they will remain on their hangers, UNWORN. My dearest children, rest assured that Papa and Mummy Rose have always included you in our lives but due to the cruel and selfish act of others, you are restricted from being with us tonight at #MawaRafReception. Rayyan and Chanela kesayanganku, we love you very much and we will have you in our hearts every step we take this evening. @rayyanchanelaraf There will come a day when your mama going to get married and the kids are with me, I will still give you two to mama. It’s your mama historic day. Take it. 

Kemudiannya, oleh kerana penulisan caption dari Raf Yaacob ini, bekas isterinya tampil memberi respon balas.

Kata bekas isteri Raf Yaacob bernama Maria ini, anaknya itu sedang sakit dan tidak sihat.

Maria juga mengingatkan agar jangan sesekali membuat tuduhan tidak berasas dan juga membuat drama.

Ini tulisnya:

1) Rasha demam batuk selsema, sedang alami tonsilitis
2) Hari ni adalah giliran ibu kandung menjaga anak-anak (court agreement)
3) Tiada komunikasi untuk anak-anak hadiri majlis resepsi Raf (hanya diberitahu semalam)
4) Jika mahu anak-anak, perlu 7 hari lebih awal (court agreement)
5) Jika ibunya kejam, selfish, dia takkan benarkan anak-anak hadiri majlis pernikahan
6) jangan buat tuduhan melulu, jangan buat drama

"Bacterial Tonsilitis with WHITE SPOTS adalah penyakit yang berjangkit. As a mother i will take full responsibility on my kids welfare and their surrounding. It is my job to make sure that she wont affect other people."

Itulah penjelasan dari pihak bekas isteri raf Yaacob tentang kenapa anak-anak tidak hadir ke majlis resepsi antara raf Yaacob dan Mawar Rashid.

Sumber: IG raf Yacob / IG Maria

(VIDEO) Persembahan Tarian Mawar Rashid Di Majlis Persandingan

"Saya boleh tarik nafas lega.." - Rita Rudaini

Pelakon popular tanah air, Rita Rudaini sememangnya sering dikaitkan dengan kes perbalahan dengan bekas suaminya iaitu Aidil Zafuan.

Sejak bercerai, mereka berdua sering berbalas kenyataan di laman sosial dan melalui pihak media terutama melibatkan kes nafkah.

Setelah hampir 5 tahun, Rita Rudaini yang kini berumur 41 tahun meluahkan rasa lega kerana semua kes mahkamah selesai.

Kes yang membabitkan tuntutan nafkah anak, mutaah dan edah dari bekas suami, pemain bola sepak Malaysia dan juga Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Aidil Zafuan telahpun selesai.

Bagi Rita Rudaini, perjuangan turun naik mahkamah sepanjang lima tahun dalam menuntut hak dirinya dan dua anak akhirnya berbaloi.

Ini komen Rita Rudaini:

"Alhamdulillah, syukur semua selesai. Sekarang saya boleh menarik nafas lega tanpa perlu memikirkan semua masalah ini.

"Saya kini boleh fokus perkara lain dan tidak perlu lagi memikirkan tarikh perbicaraan kerana kes ini berjalan dalam tempoh agak panjang,"

Rita memfailkan tuntutan nafkah dua anaknya RM5,392 sebulan pada 8 November 2012.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Aidil membayar RM3,000 sebulan pada Januari 2015.

Untuk tuntutan mutaah pula, Aidil diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015 meski Rita membuat tuntutan RM300,000.

Pada September lalu, mahkamah memerintahkan Aidil membayar tuntutan edah RM10,000.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia pada Februari 2008 di Songkhla, Thailand dan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, September 2013.

Sepanjang perkahwinan, pasangan ini mempunyai dua anak lelaki yang kini dijaga oleh Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin, 8 tahun, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berumur 6 tahun.

Aidil Zafuan telah bernikah dengan rakan baik Nora Danish iaitu Zarema Zainal dan mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Ayden.

Sumber: HarianMetro
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close