Friday, 31 March 2017

Ini Respon Balas Dari Nedim Kepada Ucapan Jejai Yang Buat Ramai Tersenyum

Ini Respon Balas Dari Nedim Kepada Jejai Yang Buat Ramai Tersenyum



Pernikahan Nora Danish dan Nedim Nazri masih lagi hangat diperkatakan.

Antara yang menjadi bahan bualan ialah kehadiran bekas suami Nora Danish iaitu Jejai (Rizal Ashram) di majlis pernikahan tersebut.

Turut hadir ialah bekas ibu dan bapa mertua Nora Danish iaitu ibu bapa Jejai.

Walaupun telah bercerai, hubungan mereka masih lagi amat baik.

Ketika majlis itu berlangsung, Jejai juga telah membuat insta live dan mendapat pujian ramai.

Beberapa keping fotonya bersama pengantin turut menjadi viral.

Jejai juga ada memuatnaik gambarnya bersama pengantin dengan ucapan selamat pengantin baru kepada Nedim dan Nora.

Baca ucapan penuh Jejai DI SINI.

Nedim juga telah memberi respon balas kepada ucapan Jejai itu.

Bagi Nedim, gambar bersama Jejai merupakan antara yang paling 'cool' di majlis tersebut.

Ini respon balas Nedim:

"Who agrees with me ? this is probably the coolest picture of the night Thanks for coming Yop Rizal Ashram, we are officially stuck to each other

"Thanks you so much for the kind words bro! Much love for you, uncle aunty for being there on our special ocassion.



TAHNIAH!! Sharnaaz Ahmad Selamat Bergelar Suami Kepada Noor Nabila, Kakak Neelofa

TAHNIAH!! Sharnaaz Ahmad Selamat Bergelar Suami Kepada Noor Nabila, Kakak Neelofa


Pelakon Sharnaaz Ahmad kini bergelar suami kepada Noor Nabila setelah mereka berdua selamat diijabkabulkan pada tepat jam 9.15 malam dengan sekali lafaz.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Masjid Damansara Perdana, Ustaz Hj. Syamsul Firdaus selaku wakil wali.

Sharnaaz Ahmad telah menyerahkan 5 dulang hantaran berbalas 7 dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan, Nabila.

Mas kahwin sebanyak RM 1000 manakala jumlah wang hantaran telah dirahsiakan.

Sharnaaz Ahmad mengenakan baju melayu serba putih hasil rekaan Putra Cosry manakala Noor Nabila pula kelihatan anggun dan menawan mengenakan busana pengantin yang direka khas oleh Datuk Radzwan Radzwil.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu berlangsung dalam suasana meriah.

Seperti yang dirancang, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada 2 April 2017 bertempat di Royal Chulan Damansara.

Sementara itu, majlis resepsi Sharnaaz bertempat di Straits Quay Convention Centre, Penang.

Noor Nabila merupakan kakak kepada pelakon dan pengacara Neelofa.

Mereka berdua telah bercinta selama 2 tahun sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga.

Tahniah diucapkan.






"Menyintaimu, Membimbingmu Ke Jannah.." Ini Ucapan Khas Nedim Nazri Buat Isteri Tercinta, Nora Danish

Ini Ucapan Nedim Buat Isteri Tercinta, Nora Danish



Pengantin lelaki, Nedim Nazri telah membuat ucapan khas buat isterinya pelakon popular tanah air, Nora Danish.

Nedim berjanjin akan menajdi suami bertanggungjawab kepada Nora dan menyintainya serta membimbing Nora ke Jannah.

Jom baca ucapannya:

Today is starting of a new beginning for you and me, I have never choked when saying things, but I did last night , because I saw a dream of mine coming true & I couldn't hold my tears back, the tears of joy that I had,

I have always said Allah is the best planner and it's up to him to allow 2 hearts to meet and become one ❤️ 

Dengan izin Allah Yang maha esa dan maha mengetahui, Allah made it happen for us last night , with this anugerah today, to my wife Nora Danish, I promise a responsible husband to you, the man of you dreams, 

I promise to love you unconditionally, I promise to make you happy and most importantly with Allah's blessings InsyaAllah I will be able to guide you and take you to Jannah with me ❤️ 

#syukuralhamdulillah #NNisteriKuCintaHatiKu #NeNoSaysIdo #NeNo

Semoga berbahagia melayari bahtera rumahtangga kepada Nora dan Nedim. Sememangnya pasangan yang amat secocok.

Ustaz Haslin Tegur Tindakan Pengantin Baru, Nora Danish Dan Nedim Nazri

Ustaz Haslin Tegur Tindakan Pengantin Baru, Nora Danish Dan Nedim Nazri



Semalam majlis pernikahan Nora Danish dan Nedim Nazri menjadi agak kontroversi apabila Nedim mengucup bibir Nora setelah selesai akad nikah.

Orang ramai berpandangan perbuatanpengantin itu tidak manis dipertontonkan buat tatapan umum apatah lagi ia menyerupai perkahwinan di gereja.

Pendakwah popular Ustaz Haslin ada memberi pandangannya tentang hal ini.

Tindakan pengantin itu memang tidak bagus dipertontonkan di khalayak ramai walaupun sudah sah bergelar sebagai suami isteri.

“Kita ni sebagai orang Islam, bukannya orang Kristian yang memang adatnya si pengantin lelaki akan cium mulut pasangan selepas mereka berkahwin di gereja. Itu mereka bukan bagi kita yang beragama Islam ni.

Sebenarnya, mencium dahi isteri juga adalah lebih baik jika dilakukan secara bersendirian, dan bukan langsung terbuka depan orang ramai sambil ditayangkan pula kepada umum,”

Apatah lagi Nora Danish sebagai artis popular, perkara berkenaan mungkin menjadi ikutan dan trend kepada mereka yang meminatinya terutama golongan remaja.

Ustaz Haslin juga menegur pemakaian Nora Danish yang tidak mematuhi syriat agama Islam.

Semua keterangan dari Ustaz Haslin ini dibuat setelah beliau dihubungi oleh blogger MynewsHub utnuk mengulas tentang perkara ini yang kini menjadi viral.

Thursday, 30 March 2017

(35 Koleksi Foto) Sekitar Kemeriahan Majlis Pernikahan Nora Danish Dan Nedim Nazri

35 Koleksi Gambar Sekitar Kemeriahan Majlis Pernikahan Nora Danish Dan Nedim Nazri


Akhirnya pasangan secocok Nora Danish dan Nedim selamat disatukan sebagai suami isteri pada hari ini.

Satu majlis nikah yang eksklusif telah berlangsung dengan amat meriah sekali.

Lokasinya ialah di Glassouse, Seputeh Petaling Jaya.

Dengan dua kali lafaz Nora Danish selamat bernikah dengan Nedim Nazri tepat jam 8.37 malam tadi.

Untuk pengetahuan semua, jumlah hantaran serta mas kahwin telah dirahsiakan.

Jom lihat beberapa keping gambar sekitar kemeriahan majlis pernikahan Nora Danish dan Nedim Nazri.

Tahniah guys!!





































loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close