Pelakon popular Syafiq Kyle kini sedang diduga dengan kontroversi di bulan Ramadhan ini.
Penyebaran video itu bernar-benar membuat kan nama Syafiq Kyle menjadi buruan orang ramai.
Kini Syafiq telahpun memberi kenyataan tentang perkara itu yang mana dia tidak mahu terus membincangkan video berkenaan secara terus dan mahu ianya ditamatkan segera.
Isu ini yang hanya boleh menjejaskan tumpuannya dalam bidang lakonan.
Menerusi satu sidang media khas yang diadakan semalam bersama rakan media, pelakon ini memilih untuk tidak mengulas secara terperinci isu kontroversi yang melanda.
Pihak pengurusan Syafiq akan membantunya untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara profesional.
Kisah ini bukan sahaja memberi impak kepada dirinya, malah ianya turut memberi kesan buat keluarga.
Melalui Media Hiburan, Syafiq akui perkara ini bukan satu benda yang bagus dan sememangnya keluarga akan turut terkesan.
Ini kenyataan Syafiq Kyle:
"Apa pun benda tersebut, ia adalah benda yang tidak elok. Kenyataan yang keluar mengenai anak mereka misalnya saya berlakon, dapat terlibat dalam drama yang bagus dan sebagainya. Dan kemudian, kenyataan yang sama keluar menerusi medium sama tetapi ia sesuatu benda yang buruk pula. "Sudah tentu sebelum mereka jatuh, saya sudah jatuh dulu. Apa yang berlaku adalah di luar pengetahuan mereka pun. Jadi tentunya mereka perlukan penjelasan daripada saya sendiri"
Namun, walaupun perlara ini berlaku, Syafiq meluahkan rasa syukur dan bangga kerana dia mempunyai keluarga yang banyak memberikan semangat di waktu susah sebegini.
"Saya bangga kerana ada keluarga yang sokong, sayangkan anaknya. Mereka merupakan support system saya yang ‘paling A’ ketika ini. Kalaulah tidak ada mereka, rasanya saya sendiri tidak akan hadir di sidang media." "Rasa tiada semangat untuk datang" "Tapi tipu kalau saya tak cakap benda ni akan memberi kesan kepada live mereka. Jadi saya kenalah bangun untuk tunjuk kepada mereka mengenai perkara yang lebih baik daripada ini. Sekurang-kurangnya sesuatu yang bagus"
Ditanya adakah keluarga terutama ibu bapanya menangis apabila mengetahui isu tersebut mulai diperkatakan, pelakon berusia 26 tahun ini menjawab;
"Rasanya dia (keluarga) menangis dulu sebelum dia jumpa saya…"
Semoga Syafiq Kyle sekeluarga tabah dengan dugaan di bulan Ramadhan ini. Mungkin ada hikmahnya.
Nama sebagai seorang artis sudah tentu banyak pengaruhnya. Pengaruh yang kuat ini mempu menarik publisiti dan juga membolehkan seseorang artis itu untuk mempromosikan sesuatu.
Tetapi kadangkala, populariti yang di raih oleh seseorang artis itu boleh disalah gunakan oleh sesetengah pihak yang suka mengambil kesempatan.
Ini yang berlaku kepada pelakon popular Sharifah Sakinah.
Semalam menerusi satu entry di laman IG miliknya, pelakon ini telah meluahkan perasaan menyatakan rasa tak puas hati dengan ada pihak yang menyalah ertikan perkongsiannya.
Sharifah Sakinah terkilan apabila ada agen penapis air Cuckoo yang mencuri gambarnya untuk mempromosikan produk berkenaan.
Ini luahan dari Sharifah Sakinah:
Hello Semua!
In my previous video, if you guys noticed I was in sister's house for iftar and I just happened to stand beside a Cuckoo machine to explained the importance of drinking 8 glasses per day. That's all. I repeat, I just happened to stand beside a Cuckoo machine. It's not my house, I'm not using it nor promoting it. So please to all agents of Cuckoo stop abusing and stealing my video/pic and claimed that I'm promoting your product. Just stop please. It's unethical. Thank you. "Dalam video sebelum ini, kalau kalian perasan, saya berada di rumah kakak saya untuk berbuka dan kebetulan saya berada di sebelah mesin Cuckoo untuk menjelaskan kepentingan minum 8 gelas sehari. Itu sahaja. itu bukan rumah saya dan bukan gunakannya untuk promosi. "Jadi diharap semua ajen Cuckoo hentikan curi video dan gambar saya dan buat clain mengatakan saya promosikan produk anda. Itu tiada etika. Terima kasih.
Sharifah Sakinah meminta semua agen yang menggunakan nama dan gambar nya untuk berhenti berbuat demikian.
Katanya, dia hanya prmosikan kepentinganminum air dan bukannya produk tersebut.
Anak merupakan anugerah untuk pasangan suami isteri. Kehadiran anak kecil sudah pasti menggamatkan suasana buat pasangan suami isteri.
Memang akan bertambah ceria dan meriah apabila kehadiran si kecil di dalam perubungan pasangan yang telahpun berkahwin.
Menerusi perkongsian terbaru, oleh kerana 8 tahun sudah tidak mendapat anak, pasangan pelawak Achey dan isteri kini membuat ujian dan mencari ikhtiar untuk mendapatkan anak.
Pernah meluahkan rasa terkilan apabila dia dan isteri dikatakan mandul kerana belum dikurniakan anak, Achey dan isteri kini lebih positif berhadapan isu berkenaan.
Pelawak berumur 32 tahun ini akui sudah menjalani ujian makmal bersama isterinya bagi menentukan tahap kesuburan masing-masing.
Ini videonya:
"ada angin mengatakan kami berdua mandul"
"Kami masih menunggu keputusan, kami juga sudah positifkan diri jika salah seorang daripada kami mengalami masalah. "Kami terima seadanya, banyak lagi cara lain dan teknologi yang wujud masa kini" "Cahaya mata ni penyambung warisan, saya sudah berumur 32 tahun, takan nak sekolahkan anak di usia 42 tahun." "Jadi usaha tetap ada, kalau tak dapat anak sendiri, mungkin anak angkat . Janji ada pelengkap dan penyeri dalam hidup kami Insyaallah"
Hubungan Achey dan isteri sering dilihat amat akrab di laman media sosial. Ada sahaja sakat menyakat antara kedua dua pasangan suami isteri ini.
Achey dan isterinya Anne atau Nor Hasanah Yahaya baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan ke lapan pada Isnin.
Apapun, semoga segalanya dipermudahkan buat Achey dan isteri.
Video viral yang menunjukkan individu mirip wajah pelakon Syafiq Kyle dan seroang individu bernama Mira terus menjadi bualan ramai.
Ramai tertanya-tanya adakah benar video itu merupakan Syafiq Kyle. Malah ada juga yang tertanya siapakah individu bernama Mira itu.
Para peminat dilihat mahu penjelasan daripada pelakon itu sendiri dan nak tahu siapakah gerangan individu bernama 'Mira' itu.
Ramai yang mengandaikan indvidu itu seorang maknyah kerana suaranya yang seperti 'terkepit' dibuat-buat.
Namun secara tiba-tiba ada seorang juru solek yang dikaitkan sebagai Mira.
Jurusolek artis bernama Aizat Abdul Razak turut terkena tempias dikatakan merupakan Mira dalam video itu.
Bagaimanapun, Aizat menafikan dirinya adalah individu bernama Mira dan orang yang bertanggungjawab menyebarkan video itu.
Menurutnya, tindakan segelintir pihak yang menuduhnya adalah fitnah kerana dia masih waras untuk melakukan perkara tidak berfaedah itu.
Ini tulis Aizat di laman IG miliknya:
"Mengaku je la awak dalam video tu".. Ape kejadah saya pulak yg dipersoal. "Stop la tanya soalan bukan-bukan. Suara kepit pondan semua lebih kurang sama. Tapi kalau nak diikutkan. Memang suara saya kepit pon lain sikit. Aiyooooo apa masalah mereka-mereka yang cakap saya pulak. "Mentang la kebelakangan ni saya rajin live IG dan ada “drama yg terselit”. Semakin hari semakin ramai penonton drama saya tapi ingin saya tegaskan BUKAN SAYA yang rakam atau sebarkan video tu. Kalau tak percaya buat la Voice Tracker/Test. Lain suara kepit saya. "Video tu saya dah tengok lama dah. Cuma saya tak penah simpan dan sebarkan sebab kita tak tahu kesahihan. Kalau saya la orangnya dah kenapa la saya nak aibkan diri sendiri. Gila ke apa. Orang zaman sekarang ni suka tuding jari. Benda tak sahih pon nak kongsi. "HARAP FAHAM. Jangan libatkan saya. Biar la orang yang selayaknya siasat jangan la burukkan keadaan. Semua DM saya tanya-tanya. Minta video. Saya tak ada kene mengena apatah lagi dalam penyebaran video tersebut kat twitter sebab saya tak pandai main twitter. "Bulan baik ni tak baik fitnah. Astaghfirullah. "Issue gambar parodi pon bukan saya yang plan. Itu fans account yang buat and saya cuma repost je sebab bagi saya tu cuma gurauan dan kebetulan je sebab artis tu tengah viral. Saya pon kenal camtu je pernah terserempak beberapa kali je.
"Saya harap saya dah jelaskan issue ni dan pls la bukan cara camni nk jatuhkan seseorang. Stop fitnah saya tak ada kaitan
Aizat memuat naik penjelasan tersebut menerusi laman Instagramnya dan berharap netizen berhenti menuduh dirinya sebagai dalang di sebalik penyebaran video itu.
Jurusolek popular ini turut menegaskan agar netizen berhenti melibatkannya dan biar pihak yang sepatutnya menyiasat perkara itu.
Sehingga kini Syafiq Kyle masih tidak ada membuat sebarang kenyataan.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil membalas komen dari pelakon Dira Abu Zahar.
Syed Saddiq telah tampil memberi respon balas dan membidas komen dari pelakon Dira Abu Zahar yang telah melabelkan nya sebagai Yang Budak-Budak.
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) itu dilihat telah menyindir Exco Puteri Umno itu sebagai 'lurus' kerana terlalu serius terhadap kenyataannya sebelum ini yang merupakan satu gurauan tentang penjaga gol Liverpool yang menajdi punca kekalahan pasukan itu di final Champions League.
Ini sindiran dari Syed Saddiq: "Sis ni pembaris ke? Lurus sangat. Mohon jadi pembaris juga bila menegakkan keadilan"
Memang ramai yang suka dengan balasan dari Syed Saddiq terhadap Dira Abu Zahar itu.
Namun kemudian, Dira telah membalas kembali komen Syed Saddiq di Twitter, dengan mengakui dirinya seorang yang 'lurus' dan berharap Syed Saddiq tidak bengkok.
Ini komen balas Dira: "Sis memang 'lurus'. Sis doakan awak pun lurus, jangan 'bengkok' ya".
Sebelum ini kecoh, pelakon Dira Abu Zahar telah menegur status yang dimuat naik Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila meminta penjaga gol Liverpool disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas pasukan itu kalah menentang Real Madrid di Liga Juara-Juara Eropah pagi Ahad.
Dira Abu Zahar telah mempersoalkan sama ada status itu wajar ditulis oleh seseorang bergelar Yang Berhormat (YB).
"Yang Berhormat? atau lebih kepada Yang Budak-budak"
Tindakan Dira ini telah menerima kecaman netizen yang rata-rata menganggap status yang dimuat naik Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu hanyalah satu gurauan.
Netizen turut mempersoalkan adakah jika seseorang itu seorang bergelar 'YB' perlu bersikap serius tanpa rasa jenaka sepanjang masa.
Pelakon cantik jelita Siti Saleha bercerita bahawa dia langsung tidak tertekan apabila bercerita soal cahaya mata.
Ini kerana Siti Saleha dan suaminya iaitu Ahmad Lutfi Azhar masih dalam suasana honey moon sejak mendirikan rumah tangga.
Pasangan ini telah berkahwin pada bulan Julai tahun lepas.
Menurut Siti Saleha dirinya juga mahu bermanja sepuas-puasnya dengan suami sebelum menerima kehadiran orang baru yang selalunya dikatakan pasti menambahkan lagi seri mahligai cinta mereka.
Ini komennya:
"Apabila saya melihat abang dan adik saya yang sudah mempunyai anak, kehidupan mereka bagai berubah sepenuhnya. Tumpuan dan perhatian kini perlu diberikan kepada bayi masing-masing. Bagaimanapun, kami bukanlah merancang kerana soal anak bergantung kepada rezeki. "Cuma bagi saya, sekarang kami masih lagi dalam suasana bulan madu. Malah, kami dalam perancangan untuk bercuti ke Mauritius. Berilah saya peluang untuk bermanja puas-puas dengan suami dulu,"
Bercerita mengenai kehadiran bulan puasa pula, Siti Saleha berkata, dia berasa amat teruja apabila kali pertama menyambut bulan penuh keberkatan itu sebagai seorang isteri.
Seperti wanita sudah berkahwin yang lain, walaupun sibuk, Saleha tetap akan ke dapur menyediakan hidangan untuk suami.
"Suami saya tidak begitu cerewet dalam soal makanan. Dia suka makan daging goreng kunyit, manakala saya pula gemarkan salmon panggang sebab ia senang untuk dimasak. "Janganlah ingat saya tidak mahir di dapur hanya kerana saya seorang artis. Saya juga boleh memasak kerana sejak dulu saya seorang yang berdikari. Cuma, saya tidak menayangkannya di media sosial,"
Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga, Sit iSaleha yang juga kakak kepada Sam Bunkface akan muncul dalam dua drama baharu di kaca televisyen.
Drama 'Bulan Bintang Dan Sayang' akan menemui penonton ntv7, manakala Bila Aidil Ada Fitri pula ditayangkan menerusi saluran Astro Oasis.
Pergaduhan berkaitan tabiat suspek menghisap vape dipercayai antara faktor menyebabkan lelaki itu berang sebelum mencekik Nur Alya Damia Hairi sehingga maut, malam kelmarin.
Sumber memberitahu, mangsa dan bekas teman lelakinya yang berusia 19 tahun itu, dipercayai baru berpisah beberapa minggu lalu.
Dikatakan pada malam kejadian, mereka bertemu semula pada malam itu untuk berbincang tentang hubungan mereka.
Namun kedua remaja ini telah bertengkar sehingga bekas kekasihnya itu bertindak di luar batasan.
"Ketika bertengkar di dalam kereta, mangsa dikatakan mengugut suspek untuk memberitahu ibu bapa lelaki itu mengenai perhubungan mereka, selain tabiatnya menghisap vape tanpa pengetahuan orang tuanya. "Suspek yang marah kemudian hilang kawalan lalu mencekik leher mangsa selama beberapa minit sebelum menyedari hidung mangsa berdarah dan dia sudah tidak sedarkan diri. "Lelaki itu dipercayai panik dan kemudian menolak mangsa keluar dari keretanya dan terus pulang ke rumah sewa"
Ini videonya:
Kejadian yang berlaku sekitar jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya Damia yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui seorang penduduk di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di sini, sebelum dia menghubungi polis.
Dalam tempoh 15 minit, polis telah mengesan dan menahan suspek utama yang juga penuntut KVPD di rumah sewanya di Taman PD Idaman, kira-kira satu kilometer dari lokasi mayat mangsa ditemui.
Suspek kini telah direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dari siasatan polis, mangsa keluar dari rumah sewanya di Taman Selasih selepas dijemput suspek dengan menaiki kereta Wira dan mereka dikatakan ke satu lokasi berdekatan perumahan itu sebelum pertengkaran tercetus.
Pihak polis menyiasat kes berkenaan merangkumi semua aspek dan dalam proses melengkapkan kertas siasatan.
Hari ini, Diana Danielle telah memuatnaik beberapa foto yang mencetuskan tanda tanya dari orang ramai.
Pelakon yang juga isteri kepada Farid Kamil itu dikecam teruk kerana gambar terbabit.
Gambar ini diambil ketika Diana Danielle hadir ke majlis rakannya iaitu Hanis Zalikha yang melancarkan tudung baru koleksi Cakenis di Fashion Valet petang tadi.
Dari gambar, kelihatan Diana Danielle mengenakan scarf atau tudung menutup sedikit kepalanya namun ada juga mempertikaikan bahawa baju yang dipakai tidak kena untuk orang yang mengenakan scarf di kepala yang kelihatan seperti tudung.
Mungkin niat Diana Danielle hanya untuk memakai scarf sahaja, untuk support Hanis Zalikha bukannya untuk bertudung menutup aurat namun ianya menjadi bahan para netizen.
Foto ini terus mencetuskan perbalahan di kalangan netizen yang berbahas diruangan komen.
Ini fotonya itu yang mencetuskan perbalahan:
Ini antara komen dari para followernya:
Raimi_mus: "Ya allah beri lah hidayah"
Hamzahamir: "pakai scarf ke tudung ke pakai la elok2 . orang lua ttp pandang tu as tudung sbb kau islam. lebih2 u tu celeb public figure"
Kekzaa: "aaduuhhhhh knapa mcm tu..???? not nice laaaaa"
Nurulzaherra: "Smoga dia mndpt hidayah dibln puasa"
Fauzi.nazri: "Tak kesah lah scarf ke tudung ke, tapi nampak tetap mcm tudung, netizen ni bahaya, kalau pakai betul2 apa salahnya, sebab scarf tu nampak mcm tudung dah, haish pelik akhir zaman"
Asyyrf: "Itu bukan tudung itu sampul kepala"
Itulah antara keluhan dari para netizen apabila melihat scarf yang dikenakan oleh Diana Danielle itu.
Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor akui kini sudahpun boleh tidur lena walaupun beberapa bekas rakan sekutunya kini berpaling tadah.
Datin Seri Rosmah dalam temubual khas bersama akhbar Malay Mail berkata, beliau tidak menyimpan dendam terhadap individu berkenaan yang kini menyalahkan suaminya.
Ini komennya:
"Perkara ini adalah normal dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kitaran kehidupan. "Saya tidak kisah. Saya okey. Semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu cakapkan,"
FOKUS LINDUNGI KELUARGA
Dalam laporan dikeluarkan Malay Mail, Rosmah menyatakan bahawa fokusnya sekarang adalah untuk melindungi diri serta keluarganya.
Bagaimanapun, beliau menyatakan harapan agar kehidupan mereka kembali normal secepat mungkin.
"Buat masa ini, kami menghadapi apa yang berlaku dengan baik. Lagipun, berada dalam sebuah keluarga politik, kami sudah terbiasa dengannya keadaan sebegini. "Ini adalah sebahagian ujian dan cabaran dalam politik"
DS Rosmah Mansor berkata demikian kepada portal Malay Mail yang turut ditemani peguamnya Datuk Geethan Ram Vincent dan M. Puravalen selain beberapa kenalan rapatnya.
DAH BOLEH TIDUR LENA
Dalam wawancara itu, Rosmah menyatakan bahawa kini lebih bebas melakukan apa saja termasuk tidur lebih lena.
Ini komennya lagi:
"Ini adalah kehidupan yang perlu dihadapi dan saya tidak mempunyai masalah dengannya. Saya tidak minta perkara ini berlaku namun ia kehidupan yang lebih baik apabila kini saya boleh melakukan segala apa yang saya mahu lakukan. "Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun apabila suka,"
Bagaimanapun, Rosmah berharap agar siasatan serta serbuan pihak berkausa di kediamannya dapat berakhir dengan cepat bagi dan mahu meneruskan kehidupan seperti baisa.
Selain itu, Rosmah turut meminta agar polis melayani keluarganya dengan baik sebagai warganegara Malaysia.
"Saya boleh terima semua serbuan yang dilakukan hingga awal pagi itu. Saya memahaminya. "Namun, saya percaya seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Disebabkan itu, kami mahukan layanan sebagai manusia. Hak untuk dihormati,"
Itulah kata-kata dari Datin Seri Rosmah tentang perkembangan terkininya.
Former Prime Minister of Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak has arrived in Pekan, Pahang yesterday to attend several official events.
Datuk Seri Najib, who is Pekan Member of Parliament, was seen leaving the residence in a Toyota Vellfire at 9.20 am and escorted by police vehicles.
DS Najib was scheduled to officiate the meetings of several party divisions in his parliamentary constituency yesterday.
He made his first visit to his constituency of Pekan since the general election concluded, which saw Barisan Nasional's defeated.
For your information, the support of locals here for Datuk Seri Najib who has been their MP for 42 years seems unwavering.
Najib Abdul Razak also has denied that he is stealing from the country’s coffers.
Instead, Najib believes he had been targeted due to his previous positions as Umno president and prime minister.
Datuk Seri Najib Razak told a crowd of at least 500 at the Umno building in Pekan today.
"I did not steal from the people. To topple the party, they had to target the president. They would do anything as long as my brand was destroyed."
The people of his constituency, he insisted, knew that he was neither a thief nor a crook.
"You know me, I have served here for 42 years," he said, to shouts of "We love you Datuk Seri!"
This was also the reason, he believes, why his wife Rosmah Mansor came under attack from those opposed to him.
Najib stressed that all decisions were made collectively in the cabinet as opposed to being made in his house.
"They claimed that the decisions I made must first be referred to my wife. This is nothing but slander." "I did not say that we had to wait first because I had to refer to my wife. "But because my wife has a Master’s degree and is quite in the know of things, sometimes she lets slip certain things. "But this doesn't mean that she has absolute power, I didn't practice such a thing,"
He also lamented how most Malaysians would prefer to watch "slander" on YouTube as opposed to watching the news on the country's economic advancement.
"They open YouTube, watch 'Najib does this, Rosmah does that', it's 'nice' for them. I saw that the views even reached up to 900,000. "People want to hear nonsense and slander as opposed to the truth. So the truth has been defeated by lies. "I'm hurt because of this. It's like playing football, we play fairly but those who committed fouls win,"
Ini videonya:
Malay Report
Bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad, buat pertama kali meluahkan rasa hati kepada orang ramai berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ini termasuk luahan hati tentang siasatan pihak berkuasa terhadap dirinya.
DS Najib mengakui terkilan, ralat dan terasa hati apabila kekalahan BN pada pilihan raya umum lepas bukan disebabkan pihak lawan mempunyai agenda atau dasar lebih baik, sebaliknya mendakwa ia disebabkan kempen memburukkan beliau atas kapasitinya sebagai pemimpin.
Beliau mendakwa penyelewengan fakta seperti dakwaan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan teruk dan negara hampir bankrap ditambah dengan pelbagai janji manis pihak lawan juga antara penyebab kekalahan BN.
Datuk Seri Najib juga menambah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menajdi sasaran yang difitnah kononnya mencampuri urusan dan menentukan keputusan dibuatnya.
Sedangkan, menurut Najib semua keputusan melibatkan pentadbiran negara atau parti diputuskan pada mesyuarat Kabinet atau pun Majlis Tertinggi parti.
Walaupun sedih dengan kekalahan itu, Datuk Seri Najib menerima keputusan yang dibuat rakyat dan menyerahkan kuasa dengan baik.
Kata bekas Perdana Menteri Malaysia ini, luahan hatinya itu dibuat di Pekan, kerana penduduk di sini mengenali dirinya yang sudah 42 tahun berkhidmat di daerah ini, tempat bermulanya karier beliau dalam arena politik.
Bekas penyampai radio Hot FM Terengganu dan juga radio Manis FM, Mohd Rafly Rahamat telah disahkan meninggal dunia semalam.
Mohd Rafly Rahamat dilaporkan meninggal dunia kira-kira sekitar jam 7.00 malam semalam di Kediamannya di Kuantan, Pahang.
Pemergian penyampai radio berusia 32 tahun itu dimaklumkan oleh bekas rakan sekerjanya, penyanyi Bienda Razli sebentar tadi.
Beberapa bulan lalu, keadaan arwah yang pernah bertugas sebagai penyampai radio Hot FM Terengganu dilaporkan tenat.
Ini dikatakan ekoran dia menghidapi penyakit misteri sejak beberapa bulan lalu.
Mohd Rafly sebelum ini dimasukkan ke hospital April lalu setelah hilang selera makan, lalu mengakibatkan berat badannya turun secara drastik.
KOMEN TEMAN RAPAT
Sementara itu, rakan baik Allahyarham, Muhammad Saifuddin Rashid atau El memberitahu Rafly menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman keluarganya di Kuantan, Pahang.
El turut memberitahu, dia bersama beberapa orang rakan sempat menziarahi arwah di rumahnya pada tengah hari tadi dan tidak menyangka itu adalah pertemuan terakhir dengan sahabatnya itu.
"Sayu saya melihat keadaan Rafly yang nazak selain fizikalnya yang terlalu kurus. "Ketika kami meminta izin untuk pulang dia seolah-olah tidak membenarkan kami balik dan minta kami berada di sisinya. "Terkejut juga apabila mendapat perkhabaran Allahyarham meninggal dunia tetapi Alhamdulillah kami sempat bertemu dengannya buat kali terakhir,"
Dalam pada itu, El memberitahu, Rafly sebenarnya baharu sahaja dibenarkan keluar daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan selepas terlantar sejak April lalu.
Bagaimanapun katanya, dia sendiri tidak dapat memastikan apakah penyakit sebenar dihadapi oleh Rafly namun dipercayai terkena penyakit misteri.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman
Nik Omar Nik Aziz, anak kepada bekas Musyhidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, mendakwa beliau tidak lagi dibenarkan menjadi imam dan menyampaikan kuliah di Masjid Tok Guru.
Ini berikutan keputusannya untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu sekaligus telah dipecat dari ahli PAS.
Nik Omar telah tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan.
Beliau berkata, begitulah harga yang perlu ditanggung olehnya apabila pihak keluarganya sendiri sudah membuat keputusan terbabit.
Katanya, selain menjadi imam, beliau sepatutnya menggalas tanggungjawab menyampaikan kuliah Maghrib setiap malam Rabu dan Khamis, serta waktu Subuh pada Jumaat, iaitu hasil pembahagian tugas adik beradiknya secara tidak rasmi selepas pemergian bapanya, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Ini kenyataan dari Nik Omar:
"Cuma Subuh (pagi) tadi, adik ambo (saya), Nik Abduh terus menjadi Imam dan memberi kuliah. Selepas itu dia bersalam (dengan saya), cumo ambo kata tidak apakah bersalam, tidak najis ke ambo? "Dia (Nik Abduh) kata ini keputusan keluarga. Jadi ambo tidak dibenar menjadi imam dan bagi kuliah di situ. Bermakna ini harga yang terpaksa ambo tanggung. "(Apapun), apabila saya pergi (menyertai PH), tidak akan undur ke belakang,"
Ini videonya:
Itulah yang dikatakan olehnya ketika berucap pada Kuliah Pagi Jumaat di Wisma Tok Guru, di sini, hari ini.
Beliau hanya berucap selama 10 minit pada kuliah yang dihadiri lebih 100 penduduk kerana kepenatan dan sukar untuk memberi tumpuan sebelum diserahkan kepada penceramah lain.
Ianya telah direkodkan secara langsung di laman Facebook Husam Musa.
Sementara itu, Nik Omar yang juga bapa kepada lima anak itu dan juga pengetua Madrasah Darul Anuar itu berkata, faktor beliau menyertai PH apabila melihat negara ini dipimpin pemimpin yang zalim dan memerah harta rakyat melalui duit negara.
"Sebab itu kita nak tukar (kerajaan Persekutuan), kita kesian kepada rakyat, terutama di kampung kerana sudah puluhan tahun berada dalam menderita,"
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jawapan apabila ditanya tentang soalan serbuan yang dibuat ke atas rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Tun Mahathir mendakwa beliau tidak dimaklumkan tentang serbuan yang dilakukan pihak polis di beberapa kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang bermula malam semalam.
Perdana Menteri berkata, serbuan itu dipercayai dilakukan selepas polis mempunyai alasan kukuh untuk menyiasat kediaman Najib di Taman Duta dan di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.
Ini kenyataan Tun Mahathir:
"Polis ada SOP, standard of procedure"
"Saya pun tak dapat maklumat (mengenai serbuan). Ini kerja polis. "Saya percaya serbuan ini dilakukan kerana polis mempunyai cukup alasan untuk melaksanakannya. "Kita beri tugas kepada polis untuk menyiasat semua kes jenayah tanpa mengira siapa yang terbabit dan terpulang pada mereka yang menjalankan penyiasatan (untuk bertindak),"
Ini sedikit sedutan video jawapan Tun M:
Tun Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya, Selangor.
Beliau mengulas serbuan polis di kediaman Najib dengan lebih 15 kenderaan dan trak polis masuk ke pekarangan rumah bekas Perdana Menteri itu di Taman Duta, jam 10.15 malam semalam.
Sementara itu, puluhan anggota dan beberapa pegawai kanan Bukit Aman turut kelihatan di kediaman peribadi Najib di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.
Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu pemberita awal pagi ini bahawa beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman itu.
Peguam juga menyatakan pihak Najib sentiasa memberi kerjasama yang abik denagn pihak polis.
Ini merupakan satu berita tentang kes polis menyerbu kediaman bekas Perdana Menteri Najib Razak.
Dikatakan sebuah peti besi ditemui anggota polis dari Bukit Aman di tingkat satu rumah Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi laporan portal Malaysia Kini, peti itu masih gagal dibuka walaupun diusahakan sejak pagi tadi.
Ianya disahkan oleh peguam kepada Datuk Seri Najib, Datuk Harpal Singh Grewal.
Kata Harpal Singh, anak guamnya (Najib Razak) tidak memiliki kunci kepada peti besi berkenaan dan ia tidak dibuka-buka sejak 20 tahun lalu.
Ini kenyataan peguam Najib Razak:
"Pada kira-kira jam 8.30 pagi, beberapa anggota polis memasuki sebuah bilik di tingkat satu dan memutuskan untuk menggerudi sebuah peti besi yang terkunci selama dua dekat apabila anak kuncinya tersalah letak. "Penggerudian berlanjutan walaupun sekarang sudah lebih jam 5 petang dan memang tidak ada ketenangan di kediaman beliau (Najib),"
Ini videonya:
Menjelaskan perkembangan siasatan di kediaman bekas perdana menteri itu Harpal Singh memberitahu seramai 50 hingga 60 anggota serta pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman tiba di kediaman Najib kira-kira jam 10 malam semalam.
Mereka kemudian mengawal persekitaran premis itu serta memaklumkan mahu melakukan penggeledahan.
Katanya Dato Seri Najib bersetuju memberi kerjasama penuh dan membenarkan polis menjalankan kerja mereka.
"Anggota polis itu berpecah kepada beberapa kumpulan dan melakukan pemeriksaan di seluruh kediaman anak guam saya dan membuka beberapa kotak mengandungi barangan peribadi yang kemudian dibungkus dan dibawa dari kediaman rasminya. "Pencarian itu berterusan sehingga kira-kira jam 5 pagi apabila tiga kotak berisi barangan peribadi serta beg tangan serta pakaian dibungkus dalam beberapa kotak sebelum dibawa pergi oleh polis,"
Harpal Singh menjelaskan polis memberitahu mereka akan beredar dari rumah itu selepas siap membungkus kotak terakhir.
Kira-kira jam 5 pagi kata peguam itu masih ada beberapa anggota polis di luar rumah Najib sehingga beberapa jam kemudian.
Selepas itulah katanya mereka menemui peti besi berkenaan.
Menurut Harpal Singh ketika ini Najib keletihan, terganggu dan sedang berehat.
"Bagaimanapun polis tidak menyoal siasat beliau," katanya lagi.
Sementara itu pihak polis tidak menemui sebarang bahan yang penting dan tiada dokumen diambil.
Harpal Singh juga menyatakan bahawa waran penggeledahan yang diperolehi oleh pihak polis adalah tentang dengan isu antipengubahan wang haram.
Penggeledahan yang dilakukan di premis terbabit serta pelbagai barang yang dirampas dan penggerudian peti besi lama mungkin menyebabkan gangguan kepada Najib, keluarganya serta penghuni lain di kawasan berkenaan.
Katanya ia juga memberikan imej buruk kepada Najib.
"Lebih penting serbuan dijalankan itu berlaku pada bulan Ramadan dan Najib, keluarga serta kakitangannya dinafikan daripada hak mereka untuk beribadat menjelang berbuka pada hari pertama puasa,"
Menurut Harpal Singh lagi Najib sudah menyatakan kesanggupannya memberikan kerjasama penuh kepada pihak yang berkenaan namun berlaku gangguan berterusan selama hampir 18 jam ini serta tiada hasil yang bermakna,.
Sejak kebelakangan ini, ada desas desus mengatakan hubungan rumahtangga antara pelakon Nazim Othman dan Bella Dally sedang dalam keadaan goyah.
Namun, Nazim ketika ditanya wartawan mStar Online mengatakan hubungan mereka baik-baik sahaja.
Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram, pelakon Nazim Othman telah mengesahkan bahawa perkahwinan mereka telah berakhir.
Ini perkongsiannya:
"Saya dengan rasa berat hati dan dikacita ingin memaklumkan bahawa, di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella Dally telah berakhir. "Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas doa yang baik untuk kai selama ini.
Ternyata ini satu pengumuman yang amat mengejutkan ramai. Para peminat dilihat memberi ucapan takziah dan bersedih di atas berita ini.
Pasangan ini telah bernikah pada bulan September 2016 di Hotel Promanade, Kota Kinabalu, Sabah
Apapun takziah diucapkan buat kedua-dua selebriti ini. Semoa terus move on dengan kehiduan masing-masing selepas ini.
Telah pun rasmi bahawa Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah pun diberi mandat untuk memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia selepas kemenangan di Pilihan Raya Umum 14 baru-baru ini.
Sememangnya isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ini mencatatkan sejarah sebagai Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama yang dilantik di negara ini.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah sebenarnya amat aktif di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan juga Twitter.
Yang menarikanya, melalui satu laporan Sinar FM, di laman media Instagram, rupanya Datuk Seri Dr. Wan Azizah hanya follow seorang sahaja artis di Malaysia.
Selebriti yang Datuk Seri Dr. Wan Azizah follow ialah pelawak popular Jep Sepahtu.
Jep Sepahtu merupakan antara satu-satunya selebriti di Malaysia yang Datuk Seri Dr. Wan Azizah ikuti menerusi laman sosial, Instagram.
Jika anda lihat di bahagian ‘Following’ Instagram Timbalan Perdana Menteri Malaysia kita, hanya 46 akaun Instagram yang beliau ikuti dan rata-ratanya hanyalah tokoh-tokoh politik.
Memang tak sangka Datuk Seri Dr. Wan Azizah merupakan peminat Jep Sepahtu.
Ini respon Jep Sepahtu tentang hal ini:
"Alhamdulillah saya sangat-sangat gembira. Cuma macam tak percaya takut Timbalan Perdana Menteri Malaysia tertekan follow (tak sengaja). Apatah lagi saya sangat mengagumi ketabahan dan kesabaran yang dimiliki oleh beliau"
Selain itu, Jep Sepahtu turut meluahkan rasa gembira di atas pembebasan suami kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini.
Ini tulis Jep:
"Izinkan kami tumpang kegembiraan ini. Syukur Ya Allah. Air mata gembira. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Teruskan berdoa untuk Malaysia yang lebih baik."
Ini videonya:
Semoga segalanya dipermudahkan untuk mereka yang memimpin kerajaan baru ini.
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Adira Suhaimi diatas satu berita yang cukup menggembirakan.
Adira telah disahkan hamil lagi untuk anak kedua selepas lebih setahun melahirkan anak pertama.
Suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra disapa Dato Red telah mengesahkan isterinya itu hamil lima bulan.
Ahli perniagaan ini membuat kenyataan setelah satu gambar Adira yang dimuatnaik olehnya jelas kelihatan baby bump.
Ini fotonya:
Dato Red berkata, penyanyi berkenaan dijangka akan melahirkan bayi tersebut pada September tahun ini.
Ini komen Dato Red:
"Alhamdulillah, rezeki Allah... Adira hamil lima bulan anak kedua kami. Kalau ikutkan anak ke lapan sayalah. "Kira tahun ini saya dapat dua cahaya mata daripada isteri pertama dan kedua,"
Dalam pada itu, Dato red ada menyatakan hasrat mempunyai ramai anak itu mengakui menyasarkan 20 cahaya mata.
Ini pendedahannya:
"Saya suka anak ramai sekarang hendak masuk lapan orang, lagi 12 oranglah kalau diberi rezeki,"
Tentang kegiatan seni Adira, Dato Red menyatakan, dia tidak melarang selagi ia tidak memudaratkan kesihatan Adira.
"Dia masih boleh terus bekerja jika ia tidak menjejaskan kesihatannya,"
Adira berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Pasangan ini menimang cahaya mata pertama diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017.
Dato Red mempunyai isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali Datin Red mempunyai empat orang cahaya mata.
Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20-an dan berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 19 tahun dan 14 tahun.
Ini anak-anak Dato Red:
- Bekas isteri (dah cerai) : 2 orang
- Datin Red : 4 orang
- Adira : 1 orang
Apapun semoga urusan Adira mengandungkan anak pertama ini sentiasa dipermudahkan.
YB muda dari parlimen Muar iaitu Syed Saddiq, 25 tahun kini menjadi viral dan begitu popular terutama di kalangan para remaja.
Kehebatannya menjadi pemimpin dan memperjuangkan misi nya telah membuatkan ramai melahirkan rasa kagum terhadap anak muda ini.
Sememangnya Syed Saddqi boleh diangkat sebagai idola terbaru untuk para belia di luar sana.
Populariti yang diraih oleh Syed Saddiq membuatkan dia dijemput tampil di program hiburan MeleTop yang diacarakan oleh Neelofa dan juga Nabil Ahmad.
Ketika di awal kemunculannya, Nabil Ahmad ada bergurau dengan YB Syed Saddiq dengan mengatakan ad yang memanggilnya dengan nama Sadiq Segaraga.
Lawak Nabil ini disambuat dengan gelak tawa dari para penonton dan juga Syed Saddiq sendiri.
Jika anda tak ingat, Sadiq Segaraga ialah nama watak dalam filem P.Ramlee iaitu 3 Abdul.
Watak ini dilakonkan oleh Ahmad Nisfu dan amat popular.
Ini videonya:
Menerusi video ini, Syed Saddiq ada berbicara tentang matlamat dan visi orang muda di Malaysia.
Selain itu Syed Saddiq juga berbicara tentang Tun Mahathir dan katanya Tun M amat aktif dan baginya Tun M umpama seseorang yang baru berumur 30 tahun lebih sahaja.
Tun Mahathir sebenarnya seorang yang kelakar dan juga amat aktif dengan sering menunggang kuda.
Sememangnya Syed Saddiq adalah orang muda yang dicari-cari untuk menjadi pemimpin belia yang baru dan semoga segala urusannya dilancarkan.
Sedikit imbasan tentang beliau yang menjadi viral baru-baru ini, sebelum ini, ada isu melanda Syed Saddiq yang mana dia dikatakan sudah berpunya namun pemimpin berasal dari Johor ini mnafikannya.
Syed Saddiq akui masih single dan ada berseloroh segala urusan teman wanita harus mendapat restu dari ibunya terlebih dahulu.
Pelakon popular Datuk Fizz Fairuz diminta megulas tentang ada sesetengah pihak yang sering mengata bentuk badan isterinya Almy Nadia.
Fizz dikatakan enggan mengambil peduli kata-kata netizen mengenai bentuk badan isterinya.
Pelakon ini juga berkata dia mahu isterinya itu mengamalkan sebarang diet dengan cara yang betul.
"Badan Amy memang naik sebab rangka dia besar. Sebelum kahwin berat dia dalam 52 kilogram dan masa pertama kali hamil berat dia jadi 98 kilogram. "Bila nak turun tu ambil masa. Dia pernah mencuba kurus tapi saya kata tak payahlah. Kalau nak diet tu dengan cara yang betul. "Kalau makan pil boleh kurus tapi nanti lemak berkumpul di jantung jadi bahaya. Biarlah macam ni, orang nak cakap apa pun janji dia sihat,"
Fizz atau namanya Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 39 tahun, dia tidak akan mendesak Almy Nadia untuk menguruskan badannya kerana amat faham bahawa isteri tercinta itu sibuk menguruskan anak-anak.
Malah kini Almy juga sedang hamil anak ketiga.
"Kalau kita desak, nanti dia pula tertekan. Nak jaga anak lagi, masa tak cukup. Saya nak mengambil pembantu rumah, dia tak nak. "Takut orang pukul ke buat apa-apa ke. Dia nak jaga sendiri. Masa dia pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari menguruskan rumah. Selepas itu bersama anak-anak. "Kalau dia nak turunkan berat badan, tunggu bayi ketiga lahir dahulu dan anak-anak dah besar sikit,"
Berbicara tentang kehamilan terbaru isterinya, Fizz memberitahu isterinya mengalami alahan kehamilan awal yang berbeza daripada sebelum ini.
Kali ini, Almy menjadi seorang yang pemalas untuk berhias dan bersiap.
"Kehamilan kali ini memang berbeza daripada sebelum. Dia jadi malas nak bersiap dan berhias. "Kalau sebelum ini, dia suka nak bersolek. Mungkin perubahan awal sebab kandungannya dia pun baru masuk enam minggu,"
Fizz dan Almy mengumumkan bakal menimang anak ketiga menerusi laman Instagramnya pada 2 Mei lalu.
Pasangan selebriti ini telah berkahwin pada 26 April 2014.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 3 tahun dan Nur Aurora, 2 tahun.
Perkahwinan Ziana Zain dan suami kini sedang dilanda badai.
Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya penyanyi ini mula bercerita tentang masalah rumah tangganya.
Ziana ditemui selepas sebutan kes perceraiannya dengan suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, di Mahkamah Syariah Shah Alam, hari ini.
ARMIN TAK MENGAKU SALAH
Pada sesi berasingan pada sebelah pagi, Armin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini atas pertuduhan pindaan sengaja menyebabkan luka dan lebam pada anak lelaki mereka, Februari lalu.
Armin membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.
Mengikut pertuduhan pindaan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan luka dan lebam ke atas anak lelaki berusia sembilan tahun dengan menggunakan rotan di bahagian tangan.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, antara jam 8 malam hingga 10.30 malam 24 Februari lalu.
ANAK TRAUMA
Mendirikan rumah tangga pada Mei 1998, Armin dan Ziana dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
Pada 3 April lalu, Ziana memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam selepas Armin dikatakan enggan melepaskannya secara baik.
Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zin mengaku sedih apabila anak-anak meluahkan perasaan termasuk gembira tidak lagi tinggal serumah dengan bapa mereka.
Trauma dan tertekan dengan kemelut rumah tangga dihadapi ibu bapa, semua anak penghibur terkenal, Ziana Zain mengikuti rawatan psikiatri.
Mendedahkan perkara itu, Ziana berkata, dia membawa keempat-empat anaknya mendapatkan rawatan psikiatri atas nasihat doktor selepas melihat mereka murung dan tertekan.
Tambah Ziana, anak-anak menjadi takut sehingga enggan makan sekali selain bimbang dimaki termasuk ketika berada di khalayak ramai.
"Salah seorang anak terpaksa mendapat rawatan dan dirujuk ke psikitri selepas menghidapi simptom kemurungan sejak umur 14 tahun,"
"Anak-anak ada yang suka berdiam dan bersendirian... Mereka trauma dengan apa yang dilalui. "Saya sentiasa bertanya mereka. Syukur apabila anak-anak berkongsi, baru kita tahu mereka pendam perasaan selama ini... Mereka diam kerana takut," "Bayangkan anak sulung dan kedua saya enggan diajak makan di luar. Ini kerana tidak sanggup dimarah dan diherdik sesuka hati. "Malah, mereka mengaku tidak sanggup lihat saya dimarahi tanpa sebab dan punca,"
"Mereka (anak-anak) tanya sampai bila terpaksa menanggung dan menyatakan tindakan Armin tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang bergelar suami atau bapa. "Mereka beritahu saya, Ma don't died,"
Pelakon dan penyanyi popular ini mendakwa perbuatan keras yang dilakukan suaminya meninggalkan kesan mendalam terhadap anak-anak.
TEKAD BERPISAH
Bercerita lanjut, Ziana berkata, dia nekad berpisah kerana tidak dapat terus mempertahankan tembok kesabaran diri.
Tambah Ziana, rasa perit itu dissembunyikan kerana enggan orang luar menghidu apa yang dilaluinya termasuk keluarga.
"Bayangkan, selama 20 tahun saya pendam rapat dan kemas dalam hati. Saya tidak berkongsi derita yang saya tangguh meskipun melalui pelbagai dugaan sejak fasa awal perkahwinan. "Saya dididik bapa supaya pertahankan perkahwinan dan menjaga rumah tangga serta jangan bercerita kepada sesiapa," "Tiada siapa tahu kerana saya diajar ibu bapa agar tidak menceritakan hal rumahtangga,"
HIDUP MENDERITA, UMPAMA NERAKA
Ziana mengaku hidupnya menderita hingga menangis setiap kali tiba di pagar rumah dengan hati meronta ketika melangkah masuk serta berdepan suami.
Menurutnya, setiap kali selesai bekerja, dia seolah- olah trauma untuk pulang ke rumah.
Ziana berkata, netizen dan masyarakat boleh bercakap apa saja kerana mereka tidak melalui apa yang dihadapinya selama dua dekad.
"Katalah apa saja... Saya doakan anda tidak melalui apa yang saya hadapi kerana ia bukan satu liku hidup yang mudah. "Bayangkan saya simpan semuanya dalam diri kerana sayangkan keluarga, namun semua itu tidak dihargai. Demi hidup yang lebih tenang untuk saya dan anak-anak, maka saya bertindak (memohon cerai)," "Melihat pagar pun saya dah meraung. Kalau orang lain rumahku syurgaku, tetapi bagi saya dan anak- anak, rumahku nerakaku,"
TAHAP KESABARAN SUDAH MAKSIMUM
Menurut artis berkenaan, dia tidak menyangka penderaan mental dihadapinya itu meleret sehingga perkahwinan mereka berusia 20 tahun.
Tambah Ziana, dia tidak percaya dirinya mampu bersabar sehingga kemuncaknya. Kata Ziana, ibu dan bapa saudara Armin juga seolah-olah tidak menyangka dengan tahap kesabarannya.
"Bayangkan bagaimana saya menghadapinya. Tahap kesabaran saya sudah maksima," "Saya manusia paling sabar kalau orang lain anak pertama boleh cerai, saya boleh tunggu lagi dengan apa yang dia buat kepada saya," "Kalau mak saudara cakap, Kau boleh sabar Rozie? Sabar betul kau Rozie? "Jadi maksudnya apa?"
ARMIN TAK KERJA, TAK BERTANGGUNGJAWAB
Menurutnya, sejak tidak lagi berkhidmat dengan Malaysia Airlines (MAS) tiga tahun lalu, Armin tidak mempunyai inisiatif untuk mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarga.
Semua perbelanjaaan ditanggung oleh Ziana Zain.
"20 tahun saya berbakti kepadanya. Beri yang terbaik untuk dia. Walaupun bekerja, saya tetap memasak untuknya dan anak- anak. "Jangan dia cakap saya tidak menjalankan tanggungjawab, tanya diri dia, apa tanggungjawab dia terhadap saya dan keluarga," "Saya anggap ini rezeki, namun apabila dia buat saya macam ini, saya tidak akan tunggu lagi," katanya. "Semuanya saya. Dia duduk rumah hisap rokok dan ambil anak sekolah sahaja,"
ARMIN TANYA SOAL ANAK
Pada sebutan kes perceraian pasangan itu, Armin membangkitkan soal penjagaan anak.
Mengulas perkara itu, Ziana berkata, dia tidak membenarkan anak-anak berjumpa Armin kerana mereka adalah saksi kes penderaan suaminya yang sedang dalam prosiding.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini menjadi tumpuan terutama para gadis di luar sana apabila ada laporan mengatakan dia sedang bercinta dengan seseorang.
Nama gadis yang dikaitkan ialah Salmah Jones seorang yang dikatakan terlibat dalam bidang perubatan.
Beberapa foto gambar Salmah telah tersebar termasuk satu keping gambarnya bersama Syed Saddiq.
Ramai yang tertanya-tanya adakah benar gadis ini merupakan kekasih hatinya.
Melalui Sinar Harian, Syed Saddiq memberi gambaran terkini tentang status relationshipnya.
Syed Saddiq berkata sebenarnya gadis itu bukan teman wanitanya.
Ini komen Syed Saddiq secara ringkas: "Itu berita palsu, hahahaha....Saya tiada apa-apa pun (hubungan), gadis itu mengambil gambar dengan saya kira-kira setahun lalu,"
Melalui satu video terbaru yang tersebar, Syed Saddiq ditanya tentang hal ini dan menjawab dia masih single.
Ini katanya: "I am single. Who is spreding the rumours? Oh my god"
Ini videonya:
Ini pula video gambar wanita yang dikaitkan dengannya sebelum ini:
Syed Saddiq baru berumur 25 tahun dan mula dikenali ramai kerana perjuangannya bersama tun Mahathir.
Jejaka kacak yang dilahirkan di Pulai, Johor Bahru, Johor ini merupakan antara debater terbaik di Malaysia dan merupakan bekas pelajar Royal Military College (RMC).
Nampaknya dah jelas lagi bersuluh bahawa Syed Sadiq merupakan jaka yang masih single. Mesti ramai gadis yang suka dengan berita ini. Huhu
Ketika ini, ada dua artis yang amat popular menerusi kontroversi iaitu Uqasha Senrose dan juga Izreen Azminda.
Uqasha Senrose sering terpalit dengan beberapa kontroversi dan yang paling ketara adalah isu membuka tudung dan yang terbaru ada membawa barang terlarang.
Izreen pula diketahui ramai mula mencetuskan kontroversi setelah menjadi isteri kedua kepada Ude Wahid dan dituduh menjadi punca penceraian suaminya dengan isteri pertama.
Perasaan menyampah netizen terhadap dua pelakon iaitu Izreen Azminda dan Uqasha Senrose berhubung isu peribadi masing-masing sebenarnya turut menjejaskan orang sekeliling antaranya jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa.
Alha menyatakan oleh kerana dia ada bekerjasama dengan kedua artis itu, dia turut menerima kritikan dan cacian netizen di laman sosial.
Malah, ada pengguna laman sosial yang mengugut untuk memboikot produk kosmetik di bawah jenamanya disebabkan kerjasama itu.
Alha yang juga telah bergelar jutawan kosmetik,telah tampil mendedahkan perangai kedua artis ini yang ramai tak tahu.
Ini video komen Alha:
"Saya memang sudah anggap mereka berdua ini seperti adik saya sendiri dan kontroversi yang ada pada mereka itu adalah sedikit kesilapan dan ujian buat mereka. "Tentang Uqasha Senrose, kalau kenali dia, dia sangat 'caring' dan dah anggap saya macam abang, kalau ada masalah dia ada minta pandangan, dan sebagainya "Disebabkan pernah memuat naik foto bersama Izreen, ada netizen yang menggunakan bahasa kesat dan memaki saya di laman tersebut serta mengugut untuk boikot produk saya,"
"Tentang Izreen, dia sebenarnya seorang yang gila-gila dan kalau kenal dia sangat kelakar. Dia sangat peramah dan okey. Tak sombong" "Mereka berdua okey tapi sebab mereka adalah selebriti terus kena hentam teruk"
Alha ditemui di majlis Alha Alfa Cosmetics Awards and Gala Dinner di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Jurusolek popular ini pernah menyolek begitu ramai selebriti di Malaysia.
Ahli perniagaan ini berusia 30 tahun dan telah mencapai saat gemilang. Semoga terus sukses.