Tuesday, 28 February 2017

'Bahaya bang, jangan buat camni'


KUALA LUMPUR - Gambar seorang kanak-kanak lelaki berdiri di belakang bapanya yang menunggang motosikal viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Tindakan si bapa yang membiarkan anaknya berdiri sambil ditahan dengan tangan sebelah kiri itu amat berbahaya dan jika berlaku kejadian yang tidak diingini, boleh meragut nyawa ketiga-tiga anak beranak itu. 

Terdapat pelbagai kesalahan yang dilakukan. Antaranya: 
  1. Helmet hitam yang digunakan kanak-kanak itu tidak menepati ciri-ciri keselamatan.
  2. Pembonceng berdiri semasa motosikal sedang bergerak.
  3. Penunggang dan pembonceng tidak memakai kasut.
  4. Si bapa menunggang motosikal dengan sebelah tangan.
Empat kesalahan yang dilakukan itu jelas sekali si bapa mengabaikan aspek keselamatan diri dan dua anak kecilnya itu. 


Biar apa pun alasan yang diberikan, keselamatan diri dan pembonceng perlu diutamakan. Biar anak menangis, jangan ibu bapa yang menangis bila anak sudah tiada. - The Reporter

Lelaki Tampil Luah Rasa Kecewa, Dedah Sikap Tunang Hans Isaac Yang Berlaku Curang

Lelaki Tampil Luah Rasa Kecewa, Dakwa Tunang Hans Isaac Berlaku Curang



Semalam, Hans Isaac mengumumkan perkahwinannya dengan bekas ratu cantik, Aileen Gabriella Robinson.

Lihat gambar Ailen Gabriella yang cantik jelita itu DISINI.

Hari ini agak kecoh apabila seorang individu bernama Robin Coenraard mendakwa beliau merupakan teman lelaki kepada Gabriella.

Ini koemnnya:


Malah lelaki itu mendakwa, Gabriella dikatakan masih bersamanya ketika Hans Isaac melamar wanita itu kira-kira sebulan lalu di Singapura.

Robin meluahkan kekecewaanya kerana dia hanya mengetahui berita perkahwinan wanita itu bersama Hans semalam menerusi berita.

Menurutnya baru sahaja beberapa hari lalu mereka meluangkan masa bersama seolah tiada apa yang berlaku.

Gabriella juga dikatakan telah menipu Robin ketika kunjungannya ke Singapura tempoh hari.

Bagi Robin, dia tertanya adakah Hans mengetahui kewujudannya sebagai teman lelaki Gabriella.

Kita tunggu jawapan dari Hans Isaac dan juga Gabriella.

Robin pula bukan calang-calang orangnya. Dia sebelum ini pernah rapat dengan beberapa artis popular.

SEDIH!!! Bayi 8 Bulan Menangis Hingga Akhirnya Meninggal dunia... Apa Yang ditemui Ibunya Memang Mengejutkan!!




Seorang bayi  berusia lapan bulan bernama Rhea Jane meninggal dunia setelah menangis tanpa henti. 

Kejadian yang tidak disangka-sangka ini begitu menyedihkan ibu bapanya. Sebelum kejadian tersebut berlaku, bayi yang periang itu sedang dijaga oleh ibu dan neneknya.

Walaup dijaga oleh mereka namun bayi ini masih juga dapat bergerak untuk mengambil barang yang bukan alat permainannya. 

Bayi 8 Bulan bernama Rhea Jane itu maut selepas didapati menelan penutup botol air. 

Seperti dilaporkan oleh viral4real, mungkin kejadian tersebut dapat dijadikan pengajaran berguna kepada setiap ibu bapa

Memang, bayi sebaya itu memang suka sekali memasukkan segala sesuatu ke dalam mulutnya. 

Maka sudah sewajibnya orang tua harus berhati-hati  pada sang buah hati agar kejadian yang malang ini tidak berlaku kepada anak merek seperti yang terjadi oleh Rhea Jane. 

Akibat dari benda yang ditelannya itu, Rhea kesukaran bernafas. 

Kejadian itu bermula ketika neneknya sedang mencari cucunya itu. Sementara, ibunya sedang nyenyak tidur. 

Rhea diletakkan di dalam kereta sorong dan neneknya beranggapan bayi tersebut tidak akan dapat mencapai barangan. 

Tapi siapa sangka, Rhea masih boleh mengambil tutup botol air mineral bersaiz satu liter. Padahal, ketika itu neneknya tidak melihat ada benda itu di sekitar Rhea tidur. 



Ketika mendengar Rhea menangis, ibu dan nenek ini terus menghampirinya. Mereka melihat Rhea meronta sambil menangis kuat. Mereka menyedari bahawa ada sesuatu di dalam mulutnya. 

 Pada masa itu, ibu Rhea berjaya mengeluarkan tutup botol minuman tersebut dari dalam mulutnya. Tapi sayang sekali, segalanya sudah terlambat. 

Rhea akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia meninggal dunia kerana kekurangan oksigen. 

Ramai netizen yang memberikan doa dan simpati pada ibunya. 

Tidak kurang juga ada netizen yang memberi komen supaya ibu bapa harus lebih berhati-hati dalam mengawasi anak-anak mereka. 

Lebih-lebih lagi jauhkan bayi dari barang-barang yang boleh berisiko membuat anaknya di dalam bahaya. Menurut ibunya, Rhea merupakan bayi yang ceria dan cergas. 

Selain membuat orang tua senang, Rhea juga seringkali membuat saudara dan sanak keluarga menjadi terhibur dengan tingkah lakunya.


LUAHAN SAYU.. Suami Ary Malik Cukup Menyentuh Perasaan. Anak Masih bersedih dan terkejut.

LUAHAN SAYU.. Suami Ary Malik Cukup Menyentuh Perasaan. Anak Masih bersedih dan terkejut.


Selepas kira-kira setahun menderita penyakit kanser ovari, pengacara Ary Malik akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.17 malam Selasa di Hospital Ampang dekat sini. 

Allahyarham meninggal dunia di sisi keluarga termasuk suami dan anak-anaknya selepas kira-kira 10 hari dirawat di hospital itu. 

Berita kematian tersebut disahkan oleh suami Allahyarham iaitu Shahrul Nizam Shaharuddin, 46. Dalam pada itu Shahrul Nizam berkata, kematian Ary satu kehilangan besar buat dirinya kerana isterinya itu seorang yang baik dan sangat penyayang. 

“Saya hilang sesuatu yang besar dalam hidup saya. Saya banyak belajar tentang kehidupan bersamanya. Anak-anak masih bersedih dan terkejut. 



Mereka sudah mula rindu dan berasa ketiadaan waktu (jenazah) dimandikan. Saya berterima kasih atas doa dan ucapan takziah buat kami sekeluarga,” katanya ringkas. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota, Setapak dekat sini pada malam ini (Selasa). 

Terdahulu pada petang Selasa, berita kematian Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, menjadi tular namun ia dilaporkan tidak benar kerana Allahyarham masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan. 

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Ampang sejak 18 Februari lalu apabila keadaannya semakin lemah akibat penyakit berkenaan. 

Sebelum ini beliau kerap mendapatkan rawatan kemoterapi di Hospital Tuanku Mizan, Wangsa Maju. 

Allahyarham yang pernah menyertai MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012 pernah menjadi pengacara termasuklah Muzik-Muzik. 

Hasil perkahwinannya dengan Shahrul Nizam atau lebih dikenali sebagai Shahrul Bromo, mereka memiliki tiga orang anak iaitu, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik yang berusia 11 tahun. 

Sementara itu wartawan mStar Online FARHAN IKRAM melaporkan, jenazah Allahyarham tiba masjid di Kem Wardieburn, Setapak dekat sini dari Hospital Ampang kira-kira pukul 8.30 malam untuk dimandi dan disembahyangkan. 

Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota dan selamat dikebumikan kira-kira pukul 12.40 pagi Rabu. Antara rakan-rakan artis yang kelihatan ialah Ako Mustapha, Rizman Khuzaimi, Erma Fatima, Elly Suriati dan Fizz Fairuz.


MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA... SETIAP HARI BAGI ANAK MAIN GADGET, SEHINGGALAH ANAK BERUMUR 4TAHUN, AKHIRNYA...

MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA... SETIAP HARI BAGI ANAK MAIN GADGET, SEHINGGALAH ANAK BERUMUR 4TAHUN, AKHIRNYA...


Menyesal Kemudian Tidak Berguna... Setiap Hari Bagi Anak Main Gadget, Sehinggalah Anak Berumur 4tahun, Akhirnya.....

Bermula pada usia 10 bulan hingga 4 tahun, gadget merupakan barang yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan sehariannya.

Ibunya pun senang, kerana tidak perlu membelikan barang mainan yang tentu akan menjadi kerja seharian untuk mengemasnya.

Akan tetapi ketika umur anaknya berusia 2 tahun, ibunya mula melihat tanda-tanda yang tidak normal pada anaknya.

  • 1.Kaku dengan persekitaran
  • 2.Tidak pandai berkawan
  • 3.Tidak pandai bermain barangan mainan kanak-kanak normal
  • 4.Kurangnya respon bercakap

Kelainan yang paling di takuti oleh ibunya adalah, anaknya yang kurang perkataan ketika bercakap (seperti bisu) hingga berumur 3 tahun.

Khawatir dengan perkembangan anaknya yang semakin teruk dia kemudian membawanya berjumpa doktor pakar.
Doktor Sahkan punca anaknya kurang bercakap kerana orang tua dan anggota keluarga yang lainnya kurang berkomunikasi dengan Shafraan membuatkan anaknya tidak menggenal perkataan ketika bercakap.

Tentu. gadget lah penyebabnya, semenjak dari pada itu, si ibu mulai kurangkan penggunaan gadjet di rumah, katanya Shafraan akan mengamuk dan menangis sambil membaling semua barang-barang yang berada dekat dengannya, dia susah makan, susah tidur.

Naluri seorang ibu mana mampu melihat anaknya menangis, dia tewas dan akhirnya memberikan Gadjed semula pada anaknya.

Hampir setahun berlalu anaknya yang kini berusia 4 tahun di masukkan kehospital kerana mengalami kondisi Speech delay.

Menurut doktor Shafraan sekarang dalam kondisi Speech delay atau keterlambatan bercakap yang kini berusia 4 tahun 2 bulan.

Speech delay adalah bahasa yang di gunakan berkait masalah terlambatnya perkembangan otak dan bahasa pada anak.

Menurut penelitian hanya 5 peratus kanak-kanak yang mengalami masalah ini, sebabnya adalah kurangnya perkomunikasian antara keluarga serta anak yang selalu berkurung di dalam rumah dan kurang memiliki hubungan dengan dunia luar.

Kenyataan doktor itu bagaikan petir yang menyambar, baru saya sedar saya lah punca” Shafraan jadi begini sebab saya, Saya tidak mahu di ganggu dengan suara tangisan, rengekannya, Saya tidak mahu melihat rumah bersepah kerana mainannya. Saya tidak mahu susah dan tidak mahu penat menjaganya itulah kesalahan yang baru saya sedari, kata ibu beranak satu itu.

Katanya setelah berbincang dengan suami, mereka sepakat untuk membawa Shafraan mengikuti Terapi Wicara yang di anjurkan doktor dimana kesembuhannya tidak dapat di pastikan akan tetapi bila trapi dilakukan dengan rutin dan di tambah latihan di dalam rumah, kesembuhan untuk Shafraan sangat tinggi.

Berapa tahun lamanya pun saya tidak kisah, kalaulah waktu boleh di putar kembali, tentu saya akan lebih banyak mengahabiskan masa mengajarnya bercakap dan bermain. katanya.

Bagaimanapun update terkini Ibu Shafraan selepas 5 bulan mengatakan bahwa anaknya itu sudah mulai bermain permainan kanak-kanak seperti kereta mainan, menconteng buku dan dinding, manakala percakapannya ada di antara yang sudah mula jelas namun belum semua.

Alhamdulillha kini anak saya sudah menunjukkan tanda-tanda perkembangan yang baik, mohon doanya semoga Shafraan segera sembuh, tulisnya


'Kenapa gatal sangat ni, sis?'

Screenshot yang dimuat naik di laman forum Cari
Heboh di laman forum Cari, isteri kepada seorang pelakon lelaki meluah rasa tidak puas hati pada seorang pelakon wanita yang didakwa menggatal dengan suaminya.

"Wonder if you still play victim this time? Drama apa pula dia nak tunjuk lepas ni. Standby popcorn ye!" demikian tulis si isteri.

Gambar 'chat' antara si suami dengan pelakon wanita itu dipercayai dirakam dari telefon bimbit si suami juga dimuat naik dengan hashtag #kenapagatalsangatnisis dan #maruahletakmanasis. 

Selain turut 'memuji kehebatan' permainan pelakon wanita berkenaan, si isteri juga mendedahkan wanita itu pernah berkahwin, bercerai dua kali dan berusia 40'an. 









Netizen mula tertanya-tanya, siapakah artis wanita yang dimaksudkan. 

Ada segelintir netizen berpandangan bahawa itu hanya sekadar perbualan rakan-rakan artis sahaja. Tetapi tidak kurang juga yang berkata, perbualan seperti itu tidak sepatutnya diungkapkan kerana lelaki itu merupakan suami orang. 

Bagaimanapun, gambar-gambar tersebut telah dipadamkan dari laman Instagram wanita berkenaan.

Apa pun, selesaikan dengan cara baik. Utamakan anak-anak, jangan kerana orang ketiga, rumah tangga yang sudah terbina lama musnah begitu sahaja. 

(15 FOTO) Ini Koleksi Gambar Tunang Hans Isaac, Aileen Gabriella Yang Amat Jelita

Ini Koleksi Gambar Tunang Hans Isaac, Aileen Gabriella  


Dato Hans Isaac semalam telah membuat pengumuman mengejutkan apabila memberitahu orang ramai dia kini telahpun bertunang.

Tunangnya merupakan bekas ratu dan pemenang Miss Tourism pada tahun 2011 aiitu Aileen Gabriella Robinson.

Wanita bertuah ini sememangnya cantik, jelita dan bukan calang-calang orangnya.

Pasangan ini akan berkahwin pada bulan Julai tahun ini.

Ini komen Hans Isaac:

Saya sudah melamar Gabriella pada Januari lalu di The Cathedral of the Good Shepherd Church di Singapura. 

Gereja tersebut merupakan tempat yang istimewa untuk saya kerana ibu bapa saya melangsungkan perkahwinan di situ. 

Kami bertemu pada tahun 2011. Saya menjadi juri untuk pertandingan ratu cantik yang Gabriella sertai. Selepas itu, kami tidak pernah bersua. 

Selepas beberapa tahun, kami berjumpa dan bersahabat. Setahun yang lalu, kami mula rapat dan menjalinkan hubungan. 

Dia sahabat baik saya, kami mengambil masa untuk berkenalan dan saya yakin dia adalah orangnya.

Dia seorang yang baik dan saya sudah bersedia untuk menjadi suri hatinya.

Ini beberapa keping foto tunang Hans Isaac ini.

Jom layan:

'Lepaskan! Aku tak nak kahwin dengan kau!'


CHINA - "Lepaskan! Aku tak nak kahwin dengan kau!" demikian kata seorang lelaki yang tangannya dirantai dan diheret seorang perempuan yang dipercayai kekasihnya, lapor Shanghaiist.

Video pengantin perempuan merantai dan mengheret bakal suaminya  di jalan raya viral di media sosial. 

Laporan media online, tinggal beberapa hari lagi sebelum tarikh perkahwinan mereka, lelaki berkenaan telah menghilangkan diri menyebabkan pengantin perempuan terpaksa keluar dan mencarinya. 

Tidak dinyatakan mengapa lelaki itu bertindak menghilangkan diri.

Setelah pengantin perempuan berjaya menemui bakal suaminya itu, tangan lelaki itu dirantai dan diheret ke majlis perkahwinan mereka di jalan raya membuatkan orang awam tergamam menyaksikan kejadian itu. 


Bagaimanapun, ada segelintir netizen mendakwa pasangan itu berkemungkinan hanya berlakon untuk mempromosikan 'sesuatu'. - The Reporter

Muka Mula Kelihatan Berkedut, Ini Respon Amy Mastura

Muka Mula Berkedut, Ini Reaksi Amy Mastura


Apabila umur semakin meningkat, sememangnya kulit akan mula berkedut kerana ketuaan.

Ada yang mendapatkan rawatan botoks untuk kelihatan muda.

Namun Amy Mastura telah menolak kaedah penggunaan botoks itu atas side effect jangka panjang.

Amy Mastura kini berumur 46 tahun dan akui sudah mula ada kedutan di wajah dan tidak berasa malu tentang keadaan itu.

Ini komen Amy Mastura:

"Tak pernah pula terlintas di hati saya nak ambil botoks. Saya takut bila bangun pagi, saya tak kenal diri sendiri.

"Jadi buat masa ini saya tak perlu botoks,"


Penyanyi dan pelakon ini telah  mengambil 3 suntikan vitamin c yang semakin popular tetapi kini tidak lagi mengambilnya

"Kalau boleh saya nak kulit cantik. Sebab itu dulu pernah ambil vitamin C secara suntikan. Tapi semuanya hanya setengah jalan.

"Kesannya memang cepat, tapi cepat juga habis. Bagi saya ambil pil vitamin C juga boleh membantu,"


Amy Mastura lahir pada tahun 1971 di Perak dan memulakan karier sebagai penyanyi menerusi pertandingan Asia Bagus.

 .................

How facial wrinkle happen?

Facial wrinkles occur due to fibrosis of the skin.

There is theory suggests that wrinkles develop from incorrect repairs of injured elastic fibers and collagen fibers.

Repeated compressions of the skin can cause repeated injuries of extracellular fibers in derma (part of skin).

Some of the broken elastic fibers and collagen fibers are not regenerated and restored during repair when someone get old.

They are replaced by altered fibers.

When an elastic fiber is broken in an extended state, it will bee replaced by a “long” collagen fiber.

Then the “long” collagen fibers will accumulate and makes part of the skin looser and stiffer.

This will cause a big fold of skin appears.

When a “long” collagen is broken in a compressed state, it will be replaced by a “short” collagen fiber.

The “shorter” collagen fibers will restrict the extension of "longer" fibers, and make the “long” fibers in a folding state permanently.

A small fold appears, it is wrinkle

Kata terjumpa, rupa-rupanya bayi dia sendiri


HULU SELANGOR - Polis menahan seorang remaja perempuan 19 tahun yang dipercayai cuba membuang bayi lelaki yang baru dilahirkannya di belakang kediamannya di Bandar Utama, Batang Kali, awal pagi semalam, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, pada awalnya remaja berkenaan mendakwa menemui bayi lelaki yang masih bertali pusat dibalut dengan kain hitam itu tergantung pada jeriji tingkap biliknya selepas mendengar tangisan bayi itu pada jam 7.30 pagi. 

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati remaja berkenaan yang merupakan anak perempuan kepada pemilik rumah berada dalam keadaan yang mencurigakan dan lemah menyebabkan polis menahannya untuk membantu siasatan. 

"Ketika disoal-siasat, remaja itu akhirnya mengakui melahirkan bayi itu di dalam biliknya pada jam 6.45 pagi. Kelahiran itu hasil hubungan dengan teman lelaki. 

"Remaja itu menipu ibunya dengan menyatakan bahawa dia menemui bayi itu pada jeriji tingkap di belakang rumahnya," katanya. 

Susulan pengakuan mangsa, polis turut menahan seorang lelaki berusia 17 tahun, teman lelaki remaja berkenaan untuk membantu siasatan. 

Remaja perempuan itu turut ditahan dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan dan rawatan. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. - The Reporter

Artikel berkaitan:

Kanak-kanak maut dilanggar kereta yang sedang mengundur


MARAN, TERENGGANU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun maut selepas dilanggar bapanya sendiri yang sedang mengundurkan kereta pancuan empat rodanya, pagi semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 8.45 pagi di FELDA Jengka 10, Nur Aireena Ilhani Azizi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. 

Difahamkan ketika kejadian itu berlaku, bapa mangsa, Azizi Ramli, 47, yang memiliki kedai runci baru pulang selepas menghantar barang kepada pelanggannya. 

Abang sulung mangsa, Muhammad Aiman Azizi, 18 berkata, dia berada di kaunter kedai runcit berkenaan sebelum dikejutkan dengan jeritan, Noraini Mohamad, 41, yang memanggil nama mangsa, menyebabkan dia terus keluar untuk melihat apa yang berlaku. 

"Sebaik saja keluar, saya melihat adik sudah terbaring di belakang kenderaan ayah dalam keadaan berlumuran darah. 

"Adik terus dibawa ke Hospital Jengka namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya. 

Sementara itu, Azizi Ramli masih trauma dengan kejadian itu dan mengakui terkilan kerana kehilangan satu-satunya anak perempuan daripada empat beradik. 

Jenazah mangsa telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam FELDA Jengka 10, jam 3 petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mazlan Hassan mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan. - The Reporter

Nak beli rumah pertama? Ini panduan lengkap untuk anda



Ada orang kata susahnya beli rumah tetapi pelik tak kenapa ada orang boleh beli banyak rumah macam beli karipap sedangkan gaji anda dan gaji mereka sama sahaja? 

Mudah sahaja. Mereka tahu apa yang bank suka, jenis rumah yang berguna dan strategi yang ada. Mereka ada ilmu. Saya bongkarkan kepada anda rahsia ilmu-ilmu mereka. Buat ikut langkah-langkah ini dan elakkan shortcut! Amaran, elakkan shortcut!

PROFIL KEWANGAN

1. Senaraikan Pendapatan (Income) [PENTING]
  • Pendapatan tetap
  • Pendapatan tidak tetap (elaun, komisen, overtime, bonus dan lain-lain)
  • Pendapatan sampingan

2. Senaraikan Potongan (Deduction) [PENTING]
  • Potongan KWSP
  • Potongan SOCSO / PERKESO 
  • Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Potongan Zakat
  • lain-lain yang berkenaan

3. Senaraikan Komitmen (Commitment) [Rujuk CCRIS]
  • Pembiayaan peribadi 
  • Pembiayaan kenderaan
  • Kad kredit
  • Pembiayaan ASB
  • Pinjaman pengajian contohnya PTPTN
  • lain-lain yang berkenaan

4. Senaraikan Pelaburan [OPTIONAL]
  • ASB
  • Saham
  • Unit Amanah
  • lain-lain yang berkenaan

5. Senaraikan Simpanan [PENTING]
  • Bank 
  • Tabung Haji 
  • lain-lain yang berkenaan

6. Senaraikan Cukai [PENTING]
  • Cukai Pendapatan
  • Cukai Perniagaan
  • lain-lain yang berkenaan

7. Dokumentasi [SANGAT PENTING]
Semua senarai di atas perlu mempunyai dokumen sah sebagai bukti contohnya :
  • Pendapatan : Slip Gaji
  • Potongan : Slip Gaji
  • Komitmen (Pembiayaan) : Letter Offer
  • Pelaburan : Buku ASB / Penyata yang dikemaskini
  • Simpanan : Buku Simpanan yang dikemaskini
  • Cukai : Penyata Cukai

LAPORAN KREDIT

Pihak institusi kewangan lazimnya akan menyemak laporan kredit pemohon sebelum meluluskan pembiayaan. Sekiranya laporan kredit pemohon tidak baik, maka agak sukarlah permohonan mereka diberi kelulusan. 

Contohnya rekod pembayaran CCRIS yang tidak sempurna atau terdapat tunggakan serta laporan CTOS yang menunjukkan bahawa dia seorang pembayar hutang yang tidak bagus, maka ia akan menutup peluang pemohon untuk membuat permohonan baru sehingga dia memberi komitmen terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah pembayaran balik pembiayaan yang terdahulu

A. SEMAK CCRIS

Bank akan merujuk CCRIS untuk melihat "sikap" pemohon dalam membayar ansuran bulanan pembiayaan atau pinjaman berkaitan daripada institusi kewangan termasuklah PTPTN.

Sekiranya tiada tunggakan, maka CCRIS akan menunjukkan angka kosong pada setiap bulan yang tertera. Sekiranya ada tunggakan, CCRIS akan menunjukkan angka tertentu contohnya 1 jika 1 bulan tertunggak atau 30 jika 30 bulan tertunggak.

Bank tidak suka memberi pembiayaan kepada orang yang culas. Sekiranya ada tunggakan, selesaikan dahulu masalah tunggakan anda dan tunggulah sehingga 12 bulan supaya rekod buruk itu hilang daripada penyata CCRIS,

Bagaimana menyemak CCRIS:

1. Kiosk Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur atau cawangan BNM (Johor Bharu, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kuching, Kota Kinabalu) :
  • bawa kad pengenalan
  • cap jari
  • cetak CCRIS

2. Cawangan AKPK

3. http://ift.tt/2c6MbLG - RM10
  • emel
  • pos
  • faksimile

4. http://ift.tt/2lR4Qlz - RM10

B. SEMAK CTOS

CTOS adalah sebuah syarikat yang membangunkan satu sistem untuk merekodkan bayaran yang tertunggak oleh peminjam. CTOS menjadi antara sumber rujukan laporan kredit untuk institusi kewangan bagi setiap permohonan pembiayaan daripada individu atau syarikat.

CTOS tidak menyenaraihitamkan sesiapa; mereka hanya bertindak sebagai pemberi maklumat kepada bank dan institusi kewangan untuk menilai risiko pemohon pembiayaan.

Laporan CTOS memperincikan pengesahan identiti, penglibatan perniagaan, jawatan pengarah dan pemilikan perniagaan. Ia juga mengandungi butir-butir tindakan undang-undang, status kes serta maklumat kebankrapan.

Anda boleh menyemak laporan kredit CTOS anda melalui online di http://ift.tt/1Xqs1Nh.

BERSEMUKA DENGAN BANKER

1. Bawa semua dokumen :
  • Profil Kewangan
  • CCRIS - jika ada
  • CTOS - jika ada

2. "Walk-in" ke beberapa buah bank berbeza kerana polisi dan syarat setiap bank adalah tidak sama

3. Jumpa pegawai bank yang menguruskan pembiayaan perumahan

4. Beritahu pegawai bank tersebut bahawa anda mahu: 
  • membeli rumah 
  • semak keperluan dokumen untuk mohon pembiayaan
  • semak kelayakan pembiayaan

5. Banker akan bantu kira kelayakan pembiayaan anda berdasarkan Debt-Service Ratio dengan merujuk kepada semua dokumen yang anda kemukakan.

6. Jika jawapannya positif, mulakan pemburuan hartanah berdasarkan kelayakan pembiayaan anda.

7. Jika jawapannya negatif:
  • perbaiki profil kewangan
  • perbaiki CCRIS
  • hapuskan CTOS
  • perkasakan dokumentasi kewangan

8. Jika anda tidak berpuas hati, pergi ke beberapa buah bank berbeza kerana setiap bank polisi dan syarat kelayakannya adalah tidak sama

PEMBURUAN HARTANAH

MEMBURU HARTANAH PERTAMA

1. LOKASI
  • Cari yang dekat supaya boleh duduk sendiri.
  • Jika yang dekat terlalu mahal, carilah yang jauh dan murah mengikut keupayaan pembiayaan anda kemudian sewakan dan anda teruskan menyewa hartanah yang dekat.

2. JENIS
  • Jika banglo terlalu mahal, pilihlah semi-D. 
  • Jika masih mahal, pilihlah teres. 
  • Jika masih mahal, pilihlah kondo / apartmen. 
  • Jika masih mahal, pilih rumah pangsa / flat. 
  • Jika masih mahal, pilih rumah kos rendah mengikut syarat. 
  • Jika masih mahal, bergurulah ilmu mencari rumah murah.
  • Jika masih tak jumpa, nafsu anda terlalu besar untuk dapat yang sempurna segalanya

3. CARA BELI
  • Pemaju (Underconstruction) : rumah baru, rumah wangi, modal rendah. risiko sederhana. namun biasanya ada tempoh menunggu, harga mahal dan risiko terbengkalai
  • Pasaran Sekunder (Subsale) - rumah terpakai, modal sederhana, boleh runding harga. harga sederhana, risiko rendah kerana rumah sedia ada, namun tak ramai yang pandang sebab rumah lama dan terpakai.
  • Lelong - rumah busuk, modal tinggi, risiko tinggi, kebanyakannya sangat murah namun tidak boleh lihat dalaman rumah sebelum membeli dan mungkin banyak tunggakan
  • Nak percuma? Tunggulah anda dapat harta secara pewarisan. Itu pun kalau dapatlah!

4. BAJET
  • Tentukan harga rumah yang ingin dimiliki mengikut hasil perjumpaan dengan pegawai bank di awal cerita tadi
  • Masih ada rumah murah contohnya 10,000 (bukit beruntung), 60,000 (damansara damai), 70,000 (puchong) dan lain-lain. Usahakan mencari!
  • Jika rumah murah itu anda rasakan jijik, beli dan sewakanlah. Sekurang-kurangnya anda dah ada satu rumah. Penyewa bayar unit anda, dan anda bayar unit yang sewa. Tapi anda tetap dah ada satu unit sendiri walaupun masih menyewa rumah orang lain sampai mati!
  • Harga rumah biasanya akan terus meningkat. Selepas beberapa tahun, anda boleh buat pembiayaan semula atau jual sahaja dan belilah rumah idaman anda. Mulakan dahulu dengan yang kecil dan sederhana.

5. LEASEHOLD / FREEHOLD
  • Leasehold : Pajakan. Harga rendah sedikit berbanding unit Freehold. Bank biasanya akan memberi pembiayaan jika baki tempoh pajakan ialah sekurang-kurangnya 30 tahun selepas tamat tempoh pembiayaan. Proses pembelian dan pindah milik juga sedikit rumit berbanding unit Freehold.
  • Freehold : Hakmilik Kekal. Harga tinggi sedikit berbanding unit Leasehold. Biasanya permintaan tinggi berbanding unit Leasehold namun tidak semestinya juga.
  • Mana-mana pun boleh sahaja sebenarnya, untuk rumah pertama jangan terlalu memilih sahaja.

6. BUMI LOT / NON-BUMI LOT
  • Bumi Lot : Untuk Bumiputra sahaja. Harga murah sedikit berbanding Non-Bumi Lot.
  • Non-Bumi Lot : Terbuka kepada semua bangsa. Harga tinggi sedikit berbanding Bumi Lot.
  • Jika anda bumiputra, beli mana-mana pun boleh. Jangan terlalu memilih.

B. BELI SENDIRI @ AGEN
  1. Kalau anda yakin anda mahir, silakan beli sendiri. Booking, Deposit, S&P, guaman, pembiayaan dan sebagainya. Jika mahirlah ya.
  2. Jika anda tak mahir, guna khidmat Agen Hartanah Berdaftar. Buru hartanah pertama melalui agen. Agen sedia membantu untuk "mix and match" dan beri nasihat kewangan. Namun pastikan agen yang anda cari itu berkaliber, boleh dipercayai dan berdaftar.
  3. Cara paling selamat? Dua-dua cara pun selamat. Namun jika tiada ilmu, dua-dua cara pun bahaya tau!

C. SENARAI HARTANAH DIJUAL / DIBIDA

1. SUBSALE
  • Agen Hartanah Berdaftar 
  • Facebook Group
  • Laman Sesawang : mudah.my, iproperty dan lain-lain
  • Rondaan ke lokasi yang diingini dan lihat iklan di pagar rumah yang ingin dijual jika ada
  • Mulut-ke-mulut (pentingnya networking dan ringan mulut untuk bertanya kejiranan)

2. LELONG
  • Agen Lelong 
  • Facebook Group
  • Laman Sesawang Pelelong : Ng Chan Mau, Property Auction House, Ehsan Auctioneer, Eszam Auctioneer dan lain-lain
  • Laman Sesawang Berbayar : lelongtips, auctiondata, auctionlist dan lain-lain
  • Laman Sesawang Bank : CIMB, RHB dan lain-lain

3. UNIT DALAM PEMBINAAN
  • Agen Hartanah Berdaftar
  • Facebook Group
  • Laman Sesawang : mudah.my dan lain-lain
  • Pusat Beli Belah

D. NILAI PASARAN

1. Semak Nilai Pasaran
  • Jurunilai Hartanah
  • Walk-in jumpa pegawai bank bahagian pembiayaan perumahan dan minta mereka tanya panel Jurunilai Hartanah nilai pasaran unit yang anda minati
  • Lihat harga transaksi jualbeli contohnya di Brickz.my (laman sesawang berbayar)
  • Anggar melalui perbandingan dengan iklan unit yang lebih kurang sama di lokasi serupa dalam internet

2. Harga Jual vs Nilai Pasaran
  • Harga Jual = Nilai Pasaran : OK
  • Harga Jual < Nilai Pasaran : Sangat OK
  • Harga Jual > Nilai Pasaran : KO kecuali aliran tunai sangat bagus

3. Pembiayaan vs Nilai Pasaran / Harga Jual
  • Bank hanya memberikan pembiayaan sehingga 90% (atau 70% untuk rumah ketiga ke atas) daripada Harga Jual atau Nilai Pasaran, mana-mana yang lebih rendah.

BELI HARTANAH PERTAMA

BELI UNIT PERTAMA ANDA

1. Pilih unit yang telah anda senaraipendek samada unit dalam pembinaan (underconstruction), pasaran sekunder (subsale) atau lelong (auction).

2. Solat istikharah supaya anda memilih sesuatu yang betul

3. Jika subsale: 
  • semak geran - nama pemilik, status, tempoh pajakan (jika leasehold), kaveat dan lain-lain
  • pastikan ia bukan dalam senarai rumah untuk dilelong
  • bayar booking (di pejabat peguam atau agensi sahaja!)
  • dalam klausa booking, pastikan anda letak terma deposit dikembalikan sepenuhnya jika pembiayaan tidak diluluskan pada margin 90% (atau apa-apa margin yang anda mahu)
  • dapatkan resit booking
  • bayar baki deposit 10%

4. Jika lelong :
  • semak geran - nama pemilik, status, tempoh pajakan (jika leasehold), kaveat dan lain-lain
  • semak tunggakan
  • lawatan tapak (site visit)
  • pastikan pembiayaan anda boleh lepas! ... atau anda bakal berhadapan risiko deposit hangus
  • masuk bida dan bida pada had yang anda tentukan sahaja
  • jika kalah, cuba lagi
  • jika menang, teruskan langkah berikutnya

5. Jika dalam pembinaan daripada pemaju
  • semak iklan - pastikan iklan memenuhi syarat KPKT
  • semak projek - pastikan dibina oleh pemaju yang sah
  • semak tapak pembinaan - pastikan ia tapak yang betul
  • semak pemaju - lihat track record
  • HATI-HATI DENGAN SCAM!
  • bayar booking
  • bayar baki 10% (jika perlu)

LANTIK PEGUAM
  1. Untuk subsale dan lelong, anda berhak lantik peguam sendiri. Sekali lagi, lantik peguam berkaliber dan boleh dipercayai. Untuk underconstruction, biasanya anda perlu guna peguam panel pemaju, namun anda tetap boleh lantik peguam yang lain untuk jaga kepentingan anda (namun perlu fikirkan tambahan kos).
  2. Lakukan tindaksusul dan tanya "progress" sekurang-kurangnya sekali setiap 2 minggu.
  3. Peguam akan lakukan tindakan seterusnya yang diperlukan.
  4. Jika ada kekeliruan, hubungi peguam anda untuk dapatkan maklumat terperinci.
  5. Kos guaman biasanya dalam julat 3% - 8% daripada harga rumah.

BAYARAN - SUBSALE
  1. Deposit 10% daripada harga rumah (kalau dapat unit bawah nilai pasaran yang boleh markup harga S&P, maka deposit dapat dikurangkan)
  2. Kos dokumentasi guaman 3% - 8% daripada harga rumah
  3. Renovasi? Ala kadar sahaja sudahlah. Kos adalah bergantung kepada nafsu anda.
  4. Tempoh serah kunci biasanya 3-6 bulan.

BAYARAN - LELONG
  1. Deposit 5% atau 10% daripada harga rizab rumah
  2. Jika guna agen, bayaran agen dalam 1.5% - 3.0% daripada harga menang bidaan jika menang. Jika kalah bidaan, tanya awal-awal daripada agen berapa bayaran jika kalah.
  3. Jika menang, anda perlu tahu berapa kos yang perlu anda keluarkan untuk tunggakan, kos guaman (3%-8%), kos pembaikian dan lain-lain.
BAYARAN - UNDERCONSTRUCTION
  1. Bayar booking
  2. Bayar baki 10% (jika perlu)
  3. Bayar "progressive payment" mengikut syarat antara bank dan pemaju
  4. Sentiasa follow up supaya tiada kelewatan pembayaran yang boleh menyebabkan anda terpaksa membayar penalti kelewatan sewaktu proses serah kunci kelak

10 TIPS BELI RUMAH PERTAMA

1. Beli unit bawah nilai pasaran :
  • unit lelong
  • unit pasaran sekunder (subsale)

2. Beli unit kos masuk (entry cost) minima :
  • unit dalam pembinaan berdiskaun >10%
  • unit pasaran sekunder (subsale) boleh runding
  • pembiayaan bank / kerajaan 100%

3. Beli unit yang harganya lebih rendah daripada kemampuan sebenar (sebagai buffer)
  • kemampuan 300K, belilah 200K-250K
  • kemampuan 150K, belilah 80K-120K

4. Beli dua unit terus untuk maksimakan kedua-dua kuota 90% pembiayaan anda untuk dua rumah pertama.
  • mampu beli 300K, beli 2 unit 100K-150K
  • mampu beli 200K, beli 2 unit 60K-100K

5. Beli sahaja di mana-mana.
  • rumah murah jauh, beli dan sewa
  • rumah murah dekat, beli dan duduk

6. Rajin mencari setiap hari kerana unit menarik banyak mata memerhati.
  • media sosial
  • mudah.my
  • ronda kawasan

7. Guna Agen Hartanah.
  • padan permintaan (demand) & pembekalan (supply)
  • kadang-kadang dapat nasihat kewangan

8. Lawat Kawasan (Site Visit).
  • tengok lokasi
  • tengok kejiranan
  • tengok kerosakan 
  • tengok potensi
  • runding berdepan

9. Semak Profil Kewangan. 
  • Pendapatan (Income)
  • Penolakan (Deduction)
  • Komitmen
  • Simpanan
  • Pelaburan
  • Debt-Service Ratio (DSR)
  • Kelayakan Pembiayaan

10. Cari ilmu - mentor, buku, seminar
  • Belajar cara dapatkan rumah murah
  • Dapatkan ilmu dan praktikkan
  • Ilmu tanpa usaha ibarat pohon tidak berbuah

"Saya tidak beri ikan. Saya hanya bagi joran; pilihlah umpan apa anda nak guna, lubuk mana anda nak pergi dan ikan apa anda nak kail.
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close