Friday, 3 November 2017

(15 FOTO) Digelar Gemuk, Baju Buruk, Solekan Teruk, Penampilan Uqasha Senrose Dikecam Di ASK2017



Pada malam semalam telah berlangsung Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Acara ASK 2017 berlangsung dengan meriah sekali. Majlis ini bertambah gamat apabila diacarakan oleh tiga artis popular, Jihan Muse, Fahrin Ahmad dan Shuk Balas.

Seperti biasa apabila tiba acara dan majlis anugerah, gaya serta penampilan selebriti sudah tentu menjadi tumpuan orang ramai.

Antara yang menjadi buah mulut orang ramai semalam ialah penampilan Uqasha Senrose.

Pelakon Uqasha Senrose telah tampil di Anugerah Skrin 2017dengan memakai busana berwarna merah jingga.



Namun penampilan Uqasha Senrose telah dikritik oleh para netizen di laman sosial.

Di laman IG miliknya, Uqasha Senrose dikatakan dilihat semakin gemuk dan chubby. Ada yang berseloroh mengatakan beratnya dah bertambah, maklumlah sedang bahagia bercinta dengan Hefny Sahad.

Selain itu, pakaian Uqasha Senrose juga dikemac dan ada yang melabel sebagai langsir rumah.

Malah solekan yang dikenakan ke atas Uqasha Senrose juga turut dikritik sehingga menampakkan Uqasha lebih tua dari umur nya.

Malah ada juga tidak gemar melihat pemerah pipi di muka Uqasha Senorse yang dikatakan keterlaluan.









Thursday, 2 November 2017

28 FOTO: Sekitar Kemeriahan Majlis Hari Jadi Aaisyah Dhia Rana Yang Ke-3



Anak kepada pasangan selebriti Rozita Che Wan dan juga Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana kini telah berumur 3 tahun.

Aaisyah Dhia Rana genap berusia 3 tahun pada 1 November 2017 yang lalu.

Satu majlis sambutan hari jadi Aaisyah Dhia Rana telah diadakan bertempat di Flora Terrace at Hampshire Place.

Memang meriah sungguh sambutan hari jadi Aaisyah Dhia Rana tahun ini.

Comel sungguh foto yang dikongsikan di akaun Instagram Aaisyah Dhia Rana dengan memakai gaun putih ala ala princess gitu.

Sambutan hari lahir ketiga Aaisyah sudah cukup membuktikan bahawa kasih sayang Che Ta kepada anaknya tidak pernah berkurang.

Aaisyah Dhia Rana dilihat seronok dengan majlis hari lahir itu dengan adanya kek mercun, rakan-rakan, dan ahli keluarga termasuklah kehadiran Sasha Saidin.

Apapun kami ingin ucapkan selamat hari lahir Aaisyah Dhia Rana! Semoga menjadi anak yang baik, taat pada ibu bapa, solehah dan cantik jelita..hehe. :)

Jom layan beberapa keping foto sepanjang majlis sambutan hari lahir Aaisyah berlangsung.




























Wednesday, 1 November 2017

Teguran Chef Wan Kepada Nabil Yang Over "Meraban Banyak Sangat Menjengkelkan.."



Minggu pertama pertandingan Gegar Vaganza amat menghiburkan. Pelbagai kejutan melanda di atas pentas Gegar Vaganza.

Pentas tidak akan meriah tanpa kelibat pasangan pengacara Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse.

Juri Gegar Vaganza, Chef Wan terpanggil untuk memberi pendapatnya tentang Nabil dan juga Jihan.

Bagi Chef Wan, kadangkala pasangan pengacara ini agak berlebihan dan over ketika di atas pentas.

Antara pointnya ialah lawak double meaning dan juga usikan yang melampau terhadap peserta dan juga juri.


Chef Wan mengambil contoh usikan Nabil terhadap juri yang lebih berumur dan dihormati ramai, iaitu Dato Ramli MS yang sepatutnya ada batasnya.

Selain itu, Jihan dan Nabil juga dikatakn membuatkan juri sukar untuk memberi komen keraan sering menyampuk.

Jom baca komen penuh Chef Wan:

"Last night on Youtube finally i had the chance to watch last sunday 1st episode of GegarVaganza.
Yes it was indeed a fun evening.

"As its my 1st time judging such a competition as a guest jury naturally i was nervous as any of those singer on stage perhaps worst!

"So i decided to just chill it, be honest and have fun for the evening.

"Thank you to all my fans out there that have been giving me that compliment and courage to do the job as well.

"Ohhh i did noticed at time Nabil dan Jehan can be abit over doing it with all that jokes and remarks ada double meaning or teasing the jury.

"I think Nabil need to excercise sedikit apa yg dia nak kata as at time it doesnt seem polite as Dato Ramli ni orang yg berumur dan pengalaman so dont get carry way with jokes yg bukan2 as it can be annoying.

"Bila jury berbicara beri la peluang untuk kami bersuara as in my case even bukan giliran saya nak bercakap tapi Astro kata jika saya nak tegur sesuatu dari persembahan etc saya boleh bercakap.

"Many times saya menunggu juga bila la mereka ini nak habis merapu atas stage itu so that i can give my opinion.

"Bila tengok terlalu lama sangat saya pun berundur diri tak jadi nak cakap takut masa panjang sangat.
Many times i see Ibu Hetty herdik sampai kata...Kasi Ibu Omong sekarang, bisa!

"Not once 2 kali she insisted tau!

"To the point she is upset all this drama minggu ini going on stage non stop menjadi kan suasana atas pentas itu kecoh tak tentu pasal.

"All this double meaning words kena elak on stage as viewers at home pun ramai.

"I see also Hazami was upset bila Nabil usik kepala dia on stage mlm tu.

"Pls be more respectful of the guests and senior too.

"Meraban too much can be annoying and will turn against u all jugak.

"Pls tone all that the next coming weeks of GV.

"U guys are good host and just dont get carried away with too much silly things on stage or over board usik mengusik jury.

"U guys need to draw the line.

"Other that that u both are fabulous on stage as always.



Dimalukan Nabil Di Atas Pentas Gegar Vaganza Ahad Lalu, Akhirnya Hazami Bersuara


 Ahad lalu, Gegar Vaganza musim ke empat telah membuka tirainya. Sebanyak 12 peserta terlibat dalam pertandigan ini.

Namun pada minggu pertama itu ada adegan yang tidak elok yang mana Nabil Ahmad dikatakan sekali lagi bertindak memalukan peserta.

Salah seorang peserta program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Hazami tidak tersinggung dengan gurauan pengacara Nabil Ahmad yang dituduh segelintir para penonton sebagai tidak sesuai dan agak over.

Tuduhan kurang enak itu mula viral di laman sosial berikutan ada penonton dan peminat Hazami menganggap aksi Nabil Ahmad memegang leher Hazami sebagai satu gangguan yang amat melampau.


RESPON HAZAMI

Nabil Ahmad dilihat seperti membuat gurauan kononya Hazami seorang yang amat 'lembut'.

Hazami ketika dihubungi berkata, dia menganggap isu itu cuma salah faham dalam kalangan peminatnya yang bersikap terlalu 'protective' terhadapnya.


Tambah Hazami lagi, situasi itu dilihatnya sebagai melucukan.

Penyanyi Sonata Musim Salju ini berkata lawak itu adalah lawak peribadi yang hanya difahami oleh dirinya, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan juri rancangan Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS.


Ini komen Hazami:

"Disebabkan jarang muncul di televisyen, peminat tidak biasa melihat situasi seperti itu dan mereka ingat saya dibuli.

"Hubungan saya dengan Nabil rapat kerana kami saling mengenali sejak 12 tahun lalu. Kalau kami bukan rakan rapat, tidak mungkin Nabil berani buat sebegitu,"

"Nabil pun sudah minta maaf di belakang pentas selepas selesai acara. Namun, saya tidak mengambil hati kerana GV4 adalah program hiburan.

"Saya juga tidak mahu salahkan sesiapa kerana isu terbabit,"

Oleh kerana perkara ini menjadi viral, Hazami meminta isu berkenaan tidak lagi dibicarakan dan tidak mahu ianya berpanjangan.

Hazami berharap penonton berseronok menyaksikan GV4.

"Saya sudah menjelaskan situasi itu kepada pengikut di Instagram. Bagi saya, ia hanya perkara kecil berbanding fitnah individu tidak bertanggungjawab yang membuat berita palsu saya sudah meninggal dunia seperti sebelum ini,"

Itulah penjelasan dari Hazami tentang isu ini. Rupanya mereka berdua amat rapat. Padanlah Nabil selamba buat lawak kasar sebegitu.

Aaron Aziz Masuk Hospital lagi.. Alami Saat Cemas, Bertarung Nyawa

 
Pelakon popular berasal dari Singapura, Aaron Aziz berkongsi detik cemas yang dilalui oleh baru-baru ini.

Bintang Paling Popular untuk tahun 2011 dan 2013 itu mendedahkan, kesakitan yang dialami seperti saat nyawanya seperti mahu dicabut dan diambil Illahi.

Aaron Aziz yang kini berumur 41 tahun, menerusi akaun Instagram (IG) miliknya memuat naik keadaannya yang kini sedang terlantar di hospital.


Tangan Aaron Aziz dilihat sudah tercucuk jarum IV line, dan sedang baring di atas katil di hospital.

Di gambar yang dimuat naik itu, Aaron Aziz menceritakan detik yang berlaku.

Katanya, secara tiba tiba, dia merasakan suhu badannya naik dengan amat tinggi secara mendadak mencecah 39.3 darjah celcious.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku malam semalam dan dia rasa seperti hendak tumbang dan seperti nyawanya akan ditarik malaikat maut.

Apa yang terlintas difikirannya ketika itu adalah anak-anaknya serta keluarga yang tercinta.

Ketika detik cemas itu berlaku, Aaron Aziz sempat bermohon kepada Tuhan agar nyawanya tidak dicabut dengan cara sebegini kerana banyak perkara yang belum diselesaikan.


Ini tulisnya:

Baru je buat video tentang orang sakit. Semalam tiba tiba temperature naik 39.3
Anak anak dah menangis. Felt like it was my time to go.
Funny thing was at work we talking about "AdamMukhriz" bertarung nyawa untuk keluarga.
Last night ALLAH gave me a lesson I will never forget. It came like the wind and body total shutdown. But in my Head was nothing but my kids n family.
Told ALLAH please my work not done. Please don’t take me back like this.


 Semoga Aaron Aziz sembuh seperti sedia kala. Mungkin sakit itu ada hikmahnya. Get well soo, Aaron!

Kilafairy Kongsi Pengalaman Tak Tahan Nak Terberak


Pelakon Kilafairy telah menajdi tumpuan ekoran berkongsi pengalamannya tak tahan nak terberak ketika tersekat di traffic jam.

Perkongsian pelakon jelita berumur 25 tahun ini terus menjadi viral dengan sekelip mata.

Memang jarang orang berkongsi perkara sebgini di laman media sosial apatah lagi seorang artis popular.

Pelakon utama filem Karak itu menyatakan, memang satu dugaan dan cabaran yang sukar yang  dihadapinya ketika tiba tiba sakit perut dan ingin melepaskan hajat, namun dia terperangkap di kesesakkan jalan raya.

Malah Kila terut mengatakan sakit perutnya itu sama seperti 'contraction' ketika ingin melahirkan anak.

Lebih kelakar, selepas beberapa ketika, Kilafairy memberi update bahawa dia selamat melepaskan hajatnya itu.

Ini tweet dari Kilafairy:

"Ya tuhannnnnnnn. Siapa tau perasaan nak berak tapi stuck dalam jam. Dugaan yang mencabar
"Berapa juta traffic light ni! Ughhhhhhhh dah hujung hujung  8 tahun rasa nak sampai rumah
"Macam ni ke rasa contraction nak beranak?
"Pening pening kepala tahan
"Ok guys. Pelaburan berjalan dengan lancar. Syabas





Di laman media sosial, para follower nya memberi respon balas terhadap komen Kilafairy itu.

Memang agak kelakar komen balas dari para followernya.

Jom baca:



loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close