Friday, 30 June 2017

Ini Pendedahan Wan Sakinah, Isteri Kedua Ashraf Muslim Ketika Beraya Bersama Madunya, Dayana

Ini Pendedahan Wan Sakinah, Isteri Kedua Ashraf Muslim Ketika Beraya Bersama Madunya, Dayana


Wan Sakinah merupakan isteri kedua kepada Ashraf Muslim. Isteri pertama Ashraf Muslim bernama Dayana.

Mengimbau kenangan ketika kali pertama beraya bertiga di Melaka,Kedua-dua isteri Ashraf Muslim ini meluahkan rasa syukur.

Ini kerana seluruh keluarga Ashraf memahami dan menerima kehadiran mereka berdua dengan hati yang terbuka.

Penerimaan ahli keluarga Ashraf membuatkan Sakinah selesa dan tidak kekok bersama madunya Dayana ketika beraya bersama.

Sama seperti ahli keluarga lain, layanan yang diberikan tetap sama malah anak mereka juga bebas bermain bersama-sama.

Ini komen Sakinah:

"Saya seronok kerana keluarga mentua tidak membeza-bezakan kami. Kami bebas berbual, malah akan bersama-sama menikmati hidangan atau keluar menziarahi saudara-mara. Penerimaan positif itu membuatkan kami tidak janggal setiap kali balik kampung,"

Wan Sakinah memberitahu lagi, keluarganya juga tidak kekok dengan sistem giliran yang diamalkan dan dibuat oleh Ahsraf.

Katanya, ia amat memudahkan dan mereka dapat merancang perjalanan pulang ke kampung neneknya di Kedah.

Ini komennya:

"Ashraf pernah sekali mengikut kami beraya di Kedah. Memandangkan jarak perjalanan agak jauh dan memakan masa, kami keletihan. Sejak itu, kami hanya beraya di Ipoh. Ibu dan ayah bagaimanapun, tetapi akan pulang ke Kedah selepas kami kembali ke Kuala Lumpur dan Melaka," 

Untuk pengetahuan ramai, kampung Ahsraf Muslim berada di Melaka. Isteri pertamanya iaitu Dyana pula, kampungnya di Gombak manakala kampung isteri kedua, Sakinah di Perak.

Kejutan Hari Raya, Keluarga Sufian Suhaimi Datang Merisik Elfira Loy..Tahniah Diucapkan!

Kejutan Hari Raya, Keluarga Sufian Suhaimi Datang Merisik Elfira Loy



Sufian Suhaimi dan Elfira Loy memang diketahui umum sedang rapat dan ada mengatakan mereka sedang di lamun cinta.

Perkembangan terkini tentang pasangan ini, pada hari raya ke enam, keluarga Sufian Suhaimi telah datang beraya sambil merisik Elfira Loy.

Perkara ini diakui sendiri oleh Sufian Suhaimi yang telah datang bersama keluarganya ke kediaman Elfira Loy di Cheras.

Melalui insta story, majlis merisik dengan pemberian cincin tanda itu juga sebagai simbolik kepada hubungan yang terjalin di antara mereka, yang mula rapat dan semakin serius kira kira empat bulan lalu.

Ini komen Sufian Suhaimi:

"Tiada apa yang nak saya sembunyikan dengan apa yang terjadi pada hari ini. Ia benda baik. Itu saja yang saya boleh kongsi kerana tiada perbincangan lanjut untuk majlis seterusnya (kahwin),"

"Rasanya memang semua sudah tahu kami memang rapat. Lagipun kami bukan budak sekolah untuk melabelkan hubungan ini sebagai kekasih atau sebaliknya. Masing-masing sudah berada dalam fasa yang menyamankan kerana saling memahami. 

"Saya sendiri banyak mendapat nasihat daripadanya yang lebih berpengalaman di arena seni. Kami juga masing-masing menyokong dari aspek emosi. 

"Tiada apa yang nak disembunyikan antara kami. Harap hubungan kami akan menemui penamat yang baik. Harap semua juga dapat mendoakan yang baik," 

Ini pula komen dari Elfira Loy:

"Ya, memang selain beraya, turut diadakan majlis merisik. Saya percaya apa yang terjadi ini sebagai memberi tahu isyarat kedudukan sebenar kami. Cuma fasa lanjut itu belum dibincangkan lagi. 

"Saya menyenanginya dan selama ini, apa yang kami belajar, komunikasi itu penting dan menjadi teras hubungan kami,"

Sufian dan Elfira pernah menjadi tumpuan apabila menyambut hari jadi bersama.

Pelakon ini telah menerima 23 kuntum bunga ros sempena sambutan hari lahirnya yang ke-23, Mac lalu daripada Sufian.

Malah Elfira juga mengejutkan Sufian pada hari lahir ke-25 Mei lalu, dengan menaiki helikopter dan seterusnya meraikan hari lahir lelaki berkenaan di Seremban.

Mia Ahmad Punca Suami Isteri Gaduh Besar, Ini Respon Balas Mia Ahmad Dan Suami

Suami Isteri Gaduh Besar Kerana Mia Ahmad


Pelakon Mia Ahmad baru-baru ini telah dipilih menjadi model atau duta iklan ayam goreng McDonald's.

Namun memang tidak disangka kerana Mia Ahmad menjadi model ayam goren itu, sepasang suami-isteri dikatakan bergaduh.

Seorang istei dikatakan jelous kerana suami menghantar gambar ayam goreng yang sedang dipegang oleh Mia Ahmad.

Kerana geram dengan suaminya, wanita berkenaan telah menconteng wajah Mia dan perbuatan itu telah menjadi viral di laman FB.

Mia Ahmad kemudian terlihat perkara ini yang menjadi viral dan memuatnaik gambar di FB.

Ini caption Mia Ahmad:

"Saw this on fb. It went viral. Hilarious! I gelak guling-guling walaupun cuba baca dua tiga kali baru faham sbb tak faham bahasa yang digunakan. Takpe dik, kakak rela muka kena conteng. Jangan gaduh-gaduh dah ya?


Apabila dihubungi wartawan, inilah komen dari Mia Ahmad:

"Saya hanya mampu gelak saja apabila  baca paparan skrin yang viral dekat Facebook. Pada mulanya, saya tak berapa faham apa yang mereka cuba sampaikan.

"Tak sangka pula iklan itu boleh buat orang bergaduh.

"Namun, saya tak tahu benda ini betul atau gurauan saja. Tapi kalau betul, hari raya ini janganlah gaduh-gaduh.

"Saya reda muka diconteng daripada jadi penyebab suami isteri bergaduh,"






Malah suami kepada Mia Ahmad, Izham Tarmizi turut menyatakan pandangannya.

Berikut adalah antara mesej yang ditinggalkan netizen susulan gambar Mia diconteng wanita berkenaan:

@izhamtarmizi: Takpa nanti balik I conteng lagi banyak ya kak.
@miss.shera95: Hahaha lawak lah.
@adamhasri: Kesian kak Mia haih muka cantik cantik dia conteng pula adoi.
@miss.anyss: Saya pun gelak bila tengok.... Hahaha.
@noorfauziah8323:  Kesian Mia kita. Dia yang kena tempias... Sabar lah Mia...
@shahnjit: Hahaha... Memang kelakar habis. Pasal ini pun nak jealous. Tapi betul kata Mia, rela diconteng dari jadi sebab laki bini gaduh. Choi betul!

Itulah komen dari mia Ahmad tentang hal ini. Kepada perempuan di luar sangat janganlah jelous sangat.

Thursday, 29 June 2017

"Rela Tak Ada Tetamu Macam Ni.." Chef Wan Berang, Tegur Tetamu Tak Ada Adap..Tetamu Sentap Langsung Tak Datang Lagi..

"Rela Tak Ada Tetamu Macam Ni.." Chef Wan Berang, Tegur Tetamu Tak Beradap..



Chef Wan memang terkenal dengan sikapnya yang suka cakap berterus terang.

Jika seseorang itu tidak mempunyai masalah sudah tentu Chef Wan akan layan dengan baik.

Namun jika ada orang suka membuat masalah terutama yang tidak beretika, sudah tentu menerima teguran pedas dari Chef Wan.

Apabila tiba hari raya, memang Chef Wan selalu bising terutama kepada mereka yang malas membantunya dan juga tetamu yang tidak mempunyai adap.

Kali ini, Chef Wan menergur tetamu yang membuat onar ketika berhari raya di rumahnya.

Jom baca teguran panas Chef Wan, sampaikan ada tetamu yang tidak mahu beraya rumahnya lagi.

Ini komennya:

Setiap Hari Raya saya pasti ada masalah all this Rendang atau kuah kacang yg leave a stain on my dining chair.

My bro kata ada guests tadi anaknya jatuhkan di atas kerusi.


Over the years mcm2 tetamu yg ziarahi kami at times yg anak2 mereka yg kecil main2 ramas kueh dan tabur2 atas lantai mak bapak kisah pun tidak.


Off course saya akan tegur mcm saya tegur some guests yg ambil cakes dan cookies and left on the plate with out eating them.


Saya tegur mereka and said jika tak nak makan jangan membazir makanan mcm tu.


This goes with adults mau pun kanak2. Ramai lagi yg nak menjamunya lagi. Emak pernah tegur saya tegur anak2 tetamu as she said nanti mereka kecil hati. I told my mother guests yg behave that manner need to be told otherwise that bad habits mereka bawa ke rumah orang lain.


I dont believed in sweeping all that issue under the carpet and later mengata behind mereka kerana kita tak suka apa yg mereka laku kan.


Saya suka tegur depan2 secara baik.


I rather not have such a guests that does not learned how to menghormati rumah tetamu mereka. 


Segala adap nak masuk kerumah orang mereka mesti pelihara dgn baik. Saya pantang juga org bila datang kerumah saya suka meraba itu dan ini. Ada yg sering suka tanya berapa harga itu dan ini.

At time ada yg tanya berapa harga nilai rumah atau harga almari antique itu dan ini? Pasti saya bahasa kan” Nak tolong bayar kan hutang ke sibuk menanya itu dan ini harga berapa. Its so tacky to do that.


Yg guna tandas tetamu tak flush atau kencing bertabur pun ada. Mcm2 manusia yg tak ambil kisah. Baik apa pun tak la semua yg perangai mcm tu. Ini hanya segelintir sahaja that u see also di mana2 juga. Yg anak lari sana sini mcm di rasuk dik pelesit pun ada. Langsung tak makan saman. Kena jerit dgn saya a few years ago langsung tak dtg lagi.


Mana tidak emak bapak boleh pandang mcm tunggul lagi. Jika cucu2 saya lama dah kena tangan mcm my arwah dad did to us masa kecil.


Emak cubit adik2 sampai lebam yg saya ingat. Pelik bila kita jadi mak bapak tak boleh lentur anak2 sejak kecil lagi.


Anak2 pagi2 kena lepas masjid beri peluang pada Tuan rumah untuk bermaafan bersama keluarga dahulu baru after 10.30am nak ziarah rumah tetamu itu.


Memang padu teguran dari Chef Wan ini. Harap mereka diluar sana menjaga adap ketika beraya di rumah orang.

Wednesday, 28 June 2017

Wow..Inilah Cara Ashraf Muslim Sambut Hari Raya Demi Untuk Jaga Hati Kedua-Dua Isteri

Inilah Cara Ashraf Muslim Jaga Hati Kedua-Dua Isteri Ketika Hari Raya


Ashraf Muslim telah berkahwin dua iaitu isteri pertama bernama Dayana dan isteri kedua bernama Wan Sakinah.

Apabila tiba hari raya sudah tentu ramai yang tertanya bagaimana Ashraf Muslim handle giliran beraya dan menjaga hati kedua dua isterinya.

Kata pelakon ini, dia akui perlu bijak memainkan peranannya supaya tiada hati terasa antara isterinya.

Ashraf Muslim berkata keluarganya ada sistem giliran untuk menentukan di mana mereka akan beraya dahulu.

Pada tahun ini, berdasarkan giliran, Ashraf Muslim akan meraikan lebaran bersama keluarga isteri keduanya, Wan Sakinah di Ipoh, Perak.

Kemudian, Ashraf akan beraya bersama keluarga isteri pertama, Noor Dayana di Gombak pada hari raya ketiga dan keempat.

Pada hari kelima pula merreka sekeluarga akan pulang ke Melaka untuk bersama keluarganya selama beberapa hari.

Ini komen Ashraf Muslim:

CUBA DAN KAJI

"Sebelum situasi stabil, saya terlebih dulu membuat percubaan dan mengkaji kesilapan supaya setiap kelemahan dapat diperbetulkan. Perlu ada cara terutama dari segi pembahagian masa dan siapa wajar didahulukan supaya tiada pihak yang berkecil hati.

"Paling penting, kami dapat beraya bersama keluarga masing-masing selain kedua-dua isteri turut berpeluang meraikan sambutan Syawal dengan keluarga saya di Melaka,"

SERONOK RAYA DENGAN ANAK

"Sebagai bapa, saya seronok dapat beraya bersama anak-anak yang semakin bijak. Anak-anak juga sudah mula faham, malah ragam mereka sentiasa menghiburkan saya. Setiap kali pulang beraya di kampung, ada saja kerenah mereka yang menceriakan suasana.

"Kelahiran Sarah, Adam dan Anas juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga,"

Ashraf Muslim merupakan pelakon popuar dan telah berkahwin dengan doktor perubatan, Noor Dayana pada 2011 dikurniakan seorang cahaya mata, Anas.

Perkahwinan keduanya telah menjadi tumpuan ramai kerana mereka berkahwin di Thailand. Ashraf bernikah dengan Wan Sakinah pada 2013 dikurniakan sepasang anak, Sarah dan Adam.


Sumber: BH

Tuesday, 27 June 2017

Duit Raya Anak Elly Mazlein Paling Banyak Raya Tahun Ini..Pergh Banyak Gila!!

Duit Raya Anak Elly Mazlein Paling Banyak Raya Tahun Ini



Anak Elly Mazlein iaitu Putri Sara Sefhia menerima rezeki Syawal apabila ramai yang memberinya duit raya.

Menurut Elly Mazlein, pada tahun ini anaknya menerima duit raya yang amat banyak dan sehingga kini sudah lebih dari RM3,000.

Tambah Elly Mazlein, antara pemberi duit raya anaknya ialah para peminat Elly Mazlein yang mengirimkan wang duit raya kepada Sefhia.


Ini komennya:

“Persiapan Sefhia cukup meriah sebab seronok. Raya tahun ini dia sudah besar dan faham. Dia sudah pandai tengok orang main mercun dan bunga api. Orang-orang di sekeliling pun rasa kasihan tengok dia yang tak tahu apa-apa”

“Banyak baju dia saya tempah sedondon dengan abah, malah ada yang diberi orang. Rezeki anak sangat murah hingga ada individu beri duit raya RM3,000. Itu belum masuk wang yang dikirim peminat,”

“Malah, saya rasa lebih diterima dan disayangi. Paling terasa apabila ada Sefhia sebagai pengganti mama. 


“Kalau dulu, setiap minggu saya kerap ziarah pusara mama sebab sunyi, tetapi sejak ada anak, dialah peneman hidup saya,” 

Kehadiran Sefhia itu membuatkan Elly Mazlein terasa lebih diterima ramai dan disayangi. Malah dia juga turut menyifatkan kehadiran Sefhia ibarat pengganti buat dirinya yang sudah kehilangan ibu tercinta.

Monday, 26 June 2017

(9 FOTO) Baju Raya Jarang, Singkat Nora Danish Dikecam Teruk Orang Ramai

Baju Raya Jarang, Singkat Nora Danish Dikecam Teruk Orang Ramai


Sebulan berpuasa, rakyat Malaysia beragama Islam kini sedang menyambut hari raya Aidil Fitri.

Ketiak beraya, memang seua orang akan memakai baju raya yang baru dan cantik-cantik.

Kini semua akan memuatnaik gambar baju raya mereka di laman sosial mereka termasuk para artis.

Pada hari raya yang pertama, antara baju raya artis yang menerima tumpuan ramai ialah pelakon popular Nora Danish.

Baju putih Nora Danish dikritik teruk orang ramai kerana dia memakai kain yang jarang dan singkat.

Pelbagai komen diberikan namun rata-rata kecewa dengan fesyen Nora Danish itu.

Namun orang memuji baju raya Nedim dan anak Nora Danish, Rayqal yang segak berbaju melayu lengkap.

Ini antara komen dari orang ramai:

"Anak dengan laki dah kemas nampak sopan je..tapi tang Bini adoiiiiii, merosakkan betul la si Nora Danish ni...buat malu je.."

"Melampau nora danish ni.. Tak pernah nak sopan.. Tak payah tunjuk kaya, orang tahu kau kaya.. Tak payah tunjuk cantik, orang tahu kau cantik.. Berpada la.. Macam tu plak baju kau.. Mana org x meluat dengan ka"

"Sedih bile hari raya..bulan baik,setahun sekali x geti nak pki elok-elok...nak berfesyen to xde hal, tapi jangan la sampai wat pakaian tradisi melayu kite jadi cam haprak!"





Ini gambarnya:









Friday, 23 June 2017

Pengumuman Mengejutkan Zizie Ezette Setelah Tamat Berlakon "Hero Seorang Cinderella", Membuatkan Ramai Kecewa

Pengumuman Mengejutkan Zizie Ezette Setelah Tamat Berlakon Drama "Hero Seorang Cinderella"



Zizie Ezette telah berehat selama 8 tahun sebelum membuat kemunculan semula pada tahun ini apabila tampil melalui drama hebat, Hero Seorang Cinderella.

SYUKUR LAKONAN DAPAT PERHATIAN

Bercerita tentang lakonannya dalam Hero Seorang Cinderella, Zizie Ezette berkata, dia amat bersyukur kerana karakternya itu mendapat perhatian dan respon yang baik daripada para penonton.

Ini komennya:

“Saya sendiri terkejut apabila karakter Puan Sri Mawar dalam drama HSC menjadi perhatian. Apa pun saya bersyukur kerana keputusan saya untuk menerima tawaran daripada Michael Ang untuk berlakon drama ini sangat tepat.

“Bayangkan selepas lapan tahun tak berlakon, tiba-tiba dapat karakter Puan Sri Mawar. Saya gembira kerana dapat menghayati watak itu seperti mana yang dikehendaki oleh pengarah,” 

PENGUMUMAN MENGEJUTKAN

Biarpun lakonannya dalam HSC menjadi fenomena, Zizie Ezette bagaimanapun telah membuat pengumuman yang agak mengejutkan.

Pelakon yang juga kakak Shaheizy Sam ini mengumumkan, dia akan berhenti berlakon untuk tempoh antara dua hingga tahun selepas berakhirnya drama itu.

Menurut Zizie, dia tidak berhajat untuk menerima apa-apa tawaran buat sementara waktu.

Bagaimanapun, Zizie enggan menjelaskan sebab mengapa dia mahu berehat seketika.

Ini komennya:

“Saya ingin berehat seketika. Nanti saya umumkan kenapa saya ambil keputusan (berhenti berlakon) ini,”

Zizie Ezette berkahwin dengan Bung Mokhtar pada 2009,dan terus berehat dari induistri seni sebelum muncul semula dalam drama Hero Seorang Cinderella (HSC).

Genap 45 Hari, Akhirnya Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Dedah Wajah Anak Buat Pertama Kali


Genap 45 Hari, Akhirnya Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Dedah Wajah Anak Buat Pertama Kali


Semalam genap 45 hari umur anak kepada Shaheizy Sam dan juga Syatilla Melvin yang diberi nama Syeriv Samheizy.


Penjelasan maksud nama anak Shaheizy Sam (BACA SINI)


Setelah genap 45 hari, akhirnya pasangan suami isteri popular ini buat pertama kalinya mendedahkan wajah anak lelakinya itu.


Sekeping gambar telah dimuatnaik di laman sosial Instagram milik Syeriv.


Ini captionnya:

Assalamualaikum semua!!!  Im Home!!!

Nama saya Syeriv Samheizy Bin Shaheizy Sam. Syatilla Melvin pulak nama Ibu 


Saya lahir pakai kaedah c-section pada 9 May 2017 kat KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Selangor. 

Hari ni umur saya 46 hari . Kalau rasa susah nak sebut nama saya, Bapak selalu panggil Bebiboi aje.

 Syeriv ni Bapak cakap ejaan yang lain untuk Sherif, Syarif, Sharif atau Sarip. 

Alaa, bunyinye sama aje. Macam Ahmad/Ahmet/Ahmed, eja lain tapi bunyi dan maksud tetap sama.

Tapi Samheizy ni saya tak tau maksud apa. Bapak cakap nama tu melambangkan seorang yang Handsome, Bergaya, Macho tapi Comel dan Berbau Wangi. Tapi saya tak percaya. Ibu pun tak percaya. Ibu cakap yang Bapak tak macam tu pun  *Sigh*. 

Nanti saya post lagi gambar saya manyak-manyak kat sini, ok?!

Ibu cakap ada manyak lagi gambar yang handsome2 Ibu nak share dari 1st day saya keluar. Ok, bye

P/S : BAPAK SAYA COOL!


Ini wajah Sheriv:

Nama Anak Diejek, Ini Reaksi Balas Syatilla Melvin Dan Shaheizy Sam

Nama Anak Diejek, Ini Reaksi Balas Syatilla Melvin



Pasangan suami isteri Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah selamat menimang cahaya mata pertamanya baru-baru ini.

Nama anak yang dipilih ialah Syeriv Samheizy, memang unik dan lain dari yang lain.

Apabila nama anaknya diumumkan, ada orang ramai yang mempertikaikan dan mengejek nama tersebut.

Pelakon Syatilla Melvin telah memberi resopn tentang hal ini.

Baginya, dia tidak menganggap perbuatan orang ramai di laman sosial mempertikaikan nama anak lelakinya itu sebagai perkara yang serius.

Syatilla percaya ia hanyalah gurauan daripada orang ramai yang mengikuti aktiviti mereka di laman sosial.


Ini komennya:

"Saya dan suami menganggap perbuatan mereka itu lucu.Kenapa mereka perlu bertelagah pendapat mengenai nama anak kami?

"Sebagai ibu bapa kandung, kami ada hak untuk menamakan anak kami dengan nama apa pun yang kami mahu,” katanya.

"Sebenarnya, nama Syeriv itu sama dengan ejaan Syerif tetapi kami mengubah sedikit ejaannya dengan menukar huruf F kepada V supaya ada kelainan,"



Syatilla berkata, mereka sepakat menamakan anak sulung mereka itu dengan nama Syeriv Samheizy yang membawa maksud ‘Yang Mulia’.

Ditanya reaksi suaminya Shaheizy Sam tentang perkara itu, Syatilla berkata, suaminya juga tidak tahu-menahu tentang perkara berkenaan kerana jarang membaca komen dari followernya.

Mereka sekeluarga lebih suka perkara yang positif sahaja.

Syeriv Samheizy dilahirkan pada 9 Mei lalu dan kini berusia 45 hari.

Akhirnya Ini Pengakuan Mira Filzah Tentang Status Hubungan Dengan Zizan Razak

Akhirnya Ini Pengakuan Mira Filzah Tentang Status Hubungan Dengan Zizan Razak



Memang hubungan rapat antara Mira Filzah dan pelawak Zizan Razak diketahui umum.

Mereka berdua sering dilihat mesra bersama dan adakala sering tampil secara live melalui laman media Instagram.

Malah pernah sekali ketika Mira Filzah sedang live di Insta, Zizan razak meluahkan rasa cinta secara terbuka (LIHAT SINI )

Baru-baru ini, Mira Filzah akhirnya tampil memberitahu status terkini hubungan mereka berdua.

Mira dengan jelas mengatakan Zizan bukanlah insan yang dia cinta pada masa kini.

Ini komen Mira Filzah:

“Maaf, cinta saya pada waktu ini bukan pada Zizan, bukan juga pada lelaki lain. Tak mungkin saya bercinta pada waktu ini kerana saya lebih selesa solo. Lagipun, saya tidak mempunyai waktu yang banyak untuk bercinta”

“Masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja semata-mata. Selebihnya bersama keluarga tersayang,”


Tambah Mira lagi, dia hanya lebih selesa berkawan sahaja dengan Zizan Razak.

Nampaknya pengakuan ini membuat ramai peminat Zizan dan Mira kecewa besar.

Sebelum ini ada peminat Zizan dan Mira yang menyatakan suka melihat pasanagn ini bersama dan berharap mereka mejalin hubungan cinta yang serius.

Semoga doa yang baik-baik sahaja buat mereka berdua.

Patutlah Anak-Anak Tirinya Sayang Lisdawati.. Lihatlah Apa Yang Lisdawati Buat..

Patutlah Anak-Anak Tirinya Sayang Lisdawati.. Lihatlah Apa Yang Lisdawati Buat..




Lisdawati merupakan isteri kepada aktor Fauzi Nawawi yang mempunyai anak-anak bersama bekas isterinya.

Sering dilihat anak-anak tiri amat rapat juga dengan Lisdawati dan ternyata ianya benar sama sekali.

Ramai yang menyukai hubungan Lisdawati dengan anak-anak tirinya dan layanan yang diberi oleh pelakon cantik ini memang dipuji ramai.

~Lihat kecantikan anak tiri Lisdawati (DISINI)


Ini komen Lisdawati:

“Saya bersyukur kerana anak-anak hasil perkahwinan terdahulu suami, Fauzi Nawawi dapat menerima kehadiran saya. 

DEKATI DENGAN KAISH SAYANG

“Ketika mula-mula berkahwin dahulu, mereka masih kecil. Saya banyak mendekati mereka menggunakan pendekatan kasih sayang dan sikap prihatin. Saya akan menasihati mereka jika mereka membuat kesilapan. Alhamdulillah, semakin lama hubungan kami semakin baik.

TEGAS DIDIK ANAK

“Keempat-empat anak tiri saya iaitu Fatihah, 21, Faris, 20, Farisha, 18 dan Fikri, 15 akan tinggal dengan saya setiap kali musim cuti sekolah atau setiap kali mereka berada di Kuala Lumpur. Dalam mendidik anak-anak, saya tetap tegas sama ada dengan anak kandung mahu pun anak tiri. Saya selalu memberitahu mereka, saya marah atau tegur kerana sayang. Bukan kerana benci. Saya lakukan semua itu dengan tujuan nak didik mereka. Saya juga mama mereka, selain ibu kandung mereka. Saya dah anggap seperti anak. Jadi, takkan saya tak boleh tegur atau marah anak sendiri? Biasanya saya akan terangkan apa sebabnya saya marah. Saya takkan marah tanpa sebab.

“Kalau di rumah, saya akan ajar anak-anak untuk buat kerja-kerja rumah sama-sama terutama anak-anak perempuan. Bagi saya anak perempuan kena tahu dan rajin buat kerja rumah. Saya perhatikan anak remaja sekarang terlalu asyik dengan telefon bimbit hingga jadi malas. Bila disuruh buat kerja rumah pun tak diendahkan. Saya tak nak anak-anak saya macam itu.”


LAYAN ANAK MACAM RAKAN

“Ada juga yang tak percaya saya boleh baik dengan anak-anak tiri. Tapi saya tak kisah apa orang nak cakap. Saya juga akan layan anak-anak tiri macam kawan-kawan. Ada masa kami bersembang dan keluar bersama seperti menonton wayang. Saya nak mereka rasa mereka boleh berkongsi apa saja dengan kami, berbanding rakan-rakan. Saya juga selalu tekankan pada mereka, hubungan kekeluargaan dan sesama adik-beradik kena sentiasa dijaga.

“Dan si ayah pun kena faham jika kita marah anak-anak dia. Jangan pula sokong mereka jika mereka buat salah. Itu pun penting juga agar tidak timbul konflik. Selebihnya, kena banyak berdoa agar hubungan itu kekal harmoni,”


BAWA ANAK  BERCUTI BERSAMA

Lis juga dikatakan tidak pernah meminggirkan anak-anak tirinya jika hendak pergi bercuti. Lis dan Fauzi akan membawa semua anak bersama-sama.

“Jika tidak sibuk, saya akan aturkan percutian untuk keluarga besar kami. Saya bahagikan kepada dua jenis percutian. Ada percutian yang melibatkan saya, suami dan semua anak termasuk anak-anak tiri. Sebaliknya jika suami sibuk, saya akan pergi bercuti bersama emak dan adik-beradik sebelah saya sahaja. Saya seorang yang sangat menjaga hubungan kekeluargaan. Hubungan saya dengan adik-beradik saya rapat.”

KOMEN ANAK TIRI

Salah seorang anak tirinya ialah Farisha yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.

Farisha memberitahu dia dan Lisdawati memang amat rapat.

Ini komennya:

“Ketika baba kahwin dengan mama dulu, saya berumur enam tahun. Mama pandai ambil hati kami. Tapi sebelum itu baba dah kenalkan mama kepada saya empat beradik. Bila mereka kahwin, tak ada masalah kerana kami dah rapat dengan mama.”

Untuk pengetahuan, Farisha mendapat keputusan 10A dalam SPM. Cantik dan bijak orangnya.

Sumber: Mingguan Wanita

“Ramai kecam, jahat, ahli neraka…” - Sheila Mambo Tak Rasa Bersalah

“Ramai kecam, berperwatakan jahat, ahli neraka…” - Sheila Mambo Tak Rasa Bersalah



Drama bersiri Andainya Takdir telah berjaya menajdi trending dan berjaya  mencipta satu fenomena baru dalam industri drama.

Drama ini diangkat dari kisah benar tentang individu yang menghidapi penyakit Mental Othello, yang berkait rapat dengan perasaan cemburu yang melampau hingga boleh menyebabkan berlakunya keganasan.


Ternyata drama ini mendapat pujian ramai apatah lagi dengan lakonan mantap dari para pelakonnya.

Antara yang menajdi perhatian ialah watak yang dibawakan oleh Sheila Mambo, sebagai ibu kepada watak utama.

Kerana wataknya yang antagonis, ibu yang jahat dan suka menjadi batu api, ada penonton yang terkesan dan mengecam watak "Normah" lakonan Sheila Mambo.


Ini komen Sheila Mambo tentang hal ini:


WATAK TERUK DIKECAM

“Memang ramai komen dan kecam saya, tetapi cerita ini ada moral yang sangat tinggi serta punyai mesej yang bertepatan dengan keadaaan.


“Masa saya dapat skrip ini, pengarah suruh saya baca dulu, bila saya dah baca saya cakap pada pengarah ini watak jahat, ahli neraka… tetapi saya tetap terima cabaran sebagai Normah. Lagi pula ini bukanlah kali pertama saya bawa watak antagonis, malah dah beberapa kali dalam drama lain,”


TAK RISAUKAH DIBENCI PENONTON


“Risau? Saya tak risau. Sebab watak yang diberi sangat ketara 380 darjah dari cerita-cerita lain yang pernah saya lakonkan. Lagi pula zaman sekarang penonton sudah bijak,”


“Setakat ini tidak ada yang memarahi saya. Tetapi mereka memuji dan kata syabas kerana berjaya membuatkan penonton benci pada saya adalah.


“Tetapi kalau di sosial media seperti Twitter, Facebook, dan Instagram memang saya teruk dikecam oleh mereka. Tetapi saya terima dengan positif. Alhamdulillah itu bermakna watak lakonan saya berkesan dan telah berjaya meyakinkan mereka,”


Sheila Mambo juga tidak rasa bersalah melakonkan watak jahat sehingga nampak benar-benar keterlaluan kerana sebagai pelakon adalah tanggungjawab mereka untuk membawa watak itu sebaik yang mungkin, tidak kira benar mahupun tidak.

Katanya lagi, sewaktu di set pengambaran dia terpaksa keluar dari zon selesanya. Tambahnya, memang dia ada rasa dirinya sangat jahat ketika membawa watak Normah namun semua itu hanyalah lakonan semata-mata.

Katanya lagi, dia mahu drama Andainya Takdir ini dijadikan sebagai teladan dan terima sebagai ihktibar hidup buat semua para penonton.

Thursday, 22 June 2017

Kisah Sultan Kelantan Tak Dapat Makan Di Sebuah Restoran Kerana Penuh..Apa Berlaku Selepas Itu??

Kisah Sultan Kelantan Tak Dapat Masuk Restoran Kerana Penuh



Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan terkenal dengan sikap keperibadiannya yang merendah diri.

Seri Paduka Baginda juga selalunya tidak terlalu berprotokol dan ternyata memikat  menyentuh hati rakyat jelata.

KISAH TAK DAPAT MAKAN DI RESTOREN

Ada satu kisah Sultan Kelantan dalam satu peristiwa kunjungan baginda ke sebuah restoran di Kota Bharu, satu ketika dahulu.

Sewaktu itu, Baginda masih bergelar Tengku Mahkota Kelantan, dan telah keluar untuk menjamu selera di Restoran Four Seasons.

Apabila tibda di sana, baginda telah diberitahu restoran itu penuh sehingga tidak dapat menunaikan permintaannya menjamu selera di sana.

Tanpa banyak bicara, walaupun bertaraf VVIP, baginda pun berlalu dari situ. Malah baginda pula yang meminta maaf.

Perkara ini didedahkan oleh pemilik restoren berkenaan.

KOMEN PEMILIK RESTOREN

Pemilik restoran itu merupakan Chan Khek Jun, dan dia telah meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat melayani seorang VVIP!

Terkenang kembali peristiwa itu, Chan berkata kegagalannya menyediakan meja makan untuk baginda, menjadi kenangan yang paling dikesalkannya sejak restorannya mula beroperasi pada 1998.

Lebih mengejutkan, baginda pula yang memohon maaf kepadanya yang berasa serba salah kerana berkunjung ke restorannya ketika dipenuhi pelanggan tanpa membuat tempahan awal.

Ini komen dari Chan:

“Pada hari itu, restoran ini menerima pelanggan yang terlalu ramai sehingga bilik VVIP turut digunakan.

“Selepas mendapat tahu restoran penuh, baginda terus berlalu dan meminta maaf kepada saya kerana tidak membuat tempahan awal,” 


Chan berkata baginda mengunjungi restorannya selalunya tanpa protokol, tanpa membuat tempahan awal, dan tanpa menitahkan sebarang meja khusus.

“Selalunya baginda akan datang usai solat Isyak bersama Tengku Bendahara Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra (kini pemangku Raja Kelantan), kerabat serta beberapa rakan baginda,”

MAKANAN KEGEMARAN

Chan menceritakan pengalamannya, baginda biasanya berpakaian jubah putih setiap kali ke restorannya, dan akan bertanya khabar serta bersalaman dengan pelanggan lain di restoran itu.

Pengusaha ini berkata lagi, di restoren itu makanan kegemaran baginda ialah pelbagai jenis ikan seperti kod, kerapu dan siakap yang dimasak stim kicap.

Hidangan lain digemari baginda ialah burung unta masak lada hitam, rusa “sizzling”, udang dimasak dengan susu segar, mantou (bun mini), penkek tiram, dan sayur bayam telur masin.

Air halia pula merupakan minuman kegemaran baginda.

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas.

Sumber: MSN

Pengakuan Mengejutkan, Mark Adam Dah Tiga Tahun Tak Jumpa Keluarga

Pendedahan Mengejutkan, Mark Adam Dah Tiga Tahun Tak Jumpa Keluarga



Nama penyanyi Mark Adam kini semakin kukuh di industri hiburan tanah air.

Selain menyanyi, Mark Adam juga mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan selain pernah menajdi artis jemputan rancangan komedi.

Apabila nama semakin popular, mark Adam semakin busy dan sibuk menyebabkan dia sudah tiga tahun tidak pulang ke kampung halamannya di Cebu City, Filipina.

Kata Mark lagi, dia bukannya sengaja tidak mahu pulang tetapi karier seninya yang mendadak naik beberapa tahun kebelakangan ini membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk pulang ke Filipina.


Ini pendedahan dari Mark Adam:

"Memang saya sudah tiga tahun tidak pulang dan memang rindu kepada keluarga terutamanya ibu saya.

"Dia pula memang takut menaiki kapal terbang jadi susah untuknya datang ke Kuala Lumpur melawat saya.


"Saya tak dapat pulang kerana terlalu sibuk dengan kerja namun saya tidak merungut kerana itu adalah rezeki,"


Untuk pengetahuan semua, Mark Adam sudah 15 tahun menetap di Malaysia.

Dia telah berkahwin dengan warga negara Malaysia bernama Norazah.

Lihat wajah isterinya itu (DISINI)

Selalunya dia akan pulang ke kampungnya di Filipina pada bulan Januari kerana pada ketika itu semua saudara-mara dan rakan terdekatnya akan pulang ke Cebu City.

Januari merupakan bulan  berlangsungnya Festival Sinulog iaitu sebuah acara kebudayaan yang diadakan pada minggu ketiga bulan tersebut.


Ini komennya lagi:

"Saya memang tidak akan balik ke Filipina pada bulan lain kerana kebiasaannya memang tidak ramai saudara atau rakan yang ada di Cebu City.

"Jika saya hendak bertemu dengan semua orang, Januari adalah masa terbaik untuk pulang,"


Penyanyi ini juga memberitahu dia tidak pernah beraya di Filipina dan setiap hari raya akan diluangkan bersama keluarga isterinya, Norazah.

Mark akui tidak sabar untuk menikmati juadah seperti lemang dan rendang.


Ini komennya lagi:

"Suasana pada hari raya paling saya nantikan kerana ketika itu kita akan berkumpul dengan keluarga selain bermaaf-maafan.

"Saya juga bertuah kerana saya sangat rapat dengan bapa mertua dan kami kebiasaannya akan lebih banyak menghabiskan masa bersama,"


Sumber: mStar

Rendam Kaki Anda Ke Dalam Air Garam Hangat Selama 30 Minit, Anda Akan Terkejut Dengan Apa Yang Terjadi !!!

Rendam Kaki Anda Ke Dalam Air Garam Hangat Selama 30 Minit, Anda Akan Terkejut Dengan Apa Yang Terjadi !!! | Tanpa disadari tubuh manusia setiap hari terkena paparan racun, baik itu melalui udara yang dihirup maupun melalui makanan dan minuman. Tubuh kita terkontaminasi racun tanpa kita sadari.

Tapi sukurlah karena tubuh memiliki mekanisme tersendiri untuk mengeluarkan racun tersebut dari dalam tubuh. Ini yang membuat kita tetap sehat dan baik-baik saja selama ini.

Tetapi tubuh memiliki batasan, jika batasan tersebut terlampaui maka fungsinya akan terganggu dan tidak dapat lagi mengeluarkan racun-racun tersebut. Pada saat itu terjadi, kita mulai sakit-sakitan dan gampang lelah.

Akumulasi racun bertahun-tahun akan menghambat kelancaran peredaran darah dan memacu semua organ tubuh bekerja lebih keras hingga terjadi ketidakseimbangan tubuh sehingga muncul penyakit serius seperti: diabetes, darah tinggi, kanker, gangguan hati, stroke dan lainnya.

Detoksifikasi Detoks adalah proses mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Pada dasarnya di dalam tubuh kita, terdapat aliran energi (chi) mengalir melalui 12 jalur meridian, 6 diantaranya mengalir melalui organ utama di dalam tubuh dan 6 lainnya di kedua lengan. Yang menarik yaitu keenam meridian yang melalui organ-organ utama tubuh juga mengalir melalui kaki.

Ada 360 syaraf, dimana 60-nya terletak di telapak kaki dan melalui telapak kaki aliran meridian ini menuju ke seluruh tubuh. Saat organ tubuh mulai tidak berfungsi dengan baik maka pada saat itu kita perlu bantuan dari luar. Salah satunya adalah melakukan detoksifikasi menggunakan air asin (garam).

Mengeluarkan Racun dengan Air Asin Salah satu cara paling aman dan sederhana mengeluarkan racun dari dalam tubuh adalah detoks dengan air garam. Air asin diketahui memiliki sifat mampu menetralkan energi negatif termasuk racun-racun.

Cara ini bisa anda lakukan sendiri di rumah dan merupakan salah satu metode pengobatan cina kuno yang masih dipraktekkan sampai sekarang.

Air garam bersifat ionik dan akan mengeluarkan racun dengan cara memaksa racun keluar melalui kaki. Air garam hangat akan menghasilkan ion positif dan negatif di dalam air. Ion detoks adalah pengion air asin hangat dengan bolak polaritas.

Berikut ini langkah detoks menggunakan air garam:

Sediakan air panas secukupnya untuk merendam telapak hingga mata kaki Larutkan garam murni hingga cukup terasa asin.

Rendam kaki ketika air mulai hangat, biarkan selama lebih kurang 30 menit hingga air berangsur dingin dan lihat perubahan warna air.

Pada tubuh yang memiliki kandungan toxin tinggi, warna air akan terlihat jelas mengalami perubahan warna menjadi keruh kecoklatan.

Sebaiknya perendaman kaki dilakukan pada kondisi rilex atau menjelang tidur malam. Selamat mencoba. Jika suka dengan artikel ini, jangan lupa like dan share ke teman yang lain.

Kredit : Bulletin Media

P.S. 1 – Jangan Berani Memiliki Kereta Kalau Tak Tahu 31 Perkara Penting Ini Terutamanya No 23 !!!
P.S. 2 – Banduan Ini Kuat ‘Makan’. Apa Yang Dimakannya Pasti Mengejutkan Anda !!!
P.S. 3 – Kisah Benar Cikgu Diseksa Ketika Koma Sebelum Ke Mekkah..Terkejut Ini Puncanya !!!
P.S. 4 – (VIDEO) Kejadian Aneh Kubah Hijau Masjid NABI MUHAMMAD SAW Bertukar Warna Merah !!!
P.S. 5 – Ayam Ini Masih Boleh Hidup Setahun Lebih Tanpa Kepala, Puncanya Buat Ramai TERPANA !!!

The post Rendam Kaki Anda Ke Dalam Air Garam Hangat Selama 30 Minit, Anda Akan Terkejut Dengan Apa Yang Terjadi !!! appeared first on BISKUTMANIS.

loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close