Saturday, 3 June 2017

(VIDEO) Kecoh Apabila Ifa Raziah Rebah Pengsan Di Set Penggambaran, Ini Keadaan Terkininya

(VIDEO) Kecoh Apabila Ifa Raziah Pengsan Di Set Penggambaran


Satu rakaman video selebriti popular Ifa Raziah jatuh pengsan menjadi viral di laman media sosial.

Sebelum penggambaran, Ifa Raziah diketahui sedang demam dan tidak sihat namun tetap meneruskankerjanya.

Menerusi rakaman berdurasi satu minit itu turut kelihatan suami Ifa Raziah iaitu Mohd Yani yang berada di set penggambaran kelihatan panik merangkul isterinya yang rebah ke lantai.

Keadaan lebih kecoh apabila beberapa rakan artis Sheeda dan Ani Mayuni turut panik melihat keadaan Ifa Raziah yang 'lembik'.

Ramai yang ingin tahu apa punca dan keadaan terkini Ifa Raziah.

Apabila ditanya wartawan tentang hal itu, Ifa Raziah akhirnya tampil mendedahkan prkara sebenar.

Penyanyi ini memberitahu kejadian dia pengsan itu sebenarnya adalah 'prank' untuk suaminya bersempena sambutan hari jadi lelaki itu.

Tambahnya lagi, dia terlupa tentang hari jadi suaminya dan kejutan itu dilakukan sebagai hadiah buat suami tersayang.

Ifa akui menggunakan idea untuk pengsan kerana kebetulan dia sedang demam dan mengalami batuk akibat terlalu kuat bekerja.

Ini komennya:

"Jujur saya memang terlupa hari jadi suami sendiri dek terlalu sibuk dengan kerja, nasib baik pembantu saya ingatkan.

"Saya ingin berikan kejutan kepadanya dan dua rakan baik saya iaitu Ani Mayuni dan Sheeda memberikan idea agar saya buat-buat pengsan ketika penggambaran untuk kenakan suami.

"Memang dia gelabah apabila melihat saya rebah dan ketika itulah rakan-rakan lain membawa keluar kek untuk meraikan hari jadinya,"

"Jadual saya memang padat sejak beberapa bulan ini dan menyebabkan saya demam dan batuk kerana tidak cukup tidur.

"Ini pun saya masih tidak sihat tetapi tetap perlu bekerja dan perlu gagahkan diri malah kini berada di Pulau Pinang untuk sebuah acara.

"Sebelum ini saya memang tidak pernah pengsan dan apabila suami melihat saya rebah dia benar-benar gelabah dan hampir menangis,"

Itulah kisahnya tentang kes video viral Ifa Raziah ini.

(9 FOTO) Ini Koleksi Gambar Kakak Aiman Tino Yang Cun Melecun, Buat Ramai Jatuh Hati

(9 FOTO) Ini Koleksi Gambar Kakak Aiman Tino Yang Cun Melecun, Buat Ramai Jatuh Hati


Aiman Tino merupakan penyanyi yang sedang popular di kalangan remaja pada masa kini.

Populariti Aiman Tino amat mencanak naik dengan lagu-lagu jiwangnya yang diterima para peminat muzik tanah air.

Antara lagu popular nyanyian Aiman Tino ialah Ku Rela Dibenci, Permata Cinta dan Ku Hanya Sayang Padamu.

Di laman YouTube lagu Aiman semuanya mencecah jutaan views, memang satu pencapaian yang hebat buat remaja berumur 18 tahun ini.

Namun baru-baru ini, kakak kepada Aiman Tino juga berjaya mencuri perhatian.

Kakaknya bernama Fara terus menjadi viral apabila ramai peminat Aiman Tino memuji kecantikkan gadis itu.

Ini berlaku setelah Aiman berkongsi gambar kakaknya di laman media sosial.

Dikhabarkan kakak Aiman Tino ini juga hebat menyanyi dan berbakat besar sama seperti adiknya itu.

Memang power adik beradik ni menyanyi.

Ini gambar kakaknya yang cun itu.

Ada Kakak Cun, Aiman Tino Tiba-Tiba Diminati Golongan Peminat Lelaki

Aiman Tino Tiba-Tiba Diminati Peminat Lelaki Setelah Ketahui Ada Kakak Yang Cun


Penyanyi Aiman Tino telah mencetuskan fenomena tersendiri pada masa ini.

Lagu lagunya amat berhantu dan sememangnya menjadi siulan para remaja ketika ini.

Kesemua lagu single Aiman Tino amat meletop dan berjaya mencuri hati para pendengar.

Selain menguasai carta di corong radio, lagunya di Youtube mencecah jutaan penonton. Memang hebat!!

Namun apa yang berlaku baru-baru ini agak sedikit pelik. Secara tiba-tiba banyak lelaki mula akui minat Aiman Tino walhal sebelum ini hanya biasa -biasa saja.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Kisahnya bermula apabila penyanyi ini memuatnaik gambar kakaknya di laman sosial. Terpegun dengan kecantikkan kakaknya itu, ramai yang memuji Aiman Tino.

Ada juga mula mengaku Aiamn sebagai 'adik' dan ada yang mengaku peminat setia Aiman. Amboi korang ni..Mcam-macam haha.

Ini antara komen-komennya:



Friday, 2 June 2017

4 Tahun Masih Tiada Anak, Luahan Izzue Islam Buat Ramai Sayu

4 Tahun Masih Tiada Anak, Luahan Izzue Islam Buat Ramai Sayu



Tatkala ramai artis membuat pengumuman bakal menimang cahaya mata, berlainan pula dengan penyanyi pelakon popular Izzue Islam.

Izzue Islam kini sudah 4 tahun melayari bahtera perkahwinan. Namun Izzue dan isterinya Awin mash belum dikurniakan rezeki menimang cahayamata.

Melalui laman media sosial Instagram miliknya, Izzue Islam telah meluahkan rasa hatinya dengan meminta maaf kepada isteri kerana masih beraya berdua pada tahun ini.

Ini statusnya:

"Ya Allah, jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat & saling menyempurnakan dalam peribadatan. Jadikanlah kami pasangan yang akan bertemu di akhirat kelak.

"Pasanganku mengajarkanku tentang akhlak dan keikhlasan. Pasanganku membantuku agar saling menjaga diri ketika berjauhan. Ya Allah, jadikanlah kami pasangan yang saling melengkapi dan saling menyempurnakan.

"Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami. Agar kami senantiasa bahagia dalam menjalani bahtera kehidupan ini. Ya Allah, Andai semua itu tak layak bagi kami, maka cukupkanlah permohonan kami dengan redhoMu. Aminn.

"Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke-4 @awinnurin. Maaf sebab tahun ni kita masih menyambutnya berdua. Belum rezeki kita untuk mendapat cahaya mata. Adapun begitu, pasti ada hikmah disebalik kejadian. Pinta doa dari semua kepada kami supaya ulangtahun ke-5 dapat menyambutnya bertiga. Aminn Ya Allah.
Terima Kasih Semua.

Status yang dimuat naik Izzue menyentuh hati peminat yang mendoakan pasangan tersebut dikurniakan zuriat secapat mungkin.

Dalam pada itu, Izzue Islam mengatakan dia ada merancang untuk berjumpa doktor pakar untuk mengetahui masalah mereka.

Ini komennya:

"Ya, siapa yang tidak mahu rezeki cahaya mata tapi saya percaya dengan perancangan Allah. Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni.


"Insya-Allah, suatu hari nanti. Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami,"


Walaupun tanpa anak, Izzue Islam mengatakan dia masih gembira bersama isterinya. Perkahwinan mereka berdua amat bahagia.

Walaupun Izzue mengambil keputusan mendadak untuk berkahwin pada usia dan populariti yang sedang meningkat, ahli kumpulan Forteen ini yakin ia bukan satu kesilapan.

Kahwin awal ketika sedang kemuncak langsung tidak menjejaskan perjalanan kariernya di dalam industri seni.

Ini penjelasannya:

"Saya bahagia menjalani kehidupan sebagai suami-isteri. Empat tahun berlalu bagaikan baharu sahaja kami disatukan.

"Keputusan saya untuk berkahwin awal juga tidak langsung menjejaskan kerjaya seni saya, malah diberi rezeki yang lebih banyak,"


"Sedangkan lidah kagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh-gaduh manja itu biasa sebab lepas gaduh kita pujuk memujuk.


"Bagi kami saling faham dan percaya antara satu sama lain adalah perkara utama dalam rumah tangga,"


Diharapkan Izzue Islam dan isteri sentiasa bahagia selalu. InsyaAllah kalau ada rezeki tak ke mana.

Ramai Mula Persoal Suami Azza Elite, Apa Kes? Ini Kenyataan Rasmi

Ramai Persoal Suami Azza Elite, Apa Kes? Ini Kenyataan Rasmi



Kumpulan Elite boleh dikatakan antara kumpulan penyanyi yang amat popular hasil didikan kumpulan KRU Muzik.

Antara ahli kumpulan Elita ialah Azza. Kini Azza telah berumur 39 tahun dan amat aktif berniaga.

Apabila tengok Azza bertungkus lumus berniaga, timbul pula spekulasi kononnya bekas penyanyi kumpulan Elite ni bekerja kuat untuk menanggung keluarga.

Ada juga pihak yang mempersoalkan di mana suaminya bernama Azlan yang berumur 30 tahun?

Melalui laporan mStar, waratawan hiburan telah emndapatkan jawapan dari pihak Azza Elite sendiri tentang hal ini.

Azza telah tampil menafikan dakwaan itu dan dia berkata bahawa suami tersayang iaitu Azlan yang menjadi tulang belakangnya dalam dunia perniagaan.


Ini komennya:

"Eh, tak baik cakap macam tu. Suami saya sentiasa ada menjadi tulang belakang di mana kami sekarang sama-sama sibuk menguruskan perniagaan produk keluaran Azza Elite Empire HQ antaranya Azza Elite Make-up Base, Azza Elite Talkum dan banyak lagi.

"Sebagai artis dan lebih dikenali, di sini saya berperanan untuk mempromosikan barang dan seharusnya saya yang lebih menonjol kerana banyak di depan.


"Berbanding suami, dia uruskan bahagian pemasaran dan kami ada tugas masing-masing dalam memperkenalkan lagi produk-produk daripada Azza Elite Empire HQ,"


Dalam pada itu, Azza memohon agar masyarakat tidak terus melemparkan spekulasi sebegitu kerana di zaman sekarang suami dan isteri harus sama-sama kuat bekerja demi menyara kos hidup yang semakin meningkat.

Thursday, 1 June 2017

Akaun Mface Bernilai RM177 Juta Dibekukan, Disiasat Polis, Datuk AC Mizal Tampil Beri Kenyataan Balas

Akaun Mface Dibekukan, Kini Disiasat Polis, Dato AC Mizal Tampil Beri Kenyataan Balas 


Dulu Datuk AC Mizal dilihat antara orang kuat yang mempromosikan akaun laman sosial Mface.

Baru-baru ini skim piramid Mface Club telah dilumpuhkan dan akaun syarikat berkenaan dibekukan  oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNNKK) dan pihak polis.

AC Mizal tampil memebri kenyataan apabila namany dikaitkan tentang hal berkenaan.

Pengacara Maharaja Lawak Mega ini mendedahakan beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi  Mface dua tahun lalu dan sudah tiada kaitan lagi dengan syarikat itu.

AC Mizal letak jawatan selepas menyedari ada perkara yang tidak kena di sebalik penubuhan laman sosial itu.

Ini komennya:

"Saya hanya dilantik sebagai pengerusi kepada jaringan sosial, yang ketika itu namanya Mface. Pada awal pelantikan, semuanya berjalan lancar. Lama-kelamaan saya dapati ada perkara tak kena terutama dari segi pengurusan dan soal wang.

"Enggan terbabit, saya pun meletakkan jawatan dua tahun lalu dan Februari lalu saya ada muat naik sebuah video di laman Instagram menyatakan yang saya tidak lagi terbabit dengan Mface dan memberi amaran supaya mereka tidak lagi menggunakan nama saya dalam apa juga urusan perniagaan mereka, "


AC turut menghantar video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada 6 Februari itu sebagai bukti.

Suami kepada Emylia Rosmila ini langsung tidak terkejut syarikat Mface disiasat polis kerana sudah dapat mengagak perkara berkenaan pasti berlaku.

Untuk pengetahuan KPDNKK dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah membekukan 91 akaun bank Mface.

Akaun berkenaan dikatakan bernilai RM177 juta hasil dari skim piramid.

"Saya Gemuk" - Selepas Kahwin Berat Nora Danish Naik Mendadak

"Saya Gemuk" - Selepas Kahwin Berat Nora Danish Naik Mendadak


Selepas berkahwin dengan Nedim, pelakon Nora Danish kini semakin berisi dan berat badannya naik.

Perkara ini disahkan oleh Nora Danish dan ianya berpunca berikutan suaminya, Nedim yang dikatakan sememangnya minat memasak.

Ini komen Nora:

"Saya gemuk naik 2 ke 3 kilogram. Tapi saya tak merungut kerana orang cakap itu rezekikan. Suami suka masak, dia akan Google menu baru dan masak. 

"Lagipun dia suka tengok orang makan dan dalam keluarga dia memang berbakat dalam masakan”
 

"Bila makan di luar, kita akan cakap nak suruh dia masak juga sampai anak-anak dia pun tak nak makan luar sebab bapa dia masak sedap sangat"

Tentang raya, Nora berkata ianya lebih bermakna pada dirinya dan keluarga kerana telah bergelar ibu tunggal selama 8 tahun tanpa suami disisi sebelum ini.

Ini komennya:

"Sambutan raya kali ini, saya sudah bergelar seorang isteri sebab 8 tahun sudah saya single serta dapat beraya bersama 2 orang anak"

Sumber: Rotikaya

..............

 Tips to reduce weight:

-Do not skip breakfast
-Eat regular meals with plenty of fruit and vegetable
-Get more physically active
-Drink plenty of plain water
-Eat high fiber foods
-Read food labels, avoid sugar and fat
-Use a smaller plate when eat
-Prepare refrigerator with healthy food 
-Eat at home mostly
-Stay away from trigger food
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close