Monday, 31 July 2017

Selepas Teruk Dikecam Kerana Gelar Bella Meroyan, Akhirnya Anzalna Nasir Tampil Buka Mulut

Selepas Teruk Dikecam, Akhirnya Anzalna Nasir Tampil Buka Mulut



Anzalna Nasir turut terpalit dengan kontroversi adiknya Afifah Nasir dengan Aliff Aziz.

Ini setelah pelakon ini menggelar Bella Astillah sebagai wanita yang sedang meroyan kerana baru melahirkan cahaya mata. (BACA SINI)

Memang teruk Anzalna dikeacm orang ramai kerana komennya itu.

Akhirnya Anzalna telah tampil memberi kenyataaan dan memohon maaf atas keterlanjuran katanya kepada Bella Astillah.

Ini kenyataan Anzalna:


DIKECAM TERUK

"Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi?


AKUI AYAT ITU TAK PATUT KELUAR

"Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita.


MOHON MAAF

"Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana,"

TUTUP RUANG KOMEN

"Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini.


GEMBIRA LIHAT ALIFF DAN BELLA BERBAIK

"Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama.

"Berkenaan dengan kejadian tersebut, saya harap semua pihak boleh menantikan sendiri kenyataan dari adik saya,"

Semalam dalam satu sidag media, Bella akui terkejut dengan ayat 'meroyan; yang ditulis Anzalna kepadanya. (BACA SINI)

"Kau Memang Cemar Imej Artis Malaysia!!" - Ini Komen Panas Presiden Seniman, Zed Zaidi Kepada Aliff Aziz

Ini Komen Presiden Seniman, Zed Zaidi Tentang Kes Aliff Aziz



Kes panas Aliff Aziz memang menjadi viral pada minggu lepas dan minggu ini.

Akhirnya hari ini Aliff Aziz telah bersuara tentang kontroversi yang melanda dirinya.

Aliff Aziz telah pun memohon maaf (BACA SINI)

Memang banyak komen dan pandangan dari orang ramai tentang hal ini.

Kali ini presiden Seniman iaitu Zed Zaidi tampil memberi pandangannya tentang isu panas ini.

Memang padu komen dari Zed Zaidi kali ini sampai beri warning kepada Aliff Aziz.

Ini komen dari Zed Zaidi: (Sumber: Rotikaya)

PANDANGAN SENIMAN

"Pertamanya dalam industri seni, kita bawa imej.

"Kedua ia melibatkan rumahtangga, jadi kita tak boleh nak kacau sangat, cuma saya boleh bagi pandangan dari sudut pandangan saya

PANDANGAN ZED ZAIDI

"Bagi saya, lu Aliff memang tak gentleman. Sebab sebagai lelaki kena hormati wanita lebih lebih lagi isteri kita yang sentiasa dibelakang kita.

ALIFF  CEMAR IMEJ ARTIS MALAYSIA

"Jujur bagi aku, Aliff dah cemarkan imej artis Malaysia walaupun kau bukan artis Malaysia. Kau kena respek artis Malaysia

"Bila kau (Aliff) buat macam ini, imej artis Malaysia tercalar sedangkan kau artis luar.

"Aku tak nak kacau rumah tangga kau, itu kau jawab dengan Tuhan

KALAU LIBATKAN INDUSTRI, DAH PERGI IMEGRESEN

"Kalau libatkan industri, aku bukan habis kat balai polis, aku akan bawa kau ke Imegresen, sampai kau tak boleh masuk Malaysia lagi.

"Tapi aku teringat kata-kata isteri kau yang masih sayangkan kau, so aku respect

"Dari segi industri lu memang tak respek artis Malaysia.

"Inilah masalah artis luar. Ini perjuangan saya dari dulu lagi sampai sekarang. 

INI MASALAH ARTIS LUAR

"Sekarang rakyat Malaysia dah tahu, kenapa kita perlu kawal kemasukkan artis luar ke Malaysia disebabkan benda benda buruk

"Kalau kita nak bawa, biar bawa yang berkualiti dan membantu industri kita terutama dari sudut cukai, hiburan

TENTANG AFIFAH

"Dia macam nilah, benda itu berlaku bukan dalam penggambaran, ini diluar penggambaran bermakna ini hal personal

"Jadi saya tak kacau personal, masing masing pandailah jawab

NASIHAT KEPADA ARTIS MUDA

"Apa yang saya boleh nasihat kepada artis artis Malaysia dan juga artis luar, terutama artis artis muda, tolong jaga kelakuan, aatitude dan apa saja perangai anda supaya jangan mencemar lagi imej negatif artis Malaysia

"Salah satu tugas Seniman ialah menjaga imej artis Malaysia

SENIMAN ADA RANCANGAN BUAT KURSUS KHAS

"Seniman dan pihak Finas akan kerjasama untuk buat kursus khas menolong mereka sebelum masuk industri ini. 

"Ianya macam kahwin. Sebelum kahwin kena pergi kursus dulu.

"Dah ada sijil tu baru boleh layak masuk industri ini.

ALIFF AZIZ ADA APPLY SENIMAN?

"Tak pasti kena check dengan pejabat.

MEMANG SENIMAN TAK ADA TINDAKAN TERHADAP ALIFF?

"Ini hal personal kalau masuk campur kita pula tak gentleman.

"Tapi apa boleh saya bagitahu adalah pandangan saya sebagai Zed Zaidi yang mewakili rakyat Malaysia

"Rakyat Malaysia tak buat benda benda macam ni bro. Kau kena ingat ini Malaysia bukan negara kau

"kalau ada apa apa berlaku, memang gua kasi hentam sama lu la sebab ini negara aku tau

"Aku tahan sabar sebab aku masih respek kau lagi sebab isteri kau. Isteri yang kau pukul tu rakyat Malaysia tau

"Aku boleh macam macam dengan kau aku boleh buat complain dengan Imegeren sampai kau tak boleh masuk Malaysia.

"Jadi jaga perangai kau, kalau kali kedua kau buat kau jaga lah bro, gua cari lu sampai dapat!"

Sumber: Rotikaya

(FULL STATEMENT) Ini Isi Kandungan Penuh Press Conference Aliff Aziz Yang Berlangsung Sebentar Tadi

Ini Inipati Press Conference Aliff Aziz Yang Berlangsung Sebentar Tadi


Sebentar tadi telah berlangsung press conference dari Aliff Aziz dan juga isterinya tentang kontroversi yang melanda rumah tangganya.

Ini isi kandungan press conference tersebut.

Tak Pukul/ Belasah
-Aliff Aziz menegaskan dia tidak memukul atau membelasah isterinya, Bella Astillah.
-Aliff akui berlaku ada berlaku pergelutan.

Isteri Tarik Balik Polis Resport
-Bella mengesahkan bahawa dia telah menarik balik laporan polis terhadap suaminya dan suaminya dibebaskan dengan jaminan polis.

Akui Ke Karoke Bukan Atas Dasar Kerja
-Aliff  Aziz akui bahawa di ke pusat hiburan itu bukan atas dasar kerja

Buka Mata Dalam Lokap
- Aliff akui terbuka matanya ketika berada di dalam lokap. Di dalam sana tiada siapa yang boleh bantunya. Ketika itu dia memahami keadaannya. Aliff muhasabah diri ketika dalam lokap.

Bella Isteri Yang Baik
- Aliff akui Bella seorang isteri yang baik, tak pernah buat kesalahan.
- Bella digelar isteri yang tabah.
- Aliff akui kesilapan diri dan memohon maaf.

Dakwaan Bella Kuat Control Aliff
- Aliff Aziz menafikan isterinya seorang yang kuat control.
- Aliff mempersoalkan mereka yang mengeluarkan kenyataan sesuka hati.
- Aliff Aziz dilihat marah dengan mereka yang suka masuk campur urusan keluarganya.
- Penyanyi ini terkilan dengan pihak yang kononnya mendedahkan sikap sebenar isterinya

Apa Jadi Dengan Penggambaran?
- Aliff Aziz memberitahu dia belum habis shooting drama terbabit.
- Afifah tidak datang ke set kerana masalah kesihatan dan ada surat doktor.
- Aliff Aziz datang ke set untuk berjumpa pihak produksi pada hari Ahad.
- Aliff Aziz akan sambung semula kerja dan mahu habiskan cepat kerjanya.
- Dia akui ada etika kerja.
- Tinggal lagi 4-5 hari lagi untuk shooting.
- Aliff doakan Afifah cepat sembuh
- Aliff berasa amat kesal apa yang berlaku tehadap team productionnya yang dikatakan amat baik.
- Aliff mohon maaf terhadap crew dan pihak produksi.

Pokok Tak Bergoyang Kalau Takde Angin
- Aliff berkata kalau bersalah baik mengaku kesalahan dan meminta maaf.
- Akui bersalah keluar dengan perempuan lain.

Apa Perasaan Dengan Afifah Dan Kenapa Keluar Dengannya
- Kalau perkara ini tak jadi tular, ini hal rumahtangga yang perlu saya jawab kepada isteri saya.
- Saya merendah hati mengaku salah.
- Tapi saya tak mahu mengulas hal yang kurang signifikasi seperti ini.

Complicated Matter
- Kepada mana-mana pihak yang bersalah, janganlah tegakkan benang yang basah.
- Orang akan dapat tahu akhirnya
- Jangan complicatedkan lagi
- Come forward and talk about it.
- I know what happen, she knows what happem

Terima Kasih Kerana Masih Terima 
- Syukur kerana isteri masih menerimanya.
- Aliff Aziz harap tuhan dapat lembutkan hati kepada semua orang yang marah kepada Aliff.
- Harap dapat pulihkan reputasi saya semula.

Apa Komen Bella Tentang "Meroyan"
- Bella terkejut digelar begitu dan bukanlah sedang meroyan.
- Bella datang ke pusat hiburan itu sebenarnya untuk berbincang.
- Perkataan itu amat menyakitkan dan tidak harus dikatakan.

Kenapa Ibu, Ayah Dan Adik Aliff Aziz Tak Pernah Beri Benyataan?
- Kerana itu adalah masalah Aliff.
- Oleh itu keluarga Aliff tidak akan membuat kenyataan.

Adakah Kisah Sebenar Akhirnya Akan Keluar?
- Aliff berkata lebih baik kisah aib ini tidak disebarkan
- Apa yang tahu perkara sebenar hanyalah Aliff Aziz dan dia (Afifah).
- Bella pula berkata lebih baik berdiam.
- Bella masih lagi belum terawat lukanya.
- Kepada yang teribat harap jauhkan diri dari Bella dan suami
- Aliff berharap pihak satu lagi membuat kenyataan untuk memendekkan perkara ini.
- Aliff juga meminta maaf kepada Afifah dan juga keluarag Afifah serta satu rakyat Malaysia.

Akaun Twitter Aliff Telah Digodam
- Aliff Aziz telah sahkan bahawa akaun twitternya telah digodam.

Aliff Aziz Bukan Salah Sendirian
- Bella mengatakan walaupun Aliff Aziz salah tapi dia bukan salah berseorangan.
- Sebaiknya keluar kenyataan daripada saling bertukar-tukar "bukti"
- Help me to help you

Curang Ada Macam Makna
- Ayat curang nanti buat orang buat lebih speculate

Kalau Berlakon Lagi Drama Lain, Takkan Terlibat Dengan Pelakon Lain
- Aliff Aziz akan mengambil langkah berhati-hati untuk elak perkara ini berulang lagi

Akhir Kata
- Bella berharap semua wanita jaga diri, jangan sampai tak boleh percaya sesama wanita
- Aliff harap selepas ini tiada lagi info yang akan menjejaskan kes ini menjadi lebih teruk
- Manusia semua buat kesilapan.
- Harap pihak Afifah dapat faham apa yang Aliff cuba sampaikan dan berfikiran macamnya.
- Hal rumahtangga Aliff jadi ikhtibar.
- Doakan baik baik buat kami.
- Aliff Aziz mohon maaf sekali lagi.

Sidang media ini diadakan di Crystal Hall, Roff Garden, Bukit Jelutong bermual kira kira pukul 2.45 petang tadi.

Sunday, 30 July 2017

Itu Semua Palsu, Afifah Nasir Sendiri Mengaku Dan Sahkannya


Itu Semua Palsu, Afifah Nasir Sendiri Mengaku Dan Sahkannya


Apabila nama Afifah Nasir sedang rancak menjadi bahan bualan orang ramai, memang banyak orang mengambil kesempatan.

PENDEDAHAN 

Satu laporan dari portal mStar mendedahkan apabila isu ini menjadi viral, ada pihak telah mewujudkan akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Afifah Nasir.

Melalui laporan dari portal mStar Online, akaun tersebut diwujudkan sejak bermula kontroversi ini melanda iaitu hari Jumaat lalu dan akaun FB ini memang mendapat tumpuan ramai.

Beberapa gambar Afifah yang dimuatnaik memang menjadi viral dan menerima banyak komen-komen dari orang ramai.

Di FB tersebut, rata-rata pengikut juga mengambil kesempatan meluahkan perasaan tidak berpuas hati terhadap adik kepada Anzalna Nasir itu.

PENGESAHAN AFIFAH

Pihak mStar mengatakan mereka ada menghubungi Afifah Nasir dan pelakon baru itu sendiri mengesahkan dia tiada akaun Facebook.

Oleh itu semua post tersebut dibuat oleh akaun palsu Afifah Nasir. ianya sah akaun palsu!

Sumber: mStar



"Jangan Rembat Laki Orang, Janganlah Siapa-siapa Rembat Zain" - Rozita Che Wan Bagi Warning

"Jangan Rembat Laki Orang, Janganlah Siapa-siapa Rembat Zain" - Rozita Che Wan


Rozita Che Wan antara selebriti popular di Malaysia.

Akhbar Metro ada mengeluarkan cover muka depan bahagia bersuami muda dan Rozita Che Wan berserta suaminya menjadi muka depan.

Rozita Che Wan telah membuat kenyataan dengan mengatakan janganlah sesiapa cuba merampas Zain Saidin.

Ini komennya:


Tiba tiba kluaq pulak cover topik ni
Muda atau tua tk penting.. yang penting jangan rembat laki oqang .. betui dak?
kita memang la jaga laki kita,tapi syaiton jgk berleluasa.. 

haqap2 jgn la sapa plk dok rembat laki kami oiiiiii
#harianmetro #zsrcw #saparembatlakikamikenasagatmukakatjalanoiiiiii


Harap janganlah cuba mengurat Zain Saidin, itulah kata kata sinis Che Ta.

Ketika ini telah menjadi viral kisah rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astillah yang mana adik Anzalna iaitu Afifah Nasir dikatakan menjadi orang ketiga.

Buat Pertama Kalinya..Aliff Aziz Buka Mulut Tentang Kontroversi Yang Melanda

Buat Pertama Kalinya..Ini Komen Aliff Aziz Tentang Kontroversi Yang Melanda



Aliff Aziz kini menjadi tumpuan ramai tentang kontroversi yang melandanya.

Ramai yang tertunggu-tunggu komen dari selebriti dari Singapura ini.

Akhirnya Aliff Aziz yang telah dibebaskan dari pihak polis telah membuat komen tentang isu rumah tangganya.

Aliff Aziz mengesahkan sudah berdamai dengan isterinya Bella Astillah.

Sebaik sahaja dibebaskan atas jaminan polis semalam Aliff Aziz terus berjumpa Bella Astillah dan keluarga mertua.

Aliff menjelaskan dia sudah pulang ke rumah sejak semalam untuk bertemu isteri, anak dan keluarga mentuanya dan terus meminta maaf.

Bella sekeluarga telah menerima permohonan maaf dari Aliff Aziz.

Ini komen Aliff:

SAYA MINTA MAAF

"Apa saya boleh katakan, ini membabitkan hal rumah tangga kami. Tidak semua yang tular itu betul. Sebagai lelaki, saya berani akui kesilapan diri. Apa saya buat silap, saya mengaku.

"Setiap manusia pasti buat salah. Saya dah mulakan hidup baru. Apa orang nak cakap sekalipun, saya terima dan kena hadap,"

"Ketika berjumpa Bella, saya terus minta maaf. Alhamdulillah dia memaafkan saya. Macam mana sekali pun saya tetap suaminya.


BUKAN KAKI PUKUL

"Ingin dijelaskan juga saya bukan kaki pukul seperti dihebohkan. Saya tak memukul Bella pun. Malah dalam laporan polis, Bella tak cakap pun perkara itu. Bergelut dan belasah dua perkara berbeza.

"Memang betul saya buat salah, tapi dia tahu saya takkan sampai ke tahap itu. Berita tak betul seperti itu membuatkan Bella terkilan,"


BUAT SIDANG MEDIA ESOK

"Saya berharap apabila berjumpa rakan media esok semua orang akan jelas dan faham. Tidak ada lagi cerita yang bukan-bukan diperbesar-besarkan. Saya pun kalau boleh tak nak isu ini berpanjangan.

"Saya yakin akan ada soalan yang menyentuh pihak lain. Saya nak maklumkan awal-awal, perkara itu memang takkan diperkatakan. Bagi saya perkara ini membahayakan.



TAK HUBUNGI AFIFAH

"Saya pun tak berhubung dengan pihak sana dan tak tahu apa tindakan mereka. Apa yang penting adalah rumah tangga dan keluarga saya sekarang,"


Maka mari kita sama tunggu penjelasan lebih lanjut dari Aliff Aziz tentang kontroversi ini pada hari esok.

Sumber: HarianMetro

Saturday, 29 July 2017

AKHIRNYA Boyfriend Afifah Nasir Tampil Buka Mulut, Beri Respon Setelah Afifah Kantoi Bersama Aliff Aziz

Ini Respon Kekasih Afifah Nasir Setelah Kantoi Bersama Aliff Aziz



KETIKA pelakon baharu Afifah Nasir terpalit dengan kontroversi meruntuhkan rumah tangga orang, kekasihnya dikenali Wan Ariff masih setia kepada aktres itu.

Malah rakaman kamera litar tertutup (CVTV) yang tersebar memperlihatkan individu menyerupai Aliff Aziz dan Afifah berpimpin tangan juga tidak menggugat kepercayaan Wan Ariff terhadap teman wanitanya.

"Ya saya sudah tengok CCTV, malah sebelum artikel dan video tersebar. Tapi saya masih bersama dia (Afifah).

"Ia pasti ada alasan kan? Sabar," ujarnya.

Wan Ariff mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan diasak pertanyaan tentang percintaan mereka selepas kontroversi berkenaan.

Selain itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati di akaun milik Wan Ariff selepas Afifah dan kakaknya Anzalna menutup ruangan komen di Instagram masing-masing.

Dalam pada itu, menerusi 'Instagram Story' Wan Ariff turut memuat naik videonya yang kini bersama Afifah.

Sebelum ini, Afifah pernah mengakui menjalinkan hubungan dengan pemuda tersebut selama lebih dua tahun.

Dunia hiburan dikejutkan berita penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Bella, 23, bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang wanita di pusat hiburan berkenaan yang mana wanita itu ialah Afifah.

WOW!! Komen Adik Neelofa, Ameera Khan Gelar Afifah Nasir Sebagai Penipu, Mata Duitan

WOW!! Komen Adik Neelofa, Ameera Khan Gelar Afifah Nasir Sebagai Penipu, Mata Duitan



Isu melibatkan Aliff Aziz dan Afifah Nasir semakin panas apabila ramai yang memebri komen komen menghentam mereka berdua.

Memang agak teruk Aliff Aziz dan Afifah Nasir dihentam orang ramai ketika ini.

Tetapi ada satu komen mengejutkan yang ditulis oleh adik Neelofa iaitu Ameera Khan.

Remaja berumur 15 tahun yang juga instafamous ini dilihat telah mengecam dan menyelar Afifah Khan.

Dalam satu kemaskini melalui Twitter,  Ameera Khan telah menyelar Afifah Nasir sebagai seorang mata duitan dan juga penipu.

Kemudian, Afifah Nasir telah memberi respon balas dengan menyatakan Ameera Nasir masih 15 tahun dan perlu buat kerja sekolah.

Selepas itu, satu gelaran paling teruk  yang agak pedas buat Afifah Nasir diberikan oleh Amera

Sila baca:


Sumber: Rotikaya

Rakan Afifah Nasir Dedah Perkara Sebenar, Termasuk Dedah Perangai Isteri Aliff Aziz

Rakan Afifah Nasir Dedah Perkara Sebenar, Termasuk Dedah Perangai Isteri Aliff Aziz


Kisah kontroversi antara Aliff Aziz, isterinya Bella Astillah dan juga Afifah Nasir kini semakin hangat.

Selepas pelbagai kenyataan dibuat, kini ada satu lagi pendedahan telah menjadi buah mulut orang ramai.

Satu perbualan telah dimuatnaik oleh rakan kepada Afifah Nasir di laman FB.

Rakan Afifah Nasir itu bernama Allana Amir yang juga merupakan pelakon baru.

Allana telah memuatnaik gambar perbualan dengan seorang wanita bernama Nadiah.

Menerusi perbualan itu, ada beberapa kenyataan tentang kes ini.

Antara kenyataannya ialah:

- Aliff Aziz tak pukul isterinya, Bella.
- Bella sendiri akui Aliff tak pukul
- Aliff Aziz baling telefon ke sofa
- Bella control habis Aliff Aziz

Ini gambar perbualan tersebut.






Pendedahan ini menjadi viral dan tanda tanya orang ramai yang menyokong Bella Astilla.

Namun di ruang komen, rata-rata memberi sokongan penuh kepada Bella.

Sumber: FB Allana Amir
 

Friday, 28 July 2017

AKHIRNYA..Ini Komen Pihak Produksi Tentang Kontroversi Afifah Nasir & Aliff Aziz, Lagi Mengejutkan!!

Akhirnya...Ini Komen Pihak Produksi Tentang Isu Afifah Nasir Dan Aliff Aziz



Masih lagi panas tentang kontroversi yang melanda penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Aliff Aziz telah kantoi bersama Afifah Nasir di sebuat pusat karaoke di Cheras dan isteri Aliff Aziz, Bella telah datang serbu mereka berdua di pusat hiburan itu.

Afifah Nasir kemudian telah memberi alasan berjumpa atas urusan kerja dan pihak produksi sebuah drama tahu tentangnya.

Mereka berdua merupakan pelakon dalam drama "Izinkan Aku Mencintaimu".

Dalam kenyataan Afifah sebelum ini, adik Anzalna ini memberitahu pihak produksi akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini.

Akhirnya pengurus produksi dramatersebut iaitu Kak Noi tampil memberi kenyataan setelah dikaitkan dalam isu ini.

Kak Noi yang merupakan "Pengurus Produksi" dan tampil menyatakan bahawa pihak produksi tidak tahu menahu urusan “kerja” yang dimaksudkan oleh Afifah Nasir.

Ini komen penuh dari Kak Noi:


"Kami tidak tahu apa yang mereka lakukan di luar lokasi penggambaran. Buat apa saya nak bohong. Ini urusan peribadi mereka dan pihak produksi tidak masuk campur.

"Malah kami juga tidak ada sebarang urusan dengan mereka di pusat karaoke itu kerana kami masih sibuk menghabiskan babak lain.


Ini ternyata satu kenyataan yang mengejutkan dari pihak produksi.

Nampaknya pihak produksi menafikan ada urusan kerja di pusat hiburan itu.

Kita tunggu penjelasan terbaru dari Afifah Nasir.

Sumber: HarianMetro / BeautifulNara

(VIDEO) Inilah Video Aliff Aziz Dan Afifah Nasir Berpegang Tangan Di Pusat Karaoke Tersebar

(BUKTI) Video Aliff Aziz Dan Afifah Nasir Berpegang Tangan Di Pusat Karaoke Tersebar


Hari ini memang agak kecoh kisah penyanyi Aliff Aziz yang ditahan polis kerana mencederakan isterinya Bella yang sedang dalam pantang.

Kes ini berlaku di sebuah pusat hiburan. Bella telah datang ke pusat hiburan itu yang mana Aliff Aziz kantoi bersama wanita lain.

Wanita itu dikatakan adik kepada Anzalna iaitu Afifah Nasir.

Apabila kes ini menjadi buah mulut orang ramai, Bella dan Afifah masing-masing telah memberi komen.

~Baca komen Bella (DISINI)
~Baca komen Afifah (DISINI).

Selain mereka berdua, kakak kepada Afifah, Anzalna juga tampil memberi komen dan mahu bukti diberikan tentang isu ini.

~Baca komen Anzalna (DISINI)

Tidak lama selepas itu, melalui laman FB, seorang individu bernama "Ziman de Fourthyseven" telah memuatnaik video Aliff Aziz dan juga Afifah Nasir di pusat hiburan tersebut.

Video singkat itu menunjukkan Aliff Aziz dan Afifah berpegang tangan.

Kemudian ada satu video singkat menunjukkan seorang wanita sedang mengamuk.

Ini videonya:(Sumber: FB Ziman)



"Bak Kata Orang Meroyan" - Ini Komen Mengejutkan Anzalna Apabila Adiknya Dikaitkan Dengan Aliff Aziz

Ini Komen Mengejutkan Anzalna Apabila Adiknya Dikaitkan Dengan Aliff Aziz


Kini sedang hangat kontroversi mengatakan Aliff Aziz ditahan polis selepas mencederakan isterinya, Bella yang kini sedang dalam pantang.

Bella baru sahaja bersalin anak pertama mereka 20 hari yang lalu.

Aliff Aziz dikatakan bersama dengan seorang pelakon baru di pusat karaoke dan kantoi dengan isterinya.

Pelakon baru terbabit ialah adik kepada Anzalna Nasir iaitu Afifah Nasir.

Afifah Nasir telah membuat kenyataan tentang isu ini.

Baca komen Afifah Nasir (DI SINI)

Apabila isu ini semakin menjadi buah mulut, ada peminat bertanya Anzalna tentang hal ini.

Anzalna telah memberi satu komen yang agak mengejutkan ramai.

Ini komennya:


Komen Anzalna ini mendapat reaksi yang bermacam dari para followernya.

Ada peminat mengatakan dan memberi nasihat supaya lebih baik Anzalna jangan masuk campur urusan tersebut.

Terkini, Anzalna dan juga Afifah Nasir telah menutup ruang komen di gambar mereka di laman sosial Instagram.

Ini Pendedahan Identiti Pelakon Baru Yang Dikaitkan Ditemui Oleh Isteri Aliff Aziz Di Pusat Hiburan

Ini Pendedahan Identiti Pelakon Baru Yang Dikaitkan Ditemui Oleh Isteri Aliff Aziz Di Pusat Hiburan 


Ramai tertanya-tanya siapakah pelakon baru yang dikatakan ditemui bersama Aliff Aziz di sebuah pusat hiburan di Cheras.

Wanita berkenaan ialah adik kepada pelakon Anzalna Nasir, iaitu Afifah Nasir.

Afifah Nasir dan Aliff Aziz berlakon bersama di dalam drama Izinkan Aku Mencintaimu.

Kerana namanya dikaitkan, Afifah Nasir telah memberi komen tentang isu ini.

Dia mengatakan ada wujud salah faham berhubung insiden membabitkan seorang rakan artis dan isteri yang turut mengheret namanya dalam kes berkenaan.

Afifah berkata pertemuan dengan Aliff Aziz semalam adalah atas urusan produksi, bukan seperti dakwaan pihak tertentu.

Pelakon baru yang kini berusia 24 tahun itu berkata, isu berkenaan akan dijawab wakil syarikat terbabit.

Ini komennya:

"Saya masih terkejut. Kenyataan yang dikeluarkan tidak betul. Pihak produksi mengetahui perkara sebenar dan mereka akan mengeluarkan kenyataan.

"Saya sedar ramai yang menyalahkan saya sekarang. Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi ulasan lanjut.

"Apa yang pasti, saya tidak akan membuat perkara yang menjatuhkan nama sendiri dan keluarga,"


"Saya terkejut apabila ramai yang menghubungi memaklumkan hari ini tiada penggambaran kerana dia (aktor) ditahan polis.

"Lebih mengejutkan apabila nama saya dikaitkan,"


Sebelum ini, Bella isteri kepada Aliff Aziz mendedahkan menemui suaminya dengan seorang pelakon yang juga adik kepada pelakon popular di Malaysia.

Apabila Bella mengambil gambar, berlaku pergelutan dan Bella membuat report polis kerana mengalami kecederaan.

Aliff Aziz telah ditahan pihak polis.


Setelah Dicederakan, Ini Satu Lagi Pendedahan Mengejutkan Dari Isteri Aliff Aziz.. Kantoi Teruk!!

Setelah Dicederakan, Ini Satu Lagi Pendedahan Mengejutkan Dari Isteri Aliff Aziz.. Kantoi Teruk!!



Bella Astillah, isteri kepada pelakon Aliff Aziz telah membuat kenyataan mengesahkan dia memang dikasari ketika menemui suaminya bersama seorang wanita di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang semalam.

~Baca berita Alif Aziz ditahan polis (DI SINI)

Wanita berkenaan merupakan pelakon baru yang juga adik kepada pelakon popular di Malaysia.

Menurut Bella Astillah, ini bukan kali pertama suaminya ‘kantoi’ menjalin hubungan dengan pelakon baru itu.

Namun ini adalah kali pertama dia dikasari Alif Aziz  yang mendatangkan kecederaan di muka dan lututnya.

Pelakon tersebut juga pernah berlakon dengan Aliff Aziz dan Bella mendakwa, wanita itu sering mengganggu suaminya di set penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.

Ini kenyataan dari Bella Astillah:

ALIF MARAH RAKAM BUKTI

"Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya.

"Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu.

"Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut,"

"Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu.

"Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang. Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati alif lagi tetapi dia tidak peduli.

“œMalah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Alif yang mencarinya.

“Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp,” 



PELAKON GODA ALIF AZIZ

"Ramai kru mengadu wanita ini menggoda suami saya. Bukan niat saya mahu menyalahkan sesiapa tetapi apa yang berlaku ini memang tidak patut.

“œSebagai wanita, dia sepatutnya faham status Alif dan keadaan saya yang masih berpantang,” €


Bella Astillah berkahwin dengan Alif pada November tahun lalu dan baru menimang anak lelaki berusia 20 hari.

Sumber: Metro

Aliff Aziz Ditahan Polis, Pukul Isteri Dalam Pantang

Aliff Aziz Ditahan Polis, Pukul Isteri Dalam Pantang 






Sumber: Utusan Malaysia

Penyanyi terkenal Aliff Aziz ditahan polis kerana didakwa mencederakan isterinya, Bella Astillah yang baru 20 hari melahirkan bayi lelaki mereka.

Artis yang berasal dari Singapura itu dilaporkan memukul isterinya yang masih di dalam pantang selepas berlaku pergelutan di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras.

Difahamkan, Bella,23, telah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras selepas mendakwa dia dipukul oleh Aliff,26, sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka dan lutut.

Sebelum kejadian, Bella yang ditemani ibunya telah pergi ke pusat hiburan tersebut selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain.

Jurucakap polis memberitahu, mangsa yang berasa tidak puas hati telah memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti.

“Kemudian suami pengadu bertindak kasar terhadap pengadu. Mereka telah bergelut kerana suami ingin merampas telefon bimbit pengadu.

“Suami berjaya mengambil telefon bimbit pengadu dan memadam kesemua bukti yang berada di dalam telefon bimbit pengadu,”katanya.

Sejurus selepas memadamkan semua bukti itu, Aliff didakwa telefon mencampak telefon bimbit tersebut ke muka isterinya yang mengakibatkan Bella mengalami luka di mulut dan di lutu

Aliff telah ditahan awal pagi ini dan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Assiten Komisioner Rusdi Mohd. Isa ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Thursday, 27 July 2017

(VIDEO) Dato Seri Vida Menyanyi Lagu "I Am Me" Secara Live

(VIDEO) Dato Seri Vida Menyanyi Lagu "I Am Me" Secara Live


Usahawan Dato Seri Vida telah melancarkan lagu baru nyanyiannya berjudul I Am Me.

Memang best lagu ini dan terus menjadi viral apabila video di muatnaik di YouTube telah mencecah hampir 3 juta penonton.

Lebih mengagumkan lagu ini mencatatkan tontonan 3 juta dalam masa beberapa minggu sahaja.

Malah menerusi komen di laman Youtube, bukan sahaja orang Malaysia, banyak lagi orang di luar negara yang menonton video viral itu.

Setelah menajdi viral, ramai yang nak tahu, boleh tak DS Vida nyanyi dan buat persembahan secara live?

Akhirnya, jutawan popular ini telahpun membuat persembahan secara live, best pulak tu.

Menerusi satu video, DS Vida dilihat telah membuat persembahan secara lngsung di atas pentas.

Memang hebat persembahan DS Vida ni, siap ada pengiring.

Jom layan video DS Vida nyanyi lagu I Am Me:


Ini Respon Balas Lisa Surihani Setelah Anak Perempuannya Dihina Tak Lawa

Ini Respon Balas Lisa Surihani Setelah Anak Perempuannya Dihina Tak Lawa


Semalam, anak kepada Lis Surihani telah dihina oleh seorang individu yang mengatakan wajahnya tidak lawa.

Baca komen individu berkenaan (DI SINI)

Nampaknya komen itu tidak didiamkan sahaja oleh Lisa Surihani.

Pelakon popular tersebut telah membalas semula komen individu yang menghina anaknya itu.

Ini komen Lisa Surihani:

"Kami sebagai ibu bapa ada hak nak post gmbr apa pon bila kami nak post. Kamu ni pepandai je buat kesimpulan. 

"Anak kami mungkin tak lawa di mata kamu. And it's okay. But she has always been and will always be beautiful to our eyes and heart. She doesn't deserve your attention.



Sebelum ini, seorang individu bernama Salikin Omar telah mengatakan wajah anak pertama Lisa Surihani iaitu Yahaira Leanne tidak lawa yang menjadi punca gambarnya jarang dimuatnaik di laman media sosial.

Baca komen individu berkenaan (DI SINI)


Inilah Video Viral Makhluk Aneh Dipercayai Suku Melayu Tua Yang Dianggap Pupus !!!

Inilah Video Viral Makhluk Aneh Dipercayai Suku Melayu Tua Yang Dianggap Pupus !!! |Penampakan Sosok misteri seperti Makhluk asing dirakam kamera penunggang Motor Trail dari Banda Aceh di kawasan Hutan Aceh Pekan lalu telah menggemparkan media sosial.

Video itu muat naik di laman Youtube pada Rabu (22/3/2017). Ruangan komen video berkenaan dipenuhi dengan pendapat masing-masing,ada yang mendakwa makhluk itu adalah hantu dan  Alien.

Diantara komen berkenaan,terdapat satu pendapat yang masuk akal dan logic katanya “makhluk berkenaan adalah Orang Mante suku purba yang sudah lama di anggap pupus”

Mereka sejenis Makhluk purba kecil yang tergolong dari suku Melayu tua (Proto Malayan).

Kewujudan mereka di anggap misteri kerana sampai pada hari ini belum ada yang boleh menangkap atau mendekati suku ini.

Mereka hanya hidup di pedalaman rimba aceh, saya baru percaya mitos itu wujud selepas melihat video ini,kala Akaun bernama Loucia.

Dikutip dari Wikipedia, Suku Mante dikhabarkan telah pupus kerana sudah bercampur dengan suku bangsa pendatang-pendatang lainnya.

Suku Mante juga disebut-sebut legenda rakyat yang pernah mendiami wilayah Aceh yang termasuk dalam rumpun bangsa Melayu Proto.

Lihat video dibawah :

Kredit : EBerita

P.S. 1 – Inilah 8 Pekerjaan Yang Bakal Diambil Alih Oleh Mesin !!!
P.S. 2 – Pelik Perut Ikan Jerung Membesar..Apa Sebenarnya Dalam Perut Pastinya Buat Anda Semua Terkejut !!!
P.S. 3 – Yang Ada Adik Beradik..! Mohon Baca Ni..!! Jangan Share Selagi Tak Habis Baca!!
P.S. 4 – Cara Mudah Hilangkan Karang Gigi Yang Ramai Tak Tahu.. Kongsikan Pada Rakan-Rakan Anda Untuk Kebaikan Bersama..
P.S. 5 – Apabila Memotong Nanas, Usah Buang ‘Bahagian Atasnya’..Ini Sebabnya…

The post Inilah Video Viral Makhluk Aneh Dipercayai Suku Melayu Tua Yang Dianggap Pupus !!! appeared first on BISKUTMANIS.

Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!

Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!! | Farida Pasha atau lebih dikenali sebagai Mak Lampir yang lahir 1952 (umur 62–63 tahun) di Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia beragama Islam dan mula aktif berlakon sejak 1977 hingga sekarang.

Namanya mencuat pada tahun 1977 lewat film Guna-Guna Istri Muda yang meledak dikalangan bioskop Indonesia, kemudian dibuat sambungannya dengan judul “Pembalasan Guna-Guna Istri Muda” pada tahun 1978, dengan didukung oleh pemain film yang terkenal pada zaman itu yaitu Roy Marten, Rina Hassim, dan Aedy Moward. Dengan kesuksesnya ia mendapat peran yang sama dan menjadi peran utama dalam film mistik antara lain Nenek Grondong dan Dukun Ilmu Hitam. Farida terkenal dengan peran sebagai Mak Lampir dalam film dan sinetron kolosal Misteri Gunung Merapi.

Inilah wajah sebenar pelakon tersebut :- (KREDIT JIWA KACAUU)

P.S. 1 – Sangka Ibu Bapa Tidur..Rupa-Rupanya..
P.S. 2 – Doktor PELIK Tiga Kali Mengandung Tiga Kali Keguguran,Rupa Rupanya Suami..
P.S. 3 – (VIDEO) Patutlah Nabi Larang Simpan Patung Dalam Rumah, MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Misteri Teknologi Digunakan Nabi Nuh Untuk Membina Bahtera Yang Disembunyikan USA !!!
P.S. 5 – 5 Kegunaan Gel Silika Yang Anda Tak Tahu, Lebih Baik Jangan Buang !!!

The post Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!! appeared first on BISKUTMANIS.

loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close