Tuesday, 31 October 2017

Subhanallah. Ada KEJUTAN Viral Di Wad Hospital Buat Ramai Kanak-Kanak TERSENYUM

Subhanallah. Ada KEJUTAN Viral Di Wad Hospital Buat Ramai Kanak-Kanak TERSENYUM Wah! Beruntung sungguh kanak-kanak di hospital ini apabila dapat bertemu dengan adiwira kegemaran, Ultraman yang dapat melawat secara mengejut. Mesti seronok kan?

e56b

2335

Walaupun nampak kecil, usaha murni ini sememangnya wajar diberi pujian kerana ia mampu mengembalikan semula semangat kanak-kanak untuk terus tabah menjalani kehidupan

bf9c

Ultraman memberi lawatan kepada kanak-kanak sakit di hospital semata-mata untuk menggembirakan hati mereka. Lawatan ini seolah-olah memberi semangat baru kepada kanak-kanak untuk tidak putus asa dalam hidup.

Siapa yang tak kenal Ultraman kan? Ultraman telah menjadi hero dan penawar duka kanak-kanak sejak dari zaman 60-an lagi. Semua orang sayangkan Ultraman.

f3b9

Ultraman menghiburkan hati kanak-kanak di dalam keretapi.

1c11

Ultraman melawat rumah anak-anak yatim.

7297

Ultraman bertemu dengan peminat cilik yang berkerusi roda.

Trend ini nampaknya baru saja bermula di Malaysia dan semakin lama semakin popular. Tetapi bagaimana ianya bermula?

3fd5

Semuanya bermula apabila seorang bapa ingin merealisasikan impian anaknya bertemu dengan Ultraman, tetapi dengan syarat gambar anaknya ini perlu mendapat 3,000 likes

2972

Najmi dari Melaka sedar anaknya, Darwish terlalu minat dengan Ultraman. Menurut Najmi, anaknya ini begitu teringin untuk bertemu Ultraman sehingga dia kerap bertanyakan tentang kunjungan Ultraman ke rumah mereka setiap hari.

Najmi yang pada mulanya agak buntu telah cuba memuat naik gambar Darwish di laman sosial dengan harapan gambar tersebut menjadi viral dan mampu mendapat3,000 likes bagi melaksanakan impian Darwish.

Akhirnya, 3,000 likes yang diminta pada mulanya berjaya dicapai. Lebih menakjubkan, gambar berkenaan mendapat sambutan hangat dan menerima lebih daripada 200,000 likes dalam masa yang singkat!

4c55

b408

525e

Lawatan Ultraman ke rumah Darwish di Melaka.

Impian Darwish untuk berjumpa dengan adiwira kegemarannya akhirnya terlaksana! Ultraman melawat Darwish dan rakan-rakan lain di rumahnya di Melaka dalam satu majlis yang amat meriah. Semuanya nampak sungguh happy.

Lihatlah betapa gembiranya Darwish dan rakan-rakan lain apabila Ultraman datang ke rumah. VIDEO PENUH:

Keterujaan Darwish tidak terhenti di situ. Darwish turut “memeluk” figura Ultraman yang diterimanya semasa dia tidur.

f41e

Ultraman tak lepas dari tangan

Sejak daripada itu, kisah Ultraman ini terus menjadi bualan orang ramai dan mendapat demand yang tinggi. Facebook Ultra Sparkyang menjalankan perkhidmatan melawat kanak-kanak ini mula dikenali ramai.

80ba

Walau bagaimanapun, Ultra Spark tidak mampu untuk memenuhi semua permintaan.

Untuk makluman, laman Ultra Spark baru saja ditubuhkan dua bulan lalu dan kini mendapat lebih daripada 23,000 page likes. Antara objektif Ultra Spark adalah untuk:

  • 1. Berpakaian seperti Ultraman dan membuat lawatan mengejut untuk kanak-kanak di hospital dan rumah anak yatim.2. Menyampaikan mesej “NEVER GIVE UP”.3. Memberi kanak-kanak kurang bernasib baik mainan Ultraman dengan kad sebagai kenangan.4. Merealisasikan impian kanak-kanak untuk bertemu dan menyambut Ultraman.Sejak tahun 1966, Ultraman telah merubah hidup begitu ramai kanak-kanak dan sehingga hari ini, Ultraman masih menggalakkan kanak-kanak untuk tidak menyerah pada setiap perkara yang dilakukan.Baca selanjutnya tentang Ultra Spark di sini.

77c1

0683

Segala kostum dan topeng Ultraman telah dibuat secara khas menggunakan dana sendiri tanpa mana-mana sokongan

Selepas Darwish, Ultra Spark mempunyai misi terbaru iaitu memberi lawatan kepada seorang pesakit kanak-kanak, Mohd Qoid Darwisyyang menghidap kanser saraf

7652

Dan pada Sabtu, 21 November 2015, Ultraman menunaikan janji mereka melawat adik Qoid di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama ahli keluarga dan kanak-kanak lain

298b

acc3

Semoga terus tabah adik Qoid. Nah mainan Ultraman

Ultra Spark mengabadikan setiap lawatan yang dilakukan dalam bentuk instax bersama kanak-kanak dan akan dijadikan sebuah album kelak

2526

Gambar instax kenangan bersama Darwish dan Qoid

Mulia sungguh usaha Ultra Spark dalam memberi inspirasi kepada anak-anak kecil. Bukan senang untuk kita lihat orang yang sanggup dedikasikan masa dan tenaga semata-mata untuk buat orang lain gembira.

6723

Mulai hari ini, Ultra Spark pasti menjadi idola setiap kanak-kanak di luar sana. Kami harap agar Ultra Spark dapat meneruskan usaha murni ini dalam menjadikan kehidupan kanak-kanak lebih bermakna dan lebih gembira. Semoga terus sukses di masa hadapan kami ucapkan.

Akhir kata, terima kasih Ultraman!

d7d1

Bercakap mengenai Ultraman, salah satu buku komik adiwira ini telah diharamkan oleh Kementerian Dalam negeri (KDN). Namun begitu, Ultraman mendapat sokongan padu rakyat Malaysia.

Sumber : SAYS.COM

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

The post Subhanallah. Ada KEJUTAN Viral Di Wad Hospital Buat Ramai Kanak-Kanak TERSENYUM appeared first on BISKUTMANIS.

Batal Perkahwinan, Ini Komen Gabriella Robinson, Bekas Tunang Hans Isaac


Memang satu perkara yang mengejutkan apabila pelakon, pengarah dan penerbit popular Datuk Hans Isac umum tak jadi kahwin.

Datuk Hans Isaac membuat kenyataan rasmi dan mengumumkan telah membatalkan perkahwinan dengan ratu cantik, Gabriella Robinson.

Datuk Hans Isaac menerusi kenyataan beliau di Instagram meluahkan rasa kecewa dan menyatakan keberatan hati untuk membatalkan perkahwinan itu.

Namun begitu Hans Isaac tidak menyatakan sebab kenapa beliau membuat keputusan untuk tidak berkahwin dengan Gabriella Robinson.

Gabriella Robinson juga tidak memberikan sebarang  kenyataan tentang hal ini tetapi ada memuat naik satu status berbaur sinis menerusi Instagram Story beliau.

Ini tulis Gabriella Robinson:

"Kejujuran Adalah Hadiah Yang Mahal, Jangan Harap Ia Datang Dari Orang Yang Murah"


Apabila Gabriella Robinson memunaik status itu, ramai yang tertanya adakah ia nya ada berkaitan dengan hubungan beliau dan Hans yang telah pun putus tunang?

Terdahulu, Hans juga ada memuat naik foto  dengan perkataan Never Doubt Your Instinct bersama kapsyen berbunyi "Leopard will never change HER spots ! Time to move on"  dan mencetuskan spekulasi yang mungkin ia berkaitan dengan keputusan beliau untuk tidak berkahwin.


Pasangan ini membuat pengumuman pertuanangan mereka di satu press conference pada bulan Februari tahun ini.

Pada mulanya mereka berdua merancang berkahwin pada bulan Julai namun terpaksa di tunda kerana masalah keluarga yang tidak dapat hadir pada bulan Julai itu.

Hans Isaac sebelum ini ada menyatakan perkahwinan ditunda tetapi akan dijalankan pada tahun ini juga.

Namun ternyata mereka berdua tiada jodoh, dan akhirnya Hans Isaac mengumumkan membatalkan perkahwinan dengan Gabriella Robinson.

Pernah Ada Tanda Garis Putih Di Kuku ? Baca Fakta MENGEJUTKAN Ni

Pernah Ada Tanda Garis Putih Di Kuku ? Baca Fakta MENGEJUTKAN Ni | Ingin bertanya adakah kebanyakkan dari kita mesti pernah mengalami atau ada garis putih pada kuku seperti gambar di bawah ini bukan? Pernah tak anda terfikir apa penyebab garisan putih ini muncul?

Baiklah, kami ingin berkongsi satu info ringkas yang berguna buat anda semua berdasarkan perkongsian dari sebuah blog ini .Tahukah anda, salah satu cara untuk melihat tahap kesihatan seseorang adalah dengan melihat perubahan pada kuku seseorang itu.

Garisan putih pada kuku merupakan simptom yang dinamakan Muehrcke’s Nail (Sumber Wikipedia). Secara jelasnya tidak diketahui sebab pembenetukan garisan putih ini.

Tetapi ianya dikaitkan dengan kekurangan protein di dalam badan. Maka, seseorang yang mempunyai garisan putih pada kuku berkemungkinan mempunyai masalah kekurangan protein.

Dan ada satu lagi penyebabnya. Bak kata kawan saya di MRSM dulu, beliau katakan kalau tanda putih muncul di kuku kita, bermakna ada seseorang sedang meminati kita. Lagi banyak muncul di kuku jari, lagi banyak secret admire kita. Hehe. Betul ke? Wallahualam…

Sumber : Ejeninfo

The post Pernah Ada Tanda Garis Putih Di Kuku ? Baca Fakta MENGEJUTKAN Ni appeared first on BISKUTMANIS.

"Jika lelaki tidak mahu bekerja, tinggalkanlah..!! - Nasihat Siti Sarah



Melalui ruangan Instagram miliknya, penyanyi Siti Sarah telah menulis satu caption yang khas buat wanita dan isteri di luar sana.

Penyanyi yang juga isteri kepada pelawak popular Shuib Sepahtu ini memberi nasihat yang dikatakan amat berguna kepada para isteri.

Memang ada isteri yang buta mata hanya mencintai lelaki walaupun tidak menunaikan tanggungjawab, ada juga sikap isteri yang suka memperlekehkan suami dan tidak menyokong suami.

Ada juga isteri yang sering berprasangka kepada suami yang sedang berusaha keras mencari rezeki, dan ada juga suami yang langsung tidak mencari kerja.

Nah, ini nasihat Siti Sarah kepada wanita dan isteri di luar sana, sila baca:

Jika seseorang lelaki itu tidak bekerja,marahlah..!!
Jika ia tidak mendapat pekerjaan,bantulah..!!
Jika ia tidak mahu bekerja,tinggalkanlah..!!
Jika seorang lelaki memiliki pekerjaan, dukunglah..!!
Jika ia lelah kerana kerja, manjakanlah..!!
Jika ia berhasil di dalam bekerja, nikamatilah..!!
Jika seorang lelaki sedang bekerja, percayalah..!!
Jika ia sedang bersusah payah di dalam pekerjaannya, doakanlah..!!
Jika ia gagal, semangatilah!!
Jika seorang lelaki itu pekerja keras, dan ia adalah lelakimu, bersyukurlah..!!
 @shuibsepahtu I love you so much




Amacam padu betul caption Siti Sarah ni. yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sepadan. Semoga kaum wanita di luar sana ambillah sedikit penulisan Siti Sarah ini. Memang penuh bermakna.

Apapun, Siti Sarah kini kelihatan amat gorgeous dengan penampilan terbarunya, cantik jelita!

Monday, 30 October 2017

"Takut Terpesong Akidah" - Kena Hentam Biar Anak Sambut Halloween, Rita Rudaini Mengamuk!



Di negara luar, ketika ini sambutan Halloween sedang di adakan. Antara trademark Halloween ialah memakai kostum 'hantu' atau kostum 'seram'. Di Malaysia ada juga sedikit yang menyambut Halloween.

Baru-baru ini, pelakon popular Rita Rudaini ada memuatnaik foto anaknya menyambut Halloween bersama rakan-rakan.

Anaknya itu memakai pakaian seperti drakula. manakala ada juga beberapa perhiasan Halloween yang dimuatnaik dekorasi patung tengkorak, labah labah, labu dan juga buah oren.

Ini foto anak nya itu menjadi drakula, memang comel habis:


Namun selepas foto itu dimuatnaik, ada netizen yang menghentam Rita Rudaini. Sehinggakan ada yang menggelar Rita Rudaini bodoh.

Rita ternyata berang dengan komen komen itu dan telah memberi respon balas.

Pelakon jelita ini mengatakan banyak akaun fake dibuat semata mata untuk komen di laman IG miliknya.

Ada juga yang membezakannya dengan Awal dan Scha ketika menegur.

Antara nasihat follower:

"Sudah la.. buat malu ja.. ig awal scha lara pun kena tegur tapi depa xdak pulak balas walau satu perkataan sbb dorang tau itu salah.. tapi just nk join ja bukan ats niat apa pun tu sbb depa xberbalas.. Hati2 bila berkata2... takut terpesong akidah.. niat xmenghalalkan cara.. Rita ada ank2.. rita ja harapan ank2 utk di bimbing di jalan benar.. utk sama2 belajar mendalami ilmu agama.. depa masih budak dan rita dah berumur jadi elok la sama2 belajar benda baik.. Lagi satu patung2 tengkorak harap rita xsimpan.. harap di buang atau bagi kat jiran non muslim.. sbb malaikat xmasuk dan senang kena sihir..jadi hati2 la... peringatan.. Lagi satu hidup berjiran dan bermasyarakat bagus... lagi2 buat perkara2 mulia bersama2.. apa yg penting hati2 bila berkata2 jangan terlampau lantang bersuara ✌️

Ini komen balas Rita Rudaini:

"Itu lah...bila kita reply kata kita lantang bersuara...cuba kita tepuk dada n tanya diri sendiri dulu..xperlu lantang masuk umh org...nape perlu beza antara sy dgn awal or scha? Bila awal bls komen psl sesuatu isu korg mengata dia jugak...so skrg mcm ni lah cik kak...kita xpyh sibuk hal org sbb kita pon blum tentu btui ka tidak n kita xberada di tempat org itu utk tuduh dia yg bukan2..kita xtau hati n xble baca hati org...klau rasa nk sgt berceramah agama kt org apa kata buat buat ceramah kt mana2 kita org kt ig ni pon bole join jugak..ye laa kita org ni xpandai bab agama,korg lg hebat...sy ni kan xreti apa pon,jaga ank xreti,smua lah sy xpandai..sy doa kan kalian smua xbodoh mcm sy laa xreti didik anak,xreti nk beza nk simpan ka nk puja ka patung tu...xpaa..yg penting kita tepuk dada tanya diri sendiri sy xperlu n xkisah org nk menilai sy lantang ke,ibu yg teruk xreti ajar ank ke,jahil ke..yg penting ALLAH lebih kenal sy..ALLAH yg bg rezeki kt sy n ank2..sbb sy susah senang ALLAH yg bantu...bukan org2 yg lantang berceramah kt org  slm..

Jom baca komen komen panas dari follower:



"Alhamdulillah.." - Ini Jawapan Laudya Cynthia Bella Apabila Ditanya Adakah Sudah Hamil


Pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran telah disatukan pada awal September yang lalu.

Walau baru sahaja sebulan bernikah dengan Engku Emran pada 8 September lalu, pelakon Laudya Cynthia Bella dikhabarkan sudah hamil.

Berita ini mula tersebar di negara jiran Indonessia.

Menerusi portal hiburan Detik Hot, wartawan telah mendapatkan kenyataan Laudya Cynthia Bella.

Pihak Detik Hot bersungguh mendapatkan jawapan Laudya Cynthia Bella dan telah  berkunjung ke kedai kek Bella iaitu Bebelly Bakery yang terletak di Jakarta hari ini.



Apabila ditanya tentang hal ini, Laudya Cynthia Bella tidak mahu menidakkan dan tidak juga mengiyakan pertanyaan itu.

Laudya Cynthia Bella hanya meminta agar mendoakan yang terbaik untuknya.

Ini komen ringkas Laudya Cynthia Bella:

"Alhamdulillah, amin..

"Belum lagi. Itu (hamil) doa untuk saya.

"Saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan,"


Pelakon sinetron itu tidak berniat mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Engku Emran dan Bella bernikah pada 8 September lalu di Kuala Lumpur, Malaysia. Perkahwinan mereka berdua mendapat liputan hangat di negara Malaysia dan juga Indonesia.


Laudya Cynthia Bella merupakan seorang yang amat popular di Indonesia dan mempunyai follower instagram sebanyak 19.3 juta follower.


Untuk pengetahuan, Laudya Cynthia Bella merupakan top 5 artis Indonesia yang mempunyai follwoer paling banyak, menewaskan Luina Maya dan juga Agnes Monica.

Sumber: Detik Hot

(13 Foto) Sekitar Majlis Pertunangan Dynas Mokhtar.. Tahniah!



Pelakon dan pengacara popular  Dynas Mokhtar atau nama penuhnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, selamat melangsungkan majlis pertunangan di kediaman keluarganya di Shah Alam, Selangor.

Pada umur 34 tahun, Dynas akhirnya bertunang setelah hampir empat tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal.

Dari rancangan awal, Dynas Mokhtar dijangka bakal menamatkan zaman solonya pada April tahun depan.

Pelakon dan pengacar jelota ini sememannya memasang impian untuk menjadi suri hidup kepada usahawan, Shazrik Din.

Pertunangan mereka membuktikan hubungan Dynas dan Shazrik sememangnya serius.


Ini komen Dynas Mokhtar: (BeritaHarian)

"Alhamdulillah, saya lega kerana hubungan kami sejak tiga tahun lalu kini melangkah ke fasa yang lebih serius iaitu pertunangan. Insya-Allah, tidak lama lagi kami berdua akan melangkah ke gerbang perkahwinan.

"Saya sentiasa berdoa impian untuk memiliki kehidupan berkeluarga yang sempurna seperti wanita lain akan dipermudahkan. Majlis pernikahan kami dijangka berlangsung pada April tahun depan, cuma tarikh belum ditetapkan.

"Keluarga kami merestui hubungan ini. Begitu juga dengan dua anak saya hasil perkahwinan terdahulu iaitu Khyra Khalyssa, 7, dan Mohamed Haqaish, 5. Mereka begitu terbuka dan gembira menerima kehadiran Shazrik,"

"Jika ditanya mengenai perancangan hari depan, kami sepakat untuk mengadakan pernikahan disusuli majlis resepsi kecil. Insya-Allah, ia akan berlangsung di sebuah dewan secara tertutup dan hanya dihadiri mereka yang rapat,"

Dynas memberitahu, sejurus selepas bertunang, dia dan rakan-rakan mengambil kesempatan untuk meraikan ulang tahun kelahiran Shazrik yang ke-35.

Majlis sambutan hari lahir Shazrik itu turut dibantu teman baik mereka, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Ini gambar sekitar majlis pertunangan Dynas Mokhtar dan Shazrik:














loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close