Wednesday, 1 February 2017

Mak Abah Minta Hantaran Rm20k. Puncanya Buat Suami TERKEJUT Di Hari Nikah !!!

Mak Abah Minta Hantaran Rm20k. Puncanya Buat Suami TERKEJUT Di Hari Nikah !!! | Aku Fatin. Berusia 27 tahun, berkelulusan master, bekerja di selatan dan telah berkahwin dengan hantaran 20k, barang kemas sepersalinan beserta mas kahwin 3k. Sabar…jangan judge apa2 dulu.




Aku asal dari utara. Yang orang dok kata “perempuan utara ni mahal2..yes aku sangat terkejut bila mak abah aku kata duit kahwin aku 20k (17k+3k). So bermulalah episode ak direject oleh ramai lelaki yang ingin jadikan aku suri hati. Name it… dari kerja pejabat tanah.. offshore.. cikgu.. semua tarik diri bila dengar jumlah duit kawin.

Bila dah cinta sesangat, ak siap pujuk mak abah,kurangkan duit hantaran. Jawapan dorang
“kalau kahwin pun nak minta kurang,macam mana nak bela anak mak”
“nak dapat sesuatu kena la usaha”
“senang dapat senang kena buang”

Sampaikan ada sorang mamat tu pernah kata..ermm baik sy beli kereta kalau hantaran dah mcm tu.
Hadehh…

Umur 25,akhirnya berjumpa seorang mekanik berkelulusan SPM yang juga mempunyai niat yang murni untuk jadikan aku suri hati dia. Dengar je 20k,dia diam dan cakap akan cuba kumpul duit.
Wahh ni lelaki pertama yang sanggup sahut syarat makabah aku. So malam tu jugak aku call tanya dan minta restu.

”adik boleh terima dia,mak setuju tak?..dia kerja mekanik je..”
Alhamdulillah mak aku setuju. Mula-mula takut jugak,sebab abg ipar 1st kije offshore kat Vietnam,2nd lecturer ,3rd PTD. Yang bakal suami aku mekanik cabuk je.
Si dia masa tu gaji dalam 1k je tanpa kwsp,ada motor ex5 je.. Aku pulak 3k masa tu. So aku tersangat2 tak sangka yang mak aku approve si dia sebagai menantu. Bila dah dapat restu,bermulalah episode kami buat persediaan untuk masa depan.

Apa kami buat?

Ak punya part sediakan barang rumah siap2. Dari sekecil2 benda hingalah sebesar2 benda..tv,sofa,dining table,microwave,oven,washing machine..boleh kata rumah aku tu dah lengkap la. Semua tu ak beli sikit2 masa belum kawin. Rumah tu memang aku yang beli. Tak de sewa2.

Dia? Dia kumpul duit..memang ikat perut habis. Makan bercatu, kadang2 apa yang aku masak..aku bekalkan untuk dia. Sampaikan makcik-makcik.kawan-kawan dia pernah kata

“apsal mahal sngat..ada emas ke kat dia punya *** tu?”
“kita ni pipit dia tu enggang,mana nak sama..cari la perempuan lain,yang muda..yang hantaran murah2..muda2 ni senang nak beranak”
“takpayah la kawin dengan orang jauh,kawin yang sama negeri,tak de la kena bayar mahal2”
“hantaran ko ni include GST sekali ke smpai mahal mcm tu sekali?”

Siang kerja bengkel. Malam part time jual burger+baiki kereta sesapa yang rosak tengah2 malam.
Aku memang tak bantu lansung dia kumpul duit. Dia amik masa 24 bulan untuk kumpul duit kahwin. Tempoh 2 tahun tu, nak jumpa/gayut tepon dengan si dia memang susah. Padahal kami tinggal di taman yang sama. Cuma lain2 fasa je. Rumah sewa dia kat fasa lama,rumah aku fasa baru.

Ni ada sikit pesanan untuk kaum hawa. Masa lelaki tengah kumpul duit,kita yang perempuan ni jangan la buat perangai,merajuk,paksa2 nak jumpa,nak hadiah,nak romantik macam drama kul 7 tu and so on. Kena faham,diaorang menggunakan 200% kudrat yang ada semata2 nak halalkan hubungan dengan kita. Perempuan masa ni kena betul2 sabar,jangan bayangkan yang bukan-bukan,jangan pikir dia tak contact sebab ada perempuan lain ke apa.

Awal tahun 2016,dia datang merisik. Raya haji kami kawin.

Jenis makayah aku,total duit hantaran hanya akan diambil pada hari akad nikah. So apa2 persiapan awal utk majlis pihak perempuan memang kena dahulukan duit pihak perempuan dulu la.

Dah habis majlis, makabah cuma ambil 2k sahaja dari amount sebenar. Aku pun pelik. Rupa2nya selebihnya tu diaorang pulangkan semula pada suami suruh guna untuk buat modal bukak bengkel sendiri.

“behind every successful man there is a woman”

Alhamdulillah dengan duit hantaran+loan PUNB, sekarang suami dah bekerja sendiri, hire pulak 2 pekerja lagi. Ada plan jugak nak bukak pusat servis sendiri. Kami berdua memang terkejut sangat. mak mertua cakap dengan aku, dia tak sangka anak dia yang mcm tak de masa depan tu boleh jadi tauke..aku gelak2 je..kalau nak kenangkan tempoh 2 tahun si dia usaha kumpul duit tu..allahu tak sanggup nak kenang.

Tak semua makabah kejam. Ak dulu2 pun pikir makabah nak jual aku ke apa mintak smpai 20k. Rupa2nya permintaan diaorang tu bersebab.

Untuk korang yang rasa marah sebab makabah minta hantaran tinggi2 tu. Aku doakan supaya makabah korang ada plan special untuk korang. Insya’allah dipermudahkan urusan perkahwinan semua orang. Fatin via KREDIT IIUM.

via OhKisahnya

‘Saya Selalu Minta Maaf Pada Isteri Sebab Tidak Mampu Belikan Dia Apa-Apa’. Ini Lah Baru Dikatakan Isteri Solehah !!!

‘Saya Selalu Minta Maaf Pada Isteri Sebab Tidak Mampu Belikan Dia Apa-Apa’. Ini Lah Baru Dikatakan Isteri Solehah !!! | Saya nak kongsi kisah saya dengan isteri. Kami sudah 7 tahun berkahwin dan dikurniakan 6 orang anak. Isteri saya ini cantik, comel, manja, pandai memasak dan pandai menjaga hati saya serta menghormati saya sebagai suami.


Dulu saya susah, pernah diberhentikan kerja. Saya hanya mampu memberi isteri makan telur dengan kicap sahaja. Pernah sekali di mana selama sebulan kami makan ikan kering, telur kicap sahaja. Tetapi isteri tidak pernah mengeluh.

Jiran-jiran beli barang kemas baru, isteri tak pernah bersuara apa-apa pun. Jiran dapat shopping baju baru, isteri relax saja dan tak pernah merungut apa-apa tentang kesusahan yang dia alami.

Kami sama-sama mencari kangkung di parit pun, dia masih mampu ketawa terbahak-bahak sebab dia cari kangkung sampai tergolek-golek dalam parit. Hahaha! Lawaklah si comel saya ini. Sayang betul pada dia, satu-satunya perempuan yang sanggup susah senang bersama saya.

Saya selalu minta maaf pada isteri sebab tidak mampu belikan dia apa-apa. Tetapi dia sentiasa bisikkan ke telinga saya. “Selagi saya hidup, saya akan menjadi pendamping abang walau sesulit mana,” katanya.

Kami dikurniakan anak kembar dua. Alhamdulillah, semakin lama rezeki kami semakin bertambah. Kini hidup saya dan keluarga lebih senang, ada perniagaan sendiri. Tidak lupa juga saya sentiasa membawa si comel iaitu isteri saya yang sentiasa ada dalam susah dan senang.

Sekarang saya mampu membelikan apa sahaja yang dia teringin miliki dari dulu. Saya selalu berikan dia hadiah, kerana dia banyak berjasa kepada saya. Paling saya nak beri kepada dia adalah seutas gelang emas yang saya tahu dia sangat mengidamkannya.

Tidak lupa juga saya berikan seutas gelang emas yang sama kepada wanita yang hebat juga dalam hidup saya iaitu ibu saya.

Saya bawa mereka pergi bercuti bersama anak-anak. Saya peluk mereka dengan erat kerana merekalah pendamping terhebat dalam hidup saya. Saya sayang si comel saya.

Kepada para suami di luar sana, hargailah isteri dan anak yang banyak berkorban dalam hidup anda. Besar pengorbanan mereka, hormatilah ibu dan isteri kerana isteri juga seorang ibu. Jangan lupa juga pada ibu yang melahirkan kita. KREDIT kakishare

The post ‘Saya Selalu Minta Maaf Pada Isteri Sebab Tidak Mampu Belikan Dia Apa-Apa’. Ini Lah Baru Dikatakan Isteri Solehah !!! appeared first on BACA VIRAL.
via OhKisahnya

Kenali 11 Jenis Mimpi Bersetubuh Dan Ketahui Maknanya



Ramai orang berkata mimpi adalah mainan tidur dan berkata kadang mimpi adalah salah satu tanda awal atau kelanjutan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Tidak sedikit sebenarnya orang yang menjadikan mimpi sebagai teori meramal apa yang berlaku di pendepan hari.
Merujuk kepada tajuk ‘mimpi tentang bersetubuh” tentu setiap orang mengalami hal ini terutamanya remaja yang baru menginjak alam dewasa.
Dalam mimpi bersetubuh ada bermacam macam jenis,ada yang bermimpi bersetubuh dengan rakan,artis ,pasnagan curang ,kena rogol,bahkan bersetubuh dengan saudara kandung,dan lain lain.
Dr.Susan Block,adalah Seorang pakar pernah mengeluarkan teori yang mengatakan”walaupun seluruh badan kita rehat ketika tidur tidak bermakna nafsu anda juga berehat.
Mimpi adalah suatu alam dimana kita berada di dalamnya dengan keadaan separuh sedar untuk mengeluarkan apa yang sedang membelenggu hidup kita.
Tidak semua mimpi seks pertanda retaknya sebuah hubungan ia lebih menjurus kepada masalah keinginan dan harapan dalam kehidupan.
Untuk selanjutnya Berikut Adalah 11 Jenis Mimpi Bersetubuh Dan Maknanya.
1.Mimpi bersetubuh dengan bekas kekasih,suami atau isteri.
Bermimpi kepada bekas orang yang di sayang sebenarnya bukan bermakna anda masih mempunyai peluang dalam perbaikan dalam hubungan.
Jika anda telahpun berkahwin semula dan bermimpi dengan bekas kekasih itu tandanya anda takut hubungan rumah tangga baru anda mengalami nasib sama dengan yang sebelumnya.
Mimpi ini boleh juga di tafsirkan ada sesuatu perasaan yang belum sempat anda luahkan kepada bekas isteri suami atau kekasih anda,seperti permintaan maaf yang ikhlas
2.Mimpi bersetubuh dengan kenalan
Mimpi ini tidak bermakna kenalan baru adalah jodoh anda,hanya saja mungkin anda terlalu kagum dengan ciri ciri yang terdapat pada kenalan baru tersebut.
Sikap kagum anda menunjukkan anda ingin memiliki ciri ciri tersebut,sama ada untuk diri anda sendiri atau kepada pasangan anda.
3.Mimpi bersetubuh dengan saudara kandung
Mimpi yang dikategorikan mimpi buruk dan menjijikkan ini jarang di alami oleh individu tapi kadang kadang ia berlaku Bila sudah teruk,
Tapi jangan risau, Jenis mimpi ini sebenarnya khusus buat orang yang merajuk.makna mimpi ini adalah menunjukkan bawah saudara kandung anda merindui dan mahu anda dekat dengannya serta mahu anda meminta maaf padanya atas kesalahan yang anda buat.
4.Mimpi bersetubuh dengan lawan sejenis.
Mimpi dengan lawan sejenis”homoseksual,lesbian” adalah berkait rapat dengan keyakinan diri anda.
Bergantung bagaimana mimpi tersebut berlaku,selalunya mimpi hubungan sejenis adalah tentang menerima bahagian tubuh anda yang berasa kurang puas hati biasanya berlaku pada saiz zakar dan payudara.
Akan tetapi mimpi hubungan sejenis kepada rakan karib boleh di tafsirkan adanya perselisihan antara berdua,boleh juga sebagai adanya sesuatu yang sangat anda miliki terdapat pada rakan anda.
Jangan risau mimpi ini tidak bermakna anda seorang gay atau lesbian.
5.Mimpi bersetubuh dengan artis.
Walaupun anda memintai artis tersebut,hingga terlintas dalam fikiran kotor untuk bersetubuh dengan beliau,mimpi bersetubuh dengan artis sebenarnya lebih dari itu.
Ia lebih kepada keinginan untuk menjadi popular,kaya dan sama halnya seperti seorang artis,Jika anda mengalami mimpi seperti ini jangan berangan nak jadi kekasih artis konon memiliki pertanda jodoh kuat dari mimpi.
6.Mimpi bersetubuh dengan bos
Jenis mimpi ini sama sekali tidak bermakna anda meminati bos,atau benar benar ingin melakukan hubungan seks dengan beliau dari perasaan anda yang ragu ragu sebelum ini.
Ia lebih cenderung kepada rasa ingin tahu keperibadian bos dan mahu rapat dengannya,boleh juga situasi di tempat kerja dimana anda merasakan tidak setuju dengan idea bos tapi dipendam karena takut.
Boleh juga di tafsirkan, anda merasa jauh tertinggal dengan stail idea yang bos anda miliki dan mahu rapat dan disenangi oleh bos,faktor ini menjurus kepada mimpi bersetubuh..
7.Mimpi bersetubuh di tempat awam.
Biasanya mimpi ini akan datang apabila ada ahli keluarga rakan atau tempat sekerja membuat fitnah atau memberikan komen pedas dan mendedahkan keburukan anda kepada umum.
8.Mimpi Kena rogol
Mimpi kena rogol,cabul sebenarnya tidak memberi masalah yang besar yang mungkin anda sangka memudaratkan seperti yang di dakwa sesetengah pihak.
Mimpi ini sebenarnya berlaku apabila anda berasa kehidupan atau keyakinan diri anda terancam.
Tapi jika anda pernah dirogol sebelum ini dan bermimpi kejadian itu semula,itu memberi makna yang jauh berbeza,sebaiknya anda meminta nasihat pakar berhubung mimpi dirogol.
9.Mimpi curang dengan pasangan.
Mimpi curang dengan pasangan sehingga menjurus kepada hubungan seks boleh di sebabkan faktor berikut.
-Anda terpaksa berkompromi dengan prinsip hidup dan maruah anda.
-Anda juga telah menemui situasi di mana anda terpaksa menipu dan tidak berlaku jujur Kepada pasangan.
-Cuba meneroka jenis seks yang anda sukai.
10.Mimpi pasangan curang
Mimpi pasangan curang atau bermain kayu tiga hingga melakukan hubungan seks sebenarnya lebih Straight Forward berbanding dengan mimpi curang dengan pasangan.
Mimpi ini akan berlaku apabila anda memiliki perasaan takut ditinggal pasangan,atau apabila pasangan kurang memberikan perhatian pada anda.
Mimpi pasangan curang juga boleh berlaku sekiranya anda risau sama ada pasangan anda beleh diharapkan untuk memikul tanggung jawab di masa hadapan.
11.Mimpi bersetubuh bersama kekasih rakan.
Jenis mimpi ini boleh berlaku sekiranya anda mengagumi ciri ciri yang di miliki oleh kekasih rakan anda,jangan risau anda hanya sekedar mengagumi dan ingin sekali memiliki ciri ciri yang sama.
Mimpi ini juga boleh di tafsirkan bahwa anda ingin sekali memiliki pasangan seperti kekasih rakan anda.
Nota eberita.org: Tujuan pihak eberita mengongsikan info ini adalah supaya anda tidak terlalu cepat meletakkan rasa curiga kepada pasangan dan meletakkan mereka di kotak kesalahan kononnya mimpi yang anda alami adalah suatu pertanda bahwa mereka melakuakan sesuatu dibelakang anda tanpa  anda ketahui seperti hubungan gelap.

via OhKisahnya

(DIKECAM) Penampilan Mengejutkan Zila Seeron Yang Kini Buka Tudung, Warna Rambut Blonde

(DIKECAM TERUK) Penampilan Mengejutkan Zila Seeron Yang Kini Buka Tudung, Warna Rambut Blonde


Bekas isteri kepada Along Cham sekali lagi mencuri perhatian ramai.

Beberapa hari lalu, Zila Seeron telah memuat naik gambar terbarunya di Instagram.

Yang mengejutkan, Zila kini tampil tanpa tudung menyebabkan gambar tersebut telah menjadi perbualan orang ramai.

Ini antara komen dari orang ramai:

"Alahai. Sedihnya. Dah elok bertudung, dibuka pula tudungnya. Semoga mendapat hidayah. Amin.

"Aduhaii.... kenapa buka tudung tu, kan elok pakai tudung.


Ini pula antara kecaman yang diterimanya:

"Akak buka tudung mcm minah rempit lahhhh 

"Standard la guys dunia retis nih penuh dengan FAKERS tudung tu dah macam mainan dah pakai pas tu campak hakha hipokrit

"Sayang....kesilapan dulu tak merubah awak jadi lebih baik...tapi jadi lebih pelik

Selain itu, memang ramai yang menhentam dan juga mengecam tindakan bekas isteri Along ini setelah pernah keluar TV mengatakan sdang berusaha untuk berubah setelah ditangkap dengan suami orang.

Diharapkan Zila Seeron dapat hidayah satu hari nanti.

Ini gambar terkininya:




TAKSUB Dengan Jus Kesihatan Ini..Doktor Dedah 5 Kes Penyakit Yg Paling Kerap Berlaku !!!

TAKSUB Dengan Jus Kesihatan Ini..Doktor Dedah 5 Kes Penyakit Yg Paling Kerap Berlaku !!! |Lambakan jus-jus kesihatan yang dijual di pasaran yang tidak dapat dibuktikan tahap keberkesanan produk tersebut ternyata menimbulkan keraguan. Apatah lagi ianya melibatkan kesihatan tubuh badan.

Doktor ini berkongsi beberapa kisah berdasarkan pengalaman dirinya merawat pesakit yang ‘terpedaya’ dengan iklan jus kesihatan sehingga memilih untuk tidak mendapatkan rawatan dari pihak doktor.

Kredit : Erna Nadia

P.S. 1 – Murid Kanan Bruce Lee Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dato’ Meor Tumpaskan Bruce Lee !!!
P.S. 2 – 3 Pulau Ini Muncul Semula Setelah Hilang 10 Tahun Semasa Tsunami 2004, Lihat Apa Yang Ditemui Di Pulau Itu Pasti MEMERANJATKAN !!!
P.S. 3 – Ini Tips Paling Mudah Check Harga Flight Murah, Confirm Senang Nak Rancang Holiday !!!
P.S. 4 – Selfie Ini Nampak Biasa Bila Sekali Pandang. Tunggu Sehingga Anda Lihat Kali Kedua !!!
P.S. 5 – Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!

The post TAKSUB Dengan Jus Kesihatan Ini..Doktor Dedah 5 Kes Penyakit Yg Paling Kerap Berlaku !!! appeared first on BISKUTMANIS.

Tuesday, 31 January 2017

Ramai Tak Tahu Ada Banyak Cara Nak Keluarkan Wang KWSP, Berikut Adalah 16 Cara Pengeluaran KWSP Yang Wajib Anda Tahu


Ramai antara kita tertanya-tanya boleh keluarkankah duit KWSP kita? adakah hanya untuk belian rumah dan selepas umur 55 tahun semata-mata.

Sebenarnya terdapat banyak cara untuk anda keluarkan wang berkenaan dengan walaupun belum mencapai umur yang ditetapkan.

Berikut adalah 16 cara pengeluaran wang KWSP anda yang perlu anda ketahui.

















Sumber: Zadaar Academy

Siakapkeli.my

Bekas Suami Tiada Respon, Tak Hadir Majlis Aqiqah Anak - Elly Mazlein

Bekas Suami Tiada Respon, Tak Hadir Majlis Aqiqah Anak - Elly Mazlein


Elly Mazlein telah mengadakan majlis aqiqah untuk anak perempuannya, Putri Sara Sefhia dan ianya berlangsung dengan meriah sekali.

Namun yang mencuri perhatian adalah apabila bekas suaminya yang juga ayah kepada anak perempuan tersebut iaitu Azmi Hatta alngsung tidak kelihatan.

Elly tampil menjelaskan hasrat untuk mengadakan majlis tersebut dirancang oleh bekas suaminya namun sehingga anaknya yang kini sudah berusia 11 bulan, tiada perkembangan atau respon mengenai rancangan itu.

Dikatakan, Elly menguruskan majlis tersebut bersendirian denagn bantuan dari ramai pihak.

Penyanyi dan pelakon ini ada maklumkan kepada bekas suaminya melalui laman sosial Instagram namun tiada respon yang diterima.

Ini komennya:

“Dia sendiri tidak menghadirkan diri di majlis ini. Saya sudah memaklumkan menerusi laman sosial Instagram. Sepatutnya dia tahu mengenai perkara ini tetapi tiada sebarang respon dari bekas suami,”

Menerusi perkongsian di laman Instagram, majlis aqiqah tersebut diraikan dalam keadaan meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan beberapa rakan artis.
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close