Saturday, 30 September 2017

Rossa Buka Mulut, Kekecohan Isu Bertunang Dengan Afgan Apabila Gambar Cincin Tersebar

Rossa Buka Mulut, Kekecohan Isu Bertunang Dengan Afgan Apabila Gambar Cincin Tersebar



Di negaar jiran, kecoh apabila Rossa dan Afgan dikatakan telah bertunang.

Dalam satu majlis hiburan pasangan ini mencuri tumpuan peminat apabila dikatakan dia sudah bertunang dengan penyanyi Afgan setelah melihat cincin dijari Rossa.

Ketika itu Rossa menunjukkan cincin itu ketika bergambar bersama Afgan.

Menerusi portal hiburan Tribunnews.com, Rossa akhirnyan tampil memberi kenyataan dan menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu cincin yang tersarung dijari manisnya itu adalah cincin sama yang selalu dipakai olehnya.

Ini kenyataan Rossa:

"Mana ada bertunang, memang hari itu saya dan Afgan ada bergambar menggunakan aplikasi Boomerang.

"Kebetulan cincin yang kamu lihat itu adalah cincin yang selalu saya pakai.


"Bertunang itu hanya pada fikiran orang sahaja, sedangkan tidak!,"


Rossa mengatakan dia tidak bermaksud untuk mempamerkan cincin tersebut sehingga menimbulkan persoalan netizen.

Namun begitu ternyata peminat mereka berdua  memberi 'restu' hubungan Rossa dan Afgan.


Kesemuanya berharap mereka berdua benar-benar bercinta.


Kedua-dua penyanyi ini amat popular di Malaysia sehinggakan Rossa diberi gelaran "Datuk".

Ini Komen Sharnaaz Ahmad Kepada Mak Uda Noryati Yang Kritikal Di ICU

Ini Komen Sharnaaz Ahmad Kepada Mak Uda Noryati Yang Kritikal Di ICU


Pelakon drama yang popular sebagai mak yang bersuara lantang, Mak Uda atau Noryati kini sedang sakit dan dirawat.

Mak Uda atau Noryati dikatakan kritikal di ICU dan keluarga meminta orang ramai mendoakan kesihatannya.

~Baca kisah penyakit Noryati (DI SINI).

Pelakon popular Sharnaaz Ahmad antara artis yang membri ucapan kepada Mak Uda.

Sharnaaz memohon pra followernya sama-sama mendoakan agar Mak Uda kembali sihat dan sembuh.

Ini komen Sharnaaz Ahmad:

"Khabarnya mak ude aka makcik petir dalam icu kritikal.. di sini kawan kawan marilah kita doakan supaya Allah angkat kesakitan beliau dan gantikan dgn kesihatan tubuh badan dan terus berkarya untuk kita semua.. 

"Kami semua sayangkan mak ude.. mak ude adalah artis vateren pertama yg saya hormati atas lakonan dalam tari tirana.. dan sehingga kini, beliau tiada gantinya.. 

"Marilah kawan kawan kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau semoga Allah sembuhkan penyakit beliau..

Update tentang pelakon Mak Uda, keluarga menyatakan kesihatannya bertambah baik. Semoga Mak Uda kembali sihat.

(MENGEJUTKAN) Polis Sahkan Dua Aggota Tentera TLDM Meninggal Dunia Kerana Didera, Disiasat Sebagai Kes Bunuh

(MENGEJUTKAN) Dua Aggota Tentera TLDM Meninggal Dunia Kerana Didera, Disiasat Sebagai Kes Bunuh



Hari ini pihak Polis membuat pengumuman bahawa pihaknya telah mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian dalam tahanan dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada kematian mengejut (SDR) kepada kes bunuh.

Keputusan itu dibuat apabila laporan bedah siasat kedua-dua mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini mendapati terdapat kecederaan dalaman pada tubuh mereka, dipercayai akibat penderaan.

Hasil bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa dipercayai berlaku penderaan yang mendatangkan kecederaan.


Kedua-dua mangsa ditahan di bilik tahanan Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, Perak.


Ini kenyataan Polis:

"Hasil bedah siasat terhadap mangsa pertama (Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28) pada jam 3.30 petang hingga 7 malam mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

"Bedah siasat terhadap mangsa kedua (Muhammad Lailatulman Mohd Sukri,26) pada jam 9 malam hingga 11.50 malam mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut,"


Polis menahan tiga suspek lelaki berusia antara 29 hingga 44 tahun pada 9.30 malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.


Ini komen Polis lagi:

"Ketiga-tiga suspek bertugas pada jam 10 pagi hingga 10 malam kelmarin.

"Polis turut merakam kenyataan 11 pengawal yang bertugas di bilik tahanan berkenaan serta merampas set litar rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tujuh T baton, buku log bertugas dan beberapa telefon bimbit,"


Penahanan reman terhadap ketiga-tiga suspek akan dipohon di Mahkamah Majistret Seri Manjung, dekat sini hari ini.

Sumber: BH

(TERKINI) Mahkamah Sahkan Pernikahan Joy Revfa Dengan Datuk Ray Imran

Mahkamah Sahkan Pernikahan Joy Revfa Dengan Datuk Ray Imran


Mah­kamah Tinggi Syariah mengesahkan pernikahan usahawan produk kecantikan, Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Amin, dengan suami terdahulu, Datuk Ray Imran di Thailand, empat tahun lalu sah mengikut hukum syarak.

Hakim membuat keputusan tersebut setalah berpuas hati dengan semua dokumen, keterangan lisan dan hujahan bertulis yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Ini kata Hakim:

"Mahkamah de­ngan ini mensabitkan bahawa pernikahan kamu berdua pada 10 Januari 2013 di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand adalah sah mengikut hukum syarak,”

Joy Revfa diwakili peguam syarie, Aznor, manakala Ray Imran hadir tanpa peguam.

Sementara itu, Aznor Suhaida ketika ditemui pemberita memberitahu, pihaknya akan memfailkan permohonan pengesahan penceraian antara Joy dengan Ray Imran dalam masa terdekat.

“Hari ini mahkamah telah mengesahkan pernikahan anak guam saya dengan Ray Imran adalah sah dan langkah seterusnya adalah untuk memfailkan pengesahan penceraian mereka dalam masa terdekat,”

Pasangan ini bernikah di Thailand pada 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

Friday, 29 September 2017

Jangan Hina Anak Saya!..Hati Hitam!! - Yusof Haslam Mengamuk


“Jangan Hina Anak Saya !” - Yusof Haslam Mengamuk


Pengarah filem dan drama tersohor, Datuk Yusof Haslam memang terkenal dengan legasinya iaitu Syamsuk dan juga Shafiq.

Kedua-dua anaknya kini berjaya sebagai pengarah yang amat hebat, namun ada juga yang mengkritik anak-anaknya.

Yusof Haslam menyifatkan pengkritik filem Mansor Puteh sebagai berhati hitam kerana melabel karyanya dan juga karya anaknya sebagai bahan tong sampah.

Kata Yusof Haslam, sikap Mansor tidak pernah berubah dan kini pengarah itu mengheret pula Syamsul dan Syafiq, dua anaknya itu sebagai sasaran.

Ini komen Yusof Haslam:

"Kasihan dia (Mansor), dia mahukan perhatian selepas 35 tahun menghina filem orang lain dan pada saya hati dia ini sudah hitam.

"Hina saya tidak kisah... tapi ini melarat pula ke anak-anak saya. Biar masyarakat menilai dirinya, rupa-rupanya masih ada 'spesis' macam ini dalam negara.


"Kalau masih muda satu hal, ini sudah senja masih tidak berubah,"


"Ia bukan perkara baru tetapi tidak mengapa semoga Allah buka pintu hatinya dan turunkan hidayah.


"Saya pun bukanlah pernah minta dipuji,"


Terdahulu, Mansor menerusi statusnya di Facebook yang amatlah pedas.

Ini statusnya:


"Kebanyakan filem Hollywood dan filem Malaysia dan filem Yusof Haslam dan anak-anaknya sepatutnya dibuang di dalam ini (merujuk kepada gambar bakul sampah).

"Ada beberapa (filem) menimbun di sebelah dan hanya sedikit diletakkan di rak,"


Mansor memang pengkritik kontroversi dan sebelum ini dia juga pernah mengkritik filem Bukit Kepong arahan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin dan Allahyarham Seniman Tan Sri P. Ramlee.

"Cukup-cukuplah, hormati proses mahkamah!," - Hafiz Hamidun Balas Kenyataan Joy Revfa

"Cukup-cukuplah, hormati proses mahkamah!," - Hafiz Hamidun



Hafiz Hamidun tidak mahu membalas sebarang kenyataan tentang isu pembubaran perkahwinannya dengan Joy Revfa.

Katanya, kes itu sudah menjadi kes mahkamah dan dia tidak mahu mengganggu proses yang sedang berlangsung.

Joy Revfa ada mengatakan hafiz Hamidun tergesa-gesa berkahwin dengannya kerana ada 'sesuatu'.

Hafiz Hamidun tealh menafikan hal tersebut.

Ini komen Hafiz Hamidun:

"Sudah tiada apa yang nak diperkatakan lagi mengenai perkahwinan saya dengan Joy Revfa, dia memilih untuk menyelesaikan cara mahkamah, jadi kita tunggu sajalah keputusan hakim.

"Saya rasa tidak perlu keluarkan sebarang kenyataan kerana tak mahu orang fikir saya sekadar ingin meraih simpati,"


"Mungkin pada mata dia yang nampak seperti tergesa-gesa nak berkahwin, itu pendapat dia, jadi saya tak perlu nak ulas tentang benda ini.

"Sekarang dia sudah pilih jalan mahkamah, jadi tak perlu nak keluarkan apa-apa kenyataan tentang kes ini.


"Cukup-cukuplah, hormati proses mahkamah!," 


 "Saya berpegang kepada prinsip, jangan buat keputusan ketika marah dan jangan juga buat keputusan semasa terlalu suka.

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam sebelum ini menangguhkan permohonan faraq nikah difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu dan sebutan semula kes bersambung pada 9 November depan.

Kes permohonan Faraq nikah yang difailkan Joy terhadap Hafiz disebut semula pada 9 November depan.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam dekat sini pada 1 Mei lalu dengan sekali lafaz.


Sumber: mStar

Ibu Neelofa Dedah Bagaimana Boleh Letak Nama "Neelofa" Kepada Anaknya

Ibu Neelofa Dedah Bagaimana Boleh Letak Nama "Neelofa" Kepada Anaknya



Noor Kartini, ibu kepada Neelofa telah membuka rahsia, dan mendedahkan asal usul nama Neelofa.

Kata ibu  Neelofa ini, sebenarnya nama itu diambil dari seorang gadis kacukan Pakistan yang ditemuinya ketika di sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan sekitar 29 tahun lalu.

Gadis Paskitan tersebut bernama Neelofa dan mempunyai wajah yang amat cantik.


Ini komen Kartini:

"Ketika itu saya sedang mengandungkan Neelofa, saya ke Hankyu Jaya bersama kakak saya untuk menemaninya membeli produk kosmetik Lancome.

"Masih saya ingat gadis itu memiliki paras rupa yang sangat cantik, menyarung jubah hitam, sneakers dan tudung bawal putih.

"Dia menyapa saya, katanya dia kenalan kepada saudara saya. Neelofa namanya! Dari situlah saya terkenan dan saya nekad untuk menamakan bayi yang saya sedang kandung ketika itu dengan nama Neelofa.

"Jadi, nama Neelofa dan Lancome sendiri seperti ada jodoh yang kuat,"


Ditanay tentang wanita bernama Neelofa itu, Kartini memberitahu  dia sudah berpindah ke luar negara kerana mengikut suaminya.


Pertemuan tersebut merupakan yang pertama dan terakhir buat mereka berdua.
 
Tentang Lancome pula, Neelofa dilantik sebagai duta produk kosmetik antarabangsa Lancome.

Lebih mengagumkan, Neelofa juga sebenarnya duta sulung berhijab Lancome.

Sumber: AstroGempak

Emma Maembong Akui Alami Sakit Yang Amat Teruk

Emma Maembong Akui Alami Sakit Yang Amat Teruk



Pelakon Emma Maembong mendedahkan dia kini sedang mengalami masalah migrain yang amat teruk.

Emma Maembong berkata sakit kepala itu telah menyebabkan matanya merah sebelah.


Ini komen Emma Mambong:

"Yang tanya saya sakit apa, saya migrain yang sangat-sangat teruk sampai mata saya pun merah sebelah.

"Sakit bibir yang tidak tahu kenapa, sakit tekak, selsema, demam dan juga batuk,"


Rata-rata peminatnya meminta Emma Maembong untuk menjaga diri dan banyakkan minum air kosong bagi menghilangkan sakitnya itu.


Para peminat sentiasa memberi sokongan dan mendoakan pelakon kesayangan mereka itu cepat sembuh.

Sejak kebelakangan ini Emma Maembong kerap dilihat menglami pelbagai masalah kesihatan

Sebelum ini, Emma telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami sakit perut yang serius dan doktor mengesahkan dia dijangkiti virus.

Thursday, 28 September 2017

Laparan Polis Dibuat Isu Dato Red Tipu Jual Tanah.. Ini Respon Dato Red


Laparan Polis Dibuat Isu Dato Red Tipu Jual Tanah.. Ini Respon Dato Red


Suami kepada penyanyi popular Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra disapa Dato Red telah dituduh melakukan kegiatan menipu dalam perniagaannya.

Ada satu blog pada Isnin lalu mendedahkan perbuatan Dato Red menerusi syarikat ADN Properties Sdn Bhd yang didakwa terlibat dengan kegiatan penipuan penjualan tanah.

Apabila kes dakwaan ini tersebar, Dato Red telah tampil membuat ;aoran polis untuk membersihkan namanya.

Dato Red juga manfikan perkara berkenaan yang dikatakan hanyalah fitnah.

Ternyaat suami Adira ini terkejut dengan penyebaran fitnah terhadap dirinya dan menegaskan dia tidak ada kaitan dengan kes isu hartanah.


Ini penjelasan Dato Red:

"Sidang media dalam video itu sudah lama sekitar bulan Jun lalu dan mereka bercakap mengenai syarikat lain dan bukannya syarikat saya.

"Tetapi pihak tidak bertanggungjawab ini menyelitkan artikel seolah-olah mereka sedang bercakap mengenai syarikat saya dan terus menjatuhkan hukum kata saya penipu tanpa mengetahui cerita sebenar.

"Jika hendak bercakap tentang peribadi saya silakan... tetapi memfitnah syarikat dan perniagaan saya tanpa usul periksa itu saya tidak boleh terima," 


"Saya tahu siapa yang sedang diperkatakan Yusof Azmi dalam video itu kerana PPIM pernah meminta bantuan saya untuk menjejak dalang-dalang ini.

"Tetapi kami lakukan secara senyap kerana tidak mahu mereka ini tahu aktiviti mereka sedang diperhatikan,"

"Kalau betul saya terbabit dan didapati bersalah barulah jatuh hukum kepada saya... katalah apa hendak kata.

"Tetapi kami tak terlibat pun dah kena macam-macam fitnah. Apa-apa pun saya serah kepada pihak berkuasa jalankan siasatan,"

"Memang beri kesan tetapi ingin saya tegaskan di sini syarikat kami tidak jual tanah orang pihak ketiga tapi saya jual tanah atas nama saya sendiri yang saya beli.


"Sebelum sebarang pembelian dibuat kami akan tunjuk dahulu geran asal tanah dan saya bukannya jual rumah,"


Dato Red melakukan penjualan tanah lot di beberapa daerah antaranya Hulu Langat, Sungai Buloh dan Kajang.


Dia kini telah menyerahkan kepada PPIM dan pihak polis untuk menguruskan hal ini dan bersedia sekiranya ada bukti mengatakan dia terlibat atau bersalah.

Sumber: mStar

Komen Panas Sentap Dari Sajat Terhadap Rani Kulup.. Perghh Setepek Kena

Komen Panas Sajat Terhadap Rani Kulup.. Perghh Setepek Kena



Sebelum ini Rani Kulup memang ada dikaitkan dengan Dato Vida dan juga Sajat.

Hari ini usahawan popular, Sajat telah diminta mengulas tentang lamaran Abdul Rani Kulup.

Nur Sajat menyatakan ayahanda Rani Kulup itu cuba mencari publisiti murahan dengan mengaitkan dirinya dan Datuk Seri Vida.


Malah Sajat juga menyatakan dia tidak kenal dengan Rani Kulup.


Sajat juga menyatakan tidak perlu melamarnya kerana sia sudah mempunyai teman.


Ini komen Sajat:

"Video itu sangat lawak. Sajat tak kenal pun siapa dia tapi yang pasti dia sengaja mencari publisiti murahan dengan cuba mengaitkan dirinya dengan orang seperti Sajat dan Datuk Vida.

"Sajat rasa dia kurang kasih sayang sebab itu dia cuba melamar kami yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Tak perlu kot dia nak melamar lagipun Sajat dah berpunya," 



Itulah komen Sajat tentang Rani Kulup.


Sajat sebelum ini telah membuat pengumuman rancangannya untuk berkahwin pada tahun hadapan.


Baca kenyataan Sajat tentang perkahwinannya ( DI SINI )


Sumber: mStar

"Insya-Allah doakan yang baik-baik.." - Sajat Umum Kahwin Tahun Depan

"Insya-Allah doakan yang baik-baik.." - Sajat Nak Kahwin Tahun Depan



Sajat memberitahu dia mungkin akan mengakhiri zaman solonya pada hujung tahun depan.

Nampaknya melepaslah jejaka-jejaka di luar sana untuk mengahwini Sajat yang merupakan usahawan berstatus jutawan ini.

Sajat sendiri mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya.

Nur Sajat berkata buat masa ini beliau mahu mencapai beberapa sasaran dalam hidupnya yang masih belum dicapai selain mahu mengembangkan empayar perniagaan yang dibina.

Ini komennya:

"Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes sahaja.

"Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah hujung tahun depan, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajelah,"


"Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan," 


Memang ramai yang tak sabar nak lihat Sajat naik pelamin. Mesti meriah habis!!


Sumber: mStar

Wednesday, 27 September 2017

Teruk Dikecam, Bapa Mia Sara Tampil Beri Respon Balas

Teruk Dikecam, Bapa Mia Sara Tampil Beri Respon Balas






Ayah Mia Sara iaitu Muhammad Ridhuan telah tampil memberi kenyataan balas ekoran pakaian anaknya telah dikecam teruk ketika membuat penampilan di anugerah Festival Filem Malaysia.


Ridhuan telah menerima teguran orang ramai tentang isu tudung singkat dan baju ketat anaknya itu.

Ada juga yang mengecam bapa Mia Sara kerana pemakaian pelakon cilik itu (BACA SINI).

Katanya, baju yang digayakan Mia Sara tidak ketat seperti diperkatakan sehingga dapat memperlihatkan bahagian dadanya.

Ini komen ayah Mia Sara:

"Saya mengaku tudung yang dipakai Mia pada malam tersebut agak singkat dan saya terima segala teguran.

"Namun, bajunya tidak seketat yang anda nampak dalam gambar itu. Kalau lihat secara berdepan, baju itu longgar sahaja.


"Mungkin disebabkan sisi kamera yang mengambil gambar sehingga nampak bahagian dadanya jelas," 


"Saya mengaku tudung Mia terlalu singkat dan ia adalah kesalahan saya sendiri. Semua yang dilakukan pada saat-saat akhir.

"Kami mendapat jemputan untuk hadir pada malam itu pun kurang dari dua minggu. Manakala baju Mia siap sehari sebelum.


"Tak sempat nak cari tudung yang sesuai dan kebetulan baju itu ada hiasan di bahagian bahu,"

"Saya minta maaf jika ada pihak yang tidak suka atau selesa melihat pakaian Mia. Tapi bagi mata saya, dia tetap kelihatan cantik.

"Untuk netizen yang komen positif itu saya mengucapkan terima kasih. Yang negatif itu, saya dan Mia biarkan sahaja," 


Lihat pakaian Mia Sara itu ( DI SINI )

Ridhuan telahpun  memohon maaf jika ada pihak yang tidak suka dengan pakaian anaknya itu dan dia berterima kasih kepada netizen yang meninggalkan komen positif dengan mengunakan ayat-ayat betul.

Sumber: mStar

Fazura Terkejut Dengan Tindakan Fattah Amin

Fazura Terkejut Dengan Tindakan Fattah Amin


Pelakon jelita Fazura terkejut apabila menerima 500 kuntuman bunga mawar berwarna merah jambu dan putih pada hari kelahirannya yang ke-34.

Ternyata fazura terkejut dengan pemberian itu apatah lagi ianya diberi oleh pelakon kacak Fattah Amin.

Fazura meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka aktor gandingannya dalam drama Hero Seorang Cinderella itu membuat kejutan istimewa pada hari jadinya.


Ini pendedahan Fazura:

"Terkejut sangat, saya ingat hadiah bunga itu daripada ibu saya tapi rupa-rupanya pemberian Fattah Amin.


"Dia memang suka buat kejutan begini, sebelum majlis ini berlangsung dia ada bagi ucapan, tak sangka pula ada bunga menyusul.


"Ini bukan kejutan yang pertama, sebelum ini dia pernah memberi bunga kepada saya semasa acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW),"


Kejutan itu dibuat oleh peminat dan juga wakil Fattah Amin. Aktor itu tidak hadir kerana sibuk dengan penggambaran drama.

Imbas kembali, semasa birthday  Fattah Amin, Fazura telah menghadiahkan 50 kuntuman bunga mawar kepada Fattah, ketika itu Fazura berada di New York, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Pelakon filem Pisau Cukur ini turut mengakui Fattah merupakan lelaki yang paling dekat dengan dirinya ketika ini.

 Sumber: mStar

Tuesday, 26 September 2017

"Ingat Mereka Bagus" - Nabil Hentam Rakan Artis Kuat Sentap, Bajet Bagus Dan Tak Sokong Pengacara.. Siapakah?

"Ingat Mereka Bagus..." - Nabil Hentam Rakan Artis, Siapakah? Setepek Kena Batang Hidung


Nabil Ahmad kali ini tampil memebri kenyataan dan menyatakan rasa kesal dengan sikap segelintir artis Malaysia.

Nabil kecewa denagn artis Malaysia kuat sentap dan sukar memberi sokongan terhadap rakan lain ketika hadir ke sebuah acara hiburan.

Oleh itu, Nabil kini lebih gemar mengendalikan acara atau majlis yang tidak ada melibatkan artis.

Ini pendedahan Nabil:

"Saya dah kendali banyak majlis tapi lebih suka mengacara di majlis sekolah, universiti, kilang atau korporat berbanding sesuatu melibatkan artis.

"Sebabnya kebanyakkan artis cepat terasa. Ada segelintir yang ingat mereka bagus bila duduk di bawah itu.


"Mereka tidak memberi sokongan penuh kepada rakan yang berada di hadapan,"


Pengacara popular ini juga mengatakan artis Malaysia mempunyai sifat malas untuk memberi tepukan dan sorakan kepada rakan yang berada di pentas.

Disebabkan itu, Nabil tidak menganggap dirinya selebriti tetapi dia bekerja hanya untuk industri seni.

Ini komen Nabil lagi:

"Takkan saya naik atas pentas dan minta orang tepuk. Awak kerja macam saya, cuba naik atas pentas tapi tak ada orang tepuk apa yang awak rasa.

"Artis-artis Malaysia ini malas nak tepuk tangan dan sorak pun tak nak. Kenapa nak mengangkat diri lebih daripada orang lain.


"Sebab itulah saya tidak menganggap diri sebagai selebriti tetapi bekerja untuk industri,"


Dalam pada itu, Nabil tidak kisah jika kenyataannya ini akan mengundang kecamanmalah menyatakan ini adalah pandangan peribadinya yang pernah melalui pengalaman mengendali acara hiburan namun tidak mendapat sokongan rakan selebriti yang lain.

Ini penjelasan Nabil:

"Saya dah biasa kena kecam. Saya tak ada masalah. Apa yang saya cakap ini adalah benda yang betul.

"Sudah banyak kali jadi pengacara untuk majlis pelancaran, bila ada artis lain tengoklah macam mana sikap mereka,"



Sumber: mStar

"Jangan Tanya Soalan Bodoh!" Shila Amzah Mengamuk Ditanya Kenapa Dah Gemuk

"Jangan Tanya Soalan Bodoh!" Shila Amzah Mengamuk Ditanya Kenapa Dah Gemuk


Ada individu yang sering tidak berlapis apabila berkata-kata. Selalunya mereka ini hanya cakap lepas dan sering memberi komen yang 'jujur'.

Dalam satu insiden, Shila Amzah berang dan menegur sikap peminat yang tidak sensitif menyoal tentang dirinya semakin gemuk selepas bergambar..

Shila Amzah dilihat agak bengang sehingga mengeluarkan kata-kata ‘pedas’ buat peminatnya itu dan juga sempat memerlinya.

Kata Shila Amzah, soalan yang ditanya oleh peminatnya itu agak ‘bodoh’.

Dengan menggunakan percakapan Bahasa Inggeris, Shila meminta peminatnya itu mencerminkan diri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan komen tentang perubahan dirinya.

Ini komen panas Shila Amzah:

"Jika kamu ingin mengambil gambar bersama saya, tiada masalah. Tetapi selepas itu janganlah tanya soalan bodoh seperti kenapa saya semakin gemuk! 

"Saya rasa, apabila ingin berkata sesuatu tentang seseorang, kamu perlu fikir dan dapatkan cermin dan betulkan foundation di wajah terlebih dahulu.
 

" Saya tiada masalah jika kamu miliki wajah yang hodoh, tetapi mempunyai hati yang busuk adalah lebih teruk. Betulkan sikap itu sebelum bercakap dengan orang,”

~Video Shila Amzah mengamuk ( TONTON SINI )

Memang ada wanita yang sensitif apabila digelar gemuk dan Shila Amzah adalah antara yang tergolong dalam golongan tersebut.

Sabarlah ye...

Baju Disamakan Macam Guni Bawang, Ini Komen Balas Afifah Nasir

Baju Disamakan Macam Guni Bawang, Ini Komen Balas Afifah Nasir


Baru-baru ini pelakon penuh kontroversi, Afifah Nasir dikatakan telah menyindir isteri Aliff Aziz melalui hashtag di gambar Instagram.

Kemudian ada haters yang geram telah membuat persamaan baju Afifah Nasir dengan guni bawang.

Apabila ditanya tentang hal ini, Afifah mengatakan dia sedikit pun tidak terasa hati.

Katanya lagi, setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing.


Ini komennya:

"Bagi saya, ia bukan satu perkara yang perlu dijadikan isu.

"Kini saya lebih selesa tidak ambil peduli mengenai apa saja kritikan atau komen yang ditulis netizen di media sosial.

"Bagi saya itu hak mereka dan biarkan saja. Apatah lagi, sekarang fokus saya tertumpu pada karier,"


Afifah Nasir yang merupakan adik kepada Anzalna, kini sibuk di lokasi penggambaran drama 70 episod, Syurga Yang Kedua terbitan Orangetree Production Sdn Bhd yang diarahkan Zamri Zakaria. Penggambaran dijangka barakhir hujung tahun nanti.

Nama Afifah Nasir mula menajdi sebutan ramai apabila dikaitkan menjadi orang ketiga dalam rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Michael Ang Tak Berani Ambil Fara Mendoza, Natasha Elyzza Dan Fathia Latiff Berlakon Dibawah Arahannya

Michael Ang Tak Akan Ambil Fara Mendoza, Natasha Elyzza Berlakon Dibawah Arahannya



Pengarah popular Michael Ang tidak akan mengambil beberapa pelakon yang telah mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Nama yang disebut ialah Fara Mendoza, Natasha Elyzza dan juga Fathia.

Fara Mendoza dan Natasha Elyzza dikatakan tidak akan diambil oleh Michale Ang.

Apabila ditanya tentang Fathia Latiff, Michael Ang kata tunggu sehingga dia betul-betul berubah baru Michael berani ambil.

Ini komen Michael Ang:


BUAT MALU 

"Fara Mendoza tu dengan Natasha Elyzza memang takkan ku ambil lagi berlakon. Buat hal je. Buat malu company je.


"Kau tak kenal Fara Mendoza? Dia dah buat macam-macam untuk jadi terkenal di Malaysia ni, okay? Kan dulu dia terkenal sekejap dengan Fizz Fairuz?

BIGO DAPAT DUIT

"Sejujurnya I dah lama ada Bigo (Live) tu, tapi I tak tahu yang buat Bigo tu boleh dapat duit. I baru tahu. 

"Rupanya banyak artis Malaysia buat Bigo untuk dapatkan duit. Banyak juga aku dengar ada orang dapat lebih RM 20,000 sebulan, okay? 

"Sebab dapat coins-coins tu ke apa. Patutlah si Natasha tu pergi buat Bigo tu. Rupanya dapat duit. Patutlah adalam video tu dia orang tanya, dah berapa, dah berapa, dah berapa.

TAK BERANI AMBIL FATHIA BUAT MASA INI

"Fathia berlakon? Tak berani lagi, dik, nak ambil. Tunggulah dia berubah betul-betul dulu, barulah I berani ambil.


"Kang dia buat hal aku lepuk pulak

Kenyataan ini dibuat oleh Michael Ang yang telah membuat siaran live bersama para followernya.

Michael Ang memang terkenal dengan mulut lasernya dan berani membuat kenyataan tentang sesuatu isu.

Sumber: beautifulnara

Afdlin Shauki Dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang, Kini Bergelar Dato Afdlin Shauki..TAHNIAH

AKHIRNYA Afdlin Shauki Dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang, Kini Bergelar Dato Afdlin Shauki


Selebriti popular Afdlin Shauki kini bergelar Dato Afdlin Shauki setelah menerima anugerah DIMP.

Pengumuman dibuat oleh rakan-rakan Dato Afdlin Shauki termasuk Dato Hans Isaac dan juga Dato AC Mizal.

Ini komen Hans Isaac:

"Tahniah pada my bro Dato Afdlin Shauki kerana dikurniakan darjat DIMP hari ni . Well deserved bro. Proud of you bro.

Ini pula komen dari AC Mizal dan isteri:

"Saya dan isteri ingin mengucapkan TAHNIAH buat partner kami and also our brother Afdlin Shauki diatas Pengurniaan Darjah Kebesaran DIMP yang membawa kepada title Dato.

"May this new journey for you will bring success to our 'Syiok TV' and your life brother. Let us be the first to congratulate you and alhamdullilah atas rezeki dari Allah for you our partner. 

"TAHNIAH YB DATO’ AFDLIN SHAUKI. 

Sememangnya Afdlin Shauki layak diberi gealran Dato kerana sering membawa pembaharuan dalam industri seni.

Karyanya banyak memberi impak kepada industri hiburan

Tahniah Dato Afdlin Shauki!!

Kepada Yang Belum Tengok.. Inilah Video Penuh Lawak Zizan Tentang "Datuk Beli"

Ini Video Penuh Lawak Zizan Tentang "Datuk Beli"


Sejak Sabtu memang agak kecoh tentang lawak Zizan tentang "Datuk beli".

Datuk Hans Isaac dan juga Datuk Eizlan Yusof telah menjadi bahan lawak Zizan itu.

Kepada yang tidak menonton anugerah tersebut, ini sedutan video tersebut.

Ini videonya:

Ekoran lawak ini, sedikit salah faham telah timbul antara Zizan dan juga Hans Isaac.

Akhirnya mereka berdua telahpun berbaik-baik setealh Zizan dengan rendah diri memohon maaf tentang lawak tersebut.

Datuk Eizlan Yusof juga ada menyatakan Zizan telah meminta maaf kepadanya.


Monday, 25 September 2017

Peminat 'Sekolahkan' Ibu Bapa Mia Sara.. Apabila Penampilannya Di Festival Filem Malaysia Dikecam

Peminat 'Sekolahkan' Ibu Bapa Mia Sara.. Apabila Penampilannya Di Festival Filem Malaysia Dikecam


Mia Sara telah hadir ke anugerah Festival Filem Malaysia pada hari Sabtu yang lalu.

Pelakon berumur 12 tahun hadir dengan gaya yang amat anggun dan jelas kini Mia Sara sedang meningkat dewasa.

Namun cara pemakaiannya dikatakan terlalu 'dewasa' dari umurnya.

Ini antara foto Mia Sara yang dikecam hebat (LIHAT SINI)

Kemudian ada seorang follower yang bertindak memberi pesanan kepada ibu bapa Mia Sara tentang isu ini.

Ini komennya:



Apapun sebenarnya Mia Sara tampil cantik pada malam itu. ramai juga yang memuji Mia Sara.

Sumber: Ig Mia Sara

(5 FOTO) Fathia Latiff Langsung Tak Berubah.. Terus Perlekeh Cara Pakai Tudung

(5 FOTO) Fathia Latiff Langsung Tak Berubah.. Terus Perlekeh Cara Pakai Tudung


Nampaknya pelakon Fathia Latiff  terus diperkatakan orang ramai.

Sebelum ini namanya menjadi viral ekoran video Bigo menampakkannya sedang menari.

Kemudian, kisah sikapnya yang mempunyai masalah disiplin sehingga disingkirkan oleh pihak produksi dan wataknya digantikan oleh Zahirah McWilson.

Kali ini, Fathia Latiff dilihat masih lagi memakai tudung namun tetap menayang rambutnya.

Di laman Instagram, ramai yang menegur cara pemakaian tudung Fathia Latiff yang diihat tidak sempurna keraan sering ternampak rambut dan juga leher.

Fathia Latiff dilihat telah menutup ruangan komen setelah dikritik cara pemakaian tudungnya.

Ini antara komen dari para followernya.








Walaupun ditegur, Fathia Latif filihat masih belum lagi berubah dan tetap memuatnaik foto yang memperlihatkan auratnya.

Ini foto terbaru Fathia Latiff:





loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close