Monday, 16 July 2018

"Sila Duduk Dan Jangan Lari" - Titah YDPA Sultan Muhammad V

"Sila Duduk Dan Jangan Lari" itulah titah dari YDPA Sultan Muhammad V yang bikin suasana dewan gamat.

Sunday, 8 July 2018

Dihentam Duduk Terkangkang Dalam Masjid, Ini Respon Janna Nick

Secara tiba-tiba, satu video menunjukkan Janna Nick yang sedang duduk seakan terkangkang di dalam masjid telah menjadi viral.

Emma Maembong Dilamar Tetapi Dengan Siapa?

Pelakon popular tanah air Emma Maembong telah membuat satu kenyataan bahawa dia bersedia menerima pinangan sesiapa sahaja baru-baru ini.

Saturday, 7 July 2018

Saya Sedar, Kita Tidak Boleh Paksa - Uqasha Senrose

Uqasha Senrose satu nama yang cukup sinonim dengan kontroversi di industri hiburan tanah air.

Thursday, 5 July 2018

Che Ta Mengamuk Teruk.. Dah Tak Boleh Tahan!!

Selebriti bergelar usahawan iaitu Rozita Che Wan dilihat tidak dapat menahan kemarahan apabila mengamuk semalam.

Netizen Beri Komen Kurang Ajar Terhadap Kematian Adam Rayqal.. Manusia Tak Berhati Perut!!

Kematian bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi memang mengejutkan ramai kerana bayi berkenaan dijumpai di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya.

Wednesday, 4 July 2018

15 FOTO: Sekitar Majlis Pengebumian Adam Rayqal, Perjalanan Terakhir

Semalam telah berlangsung majlis pengebumian bayi kecil yang ditemui maut di rumah pengasuh.

Kenapa Ellie Suriaty Bertindak Sampai Macam Tu? Ini Jawapannya..

Ellie Suriaty telah hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan dengan tuduhan pecah amanah dan salahguna kuasa.

Luahan Sayu Ibu Kepada Adam Rayqal.. Ya Tuhan Sedihnya, Berat Dugaan

Hari ini rakyat Malaysia bersedih di atas satu berita yang mengejutkan di mana seorang bayi lelaki bernama Adam Rayqal di temui meninggal dunia di rumah pengasuhnya.

Monday, 2 July 2018

Jangan Sibuk, Pandailah Abby Abadi Jaga Anaknya

Selebriti yang telah berhijrah, Abby Abadi kini menerima kehadiran seorang anak baru yang baru diambil sebagai anak angkat.

Saturday, 23 June 2018

(6 FOTO) Sufian Suhaimi Beraya Dengan Awek Cun Bernama Natasha.. Siapakah?

Ketika memang ramai artis sedang tayang gambar menyambut hari raya.

"Anda pasti dengan kecewa" - Shahir Datang Merisik Erra Fazira Masa Raya?

Pelakon dan penyanyi popular Malaysia, Erra Fazira sering kali terpalit dengan soalan berkenaan penyanyi Shahir Zawawi yang juga bekas juara Akademi Fantasia.

Friday, 22 June 2018

(16 Foto) Gambar Raya Izreen Azminda Dan Ude Wahid, Buat Netizen Geram

Pada hari raya tahun ini, buat pertama kali, pasangan Izreen Azminda dan suaminya Ude Wahid menyambut hari raya sebagai suami isteri.

Wednesday, 20 June 2018

Che Ta cepat melenting di Instagram

Pelakon dan pengacara popular tanah air, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta merupakan antara selebriti yang dilihat aktif dan kerap berinteraksi bersama peminat di laman media sosial Instagram miliknya.

Tuesday, 19 June 2018

Muka berok macam ni baru lah lawa, isteri Izzue kena lagi..

Kalau diimbas kembali, memang agak kerap isteri kepada Izzue Islam dikutuk rupa parasnya.

Wednesday, 13 June 2018

Rumah Fatin Afeefa Sah Diserbu Pihak Polis

Pelakon yang popular menerusi filem kanak-kanak Tentang Bulan, Fatin Afeefa kini sedang hangat diperkatakan apabila ada seorang wanita mendakwa pelakon itu dikatakan bermain cinta bersama suaminya.

Wednesday, 30 May 2018

Akhirnya Ini Respon Keluarga Syafiq Kyle


Pelakon popular Syafiq Kyle kini sedang diduga dengan kontroversi di bulan Ramadhan ini.

Penyebaran video itu bernar-benar membuat kan nama Syafiq Kyle menjadi buruan orang ramai.

Kini Syafiq telahpun memberi kenyataan tentang perkara itu yang mana dia tidak mahu terus membincangkan video berkenaan secara terus dan mahu ianya ditamatkan segera.

Isu ini yang hanya boleh menjejaskan tumpuannya dalam bidang lakonan.

Menerusi satu sidang media khas yang diadakan semalam bersama rakan media, pelakon ini memilih untuk tidak mengulas secara terperinci isu kontroversi yang melanda.

Pihak pengurusan Syafiq akan membantunya untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara profesional.

Kisah ini bukan sahaja memberi impak kepada dirinya, malah ianya turut memberi kesan buat keluarga.

Melalui Media Hiburan, Syafiq akui perkara ini bukan satu benda yang bagus dan sememangnya keluarga akan turut terkesan.

Ini kenyataan Syafiq Kyle:


"Apa pun benda tersebut, ia adalah benda yang tidak elok. Kenyataan yang keluar mengenai anak mereka misalnya saya berlakon, dapat terlibat dalam drama yang bagus dan sebagainya. Dan kemudian, kenyataan yang sama keluar menerusi medium sama tetapi ia sesuatu benda yang buruk pula.

"Sudah tentu sebelum mereka jatuh, saya sudah jatuh dulu. Apa yang berlaku adalah di luar pengetahuan mereka pun. Jadi tentunya mereka perlukan penjelasan daripada saya sendiri"

Namun, walaupun perlara ini berlaku, Syafiq meluahkan rasa syukur dan bangga kerana dia mempunyai keluarga yang banyak memberikan semangat di waktu susah sebegini.

"Saya bangga kerana ada keluarga yang sokong, sayangkan anaknya. Mereka merupakan support system saya yang ‘paling A’ ketika ini. Kalaulah tidak ada mereka, rasanya saya sendiri tidak akan hadir di sidang media."

"Rasa tiada semangat untuk datang" 

"Tapi tipu kalau saya tak cakap benda ni akan memberi kesan kepada live mereka. Jadi saya kenalah bangun untuk tunjuk kepada mereka mengenai perkara yang lebih baik daripada ini. Sekurang-kurangnya sesuatu yang bagus"

Ditanya adakah keluarga terutama ibu bapanya menangis apabila mengetahui isu tersebut mulai diperkatakan, pelakon berusia 26 tahun ini menjawab;

"Rasanya dia (keluarga) menangis dulu sebelum dia jumpa saya…"

Semoga Syafiq Kyle sekeluarga tabah dengan dugaan di bulan Ramadhan ini. Mungkin ada hikmahnya.

Tak Ada Etika, Sharifah Sakinah



Nama sebagai seorang artis sudah tentu banyak pengaruhnya. Pengaruh yang kuat ini mempu menarik publisiti dan juga membolehkan seseorang artis itu untuk mempromosikan sesuatu.

Tetapi kadangkala, populariti yang di raih oleh seseorang artis itu boleh disalah gunakan oleh sesetengah pihak yang suka mengambil kesempatan.

Ini yang berlaku kepada pelakon popular Sharifah Sakinah.

Semalam menerusi satu entry di laman IG miliknya, pelakon ini telah meluahkan perasaan menyatakan rasa tak puas hati dengan ada pihak yang menyalah ertikan perkongsiannya.

Sharifah Sakinah terkilan apabila ada agen penapis air Cuckoo yang mencuri gambarnya untuk mempromosikan produk berkenaan.

Ini luahan dari Sharifah Sakinah:





Hello Semua!

In my previous video, if you guys noticed I was in sister's house for iftar and I just happened to stand beside a Cuckoo machine to explained the importance of drinking 8 glasses per day. That's all. I repeat, I just happened to stand beside a Cuckoo machine. It's not my house, I'm not using it nor promoting it.

So please to all agents of Cuckoo stop abusing and stealing my video/pic and claimed that I'm promoting your product. Just stop please. It's unethical. Thank you.

"Dalam video sebelum ini, kalau kalian perasan, saya berada di rumah kakak saya untuk berbuka dan kebetulan saya berada di sebelah mesin Cuckoo untuk menjelaskan kepentingan minum 8 gelas sehari. Itu sahaja. itu bukan rumah saya dan bukan gunakannya untuk promosi.

"Jadi diharap semua ajen Cuckoo hentikan curi video dan gambar saya dan buat clain mengatakan saya promosikan produk anda. Itu tiada etika. Terima kasih.



Sharifah Sakinah meminta semua agen yang menggunakan nama dan gambar nya untuk berhenti berbuat demikian.

Katanya, dia hanya prmosikan kepentinganminum air dan bukannya produk tersebut.

Tuesday, 29 May 2018

Terkilan Digelar Mandul, Achey Dan Isteri Buat Ujian


Anak merupakan anugerah untuk pasangan suami isteri. Kehadiran anak kecil sudah pasti menggamatkan suasana buat pasangan suami isteri.

Memang akan bertambah ceria dan meriah apabila kehadiran si kecil di dalam perubungan pasangan yang telahpun berkahwin.

Menerusi perkongsian terbaru, oleh kerana 8 tahun sudah tidak mendapat anak, pasangan pelawak Achey dan isteri kini membuat ujian dan mencari ikhtiar untuk mendapatkan anak.

Pernah meluahkan rasa terkilan apabila dia dan isteri dikatakan mandul kerana belum dikurniakan anak, Achey dan isteri kini lebih positif berhadapan isu berkenaan.

Pelawak berumur 32 tahun ini akui sudah menjalani ujian makmal bersama isterinya bagi menentukan tahap kesuburan masing-masing.

Ini videonya:



"ada angin mengatakan kami berdua mandul"

"Kami masih menunggu keputusan, kami juga sudah positifkan diri jika salah seorang daripada kami mengalami masalah.

"Kami terima seadanya, banyak lagi cara lain dan teknologi yang wujud masa kini"

"Cahaya mata ni penyambung warisan, saya sudah berumur 32 tahun, takan nak sekolahkan anak di usia 42 tahun."

"Jadi usaha tetap ada, kalau tak dapat anak sendiri, mungkin anak angkat . Janji ada pelengkap dan penyeri dalam hidup kami Insyaallah"

Hubungan Achey dan isteri sering dilihat amat akrab di laman media sosial. Ada sahaja sakat menyakat antara kedua dua pasangan suami isteri ini.

Achey dan isterinya Anne atau Nor Hasanah Yahaya baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan ke lapan pada Isnin.

Apapun, semoga segalanya dipermudahkan buat Achey dan isteri.

Monday, 28 May 2018

Jurusolek Ini Dikatakan 'Mira' Dalam Video Syafiq Kyle.. Baca Kenyataannya


Video viral yang menunjukkan individu mirip wajah pelakon Syafiq Kyle dan seroang individu bernama Mira terus menjadi bualan ramai.

Ramai tertanya-tanya adakah benar video itu merupakan Syafiq Kyle. Malah ada juga yang tertanya siapakah individu bernama Mira itu.

Para peminat dilihat mahu penjelasan daripada pelakon itu sendiri dan nak tahu siapakah gerangan individu bernama 'Mira' itu.

Ramai yang mengandaikan indvidu itu seorang maknyah kerana suaranya yang seperti 'terkepit' dibuat-buat.

Namun secara tiba-tiba ada seorang juru solek yang dikaitkan sebagai Mira.

Jurusolek artis bernama Aizat Abdul Razak turut terkena tempias dikatakan merupakan Mira dalam video itu.



Bagaimanapun, Aizat menafikan dirinya adalah individu bernama Mira dan orang yang bertanggungjawab menyebarkan video itu.

Menurutnya, tindakan segelintir pihak yang menuduhnya adalah fitnah kerana dia masih waras untuk melakukan perkara tidak berfaedah itu.

Ini tulis Aizat di laman IG miliknya:

"Mengaku je la awak dalam video tu".. Ape kejadah saya pulak yg dipersoal. 

"Stop la tanya soalan bukan-bukan. Suara kepit pondan semua lebih kurang sama. Tapi kalau nak diikutkan. Memang suara saya kepit pon lain sikit. Aiyooooo apa masalah mereka-mereka yang cakap saya pulak.

"Mentang la kebelakangan ni saya rajin live IG dan ada “drama yg terselit”. Semakin hari semakin ramai penonton drama saya tapi ingin saya tegaskan BUKAN SAYA yang rakam atau sebarkan video tu. Kalau tak percaya buat la Voice Tracker/Test. Lain suara kepit saya. 

"Video tu saya dah tengok lama dah. Cuma saya tak penah simpan dan sebarkan sebab kita tak tahu kesahihan. Kalau saya la orangnya dah kenapa la saya nak aibkan diri sendiri. Gila ke apa. Orang zaman sekarang ni suka tuding jari. Benda tak sahih pon nak kongsi.

"HARAP FAHAM. Jangan libatkan saya. Biar la orang yang selayaknya siasat jangan la burukkan keadaan. Semua DM saya tanya-tanya. Minta video. Saya tak ada kene mengena apatah lagi dalam penyebaran video tersebut kat twitter sebab saya tak pandai main twitter. 

"Bulan baik ni tak baik fitnah. Astaghfirullah. 

"Issue gambar parodi pon bukan saya yang plan. Itu fans account yang buat and saya cuma repost je sebab bagi saya tu cuma gurauan dan kebetulan je sebab artis tu tengah viral. Saya pon kenal camtu je pernah terserempak beberapa kali je.

"Saya harap saya dah jelaskan issue ni dan pls la bukan cara camni nk jatuhkan seseorang. Stop fitnah saya tak ada kaitan

Aizat memuat naik penjelasan tersebut menerusi laman Instagramnya dan berharap netizen berhenti menuduh dirinya sebagai dalang di sebalik penyebaran video itu.

Jurusolek popular ini turut menegaskan agar netizen berhenti melibatkannya dan biar pihak yang sepatutnya menyiasat perkara itu.

Sehingga kini Syafiq Kyle masih tidak ada membuat sebarang kenyataan.

Sunday, 27 May 2018

Setepek Kena... Syed Saddiq Pula Perli Dira Abu Zahar


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil membalas komen dari pelakon Dira Abu Zahar.

Syed Saddiq telah tampil memberi respon balas dan membidas komen dari pelakon Dira Abu Zahar yang telah melabelkan nya sebagai Yang Budak-Budak.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) itu dilihat telah menyindir Exco Puteri Umno itu sebagai 'lurus' kerana terlalu serius terhadap kenyataannya sebelum ini yang merupakan satu gurauan tentang penjaga gol Liverpool yang menajdi punca kekalahan pasukan itu di final Champions League.

Ini sindiran dari Syed Saddiq: "Sis ni pembaris ke? Lurus sangat. Mohon jadi pembaris juga bila menegakkan keadilan" 

Memang ramai yang suka dengan balasan dari Syed Saddiq terhadap Dira Abu Zahar itu.


Namun kemudian, Dira telah membalas kembali komen Syed Saddiq di Twitter, dengan mengakui dirinya seorang yang 'lurus' dan berharap Syed Saddiq tidak bengkok.

Ini komen balas Dira: "Sis memang 'lurus'. Sis doakan awak pun lurus, jangan 'bengkok' ya".



Sebelum ini kecoh, pelakon Dira Abu Zahar telah menegur status yang dimuat naik Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila meminta penjaga gol Liverpool disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas pasukan itu kalah menentang Real Madrid di Liga Juara-Juara Eropah pagi Ahad.

Dira Abu Zahar telah mempersoalkan sama ada status itu wajar ditulis oleh seseorang bergelar Yang Berhormat (YB).

"Yang Berhormat? atau lebih kepada Yang Budak-budak" 

Tindakan Dira ini telah menerima kecaman netizen yang rata-rata menganggap status yang dimuat naik Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu hanyalah satu gurauan.

Netizen turut mempersoalkan adakah jika seseorang itu seorang bergelar 'YB' perlu bersikap serius tanpa rasa jenaka sepanjang masa.

Saturday, 26 May 2018

Siti Saleha Nak Manja Puas-Puas


Pelakon cantik jelita Siti Saleha bercerita bahawa dia langsung tidak tertekan apabila bercerita soal cahaya mata.

Ini  kerana Siti Saleha dan suaminya iaitu Ahmad Lutfi Azhar masih dalam suasana honey moon sejak mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini telah berkahwin pada bulan Julai tahun lepas.



Menurut Siti Saleha dirinya juga mahu bermanja sepuas-puasnya dengan suami sebelum menerima kehadiran orang baru yang selalunya dikatakan pasti menambahkan lagi seri mahligai cinta mereka.

Ini komennya:

"Apabila saya melihat abang dan adik saya yang sudah mempunyai anak, kehidupan mereka bagai berubah sepenuhnya. 

Tumpuan dan perhatian kini perlu diberikan kepada bayi masing-masing. Bagaimanapun, kami bukanlah merancang kerana soal anak bergantung kepada rezeki.

"Cuma bagi saya, sekarang kami masih lagi dalam suasana bulan madu. Malah, kami dalam perancangan untuk bercuti ke Mauritius. Berilah saya peluang untuk bermanja puas-puas dengan suami dulu," 

Bercerita mengenai kehadiran bulan puasa pula, Siti Saleha berkata, dia berasa amat teruja apabila kali pertama menyambut bulan penuh keberkatan itu sebagai seorang isteri.

Seperti wanita sudah berkahwin yang lain, walaupun sibuk, Saleha tetap akan ke dapur menyediakan hidangan untuk suami.

"Suami saya tidak begitu cerewet dalam soal makanan. Dia suka makan daging goreng kunyit, manakala saya pula gemarkan salmon panggang sebab ia senang untuk dimasak.

"Janganlah ingat saya tidak mahir di dapur hanya kerana saya seorang artis. Saya juga boleh memasak kerana sejak dulu saya seorang yang berdikari. Cuma, saya tidak menayangkannya di media sosial,"

Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga, Sit iSaleha yang juga kakak kepada Sam Bunkface akan muncul dalam dua drama baharu di kaca televisyen.

Drama 'Bulan Bintang Dan Sayang' akan menemui penonton ntv7, manakala Bila Aidil Ada Fitri pula ditayangkan menerusi saluran Astro Oasis.

[UPDATE] Kes remaja dibunuh setelah keluar dengan bekas kekasih, bertengkar sebab vape...


Pergaduhan berkaitan tabiat suspek menghisap vape dipercayai antara faktor menyebabkan lelaki itu berang sebelum mencekik Nur Alya Damia Hairi sehingga maut, malam kelmarin.

Sumber memberitahu, mangsa dan bekas teman lelakinya yang berusia 19 tahun itu, dipercayai baru berpisah beberapa minggu lalu.

Dikatakan pada malam kejadian, mereka bertemu semula pada malam itu untuk berbincang tentang hubungan mereka.

Namun kedua remaja ini telah bertengkar sehingga bekas kekasihnya itu bertindak di luar batasan.

"Ketika bertengkar di dalam kereta, mangsa dikatakan mengugut suspek untuk memberitahu ibu bapa lelaki itu mengenai perhubungan mereka, selain tabiatnya menghisap vape tanpa pengetahuan orang tuanya.

"Suspek yang marah kemudian hilang kawalan lalu mencekik leher mangsa selama beberapa minit sebelum menyedari hidung mangsa berdarah dan dia sudah tidak sedarkan diri.

"Lelaki itu dipercayai panik dan kemudian menolak mangsa keluar dari keretanya dan terus pulang ke rumah sewa"

Ini videonya:



Kejadian yang berlaku sekitar jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya Damia yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui seorang penduduk di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di sini, sebelum dia menghubungi polis.

Dalam tempoh 15 minit, polis telah mengesan dan menahan suspek utama yang juga penuntut KVPD di rumah sewanya di Taman PD Idaman, kira-kira satu kilometer dari lokasi mayat mangsa ditemui.

Suspek kini telah direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dari siasatan polis, mangsa keluar dari rumah sewanya di Taman Selasih selepas dijemput suspek dengan menaiki kereta Wira dan mereka dikatakan ke satu lokasi berdekatan perumahan itu sebelum pertengkaran tercetus.

Pihak polis menyiasat kes berkenaan merangkumi semua aspek dan dalam proses melengkapkan kertas siasatan.

Friday, 25 May 2018

"Pelik-Pelik Akhir Zaman..Pakailah Betul-Betul" - Gaya Tudung Diana Danielle Dikecam Netizen


Hari ini, Diana Danielle telah memuatnaik beberapa foto yang mencetuskan tanda tanya dari orang ramai.

Pelakon yang juga isteri kepada Farid Kamil itu dikecam teruk kerana gambar terbabit.

Gambar ini diambil ketika Diana Danielle hadir ke majlis rakannya iaitu Hanis Zalikha yang melancarkan tudung baru koleksi Cakenis di Fashion Valet petang tadi.

Dari gambar, kelihatan Diana Danielle mengenakan scarf atau tudung menutup sedikit kepalanya namun ada juga mempertikaikan bahawa baju yang dipakai tidak kena untuk orang yang mengenakan scarf di kepala yang kelihatan seperti tudung.

Mungkin niat Diana Danielle hanya untuk memakai scarf sahaja, untuk support Hanis Zalikha bukannya untuk bertudung menutup aurat namun ianya menjadi bahan para netizen.

Foto ini terus mencetuskan perbalahan di kalangan netizen yang berbahas diruangan komen.

Ini fotonya itu yang mencetuskan perbalahan:




Ini antara komen dari para followernya:

Raimi_mus: "Ya allah beri lah hidayah"

Hamzahamir: "pakai scarf ke tudung ke pakai la elok2 . orang lua ttp pandang tu as tudung sbb kau islam. lebih2 u tu celeb public figure"

Kekzaa: "aaduuhhhhh knapa mcm tu..???? not nice laaaaa"

Nurulzaherra: "Smoga dia mndpt hidayah dibln puasa"

Fauzi.nazri: "Tak kesah lah scarf ke tudung ke, tapi nampak tetap mcm tudung, netizen ni bahaya, kalau pakai betul2 apa salahnya, sebab scarf tu nampak mcm tudung dah, haish pelik akhir zaman"

Asyyrf: "Itu bukan tudung itu sampul kepala"




Itulah antara keluhan dari para netizen apabila melihat scarf yang dikenakan oleh Diana Danielle itu.

Sunday, 20 May 2018

Alhamdulillah.."Saya dah boleh tidur lena" - Datin Seri Rosmah


Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor akui  kini sudahpun boleh tidur lena walaupun beberapa bekas rakan sekutunya kini berpaling tadah.

Datin Seri Rosmah dalam temubual khas bersama akhbar Malay Mail berkata, beliau tidak menyimpan dendam terhadap individu berkenaan yang kini menyalahkan suaminya.

Ini komennya:

"Perkara ini adalah normal dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kitaran kehidupan.

"Saya tidak kisah. Saya okey. Semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu cakapkan," 



FOKUS LINDUNGI KELUARGA

Dalam laporan dikeluarkan Malay Mail, Rosmah menyatakan bahawa fokusnya sekarang adalah untuk melindungi diri serta keluarganya.

Bagaimanapun, beliau menyatakan harapan agar kehidupan mereka kembali normal secepat mungkin.

"Buat masa ini, kami menghadapi apa yang berlaku dengan baik. Lagipun, berada dalam sebuah keluarga politik, kami sudah terbiasa dengannya keadaan sebegini.

"Ini adalah sebahagian ujian dan cabaran dalam politik" 

DS Rosmah Mansor berkata demikian kepada portal Malay Mail yang turut ditemani peguamnya Datuk Geethan Ram Vincent dan M. Puravalen selain beberapa kenalan rapatnya.

DAH BOLEH TIDUR LENA

Dalam wawancara itu, Rosmah menyatakan bahawa kini lebih bebas melakukan apa saja termasuk tidur lebih lena.

Ini komennya lagi:

"Ini adalah kehidupan yang perlu dihadapi dan saya tidak mempunyai masalah dengannya. Saya tidak minta perkara ini berlaku namun ia kehidupan yang lebih baik apabila kini saya boleh melakukan segala apa yang saya mahu lakukan.

"Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun apabila suka," 

Bagaimanapun, Rosmah berharap agar siasatan serta serbuan pihak berkausa  di kediamannya dapat berakhir dengan cepat bagi dan mahu meneruskan kehidupan seperti baisa.

Selain itu, Rosmah turut meminta agar polis melayani keluarganya dengan baik sebagai warganegara Malaysia.

"Saya boleh terima semua serbuan yang dilakukan hingga awal pagi itu. Saya memahaminya.

"Namun, saya percaya seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Disebabkan itu, kami mahukan layanan sebagai manusia. Hak untuk dihormati," 

Itulah kata-kata dari Datin Seri Rosmah tentang perkembangan terkininya.

Sumber: Metro / Malay Mail

SEDIH, TERLUKA: DS Najib Luah Perasaan Kepada Orang Ramai Di Pekan.. Ini Videonya


Former Prime Minister of Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak has arrived in Pekan, Pahang yesterday to attend several official events.

Datuk Seri Najib, who is Pekan Member of Parliament, was seen leaving the residence in a Toyota Vellfire at 9.20 am and escorted by police vehicles.

DS Najib was scheduled to officiate the meetings of several party divisions in his parliamentary constituency yesterday.

He made his first visit to his constituency of Pekan since the general election concluded, which saw Barisan Nasional's defeated.

For your information, the support of locals here for Datuk Seri Najib who has been their MP for 42 years seems unwavering.

Najib Abdul Razak also has denied that he is stealing from the country’s coffers.

Instead, Najib believes he had been targeted due to his previous positions as Umno president and prime minister.

Datuk Seri Najib Razak  told a crowd of at least 500 at the Umno building in Pekan today.

"I did not steal from the people. To topple the party, they had to target the president. They would do anything as long as my brand was destroyed."

The people of his constituency, he insisted, knew that he was neither a thief nor a crook.

"You know me, I have served here for 42 years," he said, to shouts of "We love you Datuk Seri!"

This was also the reason, he believes, why his wife Rosmah Mansor came under attack from those opposed to him.

Najib stressed that all decisions were made collectively in the cabinet as opposed to being made in his house.

"They claimed that the decisions I made must first be referred to my wife. This is nothing but slander."

"I did not say that we had to wait first because I had to refer to my wife.

"But because my wife has a Master’s degree and is quite in the know of things, sometimes she lets slip certain things.

"But this doesn't mean that she has absolute power, I didn't practice such a thing," 

He also lamented how most Malaysians would prefer to watch "slander" on YouTube as opposed to watching the news on the country's economic advancement.

"They open YouTube, watch 'Najib does this, Rosmah does that', it's 'nice' for them. I saw that the views even reached up to 900,000.

"People want to hear nonsense and slander as opposed to the truth. So the truth has been defeated by lies.

"I'm hurt because of this. It's like playing football, we play fairly but those who committed fouls win," 

Ini videonya:




Malay Report

Bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad, buat pertama kali meluahkan rasa hati kepada orang ramai berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ini termasuk luahan hati tentang siasatan pihak berkuasa terhadap dirinya.

DS Najib mengakui terkilan, ralat dan terasa hati apabila kekalahan BN pada pilihan raya umum lepas bukan disebabkan pihak lawan mempunyai agenda atau dasar lebih baik, sebaliknya mendakwa ia disebabkan kempen memburukkan beliau atas kapasitinya sebagai pemimpin.

Beliau mendakwa penyelewengan fakta seperti dakwaan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan teruk dan negara hampir bankrap ditambah dengan pelbagai janji manis pihak lawan juga antara penyebab kekalahan BN.

Datuk Seri Najib juga menambah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menajdi sasaran yang difitnah kononnya mencampuri urusan dan menentukan keputusan dibuatnya.

Sedangkan, menurut Najib semua keputusan melibatkan pentadbiran negara atau parti diputuskan pada mesyuarat Kabinet atau pun Majlis Tertinggi parti.

Walaupun  sedih dengan kekalahan itu, Datuk Seri Najib menerima keputusan yang dibuat rakyat dan menyerahkan kuasa dengan baik.

Kata bekas Perdana Menteri Malaysia ini, luahan hatinya itu dibuat di Pekan, kerana penduduk di sini mengenali dirinya yang sudah 42 tahun berkhidmat di daerah ini, tempat bermulanya karier  beliau dalam arena politik.

Sumber: Kini TV

Saturday, 19 May 2018

Al-Fatihah, Bekas Penyampai Radio Hot FM Meninggal Dunia



Bekas penyampai radio Hot FM Terengganu dan juga radio Manis FM, Mohd Rafly Rahamat telah disahkan meninggal dunia semalam.

Mohd Rafly Rahamat dilaporkan meninggal dunia kira-kira sekitar jam 7.00 malam semalam di Kediamannya di Kuantan, Pahang.

Pemergian penyampai radio berusia 32 tahun itu dimaklumkan oleh bekas rakan sekerjanya, penyanyi Bienda Razli sebentar tadi.

Beberapa bulan lalu, keadaan arwah yang pernah bertugas sebagai penyampai radio Hot FM Terengganu dilaporkan tenat.

Ini dikatakan ekoran dia menghidapi penyakit misteri sejak beberapa bulan lalu.

Mohd Rafly sebelum ini dimasukkan ke hospital April lalu setelah hilang selera makan, lalu mengakibatkan berat badannya turun secara drastik.



KOMEN TEMAN RAPAT

Sementara itu, rakan baik Allahyarham, Muhammad Saifuddin Rashid atau El memberitahu Rafly menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman keluarganya di Kuantan, Pahang.

El turut memberitahu, dia bersama beberapa orang rakan sempat menziarahi arwah di rumahnya pada tengah hari tadi dan tidak menyangka itu adalah pertemuan terakhir dengan sahabatnya itu.

"Sayu saya melihat keadaan Rafly yang nazak selain fizikalnya yang terlalu kurus.

"Ketika kami meminta izin untuk pulang dia seolah-olah tidak membenarkan kami balik dan minta kami berada di sisinya.

"Terkejut juga apabila mendapat perkhabaran Allahyarham meninggal dunia tetapi Alhamdulillah kami sempat bertemu dengannya buat kali terakhir," 

Dalam pada itu, El memberitahu, Rafly sebenarnya baharu sahaja dibenarkan keluar daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan selepas terlantar sejak April lalu.

Bagaimanapun katanya, dia sendiri tidak dapat memastikan apakah penyakit sebenar dihadapi oleh Rafly namun dipercayai terkena penyakit misteri.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman


Friday, 18 May 2018

MENGEJUTKAN: Nik Omar Dilarang Jadi Imam Masjid Tok Guru


Nik Omar Nik Aziz, anak kepada bekas Musyhidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, mendakwa beliau tidak lagi dibenarkan menjadi imam dan menyampaikan kuliah di Masjid Tok Guru.

Ini berikutan keputusannya untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu sekaligus telah dipecat dari ahli PAS.

Nik Omar telah tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan.

Beliau berkata, begitulah harga yang perlu ditanggung olehnya apabila pihak keluarganya sendiri sudah membuat keputusan terbabit.

Katanya, selain menjadi imam, beliau sepatutnya menggalas tanggungjawab menyampaikan kuliah Maghrib setiap malam Rabu dan Khamis, serta waktu Subuh pada Jumaat, iaitu hasil pembahagian tugas adik beradiknya secara tidak rasmi selepas pemergian bapanya, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ini kenyataan dari Nik Omar:

"Cuma Subuh (pagi) tadi, adik ambo (saya), Nik Abduh terus menjadi Imam dan memberi kuliah. Selepas itu dia bersalam (dengan saya), cumo ambo kata tidak apakah bersalam, tidak najis ke ambo?

"Dia (Nik Abduh) kata ini keputusan keluarga. Jadi ambo tidak dibenar menjadi imam dan bagi kuliah di situ. Bermakna ini harga yang terpaksa ambo tanggung.

"(Apapun), apabila saya pergi (menyertai PH), tidak akan undur ke belakang,"

Ini videonya:




Itulah yang dikatakan olehnya ketika berucap pada Kuliah Pagi Jumaat di Wisma Tok Guru, di sini, hari ini.

Beliau hanya berucap selama 10 minit pada kuliah yang dihadiri lebih 100 penduduk kerana kepenatan dan sukar untuk memberi tumpuan sebelum diserahkan kepada penceramah lain.

Ianya telah direkodkan secara langsung di laman Facebook Husam Musa.

Sementara itu, Nik Omar yang juga bapa kepada lima anak itu dan juga pengetua Madrasah Darul Anuar itu berkata, faktor beliau menyertai PH apabila melihat negara ini dipimpin pemimpin yang zalim dan memerah harta rakyat melalui duit negara.

"Sebab itu kita nak tukar (kerajaan Persekutuan), kita kesian kepada rakyat, terutama di kampung kerana sudah puluhan tahun berada dalam menderita," 

Itulah penjelasan dari Nik Omar.

Sumber: BH

Thursday, 17 May 2018

Saya Pun Tak Tahu Serbuan Rumah Najib - Tun Mahathir


Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jawapan apabila ditanya tentang soalan serbuan yang dibuat ke atas rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tun Mahathir mendakwa beliau tidak dimaklumkan tentang serbuan yang dilakukan pihak polis di beberapa kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang bermula malam semalam.

Perdana Menteri berkata, serbuan itu dipercayai dilakukan selepas polis mempunyai alasan kukuh untuk menyiasat kediaman Najib di Taman Duta dan di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.

Ini kenyataan Tun Mahathir:

"Polis ada SOP, standard of procedure"

"Saya pun tak dapat maklumat (mengenai serbuan). Ini kerja polis.

"Saya percaya serbuan ini dilakukan kerana polis mempunyai cukup alasan untuk melaksanakannya.

"Kita beri tugas kepada polis untuk menyiasat semua kes jenayah tanpa mengira siapa yang terbabit dan terpulang pada mereka yang menjalankan penyiasatan (untuk bertindak)," 

Ini sedikit sedutan video jawapan Tun M:


Tun Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya, Selangor.

Beliau mengulas serbuan polis di kediaman Najib dengan lebih 15 kenderaan dan trak polis masuk ke pekarangan rumah bekas Perdana Menteri itu di Taman Duta, jam 10.15 malam semalam.

Sementara itu, puluhan anggota dan beberapa pegawai kanan Bukit Aman turut kelihatan di kediaman peribadi Najib di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.

Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu pemberita awal pagi ini bahawa beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman itu.

Peguam juga menyatakan pihak Najib sentiasa memberi kerjasama yang abik denagn pihak polis.
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close