Tuesday, 2 May 2017

Ruhainie Sakit Hati Apabila Mengetahui Azrel Ismail Bakal Kahwini Wanita Lain

Ruhainie Sakit Hati Apabila Mengetahui Azrel Ismail Bakal Kahwini Wanita Lain


Pelakon Ruhainies akui berasa sakit hati apabila mengetahui Azrel Ismail akan berkahwin tahun depan dengan wanita yang tidak diketahui identitinya.

Ruhainies akui tidak tahu menahu perkara itu sehingga dia telah bertanya sendiri kepada Azrel tenatng berita berkenaan.


Ini pendedahan dari Ruhainies:

“Sakit hati juga bila dapat tahu Azrel sudah ada perancangan untuk berkahwin pada tahun depan tanpa memberitahu saya,”


“Mana tidaknya, saya kawan baik dia tapi tak nak kongsi berita gembira ini.

“Saya ada hubungi dia dan bertanya siapakah gerangan wanita yang bakal menjadi isterinya.”

“Sebagai kawan yang rapat dengan dia, sudah semestinya saya akan teruja kalau dia betul-betul sudah ada kekasih,”


Ruhainies berkata dia akan mendoakan Azrel bertemu jodoh yang sesuai.

Azrel sehingga kini tidak mendedahkan wanita yag baakl menajdi isterinya itu.

Sebelum ini ada gosip mengatakan Ruhainies dan Azrel sedang hangat bercinta kerana sering bersama.

Monday, 1 May 2017

5 Gambar Sekitar Majlis Tahnik Yusof Leonne, Anak Kedua Lisa Surihani Dan Yusry

5 Gambar Sekitar Majlis Tahnik Yusof Leonne, Anak Kedua Lisa Surihani Dan Yusry



Pasangan artis popular, penyanyi Yusry KRU dan pelakon Lisa Surihani selamat menimang cahaya mata kedua mereka.

Lisa Surihani selamat melahirkan anak kedua pada 29 April yang lalu. Anak lelakinya ini diberi nama Yusof Leonne, memang cantik namanya.

Nama ini juga mengekalkan tradisi anak-anak Lisa dan Yusry yang menggunakan nama awalnya dengan huruf 'Y' dan juga 'L'.

Sebelum ini, anak mereka diberi nama Yahaira Leanne.

Semalam, Yusry dan Lisa Surihani telah mengadakan majlis tahnik buat anak kedua mereka ini.

Ini komen Yusry:

Alhamdulillah, selesai majlis tahnik anak lelaki kami, Yusof Leonne bin Yusry petang tadi. Thank you papa Jovian Mandagie & mama Nina kerana membawa Ustaz Fahmi & Ustaz Badri untuk menyempurnakan majlis.

Jom layan gambar sekitar majlis tahnik ini:







APA ITU TAHNIK?

Tahnik adalah meletakkan manisan ke dalam mulut bayi selepas kelahiran bayi.

Mentahnikkan bayi hukumnya adalah sunat dan merupakan salah satu yang dilakukan oleh Rasullullah S.A.W.

Dalam kehidupan seorang muslim, sebaik-baik perbuatan adalah sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah S.A.W dan tahnik

Sebaik-baiknya tahnik dilakukan selepas kelahiran dan sebelum bayi minum apa-apa termasuk susu ibu.

Namun begitu, tidak menjadi masalah sekiranya dilakukan selepas bayi masuk ke dalam wad bersama ibu kerana terdapat kekangan untuk bapa melakukannya sejurus selepas kelahiran.

Tahnik boleh dilakukan oleh bapa bayi itu sendiri atau wakil melalui atuk atau para ustaz yang berperibadi baik.

Semoga dengan melakukan tahnik ini, anak kita akan petah berkata-kata dengan kata-kata yang baik, mempunyai budi pekerti yang baik dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah.




31 Foto Sekitar Majlis Pernikahan Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa Yang Amat Meriah

31 Foto Sekitar Majlis Pernikahan Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa



Penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun selamat bernikah dengan pengasas kosmetik, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin.

Pasangan sama padan ini disatukan hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis sederhana kira-kira pukul 3.20 petang di Dewan Masjid Negeri, hari Isnin ( 1 Mei).

Hafiz dan Joy telah dinikahkan oleh Imam Masjid Tun Uda, Firdaus Subhi.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pengantin lelaki sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Hafiz telah menyerahkan tujuh dulang hantaran dibalas dengan sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Pasangan mempelai kelihatan berseri-seri dalam persalinan rona putih rekaan Cosry.

Pernikahan mereka turut disaksikan seramai 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Jom layan foto sekitar majlis pernikahan pasangan ini.

(Kenyataan Penuh) Iqram Dinzly Akui Masuk Kelab Malam Di Langkawi Dengan Fesyen Serban

Iqram Dinzly Akui Masuk Kelab Malam Di Langkawi Dengan Fesyen Serban 



Iqram Dinzly sekali lagi mencuri perhatian apabila ada berita mengatakan dia telah masuk ke kelab malam di Langkawi dan yang paling peliknya dengan memakai serban.

Pelakon ini akhirnya mengaku dia ada mengunjungi sebuah kelab malam di Pulau Langkawi dengan berserban di kepala.

Pengakuan jujur pelakon ini sekaligus memberi penjelasan bagi pihak dirinya untuk menjawab mengenai gosip Pancaindera yang disiarkan di ruangan Mary Jane dua minggu lepas.

Namun, Iqram berharap supaya masyarakat tidak terus melabelkan dirinya dengan tanggapan buruk hanya kerana hal itu.

Ini kenyataan penuh dari Iqram:

MASUK KELAB

Menurut Iqram lagi, dia hanya ingin berjumpa dengan rakan-rakan dan dalam pada masa yang sama, gemar mendengar lagu dan muzik yang dimainkan di kelab malam.

"Ya, memang betul saya mengaku ada pergi ke kelab malam di Langkawi. Dengan memakai serban seperti mana yang diperkatakan oleh kolum itu di Pancaindera, ia memang saya,"

"Sepanjang saya berada di tempat itu, saya tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang,” akui pelakon berusia 35 tahun ini.

“Bukan datang untuk berseronok sangat pun. Saya hanya ingin melihat suasana dan salahkah saya nak rapatkan hubungan dengan sesama manusia?

"Selagi perkara itu tak melanggar akidah saya sendiri, ia tidak menjadi satu kesalahan besar pun. Saya sebenarnya pelik, kenapa ada pihak nak pertikaikan saya pergi kelab malam? 


"Ramai lagi orang yang kita pergi ke sana untuk minum minuman keras tetapi tak ada yang ambil perhatian pun. Sebaliknya cerita saya pakai serban pula yang dijaja sampai ke Kuala Lumpur,”













PAKAI SERBAN

Kini Iqram memang selalu tampil dengan imej berserban.

Dia ada memberitahu tujuan dia memakai serban bukan sebab ingin dilihat sebagai seorang yang kuat agama.

Ini penjelasannya:

"Saya ada membuat kajian tentang serban. Dekat pulau ini waktu siang panas dan bila malam pula sejuk. Jadi, bila pakai saya rasa lebih selesa untuk bekerja dan beri saya semangat lain macam.

"Selain itu, lebih mudah untuk saya menutup rambut dengan kemas tanpa mengambil masa yang lama untuk bersiap. Semoga dengan saya akan jadi manusia yang lebih baik



Itulah sedikit sebanyak tentang Iqram Dinzly yang kini berada di Langkawi untuk menguruskan kedai makan miliknya di sana.

Lisa Surihani Dedah Nama Anak Kedua Yang Amat Unik, Umum Jovian & Nina Sebagai God Parents

Lisa Surihani Dedah Nama Anak Kedua Yang Amat Unik, Umum Jovian & Nina Sebagai God Parents


Pada 23 April yang lalu, pasangan selebriti  Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim (Yusry KRU) telah pun selamat menerima kehadiran anak kedua mereka.

Anak kedua ini merupakan seorang lelaki setelah anak pertama mereka seorang perempuan yang diberi nama Yahaira Leanne.

Ramai tertanya-tanya apa nama anak kedua pasangan ini.

Akhirnya, melalui laman sosial Instagram semalam, Lisa Surihani dan Yusry telah mendedahkan nama anak lelaki mereka ini.

Pasangan ini telah memilih nama yang amat sedap dan sedikit unik iaitu Yusof Leonne.

Ini komen Lisa:

Tahnik ceremony earlier today for our son Yusof Leonne went pleasantly well today Alhamdulillah syukur. Terima kasih kepada Ustaz Fahmi and Ustaz Badri.

Special thanks to the Godparents of our son, Mama and Papa for making everything extra special and meaningful for him. It means so much to us. We love you both very much. Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri


Ini pula Komen dari Yusry:

Alhamdulillah, selesai majlis tahnik anak lelaki kami, Yusof Leonne bin Yusry petang tadi. Thank you papa Jovian Mandagie & mama Nina kerana membawa Ustaz Fahmi & Ustaz Badri untuk menyempurnakan majlis.

Tahniah sekali lagi diucapkan buat Lisa dan Yusry atas kehadiran anak kedua mereka, Yusof Leonne.

Semoga Yusof dan Yahaira membesar dengan baik.

Ini Komen Juliana Evans Setelah Selamat Bergelar Isteri Kepada Tengku Shariffuddin

Ini Komen Juliana Evans Setelah Selamat Bergelar Isteri Kepada Tengku Shariffuddin


Pelakon Juliana Evans kini selamat bernikah dengan kerabat di Raja, Tengku Shariffuddin Shah.

Majli pernikahan berlangsung dengan amat meriah sekali.

Lihat koleksi gambar sekitar majlis pernikahan mereka (DI SINI)

Majlis resepsi Juliana Evans dan Tengku Shariffuddin akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Ini komen Juliana Evans tentang pernikahannya:

"Alhamdulillah, saya kini sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah. 

"Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga. 

"Dan saya berharap agar peminat terus mendoakan kebahagiaan kami"

"Thank you to all who congratulated us and wished us well. I am excited to start this new journey and a new phase in my life"

Ini ucapan buat suami tercinta:

"Once upon a time I became yours & you became mine and we'll stay together through both the tears & the laughter because that's what they call happily ever after"


Juliana Evans bercerita, mereka berdua mula berkenalan sejak dua tahun lalu.

Apabila ditanya tentang kegiatan Juliana Evans dalam dunia lakonan, dia berkata akan meneruskan aktiviti seni seperti biasa selepas ini.


9 Foto Sekitar Majlis Pertunangan Yang Mengejutkan Antara Remy Ishak Dan Ezza Yusof, Tahniah!!

9 Foto Sekitar Majlis Pertunangan Pelakon Remy Ishak Dan Ezza Yusof, Tahniah!!


Pelakon Remy Ishak telah ebrtunang secara mengjut dengan seorang ahli perniagaan bernama Ezza Yusof.

Ezza Yusof merupakan seorang ahli perniagaan yang juga pengasas 2morrowbridestory yang terkenal dengan rekaan produk kasut pengantin.

Pertunangan ini mula menajdi teka teki semalam apabila ada beberapa artis mengucapkan jutaan tahniah kepada Ezza dan juga Remy Ishak.

Akhirnya pelakon ini ada membuat pengesahan tersebut kepada wartawan Metro.

Ini komen Remy secara ringkas:

"Terima kasih atas ucapannya,"

Majlis pertunangan tersebut berlangsung di kediaman Ezza yang terletak di Pahang membabitkan keluarga kedua belah pihak.

Pada majlis itu, Remy turut hadir mengenakan baju kemeja berwarna biru gelap sementara Ezza Yusof memakai baju berwarna ungu muda.

Untuk pengetahuan, pelakon Nad Zainal yang juga kawan baik kepada Ezza turut memberikan ucapan tahniah sambil meletakkan tag nama Remy Ishak.

Tahniah diucapkan.

Jom layan beberapa keping gambar:











loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close