Wednesday, 1 March 2017

Jangan paksa orang menjadi kaya



Kenapa ada yang menjual nasi lemak di tepi jalan setiap hari tetapi tetap tak buka kedai? 

Sebab dia selesa begitu. Tak suka nak fikir masalah yang rumit. 

Kenapa ada yang jadi doktor walaupun gaji tidak setimpal dengan tenaga dan masa yang dikorbankan?

Sebab passion. Happy bila tengok pesakit sembuh semula. 

Kenapa ada yang setia menjala ikan setiap pagi? 

Sebab hanya itu yang dia tahu dan seronok mendapat ikan banyak. 

Jangan paksa orang menjadi kaya. Jangan sombong dalam kata seolah semua manusia kena kaya dan berharta.
  • Seolah yang memilih 'makan gaji' itu tidak berjiwa besar atau tak nak maju dalam hidup. 
  • Seolah yang berniaga kecil-kecilan itu tiada apa yang nak dibanggakan. 
  • Seolah yang memilih menjadi surirumah tangga sepenuh masa itu 'loser'. 
  • Seolah bila bergelar jutawan itu baru melengkapi definisi kaya dan berjaya.

Kebahagiaan dan rasa cukup setiap manusia itu berbeza. Keperluan dan kehendak setiap manusia itu berbeza. Allah mencipta setiap manusia itu berbeza, minat berbeza, kudrat berbeza, kepakaran berbeza, pengetahuan berbeza, latar belakang berbeza, sihat atau sakit berbeza kerana semua memerlukan antara satu sama lain. 

Kalau hari ini kita rasa kita hero, jangan lupa esok kita boleh menjadi zero. Hanya dengan Kun Faya Kun. Buang sikap sombong dan rasa benar dalam diri itu. Tidak memiliki itu sebuah ujian. Memiliki sesuatu juga sebuah ujian yang lebih hebat, lebih halus. 

Optimis itu bagus, cuma jangan sampai riak, takabbur, tidak menjaga silarurrahim. Jangan dilupa asal usul kita. Semuanya berasal dari tanah dan ke tanah juga kita akan kembali. 

Apa yang kita ada hari ini, semuanya akan kita tinggalkan. Tiada satu pun yang kita akan bawa bersama. Hanya satu yang bernama taqwa. 

Respect other's decision
Embrace diversity

Pesanan buat diri sendiri. Muhasabah setiap hari. 

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Foto - Netizen
BINTULU, SARAWAK - Seorang lelaki maut selepas dihempap kereta, ketika sedang membaiki kenderaan tersebut, lapor sumber.

Dalam kejadian semalam di Bakun, Bintulu, mangsa, Azlan Hashim, yang berasal Kampung Kuala Lama, Mukah, sedang membaiki kereta Proton Saga berwarna merah. 

Namun dipercayai jack hidraulik yang digunakan tiba-tiba gagal menampung berat kenderaan tersebut lalu terjatuh. 

Tayar bahagian kanan sebelah hadapan yang diletakkan pada depan kenderaan itu juga tidak mampu menahan hentakkan itu dipercayai menghempap kepala mangsa sehingga maut. 

Bagaimanapun, sumber mengatakan punca sebenar kejadian masih belum diketahui


Mayat mangsa dihantar ke hospital berhampiran sebelum dimaklumkan kepada ahli keluarganya.

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan mengutamakan keselamatan ketika membaiki kenderaan. - The Reporter

Tan Sri Jins Shamsuddin meninggal dunia


KUALA LUMPUR - Pelakon veteran, Tan Sri Jins Shamsudin, 82, dilaporkan meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, dipercayai akibat sesak nafas selepas minum petang di kediamannya, jam 5.45 petang tadi, lapor Harian Metro. 

Pemergian beliau disahkan anak keduanya, Putera Hang Jebat.

"Melihat keadaannya yang sesak nafas selepas minum petang, ibu menghantar ke sebuah klinik berdekatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia,"katanya.

Allahyarham Jins Shamsudin merupakan aktor yang begitu disegani sepanjang penglibatan dalam bidang seni. Filem pertamanya, Pancha Delima telah menaikkan namanya di arena seni lakonan yang bergandingan bersama Hashimah Yon.

Beliau merupakan antara aktor Malaya yang berjaya meletakkan namanya sebaris dengan aktor Asia lain apabila watak Jefri Zain menjadi kegilaan ramai pada era 1970-an.

Filem lain yang berjaya mengangkat nama Allahyarham adalah Gerak Kilat di mana gelaran 'Bond Malaya' diberikan kepadanya.   

Tidak hanya berlakon, Allahyarham merupakan pengarah hebat apabila berjaya menghasilkan naskhah gemilang yang meruntun jiwa si penontonnya. Filem-filem seperti Bukit Kepong, Tiada Esok Bagimu, Esok Untuk Siapa dan Ali Setan antara karya agung Allahyarham.

Pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Dewan Negara sebelum menghidap penyakit Alzheimer sejak beberapa tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Halijah Abdullah serta dua anaknya Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim. 

Remaja maut terjatuh dari tingkat 4 pusat beli-belah


SINGAPURA - Tindakan seorang remaja lelaki yang mahu melakukan aksi ngeri di sebuah pusat beli-belah mengundang padah apabila mangsa terjatuh dari tingkat empat, lapor The New Paper

Dalam kejadian Sabtu lalu di Orchard Central, Jonathan Chow, 17, pada awalnya meminta rakan perempuannya, Ruth, untuk merakam videonya berjalan di atas struktur yang kelihatan seperti konkrit, mempunyai keluasan lebih kurang lima kaki berhampiran penghadang kaca kawasan itu. Malah, Jonathan juga turut mengajak Ruth berbuat demikian selepas dia selesai melakukannya. 

Malangnya, sangkaan mereka berdua meleset di mana struktur itu adalah papan plaster untuk hiasan sahaja dan tidak mampu menampung berat seorang manusia. 

Tanpa berfikir panjang, Jonathan terus melompat ke atas struktur tersebut yang kemudiannya pecah menyebabkan mangsa terjatuh dari ketinggian empat tingkat. 

Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. 


Beberapa hari kemudian, bapa mangsa, Matthew Chow, pergi ke tempat kejadian yang meragut nyawa anaknya itu dan berjumpa dengan pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan.

"Struktur hiasan itu cukup luas dan kelihatan seperti laluan. Namun tiada sebarang tanda amaran daripada menghalang pengunjung melompat/berjalan di atasnya," katanya yang menggesa pihak pengurusan pusat beli-belah itu mengambil tindakan segera. 

"Saya tidak mahu kejadian yang menimpa anak saya berlaku pada keluarga yang lain," katanya. - The Reporter

Akhirnya.. Ini Respon Balas Hans Isaac Apabila Tunangnya Dituduh Menipu, Curang

Akhirnya.. Ini Respon Balas Hans Isaac Apabila Tunangnya Dituduh Menipu, Curang 



Sebelum ini seorang lelaki bernama Robin telah tampil membuat kenyataan mengatakan tunang kepada Hans Isaac adalah seorang penipu dan curang.

Robin memberitahu bahawa Gabriella masih lagi kekasihnya ketika Hans Isaac melamarnya di Singapura baru-baru ini.

Baca kenyataan penuh dari lelaki berkenaan DI SINI.

Kini pelakon dan pengarah ini tampil membuat kenyataan tentang hal ini.

Jom baca komen Hans Isaac:

Very unfortunate that some guys can't respect others on such a happy day for gabby and me. 

When one has ended a relationship years ago and to damage the reputation for other on social media. 

When it's a day that's important to gabby and me, is uncalled for. 

This guy has probably nothing going on for him that he need to seek the attention on social media.

Damaging the good name of the person I love is uncalled for. 

All I can say is that I feel sorry for this guy. He need a life. Kesian. 

Anyway I'm getting married guys, be happy for Gabby and me. 

Salam Sayang to all who support us and are spreading good vibes. We only want happiness and love with everyone around us. 

We shared yesterday announcement as we appreciated what all my fans and supporters have done for me the past many years. 

Thank u semua. Love u all for ever.

Itulah kenyataan khas dari Hans Isaac. Semoga berbahagia selalu.

'Saya tak nak pun beg ini, saya nak iPhone ini saja' - Pencuri


Oleh Anna Lee

Kejadian Sabtu lalu masih membuatkan saya trauma. Ceritanya, saya solat bersama kakak dan beg tangan telah dicuri oleh perempuan dalam gambar ini. Apa yang membuatkan saya pedih dan sedih adalah pengakuan dari si pencuri ini. 

"Saya tak nak pun beg ini, saya nak iPhone ini saja"

Ya Allah, kasihan. Manusia sanggup memikul dosa demi sebuah telefon bimbit yang logo Applenya digigit separuh oleh semut. Yang hanya menjadi benda yang tak berguna apabila password dan segala isi dilock. 

Dalam masa 15 minit selepas kejadian itu, saya cuba menghubungi telefon sendiri. Dia jawab dan cuba menipu saya kononnya dia terjumpa telefon saya di Jalan Tar. Selepas saya ugut nak viralkan gambarnya yang diperolehi dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia akhirnya mengaku. 

Namun begitu, dia siap mengugut saya jika mahukan beg tangan itu semula, saya kena bagi password iPhone. 

Rasa nak sound, "Kebodohan tu simpan sikit dik!" 

Tak adanya saya nak bagi. Lagipun apa jaminan dia tak lari selepas mendapat password iPhone saya? 

Dalam sejam lebih juga berlaku sesi pujuk memujuk dan masa ini polis bantuan yang bercakap dengan dia. Kalau saya, entah kebodohan apa lagi yang akan diperkatakannya nanti. 

Jadi memang taklah, dia ingat saya ini sama-sama bodoh seperti dia? Kalau saya tak dapat telefon itu, tak ada makna dia akan dapat. Simpanlah Apple digigit semut yang tak berfungsi itu bersama dengan dosa kau itu. 

Tiba di balai polis, kami dimaklumkan bahawa mereka kerap mendapat laporan kejadian yang sama di surau yang sama.

Sebuah shopping complex betul-betul sebelah bangunan parti ada lambang keris

Assalamualaikum, Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Pagi ini baru ada kesempatan nak berkongsi perihal ahli keluarga...
Posted by Prolog Med on Monday, February 27, 2017

Saya tidak mampu nak share apa kecuali rasa nak maki sahaja. Suara si pencuri itu masih terngiang-ngiang di telinga. Semoga dia dapat ditangkap satu hari nanti. Aamin. 

Nota: Pihak mall tidak benarkan kami mengambil gambar ini dan viralkan di media sosial. Katanya tindakan itu akan menjejaskan nama baik mall mereka. Ek eleh, kalau dah kejadian sama berulang-ulang, kau tak jaga keselamatan pengunjung. Buat apa kami jaga nama baik kau, kan? 

Gambar ini diperolehi dengan cara lain, guna 'kabel'. 

Saya sudah maklumkan pada pencuri itu, kalau dia enggan pulangkan beg tangan saya, saya akan viralkan gambar dia. Dan disebabkan kesombongan dan keangkuhan dia yang juga berkata,

"Saya tak kisah nak viral"

Jadi saya tunaikan janji. Serius sangat celaka ini punya orang. 

Tuesday, 28 February 2017

'Bahaya bang, jangan buat camni'


KUALA LUMPUR - Gambar seorang kanak-kanak lelaki berdiri di belakang bapanya yang menunggang motosikal viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Tindakan si bapa yang membiarkan anaknya berdiri sambil ditahan dengan tangan sebelah kiri itu amat berbahaya dan jika berlaku kejadian yang tidak diingini, boleh meragut nyawa ketiga-tiga anak beranak itu. 

Terdapat pelbagai kesalahan yang dilakukan. Antaranya: 
  1. Helmet hitam yang digunakan kanak-kanak itu tidak menepati ciri-ciri keselamatan.
  2. Pembonceng berdiri semasa motosikal sedang bergerak.
  3. Penunggang dan pembonceng tidak memakai kasut.
  4. Si bapa menunggang motosikal dengan sebelah tangan.
Empat kesalahan yang dilakukan itu jelas sekali si bapa mengabaikan aspek keselamatan diri dan dua anak kecilnya itu. 


Biar apa pun alasan yang diberikan, keselamatan diri dan pembonceng perlu diutamakan. Biar anak menangis, jangan ibu bapa yang menangis bila anak sudah tiada. - The Reporter
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close