Wednesday, 1 March 2017

Ini Respon Neelofa Apabila Bekas Kekasih, Hans Isaac Umum Bakal Berkahwin

Ini Respon Neelofa Apabila Bekas Kekasih, Hans Isaac Umum Bakal Berkahwin



Akhirnya pelakon kacak, Hans Isaac bakal berkahwin tidak lama lagi.

Wanita yang dipilih ialah Aileen Gabriella Robinson, yang juga bekas ratu cantik.

Hans Isaac sebelum ini pernah rapat dengan ramai artis termasuk Neelofa.

Ramai tertanya apa reaksi Neelofa apabila Hans Isaac umum bakal berkahwin pada tahun ini.

Neelofa ternyata gembira dengan keputusan bekas kekasihnya itu yang mahu mengahwini bekas ratu cantik Julai ini.


Neelofa juga tahu lebih awal tentang hal ini apabila Hans ada memberitahunya yang dia ingin berkahwin.


Ini komen Neelofa:

GEMBIRA

"Sebagai kawan dah lebih lima tahun, saya betul-betul hendak dia gembira kerana dia layak untuk gembira dan saya juga gembira dengannya. 

"Dia telah beritahu saya hendak berkahwin November lalu,”
 

MASIH BERHUBUNG
 
"Kami tiada apa masalah. Dia ada beritahu mengenai sidang media, pasal bertunang. Dan kami masih berhubung dan tiada isu negatif.”
 

TAK KENAL GABRIELLA
 
"Saya tak boleh komen sebab saya tak kenal dia [Gabriella], dan daripada hubungan kami.

"Tengoklah kalau (majlis kahwin) dijemputkan, (dia akan datang)”.


Neelofa  sebelum ini dilaporkan bercinta dengan Hans selama 2 tahun namun putus di tengah jalan pada Februari 2014.

Mereka berdua pernah berlakon bersama dalam filem.

'7 tahun pakai, ini tips penjagaan contact lens yang saya amalkan'


Saya sudah memakai contact lens selama tujuh tahun. Ada tak yang lebih lama dari saya? Saya nak berkongsi sedikit tips penjagaan contact lens yang mungkin bermanfaat buat para pengguna tegar contact lens di luar sana. 

Pertama, saya nak beritahu yang saya pakai contact lens bukan saja-saja nak pakai tetapi sebab saya rabun! Maklumlah pakai cermin mata ini agak leceh, terutamanya bagi 'hijabster'. 

Bagi yang tidak rabun, sepatutnya bersyukur kerana masih boleh melihat dengan terang lagi nyata. Jadi, tak perlulah pakai sekadar untuk saja-saja atau suka-suka. 

Okay, kalau nak pakai sangat, saya kongsikan tips berdasarkan pengalaman saya sendiri.
  1. Sebelum pakai contact lens, tangan perlu dicuci bersih terlebih dahulu. Seeloknya guna air sabun dan bilas, cuci. Kalau rasa pedih-pedih, cuci semula contact lens. Mungkin masa ada bulu-bulu degil yang melekat di tangan.
  2. Selepas letak contact lens dalam mata, titiskan air Renu khas untuk mata bercontact lens. Botol dia sama dengan botol eye glo/eye more. 
  3. Biasa kita dengar pakai contact lens maximum 8 jam. Jadi, selepas balik dari kenduri, cepat-cepat buang, cuci dan rendam dalam bekas contact lens semula. 
  4. Air Renu/apa-apa jenama untuk rendam contact lens wajib ada. Jangan sesekali menggunakan air paip. Ingat itu! Air paip takkan sama dengan air contact lens. 
  5. Contact lens hendaklah sentiasa dicuci. Nak cuci contact lens ada caranya. Bilas dengan air contact lens paling kurang tiga kali. Rujuk video agar lebih faham. 
  6. Bila contact lens dah ditanggalkan, jangan biarkan mata begitu sahaja. Titiskan dulu dengan Eye Glo agar mata tidak merah dan kering. Saya guna botol warna ungu. 


Buat magic sikit. Hihi. Jgn risau CL takkan jatuh �
Posted by Nurul Syafika II on Wednesday, March 1, 2017

Kalau mata rasa pedih-pedih sampai berair, itu tandanya sebelum itu awak dah bedal sambal belacan. Memang susah nak hilang di tangan walaupun dah basuh dengan sabun. Semoga bermanfaat. 

Pihak Polis Dedah Cerita Sebenar Video Viral Pelajar ILP Dikasari Guru..rupa-rupanya...



Beberapa hari lalu tersebar sebuah video yang memaparkan seorang penuntut sebuah pusat latihan perindustrian di Jitra telah dikasari yang didakwa dikasari tenaga pengajarnya,

bagaimanapun kes itu dianggap selesai apabila mangsa dan keluarganya serta tenaga pengajar terbabit ingin berdamai, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan berkata, Pihak mangsa termasuk bapanya dan tenaga pengajar terbabit telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu 11.45 malam tadi bukan untuk membuat laporan berhubung kes itu sebaliknya tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.

"Kedua-dua belah pihak telah bersepakat untuk berdamai dan bapa mangsa akan cuba menyelesaikan kes itu secara dalaman tanpa memanjangkan sehingga menjadi kes polis."

"Saya dimaklumkan, kes itu hanya salah faham kerana penuntut terbabit kini menjalani praktikal dan ketika kejadian berlaku kecuaian ketika pemasangan pendingin hawa itu sehingga menimbulkan kemarahan tenaga pengajar berkenaan.

"Namun, disebabkan kes itu ditular di laman sosial, kita turut menghantar detektif kita ke pusat latihan itu semalam untuk mengambil keterangan mangsa. Polis turut membawa mangsa ke Hospital Jitra untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan tidak mengalami kecederaan cuma dia mengadu pedih di bahagian pipi.

"Bagaimanapun, mangsa boleh membuat laporan polis pada bila-bila masa sekiranya tidak berpuas hati atau ada sebarang masalah berhubung kes berkenaan," katanya.

Pihak polis dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar tidak terus menyebarkan maklumat kejadian itu di laman sosial sehingga menimbulkan kekeliruan. - Siakapkeli.my


'Dengarlah tangisan anak ini & beritahu pada perempuan biadab itu'

Suami beri keizinan untuk isterinya bekerja, namun lain pula yang terjadi apabila wanita itu bermain cinta dengan lelaki lain. Perbuatannya itu diketahui oleh si suami, tetapi mendiamkan diri. 

Namun, si isteri semakin melampau sehingga sanggup mengajar anaknya berbohong menyebabkan si suami hilang sabar. 


Luahan dari Encik Suami

Demi kepuasan nafsu berahi sendiri, awak tergamak menyuruh anak tidur di tempat membuat tempe, sementara awak tidur di katil yang selesa bersama teman lelaki awak. Awak memang seorang ibu yang tidak berprikemanusiaan dan perempuan terkutuk!

Awak juga sanggup menipu saya dan semua orang dengan mengatakan diri awak berstatus janda. Tetapi awak tidak sedar, sehebat mana pun awak menyorok 'bangkai' itu, orang tetap akan terhidu juga. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terjatuh ke tanah juga. 

Sanggup awak mengajar anak berbohong, tetapi anak inilah yang mendedahkan segala perbuatan kamu berdua di belakang saya. Sungguh awak seorang isteri yang biadab, perangai seperti haiwan, iblis dan sewaktu dengannya. 

Sekarang mungkin awak rasa senang, tetapi percayalah satu hari nanti awak akan menangis dan menyesal dengan segala perbuatan awak. Tudung awak itu hanyalah 'topeng' untuk menutup atau mengaburi segala perbuatan terkutuk awak pada suami dan anak sendiri. Saban hari anak ini menangis dan berdoa agar kamu berdua menerima balasanNya. 

Awak jenis perempuan yang tidak mengenal erti untung. Saya izinkan awak bekerja di sana tetapi awak bermain cinta dengan lelaki lain? Saya tahu dan hanya berdiam diri serta memerhati segala perbuatan awak. Tetapi kali ini awak sudah melampaui batas, sampai anak yang masih bersekolah dibawa ke sana sini, langsung tidak dihantar ke sekolah. 

Awak hanya mementingkan kesenangan diri, nafsu berahi awak saja. Anak kita yang akan melaporkan segala perbuatan awak pada pihak polis dan mengambil tindakan terhadap kamu berdua. 


Allahu.. sedih mendengar tangisan si anak ini yang menangis kerana ditinggalkan ibunya demi jantan lain. Semoga si bapa dan anaknya tabah..
Posted by Cili Potong on Wednesday, March 1, 2017

Dengarlah tangisan kesedihan anak ini dan sampaikanlah kepada ibunya. 

Saya berharap netizen yang membaca luahan saya ini, ada yang tinggal di Kompleks Perumahan Angkatan Darat Cibubur Jakarta Timur dan mengenali perempuan yang saya maksudkan itu. Dia telah mengkhianati suaminya sendiri demi nafsunya sehingga sanggup berbohong pada suami dan anak.

Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TIDAK PERCAYA!!


Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!| Pada umur 25 tahun gadis yang bernama Siti Nursyafieqah Abu Bakar, kini memiliki aset hartanah bernilai lebih sejuta ringgit, hasil amalan berjimat cermat dan bijak dalam menguruskan kewangan. Foto ihsan Facebook Syafieqah A’lya
Sanggup ikat perut pada usia muda nyata memberi pulangan kepada seorang eksekutif jualan yang kini memiliki tiga aset hartanah bernilai lebih sejuta ringgit.
Berkongsi rahsia kejayaannya, Siti Nursyafieqah Abu Bakar, juga mengorbankan masa berhibur pada usia muda untuk melakukan kerja sampingan dengan bekerja separuh masa di pasar raya,
“Saya pernah mengikat perut demi memenuhi tabung simpanan malah tiada masa untuk bersosial dengan kawan. Sehinggakan saya pernah dikatakan gila. Selama bertahun saya tetap dengan cara sendiri nyata diet kewangan ketat yang diamalkan sejak zaman diploma menjadi sandaran sehingga kini.”

Maka tidak hairan kisah kegigihan Syafieqah menjadi tular di laman sosial sejak tahun lalu apabila pada usia 24 tahun ketika itu beliau berjaya memiliki rumah teres jenis superlink dan kereta mewah Subaru XY.
Ketika itu Syafieqah bekerja di sebuah bank dan dibayar RM1,600 sebulan, namun sikapnya yang berjimat cermat dan pandai menguruskan kewangan menjadi faktor kejayaannya.
Sedangkan rakan lain dibayar RM2,000 sebulan, saya tidak cemburu dengan mereka, tetapi cuba untuk meningkatkan pendapatan dengan bekerja separuh masa di pasar raya.
Bukan itu sahaja, duit komisen dan OT yang dibayar pihak bank akan dibahagi dua untuk simpanan dan pelaburan ASB.
Dengan RM1,600 itu, saya belanjakan untuk rumah sewa, pengangkutan, perbelanjaan makan dan minum serta duit saraan ibu bapa, katanya.
=============
Saya nak share sikit step mudah yang saya fikir semua pasangan muda mampu realisasikan
—————————————————
Baru bekerja : umur 23 tahun.
Gaji LELAKI = RM2000
Gaji WANITA = RM2000
Andaikan Gaji meningkat RM100 setahun.
  1. LELAKI pakai dulu motor masa belajar dulu. Jangan beli Kereta dahulu.
  1. WANITA beli kereta Perodua Axia, komitmen bulanan RM500.
  1. LELAKI buat Pembiayaan ASB RM100K @ tempoh pembiayaan 30 tahun dengan komitmen bulanan RM550. Jangan usik dividen selama 3 tahun. Dividen terkumpul 3 tahun @ 7.25% dividen tahunan = RM23,300 + Jual sijil (RM4,500) = RM27,800??(cash)
  1. WANITA buat Pembiayaan ASB 50K , komitmen bulanan RM275, Jangan usik dividen selama 3 tahun. Dividen terkumpul 3 tahun @ 7.25% dividen tahunan = RM11,650 + Jual sijil (RM2,250) = RM13,900??(cash)
  1. Berkahwin LELAKI & WANITA. Jumlah cash Ada di tangan RM42,700??. Budget untuk majlis perkahwinan RM10,000 sahaja. Kalau parents atau family nak buat lebih havoc, minta mereka yang support. Teguhkan hati dengan budget tersebut. Tidak memalukan rasanya kahwin tidak berlebih-lebihan kan. Lebih baik bijak daripada nampak hebat untuk satu hari. Kita bukan nak berkahwin sehari jer kan.
  1. Bagi Cash PASANGAN ini masih berbaki RM31,700??. Nak buat apa? Cari asset yang positive mendatangkan positive cash flow.
  1. LELAKI Cari rumah pertama . low cost pon Takpe. Cari yang harga kurang RM100K . Dah takde? Pergi cari mesti ada. Lelong atau subsale. EPF AC 2 Ada la dalam RM5,500. Peruntukkan cash RM10,000 untuk urusan ini + keluarkan duit EPF AC 2 RM5,500. Mana fee yang boleh masuk dalam Pembiayaan bank, masukkan. Bayaran bulanan untuk Rumah tersebut RM450. Andaikan Sewa Rumah tersebut RM600?? Sebulan dan buat tenancy agreement.
  1. WANITA juga Cari rumah pertama . low cost pon Takpe. Cari yang harga kurang RM100K . Dah takde? Pergi cari mesti ada. Lelong atau subsale. EPF AC 2 Ada la dalam RM5,500. Peruntukkan cash RM10,000 untuk urusan ini + keluarkan duit EPF AC 2 RM5,500. Mana fee yang boleh masuk dalam Pembiayaan bank, masukkan. Bayaran bulanan untuk Rumah tersebut RM450. Andaikan Sewa Rumah tersebut RM600?? Sebulan dan buat tenancy agreement.
  1. PASANGAN menyewa dulu rumah untuk tempoh 3 tahun. Kalau duduk dengan family lagi bagus. Untuk sementara waktu. Save sikit budget. Hihi . Baki simpanan masih ada RM11,700??
  1. Dari EPF AC 2 kedua PASANGAN ini boleh menampung RM150 sebulan untuk pengeluaran bayaran bulanan rumah masing-masing. Jadi komitmen untuk Rumah masing-masing Cuma RM300 sahaja setiap orang.
  1. Dari pendapatan Sewa PASANGAN ini RM600 + RM600 , buat Pembiayaan ASB RM100,000 setiap seorang. Gunakan duit pendapatan Sewa tersebut untuk bayaran bulanan. Jangan usik dividen selama 3 tahun. Jumlah dividen terkumpul RM46,700 + Jual sijil LELAKI (RM6,300) = RM53,000??
Jumlah cash ditangan Sekarang RM53,000 + RM11,700 = RM64,700??.
  1. Kekalkan pembiayaan RM100,000 ASB WANITA sehingga Habis tempoh pembiayaan dengan komitmen bulanan RM600 secara konsisten lagi 22 tahun dan tidak usik dividen untuk tujuan simpanan jangka panjang, selepas 22 tahun. Jumlah simpanan terkumpul adalah RM516,000??
  1. Berbekalkan Cash pada step 11, RM64,700 . Beli pula Rumah untuk duduk sendiri , saya bagi contoh RM300,000 . Buat Pembiayaan bersama antara LELAKI & WANITA jika perlu. Baki Duit cash yang ada juga Boleh digunakan untuk tujuan renovasi minor dan perkakasan rumah yang lain. Komitmen bulanan rumah ini lebih kurang RM1350. Waktu ini gaji pon sudah meningkat dan PASANGAN ini tiada masalah untuk membayar sebab telah memiliki disiplin dan character simpanan yang sudah dibuat sebelum ini. Pandai-pandai la share bayar. Nak hidup selesa bersama kan.
  1. Setidak-tidak dalam tempoh ini mereka sudah ada 3 buah property, kereta pon dah Nak habis bayar, gaji dah meningkat, boleh la upgrade sedikit kereta tu
Disclaimer: Ini sekadar ilustrasi saya tanpa mengira faktor kos-kos yang lain. Bagi saya kos boleh dicukupkan dengan cari pendapatan tambahan tetapi perancangan masa hadapan dan disiplin hanya diri kita sendiri mampu mengubahnya. Tiada alasan, NAK atau TIDAK sahaja.
Sumber:- Kisah Dunia

Dunia Akhir Zaman!! Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIPERKOSA Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!

Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!! | Seorang guru lelaki terkejut melihat keadaan kemaluannya yang lebam selepas sedar dari pengsan dipercayai dir0gol empat orang remaja perempuan.
Guru lelaki yang berasal dari Zimbabwe, tersebut menceritakan bahawa ia mengalami serangan $ek$ual selama berjam-jam oleh empat perempuan berkulit cerah yang masing-masing dipercayai pelajar.
Dalam kejadian yang berlaku jumaat kelmarin, dia ditumpangkan oleh 4 remaja wanita dan seorang lelaki dalam perjalanannya ke Bulawayo.
Dia berkata, sebelum kejadian salah seorang dari remaja perempuan telah bercakap dengan bahasa yang tidak dapat difahaminya dan kemudian pemandu kereta berkenaan tiba-tiba mengubah haluan dan salah seorang remaja wanita berkenaan memberitahunya mereka ingin mengambil seorang lagi kawan mereka.
Sebaik saja pemandu memberhentikan kenderaan, secara tiba tiba salah seorang dari mereka menekup matanya dari belakang sementara yang lain telah memegang kaki dan tangannya.
Mereka kemudia memaksanya minum sesuatu dari botol yang membuatnya pengsan. ketika ia sedarkan diri ia berada di semak samun dengan keadaan telanjang dan kemaluannya lebam lebam. Dia kemudian bergegas melaporkan kejadian kepada pihak polis. Pihak polis setempat yang membuat siasatan mendapati mangsa memakai kereta Toyota Quantum, empat penumpang wanita berkenan adalah buruan polis yang sudah beberapa kali melakukan serangan seksual terhadap lelaki di kawasan itu.
Bulan lalu sahaja terdapat 3 lelaki yang menjadi mangsa, dipercayai empat wanita itu memiliki bisnes menjual sperma lelaki.
Sumber:-Deltabreed

Bayi 20 bulan nyaris diculik di taman permainan

KAJANG, SELANGOR - Seorang bayi berusia 20 bulan nyaris diculik seorang lelaki dipercayai warga asing di Klinik Sungai Chua, pagi semalam, lapor Harian Metro
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, bayi berkenaan yang sedang bermain di taman permainan yang terletak di hadapan klinik tersebut sebelum lelaki itu datang mendukungnya. 

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, ketika kejadian, ibu bayi berkenaan sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan kandungannya. 
"Lelaki terbabit masuk ke ruang taman permainan dan cuba melarikan bayi berkenaan. Bagaimanapun usahanya gagal selepas si ibu nekad mempertahankan anaknya. 
"Lelaki itu kemudian melepaskan bayi berkenaan sebelum keluar melarikan diri," katanya. 
Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 362/511 Kanun Keseksaan. - The Reporter
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close