Monday, 3 July 2017

"Thank You To Love, Fiza HaIim For Always Being There For Me.." - Ini Komen Suami Fiza Elite

"Thank You To Love, Fiza HaIim For Always Being There For Me.." - Ini Komen Suami Fiza Elite



Selebriti Fiza Halim atau lebih dikenali sebagai Fiza Elite telahpun bernikah baru dengan seorang juruterbang.

Nama suami barunya itu bernama Jefri.

Lihat gambar raya Fiza Elite dan suami baru (DI SINI)

Melalui instagram milik Jefri, dia ada memuatnaik gambar Fiza Elite dan memberi ucapan khas buat isterinya.

Ini captionnya:

"Raya pertama done with my wifey"

"Rutin selepas beraya dengan family kita bergambar..lepas tu berjalan umah sedara mara.."

"Last part yang paling win..tq to u love Fiza Halim for always being there for me..especially during this raya..first year raya yang sungguh bermakna buat i..tq to u for being part of my life.."

Sehingga kini Fiza Elite masih belum mahu memberi sebarang kenyataan tentang perkahwinan terbarunya itu.

Tarikh dan waktu bila mereka berdua bernikah masih belum diketahui.

Fiza Elite sebelum ini pernah bernikah dengan bekas suami pertama bernama Ahmed Farriq Zainul Abidin.

Kemudian, Fiza Elite bernikah dengan penyanyi dari AF iaitu Adam namun baru bercerai pada tahun 2016.

Lihat gambar raya Fiza Elite dan suami baru (DI SINI)

Sunday, 2 July 2017

Adira Luah Perasaan Kecewa, Komen Datin Red Jadi Tumpuan ...Apa Kes??

Adira Luah Perasaan Kecewa, Komen Datin Red Jadi Tumpuan 


Hari raya yang lalu merupakan detik yang bermakna buat Adira apabila kali pertama beraya bersama anaknya bernama Anggerik.

Di laman sosial, dapat dilihat suaminya iaitu Dato Red (Dato Sri Adnan Abu) ada pulang ke kampung halaman Adira di Sabah.

Namun beberapa hari selepas itu Adira ada memuatnaik luahan hatianya yang keihatan seperti sedang bersedih namun redha dengan apa yang berlaku.

Ini luahan Adira:

"Diam selagi mampu ... #lantaklaa bulan mulia bawa bawa la bertenang ... #mamisayanganggrek #hidupbiartenang #peacenowar I'm not a fighter.."

Ramai tertanya-tanya apa yang berlaku sampai Adira luah perasaan di laman media.

Sehingga kini tiada yang tahu apa sebab Adira meluahkan perasaan di hari raya itu.

Selepas beraya dengan Adira, kemudian, Dato Red dilihat beraya dengan isteri pertamanya iaitu Datin Red.

Dati Red dilihat berjenaka apabila suaminya itu telah pulang berhari raya bersama nya.

Ini tulis Datin Red:

"Laki kita dah kena pulang

"Laki ku dah pulang ke pangkal jalan

Ketika suaminya beraya di Sabah, Datin Red telah menulis caption yang menjadi tumpuan ramai.

Ini captionnya:

"Selamat hari raya.. ku puhon maaf dr jauh duhai suami

"#teamrayaselangor #teamlakikenapinjam #takpandaimenipu #jadidirisendiri 

Jom layan gambar raya keluarga Dato Red ini:

Sumber: Instagram

"Asyik Kritik Anak Buah, Anak Sendiri Mana? Langsung Tak Balik!" - Anak Buah Tampil Hentam Chef Wan

"Anak Sendiri Mana, Langsung Tak Balik!" - Anak Buah Tampil Hentam Chef Wan


Apabila raya menjelma, sudah tentu saudara mara akan bertemu dan saling menziarahi.

Dan ketika raya juga banyak persiapan yang akan dibuat untuk menerima kunjungan tetamu.

Pada tahun lalu, kerana berang ada anak buah yang pemalas, Chef Wan telah menghentam secara terbuka saudaranya sendiri.

Pada tahun ini, sekali lagi Chef Wan ada menegur tentang ahli keluarganya yang tidak membantu membuat persiapan hari raya.

Apabila Chef Wan kerap menegur, seorang wanita bernama Soffia yang dikatakan salah seorang anak buah Chef Wan tampil membalas kenyataan Chef Wan.

Soffia menceritakan pengalamannya sendiri kerana dia salah seorang yang selalu membantu membuat persiapan.

Tambah Soffia segalanya berubah apabila dia sudah berkahwin dan mempunyai trend raya yang lain serta mempunyai priorities yang lain.

Soffia juga menyatakan respect kepada sepupu-sepupunya yang masih membantu mengemas rumah kampung.

Selain itu, Soffia membuat pendedahan kecewa kerana Chef Wan sering menceritakan kisah keluarga secara terbuka.

Soffia juga mempersoalkan dimanakah anak lelaki Chef Wan yang langsung tidak balik raya dan tidak membantu membuat mengemas rumah.

Ini komen penuh Soffia:




TAHNIAH! Fiza Elite Tayang Suami Baru Sempena Hari Raya, Nikahi Pilot

TAHNIAH! Fiza Elite Tayang Suami Baru Sempena Hari Raya, Nikahi Pilot


Selebriti Fiza Halim atau Fiza Elite pernah menjadi tumpuan apabila bercerai dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Adam pada Januari tahun lalu.

Pada hari raya tahun ini, Fiza Elite yang kini berumur 36 tahun dilihat memuatnaik beberapa keping gambar mesra bersama seorang lelaki.

Apabila melihat gambar-gambar di Instagram, rupa-rupanya Fiza Elite telah bernikah dengan seorang juruterbang bernama Jefri.

Jefri merupakan seorang duda anak tiga sebelum berkahwin dengan Fiza Elite.

Fiza yang pernah mengaggotai kumpulan Elite, telah memuatnaik beberapa keping gambar mesra sedang membetulkan butang baju Melayu yang dipakai oleh suaminya itu.

Malah menerusi instagram milik Jefri, dia ada juga berkongsi beberapa gambar bersama Fiza ketika menyambut Syawal.

Memang amat romantik pasangan baru berkahwin ini.

Ini fotonya:







Untuk pengetahuan ini merupakan pekahwinan ketiga Fiza. Semoga perkahwinan Fiza pada kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat

Sehingga kini Fiza Elite masih lagi tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung pernikahannya dengan jejaka bernama Jefri itu.

Saturday, 1 July 2017

Mulut Puaka: Akim Hina Isteri Hafidz Roshdi, Beri Gelaran "Tong Tahi"

Mulut Puaka: Lelaki Hina Isteri Hafidz Roshdi, Beri Gelaran Tong


Baru-baru ini Hafidz Roshdi ada berkongsi gambar mengangkat isterinya Syuhadah yang sedang hamil.

Hafidz mengikut trend yang sedang popular sekarang iaitu memuatnaik gambar mengangkat isteri.

Ramai yang memuji Hafidz Roshdi di gambar itu dan ada menggelarnya amat romantik.

Apabila gambar Hafidz Roshdi menjadi tumpuan, ada lelaki bernama Akim yang bermulut jahat telah menghina isteri Hafidz Roshdi.

Akim telah menggelar isteri Hafidz sebagai 'tong tahi".

Ini tulis Akim: "Orang ke tong taik tu .. ?"




Komen dari Akim itu mendapat kecaman dari para netizen yang mengatakan tidak baik menghina orang dan menyamakan seperti tong taik.

Ada juga yang memberitahunya bahawa isteri Hafidz Roshdi itu sedang hamil dan tidak baik menghina orang mengandung.

Ini komen panas dari para netizen:






Memang mulut jahat Akim ni. Diharap bertaubat lah dengan mulut busuk seperti itu.

Akui Pegang Dada Nelydia Senrose Ketika Naik Motor, Ini Respon Dari Daler Yusof

Akui Pegang Dada Nelydia Ketika Naik Motor, Ini Respon Dari Daler Yusof


Memag agak kecoh baru-baru ini apabila pelakon baru, Daler Yusof dikatakan terpegang bahagia aset Nelydia Senrose ketika menaiki motor.

Video viral berkenaan boleh (LIHAT DI SINI)

Dalam video itu, Nelydia Senrose membawa motorsikal dengan laju dan kemudian brek secara mengejut menyebabkan Daler yang duduk di belakang terkejut dan terpeluk serta terpegang bahagia dada Nelydia.

Video berkenaa lantas menjadi viral dan mendapat kritikan dari orang ramai.

Apabila kes ini menjadi buah mulut orang ramai, Daler Yusof tampil memebri respon.

Dia kaui terpegang secara tak sengaja dan memohon maaf atas insiden berkenaan.

Ini komennya:

"Sejujurnya saya memang tidak sengaja terpegang bahagian dada Nelydia ketika itu.

"Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang tersinggung atau terasa hati dengan video itu,"

"Ia merupakan salah satu babak yang menarik dalam drama terbaru lakonan kami. Saya benar-benar tidak sengaja kerana terkejut apabila Nelydia tiba-tiba menekan brek,"

"Memang tak sangka video yang saya muat naik pagi tadi boleh menjadi viral dan menerima banyak kecaman daripada netizen. 

"Niat saya kongsi di Instagram hanya untuk mempromosikan salah satu babak menarik dalam drama tersebut.

"Terus-terang saya sendiri tak sedar babak akhir dalam video tersebut ada insiden itu.

"Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sesuatu di laman sosial," 

Itulah penjelasan dari Daler Yusof.

Video Panas: Pelakon Baru, Daler Yusof Peluk "Aset" Nelydia Senrose Jadi Viral, Dikecam Orang Ramai

Video Panas: Pelakon Baru, Daler Yusof Peluk Nelydia Senrose Jadi Viral, Dikecam Orang Ramai


Di internet, telah viral satu video artis popular Nelydia Senrose yang menjadi tumpuan ramai.

Beberapa page popular di Malaysia telah memunatnaik video Nelydia Senrose dan juga Daler Yusof, yang merupakan seorang pelakon baru sedang meningkat naik.

Video tersebut berdurasi 30 saat menunjukkan Nelydia Senrose sedang menunggang motorsikal.

Di belakang Nelydia Senrose ialah Daler Yusof yang membonceng motosikal tersebut.

Nelydia Senrose membawa motorsikal dengan laju menyebabkan terlanggar bonggol dan Daler Yusof terkejut lantas terpeluk Nelydia Senrose.

Orang ramai yang menonton video itu menyatakan Daler Yusof secara tidak sengaja terpegang 'aset' Nelydia Senrose sekaligus dikecam orang ramai.

Ramai yang memberi komen dan respon negatif tentang perkara berkenaan.

Video Nelydia Senrose (TONTON DISINI) 

Ini komen dari orang ramai:



loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close